Wawasan 2020 merupakan satu rangka
tindakan konkrit bersifat jangka panjang yang menjadi panduan kepada pelbagai
dasar lain yang lebih luas berkaitan pembangunan negara. Rangka tindakan ini
menetapkan dengan jelas arah tujuan, cabaran dan sasaran negara untuk mencapai
satu tahap kemajuan ekonomi yang diinginkan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Wawasan 2020 digubal berlandaskan keyakinan bahawa rakyat Malaysia yang
berbilang kaum akan bersatu tenaga, berusaha dan bekerjasama ke arah mencapai
matlamat yang digariskan oleh wawasan tersebut. Melalui wawasan ini, matlamat
akhirnya adalah untuk menjadi sebuah negara maju. Mengikut sasaran yang
ditetapkan pada tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang
benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat
Malaysia pula berpeluang menikmati kehidupan yang lebih sempurna dalam sebuah
masyarakat yang demokratik, bertolak ansur, bermoral, adil, mampu bersaing.
Dinamik serta mempunyai daya ketahanan yang tinggi.[1]
CABARAN WAWASAN 2020 DAN HALA
TUJU NEGARA.
CABARAN PERTAMA
MEMBINA NEGARA BANGSA YANG
BERSATU-PADU.
Malaysia memerlukan perpaduan
antara kaum dan integriti peringkat wilayah dan nasional ke arah sebuah negara
yang aman dan harmoni. Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi pada
peringkat wlayah dan kaum dengan rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama
sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai
kesetiaan politik dan dedikasi kepada
negara. Perpaduan yang menjadi cabaran pertama Wawasan 2020 merupakan asas
kekuatan yang penting untuk kejayaan sesebuah negara.[2]
Semua ini telah dilakukan melalui
pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad yang lalu. Antara strategi ialah seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar
Bahasa Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional[3].
CABARAN KEDUA
MEMBINA MASYARAKAT BERJIWA
BEBAS, TENTERAM DAN BERKEYAKINAN.
Keyakinan terhadap diri, bangga
dengan segala yang dicapai serta mampu menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat
Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecermerlangan,
sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa
dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Dengan memiliki dan menghayati ciri-ciri
di atas, rakyat Malaysia akan menjadi sebuah bangsa gagah yang sentiasa
berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat bangsa dan
negara di persada antarabangsa. Strategi yang telah dilaksanakan ialah melalui
Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan memberi tumpuan kepada konsep pembelajaran
sepanjang hayat, kemahiran insaniah serta sifat kreatif dan inovatif.
CABARAN KETIGA
MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT
DEMOKRATIK DAN MATANG.
Mewujud dan membangunkan
masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang
matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh
kepada banyak negara membangun.
Amalan persefahaman yang matang dan prinsip
demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia dapat menjadi contoh kepada negara
membangun yang lain. Suatu usaha perlu dipupuk untuk membina masyarakat yang
matang dan dalam masyarakat yang berdemoratik akan diberi kebebasan untuk
memilih kerajaan yang bakal memimpinnya. Kebebasan memilih untuk memberi
peluang kepada perasaan yang tidak berpuas hati melalui saluran tertentu.
CABARAN KEEMPAT
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG
BERMORAL DAN BERETIKA.
Mewujudkan masyarakat yang
bermoral dan beretika, di mana warganegaranya mempunyai nilai agama dan jiwa
yang didorong oleh tahap etika yang paling tinggi. Seseorang yang beretika baik
perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan keinginan yang tinggi. Etika
merupakan tingkah laku yang berkait rapat dengan kelakuan yang dibina berdasar
tiga unsur iaitu ilmu, kemahiran dan pengetahuan.
Ketiga-tiga unsur berperanan memupuk dan melahirkan masyarakat Malaysia yang
dinamik bagi meningkatkan hasil kerja yang cemerlang. Masyarakat yang patuh
kepada amalan agama dan budaya yang cemerlang, keberkesanan pendidikan dan
sistem kekeluargaan yang unggul akan melahirkan manusia yang beretika dan
bermoral.[4]
CABARAN KELIMA
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG
MATANG, LIBERAL DAN BERTOLAH ANSUR.
