Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
c)Perubahan sistem pendidikan
di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19-20.
Hasil pembelajaran- Calon dapat menjelaskan perubahan sistem pendidikan di Negeri-negeri
Melayu, Sabah dan Sarawak.
Perubahan Sistem pendidikan Zaman British
Sistem pendidikan zaman
penjajah lebih bersifat terpisah apabila setiap kaum menghantar anak-anak
mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.Sukatan
pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam.Sistem pendidikan aliran Inggeris
dianggap terbaik tidak terbuka kepada semua orang. Pendidikan Ingeris dikhaskan
kepada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburkan diri
dalam perkhidmatan awam selepas menamatkan pengajian. British juga mengasingkan
penubuhan sekolah mengikut kawasan penempatan kaum masing-masing. Sekolah
Inggeris tertumpu di bandar, sekolah Melayu di kawasan luar bandar, sekolah
Cina di bandar pelabuhan dan perlombongan, manakala Sekolah Tamil di kawasan
ladang-ladang getah.[1]
l. Pendidikan Melayu dan nelayan. Sekolah Melayu terawal dibuka di
Negeri-Negeri Selat, iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan
Lepas di Pulau Pinang. Sekolah-sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang
Perai, Melaka dan neger-negeri Melayu lain.[2]
Pendidikan vernakular Melayu rendah mutunya.Anak-anak
Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni
pertukangan dan perkebunan. Sekolah Melayu hanya memberi pendidikan sehingga
darjah 6. Masa persekolahan bagi sekolah Melayu hanya dua jam sahaja bagi
darjah satu, dua dan tiga.Manakala bagi darjah empat pula masa persekolahannya
ialah empat jam.[3]
Pada tahun 1905 Kolej Melayu Kuala Kuala
Kangsar ditubuhkan khas bagi anak-anak golongan bangsawan Melayu yang menjadi
alat pentadbiran British.R.O Winterdt mencadangan penubuhan sebuah maktab bagi
melatih guru-guru Melayu di Tanjung malim, Perak. Dengan ini lahirlah Maktab
Perguruan Sultan Idris, MPSI pada tahun 1922.[4]
- Maktab-maktab Melayu ditubuhkan
pada abad ke-20.
2. Pendidikan Inggeris
Sekolah aliran Inggeris yang pertama
ialah Penang Fre School yang dibuka pada tahun 1816 di Pulau Pinang oleh R.S
Hutchings, seorang paderi gereja tempatan. Pada tahun 1826 Malacca Free School
dibuka oleh badan mubaligh Kristian. Sekolah Inggeris seterusnya ialah 1893 Victoria Institution, Methodist
Boys School 1897, Convent Girl School dan St. John
Institution pada tahun 1904.
Sekolah Inggeris dibiayai melalui
pungutan yuran dan derma badan
persendirian dan orang ramai.Sekolah Inggeris tertumpu di bandar utama di
Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930-an anak-anak
Melayu belajar di sekolah aliran Inggeris pabila Special Malay Class
diperkenalkan.Mereka perlu belajar selama dua tahun sebelum memasuki tahun
empat di sekolah Inggeris. Pada tahun
1905 , British menubuhkan maktab khas
untuk anak-anak golongan bangsawan yang
dikenali sebagai Malay College, Kuala Kangsar.[5]
Sukatan pelajaran berdasarkan sukatan
England.
Sekolah Inggeris di Tanah
Melayu mempunyai beberapa persamaan dengan sekolah di England. Peringkat
persekolahn dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu kelas bawah 1,2 dan darjah
1. Kelas rendah pertengahan daripada darjah dua hingga darjah lima. Peringkat
menengah pula dari darjah 6 hingga kelas Sijil Persekolahan.
Mata pelajaran yang dipelajari ialah
Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah Eropah, Ilmu Alam, Ilmu Sains, Sastera
Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Lukisan. Mereka yang lulus School Certificate mempunyai peluang
pekerjaan yang lebih cerah. Sistem pendidikan Inggeris bertujuan melahirkan
golongan terpelar yang dapat membantu pentadbiran negara di sampng menanam
perasaan taat setia kepada British.[6]
[1]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar,2014) ,122
[2] Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Sjarah Penggal 3, (Bandar Baru
Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),120.
[3]
Ibid.
[4] Ibid,121.
[5]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar,2014) ,128.
No comments:
Post a Comment