Pengenalan
Struktur
masyarakat di Indonesia sebelum kedatangan kuasa Barat terdiri daripada
golongan pemerintah dan yang
diperintah. Golongan pemerintah
terdiri daripada raja atau sultan,
kerabat diraja, pembesar/priyayi dan golongan agama. Manakala golongan yang diperintah pula ialah
rakyat biasa yang kebanyakannya petani dan hamba. Setiap golongan ini mempunyai peranan dan
tanggungjawab tersendiri.
Isi
Golongan Pemerintah
i)
Raja atau Sultan
Raja atau sultan
menduduki lapisan teratas dalam hierarki sosial masyarakat Indonesia, contohnya
di Acheh dan Pulau Jawa. Raja atau
sultan bekuasa mutlak dalam pemerintahan
kerajaan dan wilayah jajahan takluknya. Baginda mengetuai kerajaan dan
bertanggungjawab menyatukan rakyat, memakmurkan negara dan menjamin keselamatan
negara. Contohnya Sultan Acheh merupakan
ketua agama Islam dan menjadi pelindung kepada masyarakat Acheh. Justeru itu
baginda giat menyebarkan agama Islam melalui penaklukan dan perluasan
kuasa. Baginda juga dianggap mempunyai keistimewaan luar
biasa dan berdaulat serta tidak boleh diderhakai. Kedudukan dan kuasa mutlak sultan
diperkukuhkan dengan konsep sultan sebagai Khalifah Allah dan pemimpin umat Islam.
ii)
Kerabat Diraja
Lapisan seterusnya
ialah golongan kerabat diraja. Golongan
ini membantu raja/sultan dalam pentadbiran pada peringkat pusat. Mereka juga melaksanakan upacara keagamaan
dan ritual di wilayah pentadbiran
mereka. Seterusnya mereka turut menguasai tanah dan perdagangan maritim. Terdapat juga
raja dan kerabat diraja yang memerintah
negeri yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa ,
Sumatera dan Kalimantan. Golongan ini
dapat mengumpul harta dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Di Jawa,
raja, kerabat diraja dan golongan bangsawan agak terasing daripada masyarakat
disebabkan pengaruh agama dan tradisi.
Golongan ini dibahagikan mengikut darjat keturunan masing-masing yang
mempunyai status dan prestij tersendiri dalam masyarakat.
iii)
Pembesar/ Priyayi/ Uleebalang
Golongan ini menduduki
lapisan ketiga dalam hierarki sosial
masyarakat Indonesia. Mereka terdiri daripada kerabat diraja dan bukan
kerabat diraja. Mereka dikenali sebagai
priyayi, pembesar atau uleebalang, pembesar wilayah dan akhir sekali pembesar
daerah. Di Pulau Jawa, golongan priyayi
atau bangsawan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat
diraja. Golongan ini menjadi penghubung
antara sultan dengan rakyat jelata. Golongan priyayi merupakan pegawai tinggi
dalam kerajaan. Mereka juga merupakan pemimpin agama dalam masyarakat. Justeru itu, golongan ini sangat dihormati
dan dipercayai oleh rakyat. Mereka
mempunyai hubungan yang sangat
rapat dengan golongan petani dan berkuasa
terhadap penduduk pribumi.
Sementara di Acheh, pembesar atau uleebalang
mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial masyarakatnya. Mereka menggunakan gelaran teuku dan
merupakan tulang belakang dalam pemerintahan dan pertahanan.
Pembesar wilayah pula
bertanggungjawab terhadap pihak istana.
Tugas utama mereka ialah mengutip cukai, memberi konsesi dan monopoli serta mendapatkan tenaga kerah dari daerah
untuk dijadikan buruh atau tentera semasa peperangan.
Pembesar daerah
mempunyai kuasa autonomi di jajahan sendiri.
Mereka akan menyokong raja atau sultan untuk mengukuhkan
kedudukannya. Di Jawa dan Madura
contohnya, pegawai kanan wilayah dan pembesar tempatan menjadi pengerusi di
istana.
Jawatan pembesar
diwarisi dan mendapat pengesahan daripada pihak istana. Kekuasaan pembesar bergantung kepada bilangan
pengikut dan sumber pendapatannya.
iv)
Golongan
agama/ulama
Di Acheh, ulama menjadi
penasihat agama Islam kepada sultan.
Mempunyai kedudukan yang mulia dan dihormati kerana ketinggian ilmu
agamanya serta menjadi tempat rujukan masyarakat. Ulama diberi gelaran Tengku sesuai dengan
kedudukannya dalam masyarakat.
Golongan
Diperintah
i)
Rakyat
Terdiri
daripada petani, nelayan, pelaut dan pedagang.
Golongan petani yang tidak mempunyai tanah terpaksa menyewa tanah
daripada golongan bangsawan. Mereka
bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti menanam padi. Mereka perlu memberi khidmat dengan
mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan
menjadi askar dalam peperangan. Petani
juga dikehendaki membayar cukai dan amat setia kepada golongan pemerintah.
ii)
Hamba
Menduduki
lapisan paling bawah. Terbahagi kepada
hamba abdi dan hamba berhutang. Golongan
hamba ini dimiliki oleh golongan pembesar.
Manakala hamba berhutang pula ialah orang bebas yang terikat dengan
hutang. Anak dan isterinya juga turut
terikat dalam sistem ini. Mereka dikerah
bekerja untuk mem bayar hutang.
Sistem perhambaan diamalkan secara
meluas di Bali, Acheh, Palembang dan Lampung.
Namun amalan ini telah dihapuskan secara beransur-ansur setelah
kedatangan Belanda.
Kesimpulan
Susun lapis
masyarakat di Indonesia sebelum kedatangan Belanda telah berjaya mengukuhkan
kedudukan golongan pemerintah dan menjamin kesejahteraan rakyat. Namun demikian, penguasaan Belanda ke atas Indonesia telah menyebabkan
berlakunya perubahan terhadap susun lapis masyarakat yang memperlihatkan
hilangnya pengaruh dan kuasa golongan pemerintah, manakala golongan petani pula
telah dipergunakan oleh pihak Belanda untuk mengeksploitasi ekonomi Indonesia.
SUMBER-
SKEMA PEPERIKSAAN
PERCUBAAN STPM SEJARAH PENGGAL 3
2017 TERENGGANU
No comments:
Post a Comment