A)
PENGENALAN
1.
Sebelum campur
tangan British, sistem ekonomi Tanah Melayu bersifat ekonomi tradisional. Tiada
penggunaan teknologi moden. Tenaga utama dalam kalangan ahli-ahli keluarga.
Rakyat jelata memainkan peranan mengusahakan ekonomi tradisional dari peringkat
awal hingga ke peringkat pengeluarannya. Tidak ada dorongan untuk mengeluarkan
lebihan tanaman kerana cukai yang selalunya dikenakan adalah tinggi.
Tanah-tanah boleh diusahakan sesuka hati atau hanya perlu meminta kebenaran
pembesar kerana tanah dianggap milik raja.
2.
Manakala ekonomi
komersil pula merujuk kepada aktiviti ekonomi menjuruskan kepada lebihan
pengeluaran. Kegiatannya berlandaskan perdagangan, perlombongan dan pertanian
dagangan secara eksport. Pemodalnya
terdiri daripada raja dan pembesar dan mereka memonopoli kegiatan ekonomi yang
dijalankan secara komersil ini.
B.
ISI
a.
Ciri-Ciri
Ekonomi Tradisional
1. Ekonomi
tradisional tiada pengkhususan kerja. Dijalankan oleh rakyat biasa. Mereka
melakukan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti bertani, nelayan, mencari
hasil hutan dan sebagainya. Tidak ada
pembahagian tugas kecuali antara lelaki dengan wanita atau orang tua dan
kanak-kanak. Orang tua dan kanak-kanak
biasanya diberi kerja yang ringan dan setiap pekerjaan melibatkan semua
anggota.
2. Kegiatan
ekonomi pula berkait rapat dengan persekitaran tempat tinggal dan keluasan
kawasan ekonomi yang terhad. Ia
bergantung kepada tempat tinggal sama ada berhampiran dengan laut, sungai
kawasan sawah ataupun kawasan pendalaman.
3. Ekonomi
tradisional juga menggunakan alatan tradisional. Contohnya alat menangkap ikan
mereka gunakan jala, bubu, kail dan dalam bidang pertanian pula mereka
menggunakan binatang, cangkul, sabit, parang dan sebagainya. Tenaga
ahli-ahli keluarga digunakan dari peringkat awal hingga ke peringkat
pengeluaran
4. Ciri-ciri
ekonomi tradisional juga dijalankan amalan bergotong royong dan berderau. Ia
dilakukan bersama atau secara berkumpulan untuk mempercepatkan sesuatu
pekerjaan.
5. Hasil
yang dikeluarkan terhad dan tiada lebihan hasil. Ekonomi yang dilaksanakan
adalah untuk keperluan keluarga sahaja dan modal yang dikeluarkan sangat
terhad.
6. Jenis
ekonomi tradisional seperti pertanian padi huma, menangkap ikan, mencari hasil
hutan, memburu binatang, pertukangan dan perlombongan secara kecil-kecilan.
b.
Ekonomi
Komersil
1. Manakala
ekonomi komersil pula dilaksanakan oleh golongan pemerintah. Raja dan pembesar biasanya menjadi pemodal
dan ekonomi diusahakan oleh meraka yang berpengalaman dan ada kepakaran
melaksanakannya. Pembesar juga akan jadi
usahawan, menguasai dan mengawasi perdagangan import dan eksport. Mereka juga melantik wakil tertentu untuk
menjalankan perniagaan yang dikenali sebagai kiwi.
2. Ekonomi
komersil juga melibatkan penggunaan mata wang.
Pada tahun 1800-an negeri Melayu mempunyai mata wang sendiri. Barang berharga seperti emas, perak atau
tembaga dijadikan sebagai mata wang.
Pada abad ke-19 urus niaga di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan
Perak menggunakan mata wang timah yang dikenali sebagai jongkong tampang yang
berbentuk separuh piramid atau pagoda.
3. Tempat
berlakunya jual beli biasanya di pelabuhan, kuala sungai, kawasan pasar yang
strategik seperti di bandar dan pusat-pusat pentadbiran.
4. Wujudnya
perdagangan dengan luar negara dan pelabur daripada luar negara. Perniagaan
dijalankan di muara sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan, pelabuhan yang
mejadi tempat persingahan saudagardari Asia Tenggara, Cina, Arab, India dan
sebagainya. Contohnya di Selat Melaka, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuantan,
Pahang, Pulau Pinang dan sebagainya. Ia
juga melibatkan pelaburan asing yang datang melabur.
5. Manakala
jenis-jenis ekonomi komersil seperti pertanian padi sawah secara komersil
seperti di Kedah dan Kelantan. Lada hitam, gambir, nenas, tebu,dan ubi kayu
ditanam secara ladang. Aktiviti perlombongan
dijalankan secara besar-besaran. Ekonomi
komersil juga melibatkan perdagangan dan pelaburan.
C)
KESIMPULAN
1.
Kesimpulannya,
sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan Barat merupakan sistem
ekonomi tradisional dengan tumpuannya ke atas pertanian dan sistem ekonomi
secara kecil-kecilan.
2.
Tanah Melayu begitu
kaya dengan hasil alam sehingga perdagangan dapat dijalankan dengan
negara-negara Eropah dan negeri-negeri Selat sejak awal abad ke- 19 lagi.
3.
Kekayaan hasil bumi
ini juga menarik ramai saudagar Cina dan Eropah menanam modal dalam perusahaan
pertanian dagangan dan perlombongan
SU SUMBER- SKEMA SET 2 JPN KELANTAN
No comments:
Post a Comment