1. Selepas
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 , Malaysia mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dengan prinsip Raja Berperlembagaan di mana
Yang Di Pertuan Agong merupakan ketua negara
2. Demokrasi berparlimen ialah satu sistem kerajaan
yang dipilih secara bebas oleh rakyat. Salah satu ciri sistem Demokrasi
Berparlimen ialah Doktrin Pengasingan Kuasa iaitu pembahagian kuasa
kerajaan kepada tiga cabang pemerintahan
iaitu badan eksekutif , legislatif dan Judisiari
B. ISI
Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
1. Badan legislatif
i) Yang Di
Pertuan Agong
a) Raja Berpelembagaan merupakan Ketua Negara.
b) Dipilih secara bergilir-gilir pada setiap lima
tahun sekali oleh Majlis Raja-raja dalam
kalangan 9 orang sultan negeri-negeri di Malaysia.
c) Yang Di Pertuan Agong dalam melaksanakan kuasa
pemerintahan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
Kuasa Yang Di Pertuan Agong :
a. Melantik Perdana Menteri
b. Mengisytiharkan pembubaran parlimen atau tidak
memperkenankan pembubaran parlimen
c. Berkuasa memanggil parlimen supaya bersidang
d. Mengisytiharkan undang-undang tentera atau darurat
dengan persetujuan Jemaah Menteri
e. Bertanggungjawab melindungi dan memelihara
kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak
f. Mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja untuk
membincangkan perkara yang berkaitan dengan keistimewaan,kehormatan,kedudukan
dan kemuliaan Raja-raja Melayu
g. Mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan
lain dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan
dalam Mahkamah Syariah di Melaka,Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah
Persekutuan
h. Pemerintah tertinggi angkatan tentera dan ketua
agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan ,Sabah dan Sarawak.
i.
Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.
ii ) Dewan
Rakyat
Dewan Rakyat adalah
badan perundangan tertinggi negara
a. Dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum
b. .Dewan Rakyat adalah majlis bagi wakil rakyat
c. Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya
parlimen
d. Bilangan ahli dewan Rakyat ialah seramai 222 orang
yang dipilih melalui pilihanraya
e. Bilangan keanggotaan ahlinya boleh diubah melalui
undang-undang yang diluluskan oleh parlimen
f. Jawatan berakhir apabila parlimen dibubarkan
g. Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Rakyat ialah
lima tahun
h. Ahli Dewan Rakyat mestilah mengangkat sumpah taat
setia kepada Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan sebelum mengambil tempat
dalam dewan
i.
Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan rang
undang-undang
j.
Seseorang ahli boleh berhenti bila-bila masa daripada menjadi ahli Dewan
Rakyat dengan mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Yang Di Pertua Dewan
Rakyat
k. Jika berlaku kekosongan dalam Dewan Rakyat yang
disebabkan oleh perletakan jawatan,kematian atau hilang kelayakan,maka
kekosongan tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari mulai tarikh berlaku
kekosongan itu di Semenanjung Malaysia atau 90 hari di Sabah dan Sarawak.
l.
Satu pilihanraya kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut
iii) Dewan
Negara
Di Malaysia Dewan Negara
merupakan Majlis Tertinggi parlimen
a. Anggota Dewan Negara dikenali sebagai senator
b. Mempunyai 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik
c. 26 dipilih oleh Dewan-dewan Undangan Negeri
d. 43 orang ahli dilantik oleh Yang Di Peruan Agong
e. Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat dan boleh
dilantik sebagai menteri
f. Ahli biasanya terdiri daripada warganegara yang
telah berkhidmat dengan cemerlang atau mencapai taraf kegemilangan dalam
pelbagai lapangan seperti perkhidmatan awam,perdagangan,perusahaan,pertanian,
dan perkhidmatan masyarakat.
g. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu
rang undang- undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat
h. Hanya berkuasa menangguhkan sesuatu rang
undang-undang yang telah diluluskan itu daripada dikemukan kepada Yang Di
Pertuan Agong.
j.
Rang undang-undang kewangan hanya boleh ditangguhkan selama satu bulan.
Rang undang-undang lain selama satu tahun
k. Bertindak sebagai badan penyemak undang-undang
2. Badan Eksekutif
i) Jemaah
Menteri atau Kabinet
a. Badan pembuat dasar tertinggi negara yang
menjalankan kuasa eksekutif.
b. ·Tugas utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan
semua perkara dan memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat
persekutuan melaksanakan dasar-dasar tersebut
c. .Diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu
seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar
ahli-ahli dewan.
d. Tugas utama Perdana Menteri ialah mengetuai
kabinet,memimpin kerajaan,menjalankan pentadbiran dan menggubal dasar-dasar
kerajaan · Perdana Menteri boleh melantik Timbalan Perdana Menteri,Menteri-menteri,Timbalan-Timbalan
Menteri dan setiausaha-setiausaha parlimen untuk membantu beliau dalam
melicinkan urusan pentadbiran negara
e. Tugas Timbalan Perdana Menteri ialah membantu
Perdana Menteri menjalankan tugas-tugas itu semasa Perdana Menteri bercuti atau
berada di luar negara.
f. Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang akan
dibantu oleh Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen,Setiausaha Politik,Ketua
Setiausaha Kementerian,pegawai kementerian dan kakitangannya yang dikenali
sebagai pegawai kerajaan
g. Kementerian lazimnya mempunyai bahagian
pusat,negeri dan daerah. · Selain itu terdapat kementerian yang mempunyai badan
tertentu misalnya Arkib Negara Malaysia dan Muzium di bawah Kementerian
Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan dan mempunyai Ketua Pengarah.
h. Perlantikan pegawai dan menjaga disiplin pegawai
beberapa Suruhanjaya dilantik, misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Undang-undang dan kehakiman.
3. Badan
Kehakiman
i) Mahkamah Agong/Persekutuan
a. Mahkamah Agong merupakan mahkamah yang tertinggi di
Malaysia
b. Mengandungi Ketua Hakim Negara, kedua-dua Hakim
Besar Malaya dan Borneo serta tujuh orang hakim Mahkamah Agong
c. Biasanya Mahkamah Agong bersidang di dalam panel
mengandungi tiga orang hakim yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara
d. Antara bidang kuasa Mahkamah Agong ialah mendengar
dan menentukan rayuan-rayuan kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi,menentukan sah undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri, memutuskan pertikaian di antara kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan atau di antara negeri-negeri dan menasihati Yang Di Pertuan Agong
dalam soal menguatkuasa mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
ii) Mahkamah Tinggi
a. Terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan
Mahkamah Tinggi Borneo
b. Mempunyai kuasa pengadilan asal,rayuan dan
pengawasan.Mempunyai kuasa yang tidak terhad dalam menjalankan pengadilan ke
atas kes jenayah asal.
c. Biasanya kes-kes jenayah yang terletak di luar
bidang kuasa pengadilan Mahkamah Rendah sahaja dibawa kepada Mahkamah Tinggi
untuk pengadilan
d. Mahkamah Tinggi mendengar rayuan bagi kes-kes sivil
dan jenayah dari Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
e. Mempunyai kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas
keputusan semua kes sivil dan jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah
Rendah.Keputusan sivil dan jenayah Mahkamah Tinggi boleh dikemukakan untuk
rayuan kepada Mahkamah Agong.
iii) Mahkamah
Rendah
a. Terdiri daripada Mahkamah Sesyen,Mahkamah Majistret
dan Mahkamah Penghulu.
b. Mahkamah Sesyen dipengerusikan oleh seorang pegawai
yang digelar hakim
c. Beliau mempunyai kuasa pengadilan jenayah bagi
semua kesalahan kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati dan penjara seumur
hidup
d. Mempunyai kuasa membicarakan kes-kes sivil yang
melibatkan jumlah wang yang tidak dituntut tidak melebihi seratus ribu ringgit
e. Mahkamah Majistret pula ditugaskan untuk
mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil.
f. Dipengerusikan oleh seorang majistret yang dilantik
oleh Raja atau Yang Di Pertua Negeri bagi negeri tempat majistret itu
berkhidmat
g. Terbahagi kepada dua peringkat iaitu Mahkamah
Majistret Kelas Satu dan Majistret Kelas Dua.
h. Mahkamah Majistret kelas satu boleh membicarakan
kes sivil yang nilai harta dalam perbicaraan tidak lebih daripada RM25,000.00
i.
Dalam kes jenayah,mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kes yang
hukuman maksimum bagi kesalahan itu tidak melebihi 10 tahun penjara atau
dihukum denda sahaja
j.
Majistret Kelas Dua menjalankan tugas-tugas kecil seperti menyebut
kes-kes dan membenarkan jaminan.
k. Boleh mengadili kes-kes jenayah yang hukuman bagi
kesalahan itu tidak lebih daripada 12 bulan penjara atau dengan denda sahaja.
l.
Kuasa untuk menjatuhkan hukuman juga terhad iaitu tidak lebih daripada
enam bulan atau denda tidak lebih daripada RM1000 atau kedua-dua sekali
C. KESIMPULAN
1. Secara amnya sistem pemerintahan Persekutuan Tanah
Melayu dari tahun 1957 hingga 1963 adalah melalui proses demokrasi.
2. Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan
keistimewaan semua kaum yang ada. Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk
kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan
semuanya ditentukan seharusnya dipatuhi agar tidak berlaku penyalahgunaan kuasa
oleh mana-mana badan tersebut.
SUMBER-
SKEMA PEPERIKSAAN
PERCUBAAN STPM SEJARAH PENGGAL 3
2017 TERENGGANU
No comments:
Post a Comment