Sebelum campur tangan British , Masyarakat Melayu
di Tanah Melayu telah mempunyai sistem
ekonominya yang tersendiri . Sistem ekonomi tersebut adalah sistem ekonomi
tradisional dan sistem ekonomi komersil . Setiap sistem ekonomi mempunyai
ciri-ciri ekonomi dan kegiatan ekonomi yang tertentu . Antara ciri –ciri
ekonomi boleh dilihat dari aspek pengkhususan pekerjaan , peralatan yang
digunakan , tenaga buruh , modal dan sebagainya . Manakala kegiatan ekonomi
yang dijalankan oleh Masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan
British pula melibatkan kegiatan pertanian dan bukan pertanian . Kegiatan ekonomi ini dijalankan secara sara
diri dan komersil . Kegiatan ekonomi komersil biasanya melibatkan golongan
pemerintah .
Sebelum kedatangan British , masyarakat Melayu
di Tanah Melayu menjalankan sistem ekonomi sara diri dan komersil . Antara ciri
sistem ekonomi sara diri ialah pengkhususan pekerjaan . Masyarakat Melayu
sebelum campur tangan British tiada pengkhususan pekerjaan . Mereka melakukan
pelbagai aktiviti ekonomi tanpa menumpukan secara khusus kepada sesuatu
aktiviti .Contohnya , mereka melakukan kerja- kerja di sawah pada waktu pagi
manakala di sebelah petang pula mereka melakukan kerja -kerja melombong atau
mencari hasil hutan .
Manakala dalam sistem ekonomi komersial pula
mempunyai pengkhususan pekerjaan . Hal ini adalah disebabkan ekonomi komersil
ini berskala besar dan memerlukan penumpuan khusus dalam sesuatu perkerjaan
pada satu masa. Contohnya , penanaman padi haruslah memerlukan pekerja yang
betul betul mahir dalam selok belok tanaman kerana ia memerlukan penelitian
yang baik bagi menghasilkan pengeluaran yang banyak .
Selain
itu , sistem ekonomi sara diri yang dijalankan oleh Masyarakat Melayu di Tanah
Melayu sebelum kedatangan British boleh dilihat dari aspek peralatan yang
digunakan. Masyarakat Melayu menggunakan peralatan tradisional dalam melakukan
sesuatu pekerjaan . Alatan tradisional itu biasanya dibuat sendiri oleh mereka
mengikut kesesuaian pekerjaan yang dilakukan . Contohnya untuk menyemai anak
padi , masyarakat Melayu menggunakan kuku kambing dan tenaga haiwan seperti kerbau
digunakan untuk membajak petak-petak sawah .Manakala dalam kegiatan melombong
bijih timah , Masyarakat Melayu menggunakan peralatan seperti cangkul untuk
menggali tanah dan kuali untuk mengasingkan bijih daripada tanah .
Dalam
sistem ekonomi komersil pula Masyarakat Melayu menggunakan peralatan yang moden
. Contohnya mereka menggunakan jentera pembajak untuk membajak tanah . Selain itu , untuk aktiviti jual beli ,
Masyarakat Melayu menggunakan mata wang . Jelaslah peralatan yang digunakan pada masa itu telah
berjaya memudahkan masyarakat Melayu untuk melakukan sesuatu pekerjaan , pada
masa yang sama ia menunjukkan Masyarakat Melayu telah mempunyai sistem
ekonominya yang tersendiri.
Seterusnya
, sistem ekonomi sara diri masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur
tangan British mempunyai ciri tersendiri
dari segi penggunaan tenaga buruh . Tenaga buruh pada masa ini hanya melibatkan
ahli keluarga sahaja . Pembahagian kerja adalah mengikut jantina dan umur .
Misalnya , kerja kerja berat di sawah dijalankan oleh kaum lelaki manakala kaum
perempuan pula menjalankan kerja-kerja seperti menyemai anak pokok . Ini juga
boleh dilihat daripada aktiviti penangkapan ikan , kerja kerja menangkap ikan
di sungai dilakukan oleh kaum lelaki manakala perempuan menangkap ikan di tasik
. Selain itu , kanak-kanak pula melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti
menjemur atau menyiang ikan .
