yang disayangi sejak kecil lagi. Baginda dibesarkan oleh
datuknya, iaitu Abdul Muttalib dan bapa saudaranya, iaitu Abu Talib. Baginda
berkahwin dengan Siti Khadijah semasa berumur 25 tahun. Ketika baginda berusia
40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama, surah al-Alaq yang
menandakan pengiktirafan baginda sebagai seorang nabi dan rasul diikuti dengan
turunnya surah al- Muddasir. Selepas Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah,
baginda dilantik sebagai ketua negara. Baginda berjaya membina sebuah negara
Islam yang berdaulat dan disegani. Dengan itu, baginda diakui sebagai seorang
negarawan yang unggul.
Sebagai
seorang pemimpin politik, baginda berjaya mengasaskan perlembagaan bertulis
yang pertama, iaitu Sahifah Madinah yang bersumberkan wahyu. Baginda juga
memperkenalkan corak pemerintahan musyawarah. Sistem syura merupakan cara
membuat keputusan secara kolektif.
Selain itu, sistem perundangan Islam
diperkenalkan terutamanya undang-undang sivil. Nabi Muhammad SAW juga telah
menjalinkan hubungan diplomatik dengan dua kuasa besar di wilayah tersebut pada
masa itu, iaitu Rom dan Parsi. Rom dan Parsi menerima utusan dari Madinah dan
mengiktiraf Madinah sebagai sebuah negara Islam.
Sebagai
pemerintah Madinah, baginda juga membentuk pasukan tentera Islam serta menjadi
ketua angkatan tentera. Rasulullah SAW memimpin 27 ekspedisi ketenteraan dengan
menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi. Asas kepimpinan baginda dalam bidang
ketenteraan ialah akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Baginda menanam
semangat jihad, mengamalkan sifat amanah dan adil. Baginda juga berkebolehan
merangka taktik dan strategi
ketenteraan yang membawa kepada kemenangan.
Perhatian
utama baginda semasa di Madinah adalah untuk menyatukan penduduk pelbagai kaum
di situ. Baginda bukan sahaja menamatkan permusuhan antara suku Aus dengan
khazraj tetapi juga berjaya membentuk ummah yang bersatu padu. Baginda juga
mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin berdasarkan konsep ukhuwah
Islamiyah.
Sebagai
pemimpin masyarakat, baginda menegaskan persamaan taraf dan menegakkan
keadilan. Taraf wanita juga dinaikkan dan mereka dihormati. Golongan Yahudi
juga dijamin kebebasan beragama dan diterima sebagai rakyat Madinah selagi
tidak melanggar Piagam Madinah.
Sebagai ketua
negara, Rasulullah SAW juga mengembangkan ekonomi orang Islam di Madinah.
Baginda memperkenalkan dasar ekonomi baharu. Sebagai perancang ekonomi, Nabi
Muhammad SAW menggalakkan orang Islam bekerja keras, bergiat aktif dalam
perniagaan dan pertanian.Kebajikan masyarakat dijaga apabila bayaran zakat
diwajibkan. Nabi Muhammad SAW juga mempertingkatkan usaha menyekat kegiatan
kaum Musyrikin Quraisy.
Kehebatan dan
kepimpinan Rasulullah SAW dalam bidang politik, ekonomi dan sosial menjadi asas
pembentukan negara Islam pertama di Madinah.Memang tidak dapat dinafikan bahawa
baginda merupakan seorang negarawan yang unggul.
No comments:
Post a Comment