Raja Thibaw dilahirkan pada
tahun 1858 di Mandalay, Myanmar. Raja Tihibaw merupakan anak Raja Mindon Min
dengan Puteri Laungshe. Raja hibaw mendalami ajaran agama Buddha di tokong
sejak kecil lagi. Baginda pemerintah terakhir Dinasti Konbaung di Myanmar. Beliau
memerintah antara tahun 1878-1885. Pemerintahannya berakhir detelah pendudukan
Hulu Myanmar oleh British. Beliau meninggal dunia pada 19 Disember 1916 di
Ratnagiri Fort, India.
Peranan dalam penentangan
terhadap British
Raja Thibaw sangat dikuasai oleh
Permaisuri Supayalat dan Taingda sehingga Hluttaw, sebuah badan yang
berpengaruh dalam sistem pemerintahan pusat merasa terancam lalu terpaksa
mengikut sahaja dasar Raja Thibaw dan permaisurinya.
Raja Thibaw mengamalkan
pemerintahan yang keras, menekan, dan menindas berbanding dengan pemerintahan
ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana, rakyat, dan kuasa asing. Sikap
Raja Thibaw menyebabkan saudagar-saudagar British merasa tidak puas hati lalu
mendesak kerajaan British di India supaya menguasai Myanmar Hulu.
Pada zaman pemerintahan Raja
Thibaw perbendaharaan Myanmar Hulu mengalami masalah kekurangan sumber
pendapatan. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut, Raja Thibaw meningkatkan
cukai terhadap golongan masyarakat.
Dari segi pentadbiran, Raja
Thibaw menambahkan jumlah jabatan dalam Hluttaw daripada empat menjadi empat
belas. Satu unit pentadbiran baharu di peringkat daerah, iaitu khayaing
dibentuk mengikut model pentadbiran British di India. Tujuannya adalah untuk
memusatkan pentadbiran di istana Myanmar Hulu. Myanmar Hulu dibahagikan kepada
sepuluh daerah di
bawah Menteri Daerah. Raja
Thibaw juga memperkenalkan jawatan Myo-ok mengikut sistem pentadbiran yang
diamalkan oleh British di Myanmar Hilir.
Dasar Luar Raja Thibaw
Hubungan dengan Perancis dan
British
Raja Thibaw mengamalkan dasar
berbaik-baik dengan kuasa Perancis sebagai usaha untuk menangani ancaman dan
kemaraan British. Beliau memahami bahawa British tidak senang dengan kehadiran
Perancis di Annam dan Tongking. Beliau telah bertindak menjalinkan perjanjian
perdagangan dengan Perancis dan menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk
membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari 1885. Sebenarnya, Raja
Thibaw ingin membeli senjata dari Perancis.
British mendapat tahu tentang usaha Raja
Thibaw tersebut. Duta British telah menemui dengan wakil Perancis, Fules Ferry
dan menyatakan British akan menggunakan kekerasan ke atas Myanmar sekiranya
pihak Perancis masih lagi terlibat dalam perkara senjata ini. Pihak Perancis telah
memberi jaminan bahawa isu senjata tidak disentuh dalam perjanjian dengan
Myanmar kerana yang ditandatangani hanyalah perjanjian perdagangan yang tidak
mengandungi apa-apa implikasi politik atau bantuan ketenteraan kecuali wakil
Perancis akan ditempatkan di Mandalay.
Perancis melalui wakilnya, Frederic Haas
pernah menasihati Raja Thibaw supaya mengeratkan hubungan dengan British. Raja
Thibaw tegas dengan pendirian tidak mahu menerima semula Residen British.Raja
Thibaw berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan bantuan
Perancis. Oleh itu, beliau banyak memberi keistimewaan seperti kebenaran
menubuhkan bank di Mandalay kepada pihak Perancis. Pembinaan jalan kereta api
dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis.
Terdapat khabar angin bahawa
orang Perancis akan mengambil alih pengurusan hak monopoli diraja, mengawasi
perkhidmatan pos, menjalankan kapal-kapal di Sungai Irrawady, dan dapat menyewa
lombong-lombong batu delima. Semua perkara tersebut membimbangkan pihak British
di Myanmar Hilir. Yang memburukkan Iagi hubungan Raja Thibaw dengan British
ialah berita yang menyatakan bahawa Perancis akan menghantar senjata ke Myanmar
sebaik sahaja keamanan di Tongking berjaya dipulihkan.
Tindakan Raja Thibaw terhadap
Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar
Syarikat Perdagangan
Bombay-Myanmar mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan Myanmar Hulu. Raja
Thibaw yang tidak menyukai British telah mengambil tindakan terhadap syarikat
ini dengan mengemukakan perkara berikut terhadap syarikat tersebut:
(a) Mengeluarkan kayu jati
melebihi dua kali ganda daripada yang
dibenarkan.
(b) Memberi rasuah kepada
pegawai kerajaan.
(c) Tidak memberi upah yang
sewajarnya kepada pekerja-pekerja Myanmar seperti yang dijanjikan.
Syarikat ini didenda sebanyak
23 juta rupee dan ini menyebabkan pihak British berasa tidak berpuas hati
walaupun penipuan syarikat tersebut agak benar seperti yang dibuktikan oleh
Majlis Hluttaw.British dengan segera meminta diadakan rundingan tetapi Raja
Thibaw menolaknya kerana beliau yakin Perancis akan menyokong dan membantu
Myanmar dalam saat-saat seperti itu. Akan tetapi, pada bulan September,
Freycinet (menggantikan fules Ferry) telah mengubah dasar Ferry dengan
serta-merta. Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan pihak
British.
British menganggap hukuman Raja
Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu bersiap sedia untuk bertindak
secara kekerasan terhadap Myanmar. Duta Myanmar di Perancis dan duta China di
London cuba menawarkan diri untuk berunding tetapi British enggan.British
menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke Myanmar. British memberi kata dua
supaya Raja Thibaw mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah Syarikat
Perdagangan Bombay-Myanmar dan pada masa hadapan dasar luar Myanmar akan
ditentukan oleh kerajaan British. Raja Thibaw diberi tempoh masa sehingga l0
November 1885 untuk memberi jawapan.
Raja Thibaw membalas dengan
reaksi berikut:
(a) Bersetuju menerima wakil
British.
(b) Meneruskan hubungannya
dengan Perancis.
(c) Memberi hak perdagangan
yang sama kepada semua kuasa Barat.British tidak puas hati dengan jawapan Raja
Thibaw lalu mengisytiharkan perang ke atas Myanmar Hulu pada 11 November 1885.
British berjaya menakluki Myanmar Hulu pada 1 Januari 1886.Kejayaan ini
menyebabkan Myanmar menjadi tanah jajahan British sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment