Sistem pemerintahan di Negeri
sembilan dibentuk mengikut Adat perpatih.Pada abad ke-18, orang Minangkabau
berhijrah dari Sumatera ke Negeri sembilan bersama dengan saudara-mara
masing-masing. Mereka hidup secara berkumpulan mengikut hubungan kekeluargaan.
Perkataan,Negeri sembilan, bermaksud 'sembilan buah negeri', tetapi telah dipersetujui bahawa gelaran nama
ini tidak pernah mengandungi sembilan buah daerah yang khas.
Berdasarkan Adat Perpatih, Negeri
sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah atau jajahan yang disebut luhak
atau luak. Mengikut tradisinya memang sudah lama wujud empat buah daerah besar
dengan setiap satu ditadbir oleh seorang pembesar yang bergelar undang Berempat.
Empat buah daerah yang asal ialah Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol.
Terdapat beberapa orang pembesar rendah daerah separuh bebas yang berkaitan
dengan salah satu daripada empat daerah besar ini. Undang Berempat menjadi
ketua bagi setiap luak dan ketua bagi luak-luak yang lain dikenali sebagai
Penghulu. Walau bagaimanapun, pihak yang sebenarnya berkuasa di Negeri Sembilan
bukanlah Yang Dipertuan Besar, tetapi empat orang Undang tersebut. Undang
berhak untuk memilih dan melantik sesiapa sahaja daripada kerabat diraja
menjadi Yang Dipertuan Besar. Para pembesar lain di bawah undang dan Penghulu
dikenali sebagai Lembaga, Buapak dan Perut. Lembaga merupakan ketua kepada
suku-suku anggota masyarakat. Terdapat lebih kurang 12 suku dengan setiap luak
biasanya mempunyai empat suku. Lembaga bertanggungiawab ke atas suku-sukunya
dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan dan keamanan, menyelesaikan
perbalahan sesama suku, mengawal dan mengadili pembahagian harta pusaka serta
menjadi orang perantaraan antara anggota sukunya dengan Undang.[6]
Suku masyarakat Buapak terdiri daripada
kumpulan keluarga yang disebut Perut. Ahli-ahli dalam sesuatu Perut akan memilih
seorang ketua yang digelar Buapak. Bilangan Buapak agak ramai dan tugasnya sama
dengan Lembaga, tetapi terbatas kepada keluarga yang menjadi anggota sesuatu
Perut.Buapak hanya berkuasa dalam kalangan ahli perutnya sahaja. Tugas Buapak
ialah menjalankan adat istiadat berkaitan dengan perkahwinan, upacara bercukur
rambut, berkhatan dan penceraian.[7] Negeri
sembilan terdiri daripada sembilan buah negeri, iaitu sungai Ujong,Rembau,
Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.Berikut
adalah senarai kawasan atau daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai pembesar:
1. SungaiUjong
Dibahagikan kepada dua
bahagian, iaitu kawasan pedalaman yang dikuasai oleh Datuk Kelana dan rantau
tengah sungai Linggi yang dikuasai oleh Dato' Syahbandar.
2. SungaiLinggi
Daerah kecil yang diambil dari
sungai ujong, dikuasai oleh Datuk Muda Linggi.
3. SungaiRayaLukut
Kedua-dua daerah ini dibuka
oleh orang Bugis.
4. Rembau
Mempunyai seorang sahaja
pembesar daerah, iaitu Undang.
5. Tampin
Sebuah daerah yang diambil dari
Rembau dan pembesarnya bergelar Tuanku Besar Tampin'.
6. Inas dan Gemenceh
Dua buah daerah kecil yang
diambil dari Johol. Datuk Inas dan Datuk Gemencheh mengakui Undang Johol
sebagai ketua besar mereka.
7. Jelebu
Mempunyai seorang pembesar
daerah yang bergelar Undang.
No comments:
Post a Comment