Manakala
untuk sistem ekonomi komersial pula , ia melibatkan penggunaan tenaga buruh
daripada luar . Contohnya dalam kegiatan melombong bijih timah ,
pembesar-pembesar Melayu membawa masuk buruh-buruh daripada Negara China untuk
menjalankan kegiatan melombong di tanah-tanah milik mereka . Buruh-buruh ini
mempunyai kemahiran yang tersendiri sehingga membolehkan mereka memperkenalkan
kaedah perlombongan bijih timah yang baru di Tanah Melayu seperti kaedah pam
kelikir dan palung . Jelaslah bahawa penggunaan tenaga buruh mengikut jantina
dan umur memperlihatkan Masyarakat Melayu di Tanah Melayu merupakan masyarakat
yang rajin berusaha dan pada masa yang sama masyarakat ini juga mempunyai
sistem ekonominya yang tersendiri .
Seterusnya
sistem ekonomi sara diri Masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British juga mempunyai
ciri dari aspek penggunaan modal . Modal tidak diperlukan pada masa ini kerana
kegiatan atau aktiviti yang dilakukan adalah berskala kecil dan tidak begitu
meluas untuk ekonomi sara diri . Hal ini
kerana hasil daripada kegiatan ekonomi yang dijalankan hanyalah untuk kegunaan
ahli keluarga sahaja . Hal ini boleh
dilihat daripada penggunaan biji benih untuk tanaman padi pada musim hadapan ,
ia menggunakan biji benih yang diperolehi daripada simpanan hasil keluaran yang
lepas . Hal ini mendatangkan kesan yang baik dan buruk kepada masyarakat
terhadap pengeluaran hasil . Jika baka biji benih yang disimpan itu berkualiti
maka hasil tanaman akan membesar dengan baik dan jika tidak , ia akan menjadi
sebaliknya .
Manakala
dalam sistem ekonomi komersial pula , modal yang besar diperlukan untuk
menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi kerana hasil pengeluaran akan dieksport .
Contohnya dalam kegiatan perlombongan , modal diperlukan untuk membawa masuk
buruh China dan penggunaan jentera . Manakala hasil keluarannya dieksport ke
Eropah . Situasi yang sama juga berlaku
dalam kegiatan pertanian seperti tanaman padi apabila modal yang banyak
diperlukan untuk penggunaan jentera membajak dan menuai. Manakala hasil tanaman
padi dieksport ke Singapura . Oleh itu , jelaslah penggunaan modal mempengaruhi
jenis sistem ekonomi Masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan
British
Akhir
sekali , sistem ekonomi Masyarakat Melayu sebelum campur tangan British mempunyai
ciri dari segi skala pengeluaran . Skala pengeluaran adalah bersaiz kecil dan
terhad untuk ekonomi sara diri . Contohnya kegiatan pertanian seperti tanaman
sayur atau ubi hanya ditanam di belakang rumah sahaja . Manakala kegiatan
menternak binatang seperti menternak
ayam atau lembu juga dilakukan di belakang atau di bawah rumah. Hasil
pengeluaran hanyalah untuk kegunaan keluarga sahaja . Hasil pengeluaran yang
lebih akan disimpan ataupun ditukar melalui sistem barter bagi memperolehi barangan
lain . Contohnya , lebihan hasil tangkapan ikan oleh penduduk di pesisir pantai
akan dikeringkan atau ditukarkan dengan penduduk pedalaman untuk mendapatkan
beras.
Manakala
sistem ekonomi komersil pula melibatkan pengeluaran berskala besar kerana ia melibatkan dagangan dengan orang luar . Skala
pengeluaran yang besar membolehkan lebihan hasil dieksport ke luar Tanah
Melayu. Contohnya dalam kegiatan perdagangan , masyarakat Melayu menjual hasil
keluaran seperti bijih timah dan lada hitam kepada pedagang China , Eropah dan
India di pelabuhan-pelabuhan seperti Pulau Pinang dan Melaka . Hal ini mengukuhkan lagi pendapat yang
menyatakan Masyarakat Melayu di Tanah Melayu telah mempunyai sistem ekonominya
yang tersendiri sebelum campur tangan British .
Kesimpulannya
, sebelum campur tangan British , Masyarakat Melayu di Tanah Melayu telah
mempunyai sistem ekonomi sara diri dan komersil . Sistem ekonomi sara diri
dijalankan oleh rakyat manakala sistem ekonomi komersil dimonopoli oleh
golongan pemerintah . Selepas campur tangan British , sistem ekonomi Masyarakat
Melayu berfokus kepada sistem ekonomi sara diri . Manakala sistem ekonomi
komersil dimonopoli oleh kaum imigran seperti British dan Cina.
SUMBER-
SKEMA PEPERIKSAAN
PERCUBAAN STPM SEJARAH PENGGAL 3
2017 TERENGGANU
No comments:
Post a Comment