2. Transfomasi Masyarakat
2.1 Perluasan kuasa asing
PENGENALAN
Siam telah lama ingin meluaskan pengaruh
ke atas negeri-negeri Melayu, tetapi pada abad ke-18 negara tersebut terlibat
dalam peperangan dengan Burma. Pada abad ke-19, Siam berjaya mengalahkan Burma
Siam meneruskan penguasaannya ke atas neger-negeri Melayu. Siam menganggap
Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor sebagai negeri di bawah
kekuasaannya.Hubungan Siam dengan negeri-negeri Melayu telah lama terjalin
melalui penghantaran bunga emas. Siam menganggap tindakan negeri-negeri Melayu
menghantar bunga emas sebagai pengakuan terhadap kekuasaan Siam dan menjadikan
negeri-negeri itu di bawah kekuasaan Siam. Sebaliknya negeri-negeri Melayu
menghantar bunga emas sebagai tanda persahabatan dengan kerajaan Siam dan pada
masa yang sama mengekalkan kemerdekaan negeri masing-masing.[1]
Peluasan Kuasa British di Negeri-negeri Melayu Utara (1897
-1909)
Menjelang akhir abad ke-19,
Negeri-negeri Melayu Utara berada di bawah pengaruh kuasa asing, iaitu British
dan Siam. Kuasa Barat ketika itu bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dan
mencari tanah jajahan.
Britain menjalinkan hubungan
persahabatan dengan Siam atas sebab berikut:
(a) British ingin melindungi
kepentingan perdagangan di Siam yang semakin bertambah hasil daripada
Perjanjian Bowring 1855.Kepentingan ekonomi British akan terjejas sekiranya
Siam jatuh ke tangan kuasa lain.
(b) British ingin melindungi
jalan perdagangan melalui Selat Melaka dan perairan Singapura.
(c) British ingin mengelak
daripada mempunyai satu sempadan yang sama dengan Perancis di negeri Siam.
Menjelang akhir abad ke-19,
hubungan antara British dengan Perancis bertambah baik. British mengambil
langkah mengawal kemungkinan Perancis mencerobohi Lembah Menam Chao Phraya di
mana terdapatnya kepentingan British. Oleh itu, pada tahun 1896, Perjanjian
Inggeris-Perancis ditandatangani. Menurut perjanjian ini, Perancis bersetuju
tidak akan campur tangan di Lembah Menam Chao Phraya.[2]
Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897
Perancis merancang hendak membina sebuah
terusan melintasi Segenting Kra untuk memudahkan perjalanan di antara Indo-China
dengan Eropah. Ini bermakna kapal-kapal dagang akan menggunakan terusan ini dan
mengenepikan Selat Melaka. Terusan ini akan mengancam perdagangan dan kedudukan
Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa.
Walaupun rancangan Perancis itu gagal,
British bimbang akan minat Perancis di Siam dan Negeri-negeri Melayu Utara.
British mengadakan perundingan sulit dengan Siam dan hasil daripada perundingan
ini ialah Perjanjian Sulit Inggeqis-Siam pada tahun 1897. British mahu memastikan
tidak ada kuasa Barat lain yang meluaskan pengaruh di Negeri-negeri Melayu
Utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu.[3]
Syarat-syarat Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897
1.British mengiktiraf
kedaulatan Siam terhadap Negeri-negeri Melayu Utara.
2. Siam bersetuju tidak akan
menyerahkan mana-mana wilayahnya di selatan garisan lintang 11 darjah Utara kepada kuasa lain.
3.Siam berjanji tidak akan
memberi sebarang konsesi perdagangan atau tanah kepada mana-mana kuasa asing
tanpa persetujuan kerajaan British.
4.British berjanji akan
membantu Siam sekiranya Siam diserang oleh musuh
Perjanjian Pengisytiharan Inggeris-Siam l902
(a) Kebimbangan campur tangan
kuasa asing yang lain
Pada akhir tahun 1890-an,
persaingan kuasa-kuasa asing untuk mendapatkan tanah jajahan adalah kuat.
