Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Hasil Pembelajaran-Menghuraikan
perkembangan masyarakat pelbagai kaum di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan
Sarawak pada abad ke-19 dan ke-20.
1.a) Konsep masyarakat pelbagai
kaum.
Masyarakat pelbagai kaum
merupakan satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa
telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan
ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu-padu.[1] Ringkasnya masyarakat pelbagai kaum terdiri daripada
beberapa kaum dan tinggal dalam satu negara.[2]
b)Kemunculan masyarakat
pelbagai kaum di Negeri-Negeri Melayu.
Masyarakat Indonesia di Tanah Melayu.
Masyarakat Indonesia yang
berhijrah ke Tanah Melayu terdiri daripada komuniti Jawa, Banjar,Bugis dan Minangkabau. Komuniti Jawa merupakan komuniti
terbesar.Akibat rancangan transmigrasi kerajaan Belanda di Indonesia yang
bertujuan mengurangkan kepadatan penduduk di Pulau Jawa dan Madura. Orang Jawa
berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu.[3]
Faktor-faktor penghijrahan buruh Indonesia
1.Pertambahan penduduk
2.Penindasan kerajaan Belanda.
3.Bebanan cukai.
4.Pembukaan ladang-ladang
getah.
Faktor penolak
1.Pertambahan penduduk
Pertumbuhan penduduk yang pesat
menjadikan Pulau Jawa sebagai sebuah kawasan yang padat. Akibatnya timbul
masalah sosial seperti kemiskinan, penganguran dan kekuarangan tanah untuk
kegiatan pertanian. Ini telah menimbulkan kesempitan hidup di pulau tersebut.
2.Penindasan kerajaan Belanda.
Penjajah Belanda mengamalkan
dasar yang menindas terhadap penduduk tempatan dengan mengenakan pelbagai jenis
cukai seperti cukai tanah, cukai kepala dan cukai perkhidmatan yang membebankan
kehidupan rakyat.[4]
Faktor penarik
1.Kestabilan politik
Tanah Melayu menjadi tempat
tumpuan utama penghijrah dari Indonesia kerana kedudukan kedua-dua wilayah yang
berjiran.Penghijrahan ini juga didorong oleh wujudnya kestabilan politik dan
perkembangan ekonomi yang pesat.
2.Dasar British
Pentadbiran British di Tanah
Melayu memberi kebebasan kepada setiap orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi
tanpa mengamalkan dasar penindasan seperti penjajah Belanda di Indonesia.
Keadaan ini menarik minat orang Indonesia untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
3.Pembukaan ladang-ladang
getah.
Pembukaan ladang getah di Tanah
Melayu yang menyediakan banyak peluang pekerjaan mendorong orang Indonesia
berhijrah. Mereka bekerja sebagai buruh di ladang getah bersama-sama dengan
buruh Indonesia.
Orang Jawa merupakan kumpulan yang
terbesar berhijrah ke Tanah Melayu. Ia diikuti oleh orang Minangkabau, Banjar,
Boyan dan Bugis.[5]
[1] Fauziah
Shafie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah
Malaysia, (Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,2000), 255.
[2]“Masyarakat
Pelbagai Kaum”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3,53 ,
[3]Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Sejarah Penggal
3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),130
[4]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, 141.
No comments:
Post a Comment