Friday, October 31, 2014

1.Huraikan peranan Aung San dan Sukarno dalam perjuangan gerakan kebangsaan di negara masing-masing.[20]

Pendahuluan
Aung San memainkan peranan penting memperjuangkan gerakan kebangsaan di Burma.
Manakala Sukarno pula memainkan peranan penting dalam gerakan kebangsaan di Indonesia.
- Kedua-dua tokoh berjaya membawa negara ke arah kemerdekaan.
Isi-isi penting
AungSan
Aung San dilahirkan pada 13 Februari 1915 di Natmauk, Bahagian Tengah Burma. Beliau merupakan siswazah Universiti Rangoon
- Aung San merupakan pemimpin golongan Thakin dan penggerak perpaduan rakyat Burma.
- Mengkritik kerajaan British yang menguasai kawalan ke atas institusi universiti vang seharusnya merupakan institusi bebas.
- Memainkan peranan membantah Akta Universiti yang terlalu ketat.
- Dikenakan tindakan disiplin akibat peranan ini.
Pada tahun 1942, Jepun menyerang Burma. Tentera Kemerdekaan Burma di bawah Aung San membantu Jepun. Aung bekerjasama dengan Jepun untuk mendapatkan kemerdekaan.
Pada tahun 1944, Aung San menjadi Menteri Pertahanan dan mengadakan hubungan sulit dengan LPRAF. LPRAF anti-Jepun dan menjalankan kegiatan sabotaj yang meluas di seluruh negara.
- Setelah Jepun menyerah kalah, British kembali dan bersedia menyediakan Burrna ke arah bekerajaan sendiri.Pada tahun 1946, Aung San mengetuai satu rombongan kemerdekaan ke London dan berjaya.
- LPRAF di bawah pimpinan Aung San berjaya dalam Pilihan Raya April 1947.
- U Saw menentang Aung San. Aung San dibunuh oleh empat orang upahan U Saw semasa Ahli Jawatan Kuasa Dewan Bersidang menggubal perlembagaan Burma. U Saw ditangkap dan dihukum bunuh.

Sukarno
Sukarno merupakan anak seorang guru Jawa iaitu Raden Sukemi.Beliau dilahirkan di Jawa Timur pada 6 Jun 1901. Beliau mengikuti sistem pendidikan Eropah dan seterusnya memasuki Kolej Teknikal Bandung atau Maktab Teknik Bandung pada tahun 1921. - Membantu dalam penubuhan partai Nasional Indonesia (PNI) pada tahun 1927. PNI bertujuan mendapatkan kemerdekaan penuh bagi Indonesia berdasarkan parlimen. ' Dasar PNI dan pimpinan Soekarno menyebabkan PNI menjadi parti paling popular di Indonesia. Soekarno ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1929. Dengan ini, PNI berpecah dan ahli-ahlinya menyertai parti lain.
Sukarno menentang Belanda. Sukarno dibuang negeri ke Irian Barat pada tahun 1933 dan hanya dibebaskan oleh lepun pada tahun 1912.
- Semasa pendudukan ]epun, Sukarno memainkan peranan penting dalam perjuangan nasionalisme.
- Sukarno dibebaskan dan diberi jawatan penting dalam pentadbiran Jepun. Sukarno dalam usaha untuk membangkitkan semangat nasioanalisme telah berpura-pura bekerjasama dengan Jepun. Sukarno memberikan maklumat yang penting kepada Syahrir untuk membantu kaurn gerila yang lain dalam kegiatan sabotaj menentang Iepun.
- Sukarno menjadi pengerusi PUTERA yang ditubuhkan oleh Jepun demi rnendapatkan sokongan para nasionalis tempatan. PUTERA mendapat sokongan ramai kerana dasarnya untuk menuntut pemerintahan sendiri.
Kemudian, Jepun membentuk Hokokai dan Sukarno menjadi pemimpin utama. Sukarno memainkan peranan penting membangkitkan semangat nasionalisme rakyat Indonesia.
- Pada tahun 1945, Sukarno menyampaikan lima dasarnya yang akan menguasai pernbentukan Indonesia merdeka. Lima dasar ini ialah Pancasila.
- Selepas lepun menyerah kalah, Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia. Sukarno menjadi presiden. Kemerdekaan ini tidak diakui oleh Belanda. Indonesia hanya mendapat kemerdekaan melalui revolusi.
Kesimpulan
- Aung San dan Sukarno merupakan golongan intelektual yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Myanmar dan Indonesia.

- Mereka berjava membebaskan negara masing-masing daripada penjajahan Inggeris dan Belanda.

