oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Presiden Diosdado Pangan Macapagal menjadi Presiden Filipina antara tahun
1961 dan 1965.Macapagal memainkan peranan membangunkan negara mengikut cara
tersendiri.Macapagal merupakan pemimpin yang lebih liberal dan memerintah
mengikut dasar demokrasi negara.[1]
Latar Belakang
Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao, Pampanga pada 28 September 1910.
Beliau meninggal dunia di Makati Ciry Metro Manila pada 21 April 1997 pada umur
86 tahun Macapagal merupakan Presiden Filipina yang kesembilan (1961 - 1965)
bagi menggantikan Presiden Carlos P. Garcia. Beliau dipilih oleh sebuah
gabungan ahli Parti Liberal dan Parti Progresif kerana keupayaan beliau
membasmi amalan rasuah.
Macapagal diberi gelaran 'Orang Terjujur' (The lnconuptable) sejajar dengan
usaha membasmi kegiatan rasuah dalam pemerintahan beliau.Tempoh sebagai
Presiden tamat apabila beliau kalah kepada calon Parti Nasionalis iaitu
Ferdinand Marcos pada tahun 1965. Semasa pemerintahannya sebagai Presiden
Filipina, Macapagal telah melaksanakan dasar ekonomi untuk melindungi rakyat.[2]
Pembaharuan yang dilakukan oleh Macapagal
Macapagal telah mengamalkan dasar laissez-faire dalam ekonomi. Beliau
melaksanakan program politik, ekonomi dan sosial bertujuan untuk mengembangkan
ekonomi negara seterusnya.
Program politik
(a) Dalam usahanya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, Macapagal telah
menerima nasihat dari penyokong-penyokongnya yang kaya supaya membiarkan mata
wang peso Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing. Melalui
dasar kewangan ini, berjuta-juta peso dapat dipungut setiap tahun.
(b) Macapagal telah melakukan pelbagai usaha untuk menghapuskan rasuah
dalam sektor-sektor tertentu.
(c) Pada tahun 1962, Macapagal mengubah tarikh perayaan rasmi Hari
Kemerdekaan Filipina dari 4lutai (hari Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan
kepada Filipina pada tahun 1946 kepada 12 Jun (hari semasa Emilio Aquinaldo
mengumumkan kemerdekaan dari penjajah Sepanyol pada tahun 1898).
(d) Pada dasarnya keputusan beliau ini disebabkan Amerika Syarikat enggan
membayar ganti rugi ke atas kemusnahan yang dilaksanakan oleh pasukan
tenteranya di Filipina semasa Perang Dunia Kedua. Tetapi Macapagal telah
memberi alasan bahawa tindakan beliau tersebut merupakan keputusan hukum
tentang waktu yang telah ditetapkan sebelum itu.
(e) Semasa penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia, Macapagal telah membuat
pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.
(f) Kerajaan Macapagal dengan tegasnya membuat tuntutan dan mendakwa Sabah
masih sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
(g) Tuntutan ini dibuat berdasarkan perjanjian antara Sultan Iamalul Alam
dengan Baron Von Overbeck pada22 Januari 1878.
(h) Baron Von Overbeck telah menjual haknya kepada Alfred Dent yang telah
menubuhkan syarikat perdagangan. Syarikat perdagangan ini kemudian berjaya
mendapat Piagam Diraja daripada kerajaan British dan pada tahun 1881, syarikat
tersebut dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). SBUB diberi kuasa
mentadbir Sabah sehingga Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan
pemerintahan Sabah kepada kerajaan British. Sejak itu Sabah menjadi Jajahan
Mahkota British.[3]
Program sosial
(a)
Memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan dalam
masyarakat.
Dari segi sosial beliau bertindak menghapuskan rasuah dan memperkenalkan
nilai-nilai kemasyarakatan Filipina.[4]Macapagal
diberi gelaran orang terjujur sejajar dengan usaha membasmi kegiatan rasuah
dalam kerajaan.
Program ekonomi
(a) Meningkatkan pengeluaran makanan.
Antara matlamat pentadbiran beliau ialah meningkatkan pengeluaran makanan
dan melaksanakan dasar sosioekonomi yang berani.
(b) Menjalankan program sosioekonomi yang berani.
(c) Meningkatkan pekerjaan.
Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah pengganguran yang merupakan salah
satu masalah utama pentadbirannya, beliau mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan Asas
(EEA). Bantuan ini menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk
Filipina bagi membolehkan mereka mengatasi masalah kemiskinan dan meningkatkan
ekononi negara.
(d) Melaksanakan program reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah
Pertanian 1963.
Pemansuhan sewa dan program reformasi tanah yang disertakan dalam Kanun
Tanah Pertanian Pembaharuan 1963 menekankan usaha untuk memerangi kemiskinan
secara besar-besaran.Beliau menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos 1963.
Tujunnya adalah untuk menghapuskan perhambaan terhadap penewa tanah kepada
kebebasan dan keslamatan petani di tanah
milik mereka. Walau bagaimana pun beliau gagal dalam melaksanakan reformasi
tanah.[5]
Kesimpulannya, Persiden Macapagal merupakan seorang negarawan ulung
Filipina. Beliau telah banyak membawa perubahan sama ada dari segi politik,
sosial dan skonomi.Presiden Macapagal tidak dapat melakukan beberapa dasar
ekonomi kerana mendapat bantahan dan penentangan daripada Parti Nasionalis di
bawah pimpinan Ferdinand Marcos yang telah menguasai Dewan Perwakilan dan Senat
dalam Parlimen Filipina. Namun demikian, pertumbuhan ekonomi telah meningkat
sebanyak 5.157% semasa pemerintahan Macapagal.[6]
[1] Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.,2015),410.
[2]
Ibid,411.
[3] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM
Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),411.
[4] [iv]“Sumbangan
Tokoh iaitu Macapagal dan Phibun Songkram”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran
STPM Sejarah Penggal 3,151.
[5] Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar,2014) ,375.
[6]
Ibid,411.
No comments:
Post a Comment