TEMA 3 NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu bermula secaralebih teratur pada awal abad
ke-20 . Kesedaran ini timbul sebagai tindak balas masyarakat tempatan
yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran British. Kesedaran ini
diperkuatkan lagi apabila orang Melayu yang menerima pendidikan agama
dan sekular dari negara luar mula kembali ke tanah air.Golongan
intelektual ini tampil ke hadapan untuk memainkan peranan masing-masing
dalam menyedarkan masyakat Melayu yang serba mundur dan ketinggalan
melalui pelbagai cara termasuk gerakan persatuan, kelab dan kesatuan.[1]
a.Konsep nasionalisme
Nasionalisme
bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan tanah air yang mendalam.Ia
juga bermaksud keinginan untuk berjuang membebaskan tanah air. Tujuannya
ialah untuk menebus maruah bangsa dan menentukan nasib sendiri.[2]
1.Pengaruh agama Islam.
Agama
menjadi faktor penting yang menyatukan orang Melayu pada peringkat awal
kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Pada tahap inigerakan
nasionalisme di Tanah Melayu lebih dipengaruhi oleh gerakan
Pan-Islamisme di Timur Tengah yang muncul pada akhir abad ke-19 dan awal
abad ke-20.
Gerakan Pan Islamisme di Timur Tengah.
Gerakan
Pan Islamisme yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid
Jamaluddin al-Afghani bertujuan memberi satu tafsiran baru kepada agama
Islam supaya sesuai dengan peredaran zaman bagi mengatasi masalah
kemunduran umat islam di seluruh dunia.
Gerakan Pan-Islamisme berjaya mempengaruhi pelajar Melayu yang mendapat
pendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir dan lain-lain negara di Timur
Tengah. Pada tahun 1906, pengaruh gerakan ini mula dibawa masuk ke Tanah
Melayu apabila mereka kembali ke tanah air. Pelajar lulusan dari Timur
Tengah memulakan Gerakan Pemulihan Islam untuk menyeru orang Melayu
supaya kembali semula berpegang kepada ajaran al-Quran dan hadis.
Antara tokoh penting gerakan ini ialah Syeikh MohdTahir Jalaludin, Syed
Syeikh al-Hadi, Haji Abbas Taha dan Syeokh Muhammad Salim
al-Khalili.Kebanyakan mereka berasal dari keturunan Jawi-Arab dan Jawi
Peranakan.[3]
Perjuangan Kaum Muda.
Kemunculan
Gerakan Pemulihan Islam ini disifatkan sebagai titik penting dalam
perkembangan gerakan kebangsaan di Tanah Melayu.Ia berkait rapat dengan
keadaan masyarakat Melayu ketika itu yang serba ketinggalan dalam
berbagai bidang berbanding dengan kaum-kaum lain.
Pada
awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan
pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir.
Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan
idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan
Syeikh Muhammad Abduh. Setelah kembali ke tanah air pelajar tersebut
memulakan gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai
Kaum Muda.Antara tokoh penting dalam gerakan ini ialah Syeikh Tahir
Jalaluddin, Syed Syeikh Al-Hadi dan Haji Abbas Muhammad Taha.
Idea pembaharuan Kaum Muda disebarkan melalui majalah Al-Imam. Al-Imam
telah memberi kesan besar dalam perkembangan pemikiran orang Melayu.
Orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan dan ekonomi
mereka.Mereka menegaskan pentingnya umat Islam kembali kepada ajaran
al-Quran dan Hadis.Pada pandangan mereka, masyarakat Islam ketinggalan
kepada kaum imigran bukan disebabkan oleh ketidakupayaan mereka
bersaing, tetapi disebabkan kelalaian mereka memahami ajaran Islam
sebenar.Bagi mereka masyarakat Melayu masih boleh diselamatkan sekiranya
diberi petunjuk kepada ajaran Islam sebenar berlandaskan al-Quran dan
Hadis.[4]
[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini,151.
[2]“Gerakan Nasionalisme”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 56 .
[3]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000) ,153
[4]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),142.
No comments:
Post a Comment