Wednesday, October 22, 2014

1.Bincangkan susun lapis masyarakat dalam sistem sosial di Vietnam pada abad ke-19.[20]

Pengenalan
      Susun lapis masyarakat Vietnam berbentuk piramid. Setiap lapisan mencerminkan kedudukan dalam masyarakat Vietnam.Dalam susun lapis masyarakat vietnam, golongan cendekiawan-pentadbir (Quan atauMandarin) berada di kedudukan paling tinggi selepas Maharaja.Ini diikuti dengan kelas petani, petukang, dan saudagar pada lapisan berikutnya.
ISI-ISI PENTING
1.Lapisan paling atas
      Maharaja menduduki lapisan teratas dalam susun lapis masyarakat Vietnam. Maharaja berkuasa mutlak dalam bidang pemerintahan, kehakiman, percukaian dan ekonomi. Institusi maharaja di Vietnam dipengaruhi oleh budaya dan falsafah China.Hubungan antara isntitusi maharaja Nguyen amat rapat.
Ini kerana Vietnam pernah berada di bawah pemerintahan langsung China antara tahun 111 S.M-939 Masihi. Maharaja Gia Long hingga Maharaja Thien-tri menerima mohor perlantikan daripada wakil Peking yang berada di Hanoi.

2.Lapisan kedua
       Secara keseluruhannya, terdapat dua kumpulan besar dalam masyarakat Vietnam, iaitu golongan cendekiawan-pentadbir dan petani-pengeluar. Terdapat dua kumpulan penting dalam masyarakat vietnam, iaitu kumpulan sami Buddha dan sekumpulan kecil peniaga Cina yang berpengaruh. Dalam masyarakat Vietnam, taraf pendidikan, ijazah, dan jawatan dalam pentadbiran awam serta kuasa merupakan pertimbangan penting dalam membezakan status antara seseorang individu dengan individu yang lain.

       Pendidikan berasaskan ajaran Confucius menjadi kayu ukur yang mengasingkan golongan petani dengan golongan Quan (Matdarin). Mereka mempunyai kedudukan dan kuasa yang tinggi kerana berpendidikan Confucius.

      Dalam masyarakat Vietnam, hanya kumpulan cendekiawan sahaja yang mendapatpendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi rakyat biasa, mereka hanya diberikan latihan sivik atau pendidikan minimum agar mereka memahami undang-undang dan peraturan sosial seperti cara menghormati golongan yang lebih tua, menghormati adat istiadat, upacara kampung, dan keluarga.

       Keanggotaan dalam pentadbiran negara bersifat eksklusif kerana pencapaian akademik dalam klasik Confucius dan bahasa Cina sama ada di peringkat daerah atau di pusat hanya terhad kepada individu yang mempunyai harta dan waktu untuk belajar sahaja. Seorang anak kampung yang miskin boleh maju tetapi sokongan daripada seorang Mandarin amat perlu untuk memastikan kejayaannya. Ini menunjukkan betapa kuat pengaruh golongan Mandarin dalam sistem pentadbiran Vietnam.

       Sebagai satu kumpulan, Quan mempunyai bidang kuasa yang besar dan berpengaruh dalam masyarakat.. Mereka bertanggungjawab menentukan beberapa aspek kehidupan masyarakat seperti keluasan rumah, bentuk, dan warna pakaian yang mesti dipakai, serta upacara keagamaan yang berkaitan dengan pengebumian.

       Secara berkumpulan, Quan tidak ada persaingan kerana mereka mengendalikan semua fungsi penting negara seperti peperangan, kebajikan, pentadbiran, dan adat istiadat. Mereka juga menguasai pentadbiran agama melalui sistem patron-klien.Namun, susun lapis masyarakat Vietnam pada abad ke-19 tidak lagi terdiri daripada golongan bangsawan kerana pembaharuan yang dilaksanakan oleh Maharaja Gia Long ke arah pembentukan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat.

       Maharaja Gia Long telah menghapuskan keistimewaan yang dimiliki oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja seperti pemilikan ladang yang besar dan pemungutan cukai kampung. Golongan bangsawan yang hilang keistimewaan tradisi dibayar gaji dalam bentuk wang dan beras. Mereka juga tertakluk di bawah kuasa Maharaja.

3.Lapisan ketiga.
      Rakyat biasa yang pandai dan berpengetahuan dalam ajaran Confucius berpeluan menjadi pegawai tnggi awam atau kerajaan. Ini membuktikan mobiliti wujud dalam sistem sosial di Vietnam. Rakyat biasa melalukan aktiviti seperti menenun kain atau menghasilkan tembikar.

Petani pula  menduduki  merupakan kumpulan terbesar dalam masyarakat Vietnam. Golongan petani berada di lapisan ketiga kerana memainkan peranan penting kerana sumbangan mereka dalam ekonom vietnam yang berasaskan pertanian.
Petani mengusahakan ekonomi sara diri iaitu menanam padi sawah bagi memenuhi keperluan rakyat.
Selain dari petani golongan yang menduduki lapisan ketiga ialah petukang dan pedagang.