Britain bimbang kemaraan 'kuasa-kuasa asing di Asia akan membawa kepada campur
tangan mereka di Siam dan seterusnya di Negeri-negeri Melayu Utara.
Antara tahun 1899 dan 1990, Jerman telah
membuat percubaan untuk mendapatkan Pulau Langkawi dan Menteri Rusia yang berada
di Bangkok pula berunding untuk mendapatkan konsesi pangkalan arang batu di
Teluk Siam.
Amerika cuba memperoleh,
konsesi bagi semua tanah perlombongan di Terengganu.
Walaupun Siam dan Britain telah
menandatangani Perjanjian Sulit 1897, Britain masih bimbang Siam tidak berupaya
mempertahankan negerinya daripada diceroboh oleh kuasa-kuasa asing itu.
Tambahan pula, walaupun Negeri-negeri Melayu Utara diakui sebagai di bawah
kawalan Siam, tetapi Sultan-sultan negeri-negeri tersebut tidak suka akan
penguasaan Siam. Baginda-baginda Sultan juga tidak mengetahui tentang
Perjanjian Sulit 1897.
Perasaan benci terhadap Siam amat dirasai
di Kelantan dan Pattani apabila Gabenor wilayah Songkla, iaitu Phya Sukhom mengukuhkan
kuasa Siam ke atas negeri Pattani dan Kelantan.Phya Sukhom telah menempatkan
seorang Pesuruhjaya Residen di Kelantan.[4]
Peranan Frank Swettenham
Frank Swettenham merupakan
orang yangsentiasa menegaskan bahawa Tanah Melayu adalah satu lingkungan
pengaruh British dan perlindungan British haruslah diperluaskan ke Kelantan dan
Terenggan. Beliau sedar tentang keadaan yang berlaku di Kelantan dan Pattani.
Frank Swettenham menegaskan bahawa sekiranya British tidak membantu, mereka
pasti akan meminta bantuan dari Amerika Syarikat, Jerman, atau Rusia.
Sultan Muhammad IV dari
Kelantan berasa bimbang apabila Raja Abdul Kadir dari Pattani dipenjarakan oleh
Siam. Sultan Muhammad IV pergi ke Singapura dan merayu supaya Frank Swettenham
melindunginya daripada ancaman Siam itu.[5]
Tuntutan Duff
Walaupun Siam mempunyai kuasa
terhadap Negeri-negeri Melayu Utara, Sultan negeri-negeri ini terus memerintah
secara bebas. Pada tahun 1900, Sultan Kelantan menyerahkan tanah seluas 776 996
hektar kepada Duff Development Company. Sebagai balasan, Sultan Kelantan akan menerima
$2 000 dan 2 000 saham dalam Duff Development Company.
Duff tidak mengendahkan tuntutan
pertuanan Siam ke atas Kelantan kerana sedar Siam tidak akan mengesahkan hak miliknya
itu. Beliau pergi ke England untuk meminta sokongan
politik bagi menentang bantahan
Siam dalam perkara ini. Duff pula mengugut akan mempelawa Jerman atau kuasa
Eropah yang lain untuk menyokong tuntutan beliau ke atas kawasan Kelantan sekiranya
kerajaan British enggan membantunya.
Frank Swettenham mendesak
supaya Siam mengesahkan konsesi Duff dan mencadangkan Penasihat British
ditempatkan di Kelantan dan Terengganu. Apabila cadangan Frank Swettenham dikemukakan
kepada Siam, mereka tidak bersetuju.British kemudian memaklumkan kepada Siam
dan memberi amaran kepada Siam bahawa Siam mempunyai masa hingga akhir bulan September
untuk memberi jawapan. Jika Siam tidak memberi keputusan pada masa itu, British
akan menyokong Kelantan dan Terengganu dalam tuntutan mereka mendapatkan kemerdekaan.
Ugutan British itu menyebabkan Siam
terpaksa menerima cadangan Frank Swettenham. Pada bulan September 1902, Pengisytiharan
Inggeris-Siam ditandatangani.
