OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran :menjelaskan konsep dan susun lapis masyarakat di Indonesia pada abad ke-19.
KONSEP SISTEM SOSIAL DI INDONESIA
Negara Indonesia mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal. Sistem sosial terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
KONSEP SISTEM SOSIAL DI INDONESIA
Negara Indonesia mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal. Sistem sosial terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Susun lapis masyarakat di Indonesia.
1.Sultan/Raja
2.Kerabat Diraja.
3.Pembesar/Uleebalang/ Golongan Bangsawan/ Ulamak
4.Rakyat.[1]
Sebelum
kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan
yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di
Jawa.Masyarakat di kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai susun lapis
tersendiri tetapi secara keseluruhannya terdapat hierarki atau susun
lapis berbentuk piramid.
Di
Jawa Tengah, terdapat dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan
golongan diperintah. Lapisan teratas terdiri daripada kerabat diraja dan
golongan bangsawan. Golongan diperintah menduduki lapisan bawah yang
terdiri daripada rakyat biasa, iaitu petani, pekerja, pedagang, dan
hamba.
Raja
dan kerabatnya mentadbir kawasan yang selalunya terdiri daripada
kumpulan etnik mereka sendiri. Kerabat diraja membantu raja dalam
pentadbiran di peringkat pusat dan mendiami kawasan ibu kota. Selain
menjalankan tugas pentadbiran, mereka juga melaksanakan upacara
keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan mereka. Golongan
pemerintah ini menguasai tanah dan perdagangan maritim. Raja dipandang
sebagai pusat kosmos.
Terdapat
juga raja dan kerabat diraja yang memerintah negeri yang terdiri
daripada beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa, Sumatera dan
Kalimantan. Di kawasan Jawa, Sunda, Sulawesi Selatan, Maluku, dan
Kalimantan, susun lapis masyarakat peribumi agak jelas.Golongan
pemerintah dapat mengumpul harta dan menghantar anak-anak mereka ke
sekolah.
Di
Jawa, raja, kerabat diraja, dan golongan bangsawan agak terasing
daripada masyarakat disebabkan pengaruh agama dan tradisi. Golongan
keturunan diraja dibahagikan mengikut darjat keturunan yang masingmasing
mempunyai status dan prestij sendiri dalam masyarakat.Dalam masyarakat,
status Priyayi dianggap lebih tinggi dan dihormati daripada status
golongan lain. Priyayi merupakan golongan berkedudukan di Jawa seperti
pegawai tinggi dalam kerajaan.
Rakyat
yang kebanyakannya petani membayar cukai dan amat setia kepada golongan
pemerintah. Petani merupakan majoriti daripada masyarakat dan menjadi
tunjang kegiatan ekonomi bagi seluruh kawasan. Indonesia merupakan
sebuah negara agraria, maka kegiatan pertanian adalah lebih penting
berbanding bidang lain.
Hamba
menduduki lapisan paling bawah. Kehidupan mereka bergantung kepada tuan
mereka. Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang-piutang.Di Jawa,
lapisan masyarakatnya dipisahkan mengikut tahap bahasa yang berbeza,
gelaran, dan peraturan perkahwinan.Pada akhir abad ke-19, susun lapis
masyarakat di fawa agak kompleks apabila muncul satu golongan pegawai
kerajaan dan profesional kesan daripada perkembangan pendidikan.
Terdapat keperluan untuk melatih rakyatnya bagi memenuhi bidang
perkhidmatan dalam kerajaan dan bidang perdagangan.
Kesimpulan
Masyarakat
peribumi di Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan kepercayaan.
Keadaaan tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja lmaharaja
mereka.Selepas penjajahan Barat, susun lapis masyarakat Indonesia mula
melalui perubahan. Kedudukan dan kuasa tradisi golongan Bupati
(Indonesia) dan Mandarin (Vietnam) merosot kerana mereka digantikan oleh
pegawai Eropah atau golongan yang berpendidikan Barat.
No comments:
Post a Comment