Kesimpulan
Setiap anggota lapisan masyarakat memainkan peranan penting dalam membangunkan pentadbiran , ekonomi dan sosial negara Vietnam. Setelah campurtangan British melalui dasar pengilhakan institusi beraja dihapuskan. Golongan pembesar mandarin juga turut terhapus kerana Perancis tidak mengiktiraf pencapaian akdemik berasaskan ajaran Cofucius.

Saturday, October 11, 2014

SKEMA PERCUBAAN SEJARAH STPM P3 KELANTAN 2013


Soalan 1 Adat Perpatih dan Adat Temenggung memainkan peranan penting dalam kesejahteraan hidup masyarakat Melayu sebelum campur tangan British. Bincangkan.
A. PENDAHULUAN
1.Adat ialah undang-undang tidak bertulis yang diamalkan secara turun-temurun. Adat  juga merupakan peraturan yang berdasarkan kebiasaan dalam masyarakat. Terdapat dua undang-undang adat di Tanah Melayu, iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Kedua-dua adat ini dipercayai berasal dari Sumatera, Indonesia. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyong dan diamalkan di Negeri Sembilan serta kawasan Naning.
2.Adat Temenggung pula diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang berasal dari Palembang dan diamalkan di semua negeri Melayu yang lain. Kedua-dua adat ini  banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan kemudiannya secara beransur-ansur  berubah kepada hukum syarak mengikut mazhab Syafie. Adat Perpatih dan Adat Temenggung mempunyai peranan yang berbeza dari aspek politik, ekonomi,- sosial dan perundangan.

B. ISI Adat Perpatih
1. Dari segi politik
Dari segi politik, Adat Perpatih mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi dan  permuafakatan. Pemimpin dipilih dan dilantikmelalui wakil daripada setiap suku. Anak Buah akan melantik Buapak dan Buapak pula akan memilih Lembaga. Lembaga akan memilih Undang dan Undang akan melantik Yamtuan Besar. Sistem pemilihan  pemimpin dalam Adat Perpatih jelas menunjukkan kuasa dibahagikan antara Undang, Lembaga dengan Buapak. Walaupun Yamtuan Besar bertindak sebagai sultan tetapi  baginda tidak mempunyai kuasa dan tidak berhak melantik orang besar di negeri- negeri lain. Sebaliknya, pelantikan tersebut dibuat berpandukan hierarki yang lebih bawah daripada Yamtuan Besar. Setiap keputusan yang diambil oleh Yamtuan Besar adalah  berasaskan keputusan yang dibuat bersama dengan Undang.
2. Dari segi ekonomi
Dari segi ekonomi, Adat Perpatih bersifat matrilineal, iaitu keutamaan diberi kepada kaum wanita. Dalam adat ini, kedudukan kaum wanita lebih tinggi daripada kaum lelaki. Harta pusaka diperturunkan menerusi garis keturunan sebelah perempuan atau sebelah ibu. Harta pusaka daripada pihak ibu sebagai pengasas akan diwariskan kepada anak perempuannya. Suami tidak berhak memiliki harta pusaka keluarga. Sekiranya tidak mempunyai anak perempuan, maka hartanya akan diwariskan kepada adik perempuan dan seterusnya. Kaum lelaki hanya berhak ke atas urusan pentadbiran keluarga sahaja.
3. Dari segi sosial
Dari segi sosial, Adat Perpatih mengamalkan cara hidup bersuku-suku, iaitu hidup secara  berkeluarga. Setiap suku menggunakan nama-nama tertentu. Masyarakat ini mengamalkan perkahwinan mengikut eksogami, iaitu adat atau perbuatan


