1.
Gagasan Malayan Union telah
diisytiharkan di Tanah Melayu pada 1 April 1946.Malayan Union merupakan satu
rancangan British untuk menukarkan kepada negeri-negeri Melayu yang bernaung
kepada tanah jajahan.
2.
Kerajaan British hendak berkuasa penuh
ke atas Tanah Melayu dan cuba menghapuskan kedaulatan raja-raja Melayu.
Malangnya penubuhan Malayan Union telah menyemarakkan api semangat kebangsaan
di kalangan orang-orang Melayu.
3.
Terdapat beberapa faktor yang
mencetuskan bantahan atau penentangan di kalangan orang Melayu antaranya
kedaulatan raja-raja Melayu terancam, pemberian taraf kerakyatan, cara Harold
Mac Michael mendapatkan tandatangan persetujuan sultan-sultan dan sokongan
bekas pegawai-pegawai Bristish.
B) ISI
a)
Faktor Kewarganegaraan
i.
Pemberian taraf kewarganegaraan di bawah
prinsip Jus Soli telah memupuk sentimen bencikan kaum bukan Melayu dan keadaan
ini telah menimbulkan ketegangan kaum di beberapa tempat di Tanah Melayu.
Dengan syarat-syarat yang longgar dalam hal mendapatkan kerakyatan tanpa
sebarang syarat lain membolehkan kaum bukan Melayu mempunyai hak yang sama
dengan orang Melayu.
ii.
Kedudukan istimewa orang Melayu dalam
pentadbiran awam terancam dan ini merendahkan lagi taraf kedudukan mereka
berbanding orang bukan Melayu yang sudah maju dari segi ekonomi. Syarat-syarat
kewarganegaraan yang longgar dan penghapusan hak-hak istimewa orang Melayu
disifatkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu sebagai membahayakan kedudukan
politik, ekonomi, dan masa depan orang Melayu. Jika MU diteruskan bermakna
orang Cina dan India yang ketika itu ketaatan mereka masih diragui akan
mengancam kedudukan ekonomi dan politik kaum Melayu sebagai kaum bumiputera
Tanah Melayu. Seorang ahli sejarah Inggeris Thomson menganggap faktor ini amat
serius.
b)
Kedaulatan Dan Kuasa Sultan Terancam
i.
Orang Melayu Bangkit Menentang Malayan
Union kerana kedaulatan dan kuasa memerintah negeri oleh sultan terancam oleh
pembentukan Malayan Union (MU). Sultan bagi negeri-negeri merupakan pemerintah
pada nama sahaja dan yang dikekalkan hanya kuasa ke atas hal ehwal agama dan
adat resam sahaja.
ii.
Penukaran status sultan itu
membinbangkan orang Melayu tentang masa depan mereka terutama dalam menghadapi
persaingan daripada kaum bukan Melayu yang menguasai ekonomi. Tambahan pula
Gabenor MU menjadi pengerusi dilucutkan kuasa politik dan hak istimewa dan mereka
tidak lagi dapat menyelamatkan institusi kebudayaan. Kehilangan kuasa sultan
menyebabkan status Tanah Melayu ditukar menjadi tanah jajahan Inggeris telah
membangkitkan penentangan di kalangan orang Melayu dan mengatur penentangan ke
atasnya.
c)
Cara Harold Mac Michael
Mendapatkan Tandatangan Sultan
i.
Berikutan pengumuman MU di Parlimen
Inggeris pada 10 Oktober 1945 Harold Mac Michael telah ditugaskan untuk
mendapatkan tandatangan sultan di Negeri-Negeri Melayu. Beliau mendapatkan
tandatangan sultan secara paksaan iaitu mengugut akanmelucutkan jawatan sultan
atas alasan baginda sultan telah bersubahat dengan pihak Jepun menentang
Inggeris semasa Perang Dunia Kedua. Contohnya Sultan Kedah telah diberi kata
dua bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya baginda enggan
menandatangani MU dalam tempoh tertentu. Beliau dikatakan menggunakan ugutan
politik.
ii.
Mac Michael juga tidak memberikan
peluang kepada sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri ataupun
pembesar-pembesar. Ini merupakan satu pelanggaran perlembagaan negeri yang
dinyatakan dengan jelas bahawa sultan diwajibkan berunding dengan Majlis
Mesyuarat Negeri dan para pembesar sebelum baginda memperkenankan satu perkara
yang berkaitan dengan hal ehwal negeri. Contohnya Sultan Ibrahim Johor dipaksa
menandatangani perjanjian tanpa berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan
Rakyat juga berasa marah dengan penubuhan kerana raja-raja tidak diajak
berunding dalam perbincangan syarat-syarat MU dan cara Mac Michael dianggap
kurang ajar.
d) Sokongan bekas Pegawai-Pegawai British
i.
Penentangan orang Melayu ini mendapat
galakan yang besar juga daripada pegawai-pegawai Inggeris yang telah bersara
seperti Frank Swettenham, George Maxwell, Arnold Robinson, Sir Ronald braddell,
Sir Cecil Clemti Smith dan R.O Winstedt.
ii.
Mereka telah bersimpati dengan nasib bangsa
Melayu. Mereka telah menulis di dalam akhbar Times dan lain-lain penerbitan dan
menyatakan kekesalan mereka terhadap pengenalan Perlembagaan Malayan Union yang
tidak sesuai dengan Tanah Melayu.
C) KESIMPULAN
1.
Orang-orang Melayu telah bangkit
menentang dengan berbagai cara iaitu seperti ahli Majlis Mesyuarat Negeri telah
memulaukan majlis perlantikan Gabnor, sultan-sultan Melayu pula tidak
menghadiri upacara perlantikan Gabenor sementara orang Melayu pula berkabung
selama 7 hari dengan melilit kain putih pada songkok mereka.
2.
Kemarahan orang-orang Melayu dan
penentangan yang menyeluruh oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu telah
menyebabkan MU dibubarkan dan digantikan dengan satu perlembagaan baru yang
sejajar dengan tuntutan dan kehendak UMNO iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948.
No comments:
Post a Comment