Pada
peringkat awal, penanaman getah tidak mendapat sambutan yang
menggalakkan di Tanah Melayu.Penanaman kopi dan tebu yang berharga
tinggi pada ketika itu lebih menguntungkan. Mulai 1839permintaan,
permintaan terhadap getah telah meningkat berikutan penciptaan tayar
motokar oleh Goodyear. Penanaman getah juga bertambah akibat daripada
kemerosotan harga kopi dunia. Terdapatbeberapa faktor yang mendorong
peladang-peladang menanam getah secara besar-besaran di TanahMelayu.
Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah
1. Sumbangan H.N.Ridley
Perlantikan
H.N.Ridley sebagai Peng. Botonical Garden di Singapura pada tahun 1888
melahirkan erabaru bagi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.
Beliau merupakan orang yangbertanggungjawab dalam perkembangan penanaman
getah di Tanah Melayu.H.N.Ridley telah berusaha sedaya upaya untuk
memperkenalkan getah kepada penduduk tempatandengan memberi biji-biji
benih getah. Beliau juga memujuk peladang-peladang kopi dan tebu
supayamenanam getah. Tindakan Ridley berjaya memujuk seorang Cina
bernama Tan Choy Yan menanam 16hektar getah pada tahun 1896.
adik-beradik Kinderley juga dipengaruhi oleh Ridley dan menanam 5
ekargetah di Kajang.Pada tahun 1897 Ridley berjaya memperkenalkan satu
cara penorehan saintifik iaitu sistem ‘tulang ikan herring atau ibedem’.
Cara ini dapat mengeluarkan susu getah yang banyak dan berterusan
tanpamerosakkan pokok getah. Ridley juga memperkenalkan satu cara yang
selamat untuk mengangkut anakbenih getah iaitu dengan membungkusnya
dalam arang batu yang lembap. Cara pengangkutan inimembolehkan anak
benih getah dihantar ke kawasan yang lebih jauh. Ia dapat membantu
pembukaanladang-ladang getah yang baru.
2. Dasar Kerajaan
Pada
tahun 1897, cukai tanah yang rendah iaitu sebanyak 10 sen dikenakan ke
atas tanah yangberukuran seekar untuk 10 tahu pertama ditanam dengan
getah. Selepas 10 tahun , cukai cukai inidinaikkan menjadi 50 sen
seekar. Duti sebanyak 2.5% dikenakan ke atas getah bagi 15 tahun
yangpertama. Selepas 15 tahun duti ini dinaikkan kepada 5%. Sesiapa yang
membuka tanah untukpenanaman getah akan diberikan hak milik yang kekal.
Akibatnya ramai pelabur melibatkan diri dalamkegiatan penanaman getah
di Tanah Melayu.Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah
membaiki sistem perhubungan iaitu jalan rayadan landasan keretapi untuk
menghubungkan kawasan ladang dengan bandar dan pelabuhan. Padatahun 1899
kerajaan telah menguntukkan wang berjumlah RM4000 bagi menjalankan
eksperimen-eksperimen getah dan lain-lain tanaman.
3. Kemerosotan harga kopi
Kemerosotan
harga kopi turut membantu memperkembangkan perusahaan getah di Tanah
Melayu.Di antara tahun 1896-1900 harga kopi di pasaran telah mengalami
kemerosotan. Kejatuhan harga kopiadalah disebabkan penawaran kopi adalah
lebih daripada permintaan di pasaran dunia, kopi di TanahMelayu
menghadapi persaingan hebat daripada kopi Brazil. Pokok kopi juga
diserang oleh penyakit yangdibawa oleh kupu-kupu Beehawk.
4. Tambahan permintaan getah dunia akibat perkembangan perusahaan yang menggunakan getah
Perkembangan
perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke-20
mengakibatkanpenggunaan getah dunia meningkat. Penciptaan tayar angin
oleh J.B.Dunlop pada tahun 1888 danperkembangan perusahaan motokar
membantu menaikkan permintaan getah. Pada masa yang samaharga getah
turut melambung tinggi. Malahan penggunaan terhadap getah juga meningkat
akibatperkembangan dalam industri kasut, pakaian, perubatan, perabot,
tayar dan peralatan elektrik.
5. Bekalan buruh yang murah untuk bekerja di estet-estet.
Orang
India selatan yang berhijrah secara beramai-ramai ke Sem.Tanah Melayu
telahmembekalkan tenaga buruh yang murah bagi perusahaan getah. Malahan,
buruh-buruh India adalahyang mudah dikawal dan rajin bekerja. Kewujudan
mereka telah membolehkan pembukaan banyak estetgetah yang besar oleh
orang Eropah.
6. Pelaburan Orang Eropah dan penyelidikan saintifik membolehkan pengeluaran getah secarabesar-besaran
Syarikat
Eropah seperti Harrisons and Crosfield, Guthries, Sime Darby dan
lain-lain telah melabur secara besar-besaran dalam perusahaan getah.
Dengan pengelibatan orang Eropah penyelidikan getahtelah bertambah. Pada
tahun 1926, Institut Penyelidikan Getah telah ditubuhkan oleh kerajaan
bagimemajukan perusahaan getah. Penyelidikan telah dibuat untuk
menaikkan mutu getah serta mencarikegunaan-kegunaannya yang baru.
Kesimpulan
Walaupun
berlaku zaman kemelesetan, perusahaan getah masih kekal sebagai
perusahaanterpenting di Tanah Melayu. Perusahaan getah semakin
berkembang sehingga pada tahun 1914.semenanjung Tanah Melayu telah
membekalkan lebih setengah daripada bekalan getah dunia
No comments:
Post a Comment