 mengahwini seseorang daripada suku kaum lain sekali gus melarang perkahwinan dengan suku yang sama. Perkahwinan mestilah daripada suku yang berlainan kerana menganggap setiap ahli suku adalah bersaudara. Selepas perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai semenda. Semenda perlu mendirikan rumah bagi isteri dan anak-anaknya di atas tanah yang dimiliki oleh keluarga isteri. Jika berlaku penceraian, semenda tidak mempunyai sebarang hak ke atas anaknya kerana berada dalam kelompok rumpun ibu.
4. Dari segi perundangan
Dari segi perundangan, Adat Perpatih mementingkan penyelesaian y ang akan memuaskan hati pihak mangsa dan pesalah. Hukuman yang diberi bertujuan membaiki keadaan, iaitu berbentuk pemulihan dan bukannya untuk menghukum. Undang-undang jenayah adalah bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Hukuman  berat tidak digalakkan dalam Adat Perpatih. Seorang pesalah akan didenda mengikut kesalahannya dan perlu membayar ganti rugi kepada mangsa. Hukuman tersebut dilaksanakan adalah untuk menyedarkan pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan pada masa hadapan.
Adat Temenggung 1. Dari segi politik
 Dari segi politik, Adat Temenggung bersifat autokratik, iaitu pemusatan kuasa di tangan sultan atau raja. Sultan merupakan tonggak sistem pemerintahan diikuti oleh kerabat diraja dan pembesar. Pembesar dilantik oleh sultan dan memerintah sebagai wakil sultan. Jawatan sultan bersifat warisan, iaitu digantikan oleh putera sulung. Kedudukan raja sangat istimewa dan diperkukuh dengan konsep daulat, penggunaan lambang-lambang terlentu dan menjadi simbol perpaduan rakyat.
2. Dari segi ekonomi
Dari segi ekonomi, Adat Temenggung mementingkan kaum lelaki dalam pewarisan harta  pusaka kerana dipengaruhi oleh hulmm agama Islam. Adat ini mengutamakan jurai keturunan lelaki. Jika berlaku penceraian, pembahagian harta adalah berlandaskan hukum syarak. Harta sepencarian akan dibahagikan sama banyak, manakala bagi isteri yang tidak bekerja pula akan diberi satu pertiga daripada harta. Bagi harta asal pula akan dikembalikan kepada pemiliknya.
3. Dari segi sosial
Dari segi sosial, Adat Temenggung bersifat patrilineal, iaitu berkaitan dengan hubungan keturunan atau kekeluargaan mengikut garis keturunan sebelah lelaki atau bapa. Sejajar dengan prinsip hukum faraid dalam Islam, lelaki diberikan keutamaan dan diiktiraf sebagai ketua keluarga. Dalam adat ini, sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu dan ayah adalah sama penting. Adat Temenggung membenarkan perkahwinan

dengan sesiapa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan hukum syarak. Apabila seorang lelaki berkahwin, isterinya akan menjadi ahli keluarga suaminya.
4. Dari segi perundangan
Dari segi perundangan, hukuman yang dikenakan mengikut Adat Temenggung adalah  bertujuan menghukum. Hukuman yang berat dan tegas dilaksanakan untuk memberikan pengajaran dan iktibar kepada orang lain. Jenis hukumanyang dikenakan adalah berbentuk pembalasan kepada si pesalah. Hukuman paling berat yang dilaksanakan ialah hukuman bunuh. Sultan melaksanakan hukuman tetapi pembesar atau penghulu boleh melakukannya sekiranya mendapat mandat daripada sultan. Walau bagaimanapun, hukuman mati hanya boleh dijatuhi oleh sultan sahaja.
C. KESIMPULAN
Adat Perpatih dan Adat Temenggung masih diamalkan sehinggalah berlakunya campur tangan British di Tanah Melalu. Pemerintahan British memberikan kesan kepada kedua- dua jenis adat ini. Selepas campur Iangan British, adat-adat ini tidak lagi  penting kerana British menggantikannya dengan undang-undang Barat.

Soalan 2 Bincangkan perjuangan gerakan islah / islamiah dalam perjuangan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu pada abad ke-20. 
A. PENGENALAN
1. Gerakan kesedaran yang pertama digerakkan oleh mereka yang berpendiikan agama dari timur tengah. Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam yang diketuai oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.
2. Kaum muda ini bermatlamat untuk memajukan bangsa Melayu berasasaan  perjuangan agama Islam. Lidah rasmi yang pertama bagi Kaum Muda ini ialah al-Imam. 3. Di antara para pemimpin umatnya ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al- Hadi, Hj. Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd Salim al-Kalali.
B. ISI Matlamat Perjuangan
1.Memajukan kaum Melayu berasaskan ajaran lslam.yang sebenar iaitu berpandukan al-Quran dan Hadis. Mereka bermatlamat untuk membebaskan orang Melayu dari amalan-amalan taklid buta serta amalan khurafat serta bidaah. Semua amalan inilah yang menghalang kemajuan orang Melayu. Pengamalan Islam yang sebenarnya merupakan jawapan kepada segala masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang Melayu.
2.Kaum Muda menekankan kepentingan sistem pendidikan kepada bagi.kemajuan orang Melayu. Pendidikan adalah kunci kepada kemajuan. Kaum Muda melihat  pendekatan pendidikan dari sudut yang lebih liberal. Pendidikan di kalangan kaum  perempuan juga dipentingkan. Selain menekankan kepentingan pendidikan agama,  pendidikan bercorak moden seperti penekanan Bahasa Inggeris juga dititikberatkan.
 3.Di dalam aspek politik, Kaum muda bersikap anti penjajah dan bersikap tidak mahu  bekerjasama. Kaum muda mengacak penjajah Inggeris kerana gagal memberikan  pendidikan yang cukup dan seterusnya memajukan orang Melayu. Kaum Muda  berhasrat untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British.
 4.Kaum muda juga bersifat anti birokrasi elit Melayu. Raja-raja dan para pembesar Melayu diingatkan supaya memelihara kepentingan orang Melayu. Mereka diseru agar melakukan sesuatu seperti menubuhkan persatuan bagi menggalakkan  pendidikan dan pembangunan ekonomi.
5.Kaum muda turut menuntut orang Melayu menceburkan diri di datam bidang  perniagaan, menubuhkan koperasi dan menggunakan sistem kemudahan di bank.
Strategi perjuangan kaum muda
1.Melalui akhbar dan majalah Al-Imam
Muncul pada bulan Julail 1906 di Singapura. Ianya satu penerbitan bulanan dan dihentikan penerbitannya pada bulan Disember 1908. Tujuan al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan kepada mereka itu (orang Melayu). Selain itu terdapat juga akhhbar dan majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan penulisan kaum muda; Neraca (Singapura 1911-1915), Al-Ikhwan (P.Pinang

