1.1.2Pembesar
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menghuraikan konsep, hierarki dan peranan pembesar pada abad ke-19.
1.a.Konsep pembesar
Istilah pembesar merujuk kepada
mereka yang dilantik oleh raja untuk memegang sesuatu jawatan dalam pentadbiran
kerajaan dengan diberi tugas-tugas tertentu untuk dilaksanakan. Perlantikan ini
bertujuan bagi mewujudkan satu sistem pentadbian yang teratu serta menjamin
keselamatan dan kemakmuran negeri secara berterusan.
Sistem pembesar adalah sebahagian daipada
struktur pemeintahan yang terdapat di negeri-negeri Melayu. Sistem ini digubal
beasaskan sistem Pembesar Empat Lipatan
pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Sistem Pembesar Empat Lipatan diikuti oleh
hampir semua negeri di Tanah Melayu, kecuali Negeri Sembilan. Meskipun begitu,
gelaran pembesar yang digunakan berbeza antara negeri dengan negeri yang lain.[1]
Pembesar merupakan golongan yang
membantu raja dalam pentadbiran. Mereka terdiri daripada golonga bangsawan dan
golongan yang dilantik oleh raja. Umumnya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
pembesar berperanan di istana dan di luar istana. Pembesar yang berperanan di
luar istana seperti ketua-ketua masyarakat yang diberi tauliah untuk mentadbir
sesebuah kawasan tertentu.
Walaupun pembesar yang bertugas di luar
istana biasanya mempunyai hubungan rapat dengan raja, tetapi kadangkala peranan
pembesar di luar istana dilihatlebih menonjol. Misalnya Dato’ Maharaja Lela,
pembesar daerah Pasir Salak, Perak dilihat lebih menonjol dalam menentang
penjajah dan terlibat dalam pakatan membunuh J.W.W Bich. Terdapat pembesar yang
mempunyai hubungan rapat dengan istana tetapi bukan daripada kalangan keabat Diraja.
Namun tedapat juga pembesar yang mempunyai hubungan keluarga dengan raja kerana
mereka dilantik daripada zuriat Diraja, anak lelaki saudara yang lebih muda dan
tidak berpeluang menaiki takhta.[2]
Seseorang pembesar biasanya menyandang jawatan
itu secara keturunan.Apabila dia meninggal dunia, anak lelakinya yang sulung
secara automatik dilantik untuk mengisi jawatan tersebut. Perlantikan pembesar di sesetengah negeri
dilakukan berdasarkan hubungan yang telah lama wujud antara sesuatu keturunan
dengan daerah itu. Jika kedudukan sultan kuat atau zuriat pembesar itu lemah,
sultan berhak untuk memilih pembesar lain mengisi tempat yang dikosongkan oleh
pembesar sbelumnya.
Perlantikan pembesar dilakukan oleh
sultan melalui anugerah sepucuk surat tauliah dan sebilah pedang sebagai
lambang kuasa. Jika pembesar dikurniakan sesebuah daerah bermakna dia diberi
kuasa untuk memerintah dan memungut cukai di daerah tersebut yang dikenali sebagai
kawasan pegangan.
Pembesar menguasai kawasan yang luas yang
terdiri daripada beberapa buah kampung. Setiap kampung pula terdapat penghulu
atau ketua kampung yang bertanggungjawab kepada pembesar berkenaan. Kekuatan seseorang
pembesar itu bergantung kepada ramainya pengikut, harta kekayaan dan kedudukan
sosial. Semakin ramai pengikutnya, maka semakin tinggi kuasa politik pembesar itu kerana ramai yang menyokong
tindakannya.[3]
No comments:
Post a Comment