(d) Syarat-syarat Perjanjian Pengisytiharan
Inggeris-Siam 1902
1.Siam diberi kuasa melantik
Penasihat dan Penolong British di Kelantan dan Terengganu.
2.Penasihat British akan
memberi nasihat dalam semua perkara kecuali yang berkenaan dengan agama dan
adat istiadat Melayu.
3.Sekiranya pendapatan
kedua-dua negeri tersebut melebihi $100 000, Siam akan diberi 10% daripada
pendapatan lebihan itu. Siam tidak akan menerima apa -apa sekiranya pendapatan
itu kurang daripada $100 000.
4.Siam akan menguasai hubungan
luar Kelantan dan Terengganu.[6]
Perjanjian Bangkok 1909
Pada awal tahun 1900-an, keadaan politik
di Eropah menjadi huru-hara. Jerman telah menjadi negara yang kuat dan
membentuk Perikatan Bertiga bersama Austria dan Itali. Memandangkan
perkembangan sedemikian, Perancis menamatkan perselisihannya dengan British dan
bergabung dengan Britain untuk membentuk Pakatan British-Perancis.
Mengikut Perjanjian Sulit Inggeris-Siam
1897, British bersetuju membantu Siam sekiranyasiam diserang. Apabila Perancis
mengambil alih jajahan Siam di sempadan Siam-Kemboja, British tidak memberikan bantuan
kepada Siam kerana wujudnya pakatan British-Perancis. Siam tidak bersetuju
dengan tindakan British itu.
Pada tahun 1874 dan 1883, British telah
menyerahkan hak wilayah asingan di Siam. Kerajaan Siam dinasihatkan supaya
melepaskan Negeri-negeri Melayu Utara yang dianggap mendatangkan kerugian. Negeri-negeri
Melayu Utara membawa masalah kerana bergerak bebas dan menaruh dendam terhadap
Siam.
Selepas tahun 1904, keadaan kewangan Siam
dan Negeri-negeri Melayu Utara semakin buruk. Kedah terlibat dalam masalah
kewangan yang teruk akibat pembaziran beberapa istiadat perkahwinan diraja yang
diadakan. Siam terpaksa membdrikan pinjaman berjumlah $2 juta.Siam ingin
mengadakan rundingan dengan British bagi menyelesaikan masalah Negeri-negeri
Melayu Utara. Siam sedar British berminat ke atas negeri-negeri tersebut.
Perjanjian Bangkok ditandatangani pada 9 Julai 1909.[7]
Syarat-syarat Perjanjian Bangkok 1909
1.Siam bersetuju menyerahkan
Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu kepada British.
2.Semua hutang Kedah, Perlis,
Kelantan, dan Terengganu akan ditanggung keseluruhannya oleh kerajaan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
3.Kerajaan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu bersetuju memberikan pinjaman wang sebanyak $4 juta dengan faedah 4%
kepada kerajaan Siam untuk membina jalan kereta api dari sempadan Tanah Melayu
ke Bangkok.
4.British berjanji tidak akan
campur tangan dalam urusan wilayah lain di bawah kuasa Siam.
5.Perjanjian Sulit,
Inggeris-Siam 1897 ditarik balik.
6.British menyerahkan kembali
hak wilayah asingan yang diperolehinya pada tahun 1855 kepada Siam.
7.Siam bersetuju tidak akan
menyerahkan atau memajakkan sebarang wilayahnya kepada mana-mana kerajaan asing
tanpa persetujuan kerajaan British.[8]
[1]Ruslan
Zainuddin, “Sejarah Malaysia” ,(Penerbitan Fajar Bakti, Shah Alam, 2003), 159.
[2] Ong
Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, 2014),61.
[3] Ibid.
[4] Ibid.,62
[5]
Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, 2014),62.
[6] Ibid,
[7]
Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, 2013),63.
[8]Ong
Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, 2014),63.
No comments:
Post a Comment