1926-1931), Saudara (P. Pinang 1928-1941), dan Edaran Zaman (P. Pinang 1925-1930)
2.Masjid dan madrasah
Penyampaian idea perjuangan melalui perbincangan agama dimasjid dan madrasah. Kaum muda juga terlibat di dalam penubuhan Madrasah Al-Ikbal yang dibuka pada 21 November 1907. Melalui madrasah ini mata pelajaran yang bukan bersifat keagamaan seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Matematik, Geografi, dan Sejarah telah diperkenalkan bersama mata pelajaran bersifat keagamaan. Madrasah-madrasah lain yang turut diasaskan oleh Kaum Muda ialah seperti Madrasah Al- Hadi (Melaka 1917), Madrasah Muhammadiah (Kota Bharu 1917), dan madrasah Al- Diniah (Kg. Lalang Perak, 1924)
Perselisihan antara kaum muda dan kaum tua
Kaum muda mendapat tentangan darinada kaum tu. Kaum tua merupakan terdiri daripada hierarki agama rasmi, elit Melayu tradisional dan golongan agama di luar  bandar. Pertentangan pendapat ini berlaku melalui akhbar-akhbar. Lidah rasmi kepada kaum Tua adalah aklbar Lidah Benar dan Suara Benar. Kaum muda telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak bertata susila. Kaum tua menentang kaum muda kerana kegiatan dan idea-idea kaum muda ini menggugat kedudukan mereka sebagai elit agama di dalam masyarakat Melayu sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kampung-kampung. Para mufti telah mengeluarkan fatwa yang mengutuk kaum muda sebagai kafir dan Qadiani. Kaum muda telah dilarang untuk berkhutbah dan memberi syarahan di masjid. Terdapat beberapa penerbitan kaum yang diharamkan penyebarannya di  beberapa negeri.
C. KESIMPULAN
Perjuangan kaum muda boleh dianggap berjaya dilemahkan oleh perjuangan kaum tua. Kaum tua telah menggunakan kelebihan kedudukan mereka sebagai elit agama untuk mempengaruhi sultan dan juga pemerintah Inggeris bagi menekan dan menindas  perjuangan kaum muda. Kaum muda telah gagal untuk mewujudkan gerakan massa. Menjelang tahun-tahun sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, perjuangan nasionalisme Melayu lebih tertumpu pula kepada usaha-usaha untuk memperbaiki taraf sosio ekonomi orang Melayu. Perjuangan corak ini pula lebih mendapat tempat dalam gerakan massa

Soalan 3 Bincangkan sumbanganan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN dari tahun 1967 sehingga 1997. A.

PENDAHULUAN.
1.Pada 7 Ogos 1967 telah wujud satu gabungan yang dikenali sebagai Persatuan  Negara-negara Asia Tenggara atauASEAN yang terdiri dari negara Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.
2.Keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan Brunei 7 Januari 1984,Vietnam 28 Julai 1995, Laos dan Mynmar 23 Julai 1997. Akhir sekali Kemboja.
3.Penubuhan Asean yang bermatlamatkan kerjasama dalam semua bidang terutama dalam bidang ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.
4.Penglibatan Malaysia amat jelas dalam ASEAN terutama dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
B.

ISI: 1.

Politik:
Mencetuskan idea penubuhan ASEAN.
Malaysia merupakan negara terawal menyedari kepentingan kerjasama serantau demi keselematan negara-negara serantau di Asia Tenggara. Kesedaran Malaysia adalah berdasarkan senario rantau Asia Tenggara ketika itu: i.

