OLEH- AHMAD
BIN YAAKOB
ANALISA
BAHAGIAN A
SOALAN STPM PENGGAL
3/2013
Bahagian A: Sejarah
Malaysia
1.
Jelaskan peranan raja-raja Melayu sebelum tahun 1874.
2.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu biarpun singkat telah meninggalkan pelbagai
kesan tehadap aspek politik, sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Berikan ulasan
anda tentang pernyataan tersebut.
3.
Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia dalam Persidangan
Negara-Negara Islam (OIC)
SOALAN SEJARAH STPM
ULANGAN PENGGAL 3/2013 U
Bahagian A: Sejarah
Malaysia
1.
Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih
bersifat sara diri. Walau bagaimanapun, terdapat juga kegiatan ekonomi lain
yang diusahakan. Bincangkan.
2.
Analisiskan sebab-sebab berlakunya penentangan terhadap penjajah British oleh
pemimpin tempatan di Perak padaabad ke-19 dan di Terengganu pada awal abad
ke-20.
3.
Bincangkan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan pembangunan
sosial melalui pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1970-an
SOALAN
SEJARAH STPM PENGGAL 3/2014
Bahagian A: Sejarah
Malaysia
1.
Bincangkan peranan undang-undang adat dalam mengekalkan keharmonian masyarakat
di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.
2.
“ Selain daripada beberapa faktor yang lain, masalah kewangan Pahang dikatakan
mempengaruhi British untuk menubuhkan Neger-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun
1896.” Bincangkan pernyataan tersebut.
3.
Bincangkan dasar pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1979.
SOALAN SEJARAH STPM
PENGGAL 3/2014 U
Bahagian A: Sejarah
Malaysia
1.
Terangkan susun lapis masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.
2.
Bincangkan faktor-faktor yang menyekat penguasaan British di Johor sehingga
tahun 1914.
3.
Analisiskan rancangan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.
SOALAN
SEJARAH STPM PENGGAL 3/2015
Bahagian A: Sejarah
Malaysia
1.Huraikan prinsip
umum Undang-Undang Tubuh Johor dalam mengekalkan kestabilan sosiopolitik di
Johor pada abad ke-19
2.Jelaskan reaksi
penduduk tempatan di Sarawak terhadap British pada tahun 1946.
3.Terangkan
langkah-langkah yang dimabil oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat
Dasar Perindustrian Negara dari tahun1980-an hingga tahun 2000.
SOALAN
SEJARAH STPM PENGGAL 3/2015U
Bahagian A: Sejarah
Malaysia
1.Terangkan bentuk
dan pelaksanaan adat Perpatih dan adat Temenggung di Tanah Melayu. [20]
2.Bincangkan
perjuangan Kesatuan Melayu Muda dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu dari
tahun 1938 hingga tahun 1942. [20]
3.Nilaikan sumbangan
Tun Razak bin Dato’ Hussein dalam pembangunan ekonomi di Malaysia hingga tahun
1974.
BAHAGIAN A SEJARAH MALAYSIA 2016
1. Sebelum campur tangan British, masyarakat
Melayu telah mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik dan teratur. Huraikan
hierarki pentadtadbiran dan tugas-tugas yang berkaitan dengannya. 20m
2.Ancaman komunis di Singapura dan di Sarawak
merupakan faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia pada tahun 1963 pada
tahun 1963
3.Huraikan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN) dari tahun 1967 hingga tahun 1997. 20m
No comments:
Post a Comment