OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1.MELALUI PERJANJIAN
PERJANJIAN YANDABO
British telah meluaskan
kekuasaannya ke Myanmar melalui perjanjian.Pada tahun 1824 Perang
Inggeris-Burma I tercetus selama hampir dua tahun. Peperangan ini dimenangi
oleh pihak British. Sebagai pihak yang kalah, Myanmar terpaksa menandatangani
satu perjanjian yang berat sebelah. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian
Yandabo. Perjanjian ini ditandatangani pada 24 Februari 1826.[1]
KESAN PERJANJIAN YANDABO 1824.
Kekalahan Myanmar dalam
peperangan ini menyebabkan maruah negara tersebur tercalar.Myanmar tidak lagi
digeruni oleh jirannya selepas terbunuhnya
panglima tentera Maha Bandula.
Perjanjian Yandabo juga menyebabkan
Myanmar tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terhadap hal ehwal di Assam
dan Manipur. British juga berjaya memperolehi wilayah yang subur dan strategik
di Hilir Myanmar seperti Arakan, Tenasserim,Manipur dan Assam.
Perjanjian ini dianggap berat sebelah
oleh pihak Myanmar namun negara tersebut terpaksa akur pada penjajah British.
Ini menyebabkan perasaan anti-British semakin meningkat dalam kalangan
pemerintah dan rakyat Myanmar.[2]
2.MELALUI PEPERANGAN.
Cara Peluasan Kuasa British di Myanmar (1552 -1553)
Perang Inggeris-Myanmar II (1852 -1853)
(a)
Hubungan antara British dengan Myanmar semakin tegang apabila Raja Pagan Min
enggan membayar ganti rugi.
(b)
Komander Lambert bertindak menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan
Myanmar.
(c)
Lord Dalhousie menghantar pasukan tentera ke Rangoon dan menuntut pembayaran
ganti rugi sebanyak seratus juta paun dalam tempoh sehingga 1 April 1852 tetapi
Myanmar enggan membayarnya.
(d)
British mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada Mei 1852 dan bermulanya
Perang Inggeris-Myanmar II apabila angkatan British yang diketuai oleh Leftenan
Jeneral Godwin melancarkan serangan terhadap Myanmar.
(e)
Wilayah demi wilayah jatuh ke tangan British. British berjaya menawan Martaban,
Rangoon, Prome, dan Pegu. (f) Mejar Arthur Purves Phayre dilantik sebagai
Pesuruhjaya Pegu pada 20
Disember
1852. British berjaya mengalahkan Myanmar dalam tempoh Iapan bulan sahaja. Kesan Perang Inggeris-Myanmar II (1S52 -
1853)
(a)
Penaklukan Pegu penting bagi British kerana kawasan ini merupakan jalan darat
ke China. Pegu juga merupakan kawasan pertanian dan membekalkan kayu jati
untukkegunaan angkatan laut seperti membina kapal.
(b)
British memperoleh pelabuhan seperti Rangoon, Martaban, dan Bassein. Ini
bermakna Myanmar Hulu terputus dari laut dan tidak mempunyai sebarang
pelabuhan. Keadaan ini pasti akan menjejaskan pembangunan ekonomi Myanmar
kerana Myanmar menjadi negara
daratan
terpencil dari dunia luar.
(c)
Arakan, Tennaserim, dan Pegu disatukan di bawah pentadbiran seorang Ketua
Pesuruhjaya Tinggi British.
(d)
Raja Myanmar hanya berkuasa di Myanmar Hulu.
(e)
Myanmar terpaksa menjalankan perdagangan dengan kawasan taklukan British.
Peluasan Kuasa British di Myanmar (1885)
Seperti peluasan kuasa British di Myanmar pada
tahun 1852, peluasan kuasa British pada tahun 1885 juga melibatkan perang,
iaitu Perang Inggeris-Myanmar III.
British berazam menguasai seluruh Myanmar
disebabkan kekayaan hasil kayu jati Myanmar manakala istana Myanmar berusaha
untuk menebus maruah negara.
faktor
Peluasan Kuasa British di Myanmar (1885)
Ketidakstabilan politik Myanmar
(a)
Raja Mindon Min meninggal dunia tanpa mewasiatkan penggantinya. Berlaku
rampasan kuasa dalam kalangan putera-putera. Pada tahun 1878, Raja Thibaw
dilantik sebagai raja Myanmar.
(b)
Raja Thibaw seorang raja yang lemah dan kejam serta di bawah pengaruh
isterinya, Ratu Supayalat. Pemerintahan Raja Thibaw penuh dengan kekacauan
politik dan keadaan kacau-bilau kerana kerajaannya penuh dengan saudara-mara
dan orang kesayangannya yang tidak berkaliber. Pegawai-pegawai yang berwibawa
dan berkaliber disingkirkan.
(c)
Raja Thibaw menjatuhkan hukuman bunuh ke atas 80 ahli keluarganya yang cuba
merampas takhta kerajaan. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini menjejaskan
perdagangan di Myanmar Hulu.
(d)
Pemerintahan yang penuh dengan kekejaman dan huru-hara membimbangkan Residen
Inggeris di Myanmar Hulu. pada bulan September 1879, seorang Residen British di
Kabul, Sir Louis Cavagnari dibunuh. Pada bulan Oktober, Residensi di Mandalay
dengan cepatnya
ditutup.
(e)
Hubungan Inggeris-Myanmar semakin tegang apabila Raja Thibaw mengenakan
monopoli diraja dalam bidang perdagangan.
EKONOMI
1.Desakan
saudagar British
2.Masalah
Syarikat Perdagangan Bombay-Burma/Myanmar.
SOSIAL
1.Masalah
kasut. Rujukn edaran yang telah diberikan.
CARA
PERLUASAN KUASA BRITISH DI MYANMAR 1885
1.Perang
Inggeris-Myanmar III.
a.Perselisihan
tentPerang Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.
b.Perancis
sokong Myanmar.
c.Dasar
luar-ditentukan British
d.Kata
dua British.
Kesan
Perang Inggeris-Burma.
1.British
menguasai seluruh Burma dan Burma menjadi jajahan British.
2.Dinasti
Konbaung dan institusi beraja Myanmar berakhir, Thibaw dan keluarganya dibuang
negeri ke India.
3.Penyatuan
Burma Hilir dan Burma Hulu.
4.Hluttaw
dikekalkan dalam pentadbiran British tetapi kuasanya dihadkan.[3]
[1]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar,2013) ,300.
[2]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar,2014) ,301.
[3]Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),313.
Mmg hbt cg mat
ReplyDelete