Kebanyakannegara Asia Tenggara baharu mencapai kemerdekaan makaamat perlu untuk mewujudkan kerjasama melalui satu  pertubuhan yang sama. ii.

Asia Tenggara merupakan satu rantau yang berkedudukan strategik tetapi lemah dari segi politik dan hubungan serantau dan antarabangsa. Malaysia bimbang keadaan tersebut akan memudahkan kuasa-kuasa besar menundukkan negara Asia Tenggara atau menjadikan Asia Tenggara tempat pertelagahan. Contohnya semasa Perang Dingin, negara Asia Tenggara menjadi sasaran perebutan kuasa Barat dan komunis. iii.

Tekanan nasionalisme agar negara baharu merdeka berusha ke arah mendapat pengiktirafan negara lain di dunia. Maka Malaysia berusha untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut dengan cara berkerjasama semua negara Asia Tenggara. iv.

Keadaan negara Asia Tenggara yang masih tidak stabil dan masih terikat dengan pelbai gejala akibat penjajahan barat. Wujud pelbagai  perbezaan falsafah politik dan ideologi. Contohnya Vietnam Utara dengan ideology komunisnya,Indonesia sebagai militant-nationalist dan Filipina terikat dengan Amerika Syarikat sehingga dikenali
sebagai “ranting Asia”.
 v.Malaysia berpendapat sekiranya keadaan rantau Asia Tenggara ini  berterusan masa depan negara tidak akan terjamin. Perpaduan dalam kalangan semua negara Asia Tenggara perlu untuk membina benteng  pertahanan yang kukuh dalam semua aspek.
vi.Malaysia juga bimbang dengan pengaruh komunis dan teori Domino.

Konsep ZOPFAN ( Zon Aman, Bebas dan Berkecuali)
i.Malaysia telah menyumbang kepada idea konsep ZOPFAN. Deklarasi ini dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur dimana semua negara anggota bersepakat mengisytiharkan negara-negara Asia Tenggara sebagai ZOPFAN.
ii.Konsep ini dijadikan inti dasar luar bagi negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan dalam kalangan ahli. Tujuan adalah untuk memelihara keamanan dan kestabilan politik
iii.Melalui ZOPFAN negara ASEAN bebas mewujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tanpa mengira idealogi politik. iv.

Hasil dari sumbangan idea Malaysia ini ZOPFAN Berjaya menghalang idealogi dan teori Domino daripada merebak ke negara Asia Tenggara. Akhirnya Vietnam mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN.
Perjanjian SEANWFZ.
i.Perjanjian SEANWFZ ini adalah persetujuan menjadikan kawasan Asia Tenggara kawasan bebas nuklear. Malaysia memandang berat hal ini. Menteri luar Malaysia ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyeru negara kuasa nuklear agar memberi sokongan dan menyertai perjanjian ini.
 ii.Dengan adanya perjanjian tersebut kawasan Asia Tenggara selamat daripada kemusnahan akibat senjata nuklear.
2.Ekonomi.
I.Kerjasama ekonomi ASEAN melalui Zon Kawasan Perdagangan Bebas atau ASEAN Free Trade (AFTA) telah di kemukakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam siding kemuncak di Singapura. Dimana adalah untuk memperluaskan skop kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. II.

Walaupun ianya mendapat tentang daripada negara maju seperti Amerika Syarikat tetapi idea Malaysia ini telah membawa kerjasama secara tidak rasmi negara ASEAN dengan negara China, Jepun dan Korea.
3.Sosial.
I.Malaysia telah juga menyumbang dalam bidang pendidikan. Kerjasama dalam  bidang ini telah mewujudkan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN

(SEAMEO). Malaysia bersetuju membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang. II.

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam membenteras penyalahgunaan dadah. ASEAN telah mencadangkan Persidangan Antarabangsa bagi Penyalahgunaan dadah dan Pengedaran Heroin (ICDAIT) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berjaya di adakan di Vienna pada 1987. Persidangan ini telah di pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. III.

Dalam bidang kebudayaan Malaysia turut menjayakan festival kebudayaan dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Disamping berlaku pertukaran rancangan televisyen dan radio bagi merapatkan hubungan sesama negara ASEAN. IV.

Malaysia berkerjasama dalam bidang sukan. Sukan SEA diadakan juga untuk merapatkan hubungan dengan negara ASEAN dan Malaysia turut beberapa kali menjadi tuan rumah untu ksukan SEA. V.

Menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIB) padatahun 1972. MBIB kemudian bertukar menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABIBM) pada tahun 1985 dengan tujuan mangembangkan Bahasa Melayu, meningkatkan persaudaraan dan meningkatkan perannan Bahasa Melayu dengan penyelarasan istilah, ejaan dan sebutan.
C.KESIMPULAN.
1.Penglibatan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN telah merapatkan hubungan semua negara di Asia Tenggara.
2.Dasar luar Malaysia yang mengutamakan keharmonian dan keamanan serantau memberi kesan positif kepada Malaysia.
3.Sumbangan besar yang Malaysia berikan kepada ASEAN telah menjadikan negara-negara Asia Tenggara maju dalam bidang ekonomi, sosil dan politik.

Soalan 5 Bincangkan sumbangan Parti Nasional Indonesia (PNI) dalam gerakan nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20. A.

PENGENALAN.
1.Parti Nasionalisme Indonesia (PNI) merupakan sebuah parti sekular massa yang ditubuhkan pada 4hb. Julai 1927 oleh ahli Kelab Pendidikan Bandung. PNI dipimpin oleh Dr. Soekarno. 2.Pemimpin lain dalam PNI seperti Sartono, D. Tjipto Mangkusumu, Iskaq, Budiarto, Sunario, Samsi Sastrowidagdo, Anwari, Sunarjo dan lain-lain. 3.

PNI memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan sebagai asas membawa kemerdekaan Indonesia.
B.ISI.
1.PNI ialah parti sekular massa yang popular. PNI melaungkan perpaduan nasional dan berdikari dalam kalangan orang Indonesia. PNI mengamalkan sikap tidak  bekerjasama dengan pihak Belanda. PNI menyeru pegawai-pegawai Indonesia supaya memulaukan Volskraad dan Perkhidmatan Awam Indonesia
2.Tujuan utama PNI ialah untuk mencapai kemerdekaan Indonesia dengan menyatukan rakyat Indonesia dan mengamalkan cara tidak bekerjasama dengan  pihak Belanda. Dr. Soekarno merupakan seorang pemimpin yang berkeliber dan memberi sumbangan yang sangat besar kepada kesedaran penduduk Indonesia dari terus di belenggu penjajah. Beliau berjaya menyatupadukan penduduk Indonesia di Pulau Jawa dan pulau-pulau lain di luar Jawa.
3.PNI memainkan peranan yang sangat aktif dalam memperkuatkan kesatuan-kesatuan sekerja, memajukan syarikat-syarikat kerjasama dan membantu  pendidikan, terutamanya sekolah-sekolah Taman Siswa. PNI berjaya mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja dan anggota Sarekat Rakyat yang

dahulunya terpengaruh dengan idea komunis dan keahliannya terdiri dari pada  pelbagai kaum.
 4.Program PNI dan kepimpinan Dr. Soekarno yang bijak berpidato telah menambahkan kepopularannya dalam kalangan rakyat Indonesia. PNI muncul sebagai parti nasionalis Indonesia yang paoing kuat dan terpengaruh.
5.Pada 17hb. Disember, 1927 PNI berjaya menubuhkan satu persekutuan  pertubuhan-pertubuhan nasionalis Indonesia iaitu Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI).
 6.Pada 28 Oktober Bahagian Pemuda PNI atas usaha dan inisiatif Mohd Yamin talah menganjurkan Kongres Pemuda yang menghasilkan Sumpah Pemuda. Ia melahirkan cogan kata Satu Negara, Satu Bangsa dan Satu Bahasa. Bendera Sang Saka Merah Puteh bersama lagu Indonesia Raya. Perjuangan PNI berjaya menyatukan parti-parti di Indonesia sehingga terbentuk Parti Indonesia Raya.
7.Menjelang akhir bulan Mei 1929, PNI mempunyai ahli seramai 10,000 orang.
8.Perjuangan PNI yang anti penjajah Belanda telah telah membimbangkan  pemerintahan Belanda dan bertindak menarik balik lesen yang membenarkan akhbar Persatuan Indonesia diterbitkan. Dr. Soekarno dan tujuh orang pemimpin PNI ditangkap. Tindakan ini telah melemahkan perjuangan PNI dan seterusnya PNI diharamkan pada tahun 1929.

C.KESIMPULAN
1.Parti Nasionalis Indonesia telah memainkan peranan penting terhadap perjuangan semangat nasionelisme di Indonesia. Peranannya sebagai asas membawa kepada kemerdekaan Indonesia pada Ogos 1945.
 2.Setelah PNI diharamkan ahli-ahli PNI telah menyertai tiga buah parti yang lain iaitu Parti Indonesia, Parti Rakyat Indonesia dan Kelab Pendidikan Nasional Indonesia.

