BAHAGIAN
B SEJARAH ASIA TENGGARA
1.MASYARAKAT
1.1 Institusi pemerintahan
Konsep dan peranan raja di Vietnam
HP-memerihal konsep dan peranan raja
l.l.l
Raja
Sistem
beraja merujuk kepada bentuk kerajaan yang wujud di sesebuah negara. Pemerintah
di sesetengah negara menggunakan gelaran yang berbeza. Pemerintah Vietnam
menggunakan gelaran Maharaja manakala pemerintah Thailand menggunakan gelaran
Raja. Melalui sistem tersebut, raja atau maharaja bertindak sebagai ketua
pemerintah tertinggi dalam negara, menguasai ekonomi negara,menggubal
undang-undang, mengetuai angkatan tentera, dan menjadi ketua agama.Raja atau
maharaja menjadi golongan yang menduduki lapisan teratas dalam susun lapis
masyarakat.
Sistem
raja dan maharaja diamalkan bertujuan untuk memelihara keamanan, mengekalkan
kemerdekaan, dan menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.
Institusi
Raja di Vietnam
Konsep raja
Pemerintah Vietnam menggunakan gelaran
Maharaja. Sistem maharaja di Vietnam agak sama dengan sistem maharaja yang
diamalkan di Tanah Besar China. Ini disebabkan kedudukan Vietnam yang
berdekatan dengan China. Antara tahun III S.M. sehingga 939 Masihi, Vietnam
berada di bawah pemerintahan langsung China. Maka secara tidak langsung,
Vietnam menerima dan mengamalkan kebudayaan, falsafah, dan ciri-ciri
sosiopolitik China.
Hubungan dan pengaruh China amat jelas
dalam institusi pemerintahan Vietnam. Vietnam akan menghantar utusan ke Peking
apabila berlaku pertukaran pemerintahan. Sebagai contoh, pemerintah dari
keluarga Nguyen diiktiraf oleh peking sebagai maharaja. Maharaja-maharaja
Nguyen daripada Maharaja Gia Long sehingga Maharaja Thien-Tri menerima mohor
pelantikan daripada wakil Peking yang berada di Hanoi. Hubungan Vietnam-China
berterusan sehingga kepada permohonan bantuan dan perlindungan. Pada tahun
1882, Maharaja Tu Duc menghantar utusan diraja ke Peking memohon bantuan
apabila menghadapi masalah pencerobohan Perancis.Vietnam menggunakan model
pemerintahan China. Contohnya, konsep politik China seperti mandat dari syurga
dan amalan dasar tutup pintu yang diterapkan dalam institusi kemaharajaan
Vietnam.
Peranan Maharaja
Politik
Raja
merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan urusan
keagamaan. Raja berperanan sebagai ketua negara dan ketua pentadbir. Raja
mempunyai sumber autoriti dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran. Raja
dipercayai mendapat mandat dari syurga atau tuhan untuk memerintah sesebuah
negara.
Raja akan melantik pegawai dalam kalangan anggota kerabat
diraja dan memberi mandat kepada untuk menjalankan tugas-tugas rasmi dalam
bidang keagamaan, melayani aduan rakyat, meraikan duta-duta asing dan
lain-lain hal berkaitan pentadbiran. Politik dan pentadbiran raja
memperlihatkan ciri pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat yang kukuh.
Maharaja berada di puncak pentadbiran
dan menjadi tanggungiawab setiap maharaja dari Dinasti Nguyen untuk mengekalkan
sistem politik model China dan menentang perubahan. Mempunyai kuasa mutlak
dalam semua aspek pentadbiran dan pemerintahan. Hanya maharaja sahaja yang
boleh menjatuhkan hukuman bunuh.
Mentadbir dengan bantuan pembesar di
peringkat pusat, daerah, dan kampung.Selaras dengan model China, maharaja
dianggap sebagai thein-tu (anak tuhan/syurga), iaitu wakil tuhan yang diberi
mandat untuk memerintah. Berdasarkan konsep model China, rakyat memberi
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada maharaja dan maharaja harus
memerintah masyarakat dengan adil dan saksama.
Bertindak sebagai ketua kerajaan dalam
sistem birokrasi dan dibantu oleh enam kementerian yang diketuai oleh golongan
Mandarin.Menjadi pengerusi Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh enam orang
menteri kanan. Tugas majlis ini adalah untuk memberi pandangan kepada maharaja
berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran.Memelihara kedaulatan negara dan
mempertahankan negara daripada ancaman dalam atau luar negara. Ini akan
menjamin kedudukan maharaja kekal di puncak kekuasaan.
EKONOMI
Menguasai semua bidang ekonomi, iaitu kegiatan
pertanian, tanah, hasil cukai negara, kegiatan perdagangan, dan perlombongan.
Berhak menentukan sistem sukatan, ukuran, dan timbangan. Menduduki hierarki
teratas dalam susun lapis masyarakat. Mengetuai adat resam dan adat istiadat
dalam masyarakat. Menjadi pemimpin agama Buddha dan penaung kepada golongan
sangha Buddha.
SOSIAL
Menentukan kehidupan rakyat berada dalam
keadaan tenteram dan aman selaras dengan konsep mandat dari syurga.Memainkan
peranan selaras dengan kepercayaan umum dalam kalangan masyarakat bahawa
maharaja merupakan punca ilmu dan kemakmuran ekonomi serta menjadi bapa kepada
rakyat. Maharaja bercita-cita untuk membawa imej ibu kota negara China ke Asia
Tenggara. Dengan ini, tumpuan utama maharaja ialah terhadap bandar Hue.
Bangunan utama di bandar Hue berbentuk seperti istana di China. Hue dibentuk
seakan-akan bandar Peking dengan wujudnya Bandar Larangan, Bandar Diraja, dan
Bandar Ibu Kota. Semua bangunan dari segi lokasi dan narna ditiru daripada
bandar Peking. Misalnya, pintu gerbang di sebelah selatan menuju ke Bandar
Larangan diberi nama Pintu Gerbang Puncak atau Ngo Mon.Pemberian nama tersebut
bertujuan untuk menghormati raja sebagai manusia yang memiliki martabat yang
tinggi di dunia.