Oleh-Ahmad bin Yaakob
1.a.Konsep sistem sosial di Indonesia
Mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional
berasaskan sistem feudal.
Sistem sosial terdiri daripada golongan pemerintah dan
golongan yang diperintah.
b.Susun lapis masyarakat di Indonesia
Sultan/raja
Kerabat Diraja
Pembesar/ Uleebalang/ Golongan Bangsawan/Ulamak.
Rakyat.[1]
1.2.2 Konsep dan Susun tapis Masyarakat Indonesia
Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia
terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan
Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa.Masyarakat di kerajaan-kerajaan tersebut
mempunyai susun lapis tersendiri tetapi secara keseluruhannya terdapat hierarki
atau susun lapis berbentuk piramid.
Di Jawa Tengah, terdapat dua golongan,
iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Lapisan teratas terdiri
daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan. Golongan diperintah menduduki
lapisan bawah yang terdiri daripada rakyat biasa, iaitu petani, pekerja,
pedagang, dan hamba.
Raja dan kerabatnya mentadbir kawasan
yang selalunya terdiri daripada kumpulan etnik mereka sendiri.
Kerabat
diraja membantu raja dalam pentadbiran di peringkat pusat dan mendiami kawasan
ibu kota. Selain menjalankan tugas pentadbiran, mereka juga melaksanakan
upacara keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan mereka. Golongan
pemerintah ini menguasai tanah dan perdagangan maritim. Raja dipandang sebagai
pusat kosmos.
Terdapat juga raja dan kerabat diraja
yang memerintah negeri yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik, contohnya
Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Di kawasan Jawa, Sunda, Sulawesi Selatan,
Maluku, dan Kalimantan, susun lapis masyarakat peribumi agak jelas.Golongan
pemerintah dapat mengumpul harta dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Di Jawa, raja, kerabat diraja, dan
golongan bangsawan agak terasing daripada masyarakat disebabkan pengaruh agama
dan tradisi. Golongan keturunan diraja dibahagikan mengikut darjat keturunan
yang masingmasing mempunyai status dan prestij sendiri dalam masyarakat.Dalam
masyarakat, status Priyayi dianggap lebih tinggi dan dihormati daripada status
golongan lain. Priyayi merupakan golongan berkedudukan di Jawa seperti pegawai
tinggi dalam kerajaan.
Rakyat yang kebanyakannya petani
membayar cukai dan amat setia kepada golongan pemerintah. Petani merupakan
majoriti daripada masyarakat dan menjadi tunjang kegiatan ekonomi bagi seluruh
kawasan. Indonesia merupakan sebuah negara agraria, maka kegiatan pertanian
adalah lebih penting berbanding bidang lain.
Hamba menduduki lapisan paling bawah.
Kehidupan mereka bergantung kepada tuan mereka. Golongan ini biasanya dibebani
dengan hutang-piutang.Di Jawa, lapisan masyarakatnya dipisahkan mengikut tahap
bahasa yang berbeza, gelaran, dan peraturan perkahwinan.Pada akhir abad ke-19,
susun lapis masyarakat di fawa agak kompleks apabila muncul satu golongan
pegawai kerajaan dan profesional kesan daripada perkembangan pendidikan.
Terdapat keperluan untuk melatih rakyatnya bagi memenuhi bidang perkhidmatan
dalam kerajaan dan bidang perdagangan.
Kesimpulan
Susun lapis masyarakat peribumi Vietnam
lebih jelas berbanding dengan yang terdapat di Indonesia.Masyarakat peribumi di
Vietnam dan Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan kepercayaan. Keadaaan
tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja lmaharaja mereka.Selepas
penjajahan Barat, susun lapis masyarakat Vietnam dan Indonesia mula melalui
perubahan. Kedudukan dan kuasa tradisi golongan Bupati (Indonesia) dan Mandarin
(Vietnam) merosot kerana mereka digantikan oleh pegawai Eropah atau golongan
yang berpendidikan Barat.
[1] “Sistem
Sosial”, dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013)116.
No comments:
Post a Comment