Soalan 6 Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan Filipina dan Thailand menyertai South East Asia Treaty Organization (SEATO)
A : PENGENALAN
1.Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) sebuah organisasi pertahanan yang ditubuhkan melalui Perjanjian Kolektif Pertahanan Asia Tenggara (The South East Asia Collective Defence Treaty atau Manila Pact)
2.Pembentukan SEATO merupakan tindakbalas daripada permintaan bahawa Asia Tenggara akan dilindungi daripada pengaruh komunis, ditandatangani oleh 8 buah negara iaitu Filipina , Thailand , Pakistan , Amerika Syarikat , Perancis , Britain ,  New Zealand dan Australia.
3.Filipina merupakan salah sebuah negara penaja utama penubuhannya
4.Manakala Thailand menganggotai SEATO dan Bangkok sebagai ibu pejabat.Nai Pote Sarasin menjadi setiausaha Agung SEATO.
5.Filipina dan Thailand menyertai SEATO disebabkan oleh faktor-faktor politik , ekonomi dan sosial.
B :ISI FILIPINA POLITIK Hubungan dengan Amerika Syarikat
1.Filipina menyertai SEATO kerana hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat dan perasaan bimbang dengan perkembangan ideologi komunis di Filipina.
2.Filipina juga membantu pentadbiran Amerika Syarikat dengan menghantar tentera semasa perang Vietnam.

 EKONOMI Bantuan
1.Penglibatan Filipina dalam SEATO telah membawa manfaat dari segi ekonomi. Contohnya projek latihan pekerja mahir
2.SEATO juga menjalin kerjasama dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara anggota melalui pemberian bantuan teknikal
THAILAND POLITIK Keselamatan
1.Phibun Songkhram merupakan tokoh yang bertanggungjawab membawa Thailand menyertai SEATO dan memberi sokongan kepada Amerika Syarikat dalamPerang Korea untuk menentang kegiatan komunis dunia.
2.Penglibatan Thailand bertujuan melindungi wilayahnya yang bersempadan dengan kawasan bergolak di Indochina serta bimbang terhadap pengaruh komunis di Thailand. Thailand berharap dapat mengawal penyebaran kominis , oleh itu Thailand telah megeratkan lagi hubungan dengan Amerika Syarikat pada tahun 1948 untuk melindungi negaranya daripada pengaruh komunis yang berpusat di Laos dan tersebar luas di Asia Tenggara .
3.Thailand juga mendapat bantuan ketenteraan yang banyak daripada Amerika Syarikat. Sebagai balasan Thailand membenarkan Amerika Syarikat meggunakan pengkalan tentera udaranya untuk memerangi komunis di Indo China
4.Oleh kerana SEATO merupakan pakatan ketenteraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat , Thailand mendapat faedah seperti latihan dan kerjasama ketenteraan . Thailand sebagai tuan rumah dan diketuai oleh Amerika Syarikat sering mengadakan latihan ketenteraan dengan Negara anggota SEATO lain pada setiap tahun.
5.Thailand juga membantu pentadbiran Amerika Syarikat dengan menghantar tentera semasa perang Vietnam .
EKONOMI Bantuan Kewangan
1.Thailand mendapat bantuan kewangan sebanyak AS$ 24 juta pada tahun 1957.
2.Thailand juga mendapat bantuan kewangan melalui Perjanjiaan Tabung Pembangunan dengan Amerika Syarikat pada tahun 1958.
3.Thailand bersama anggota SEATO yang lain saling berkerjasama untuk mengukuhkan asas-asas ekonomi dan meningkatkan taraf hidup penduduk Asia Tanggara supaya mereka tidak terpengaruh dengan ideologi komunis
SOSIAL
Kerjasama dan Pendidikan
1.Thailand juga melalui SEATO telah menaja pelbagai mesyuarat dan pameran mengenai budaya , agama dan sejarah di Rantau Asia Tenggara
2.Pada tahun 1959 Nai Pote Sarasin iaitu bekas Menteri Luar Thailand selaku setiausaha Agung SEATO telah menubuhkan SEATO Graduate School Of Engineering di Thiland untuk memberi latihan dalam bidang kejuruteraan.
3.SEATO juga menaja pembinaan Pusat pembangunan Guru di Bangkok dan juga Sekolah Latihan Ketenteraan Teknikal Thailand. Sekolah latihan ini menganjurkan  program teknikal untuk menyelia dan pekerja teknik
4.Projek pekerja mahir yang dianjurkan oleh SEATO diadakan di Thailand , sebanyak 99 bengkel latihan diadakan.

C :KESIMPULAN
1.Penglibatan Filipina dalam SEATO agak terhad kerana SEATO tidak memainkan  peranan seperti yang ditetapkan sehingga SEATO gagal dan tidak berfungsi.
2.Thailand mendapat faedah yang lebih baik daripada Filipina.

3.Walaupun Filipina dan Thailand mendapat faedah keselamatan dengan menyertai SEATO tidak dapat dinafikan Amerika Syarikat dapat melindungi kepentinganya di AsiaTenggara melalui SEATO.