Masyarakat yang matang dapat
berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu dalam keadaan apa sekalipun.
Masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman yang sempit dan
berfikiran terbuka untuk menerima segala perubahan serta pandangan orang lain.
Masyarakat yang bertolak ansur pula
digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan
adat resam, kepercayaan dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan
kesetiaan kepada negara. Usaha untuk mewujudkan masyarakat yang matang, liberal
dan bertolak ansur dapat dilihat melalui pelbagai peruntukan yang termaktub
dalam Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan, sistem demokrasi yang menjadi
amalan sejak merdeka.Kewujudan pelbagai parti politik berbilang bangsa serta
melalui pelbagai dasar yang bertujuan mewujudkan keharmonian antara kaum.
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG MAJU
DAN SAINTIFIK
Masyarakat yang maju adalah
sebuah masyarakat yang dapat menyerap segala perubahan yang berlaku di
persekitarannya untuk membina dan mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju
tidak boleh berpisah daripada masyarakat saintifik Hal ini kerana penguasaan
ilmu pegetahuan terutama ilmu yang berteraskan sains dan teknologi sering
dijadikan ukuran kepada kemajuan sesebuah bangsa. Masyarakat maju dan saintifik
adalah masyarakat yang mempunyai budaya ilmu yang dapat menjana produktiviti
dan amalan kreatif serta inovatif.
Malaysia seharusnya mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke hadapan bukan sahaja sebagai pengguna
teknologi, tetapi turut sama menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi
masa depan
MEWUJUDKAN MASYARAKAT BERBUDAYA
PENYAYANG.
Masyarakat berbudaya penyayang
merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi
melebihi kepentingan individu dan kebajikan insan yang tidak berkisar kepada
negara atau individu, tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.
Masyarakat penyayang sering dicirikan
dengan kehidupan yang muafakat , saling memahami dan menghormati, bekersamadan
saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat penyayng tidak memiliki sifat
individualistik tetapi meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan
diri. Asas-asas yang kukuh dalam
pembinaan masyarakat penyayang dan budaya penyayang ialah kepathan kepada agama
, nilai-nilai murni yang diwarisi daripada amalan tradisi dan institusi
kekeluargaan.
Kasih-sayang dalam masyarakat bermula
daripada kasih-sayang yang terjalin dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam
agama. Budaya teradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan
dan dihayati semula untuk memupuk masyakat yang bersifat penyayang .
MENJAMIN MASYARAKAT YANG ADIL
DAN SAKSAMA DALAM BIDANG EKONOMI.
Pengagihan kekayaan negara
dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan perkongsian secara
bersama dalam kalangan semua semua rakyat dalam suasana ekonomi yang
berkembang. Masyarakat yang dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang
berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran
kaum dari sudut ekonomi
Pada masa lalu, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai dasar seperti Rancangan Pembangunan lima Tahun, Rancangan
Pembangunan Luar bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional
sebagai sebahagian daripada langkah
untuk menjamin keadilan ekonomi untuk semua dan pada masa yang sama
untuk meningkatkan taraf hidup rakyat daripada semua lapisan kaum.
MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT
YANG MAKMUR.
Masyarakat yang makmur
dikaitkan dengan masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf
hidup yang tinggi. Pada masa yang sama , tiada ahli masyarakat yang hidup
melarat dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara berada
pada tahap yang tinggi. Bagi mencapai hasrat untuk menjadi masyarakat yang makmur,
masyarakat Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik
dan kental menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang.[5]
[1]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Ace Ahead
Teks STPM Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara (1800-2000) Penggal 3 Edisi Kedua.(Shah
Alam: Oxford Fajar, 2017),212.
[2]
Ibid,237.
[3] “Wawasan 2020,” dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: PST Enterprise, 2013),100.
[4] S.B.Teoh,Norizan
Yusoff dan Nurul Huda Md Yusop, Sejarah
STPM Penggal 3,181.
[5] Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Ace Ahead
Teks STPM Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara (1800-2000) Penggal 3 Edisi Kedua.,239.
No comments:
Post a Comment