OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia mempunyai ideologi negara yang
dikenali sebagai Rukun Negara. Ideologi negara ini digubal sebagai sebahagian
daripada usaha kerajaan untuk menyatukan rakyat dan membimbing mereka ke arah
perpaduan. Rukun Negara dihasilkan melalui penyatuan idea dan pemikiran
pelbagai kaum yang peka terhadap keperluan untuk mewujudkan sebuah negara yang
bukan sahaja mempunyai identiti sendiri, tetapi juga berkongsi pegangan yang
sama.
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos
1970 sebagai satu susunan prinsip hidup bermasyarakat yang mengadungi
nilai0nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang mencakupi seluruh aspek
kehidupan bernegara seperti agama, budaya, politik, ekonomi dan perundangan.
Setiap prinsip itu berperanan melahirkan sebuah negara yang rakyatnya hidup
bersatu-padu, aman dan harmoni.[1]
OBJEKTIF RUKUN NEGARA
Rukun Negara menggariskan cita-cita murni
negara untk mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu, demokratik, adil,
liberal dan progresif. Hasrat ini berpandukan kepada lima objektif yang
termaktub dalam Rukun Negara, iaitu;
a)mewujudkan perpaduanyang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakat..
b)memelihara cara hidup yang
demokratik.
c)mencipta satu masyarakat yang
adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
d)membentuk satu sikap yang
liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak.
e)membina sebuah masyarakat
progresif berlandaskan sains dan teknologi moden.
Kelima-lima objektif di atas terkandung
dalam lima prinsip berikut;
a)Kepercayaan kepada Tuhan.
b)Kesetiaan kepada Raja dan
Negara.
c)Keluhuran Perlembagaan.
d)Kedaulatan Undang-Undang.
e)Kesopanan dan Kesusilaan.
Penerimaan seluruh rakyat Malaysia
terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara dan mengamalkannya dalam kehidupan
masing-masing dapat membantu usaha ke arah melahirkan perpaduan yang kukuh
dalam kalangan rakyat tanpa mengira keturunan atau kaum. Langkah ini dapat
menghapuskan perasaan kegelisahan rakyat, tekanan hidup dan mengurangkan krisis
dalam kehidupan masyarakat dan negara serta menjamin kestabilan politik dan
sistem kerajaan yang berlandaskan amalan demokrasi.[2]
PRINSIP-PRINSIP RUKUN NRGARA
Agama merupakan asas dalam kehidupan
untuk memandu seseorang bertindak melakukan kebaikan dan menghindari segala
bentuk kejahatan. Setiap kaum di Malaysia menganuti pelbagai agama seperti
Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan lain-lain. Islam merupakan agama rasmi
bagi Persekutuan tetapi agama lain masih bebas diamalkan supaya setiap
warganegara akan patuh kepada agama yang dianuti. Malaysia menghormati
kebebasan beragama dan tidak ada dasar diskriminasi kepada warganegara atas
dasar kepercayaan agama masing-masing.[3]
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA
Malaysia merupakan sebuah
negara yang mengamalkan sistem beraja dengan Yang di-Pertuan Agong menjadi
ketua negara dan lambang perpaduan rakyat. Seiring dengan kedudukan baginda
sebagai raja berperlambagaan , sistem beraja juga diamalkan di setiap negara
beraja dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud setiap warganegara hendaklah memberi sepenuh taat setia kepada Yang
di-Pertuan Agong. Manakala di peringkat negeri, rakyat hendaklah memberi taat
setia kepada Raja dan Yang Dipertua Negeri masing-masing, selain kesetiaan
kepada Yang di-Pertuan agong.
Sikap kesetiaan ini merupakan nilai yang
amat berharga dan menjadi ikatan dalam memupuk kecintaan rakyat kepada negara.
Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Raja dan Negara merupakan antara
faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Oleh itu
sebarang usaha yang cuba mengalihkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara adalah
satu unsur yang jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
Prinsip ini juga bertujuan untuk
melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban demi kepentingan
negara. Pegangan teguh kepada prinsip ini dipercayai dapat melahirkan rakyat
yang mematuhi undang-undang dan menjada harta awam, menghormati simbol-simbol
yang menjadi lambang kedaulatan negara, produktif dan berusaha untk memelihara
nama baik negara sepanjang masa, sanggup menyumbang tenaga untuk pembangunan
negara dan masyarakat dan bersedia untuk mempertahankan negara daripada ancaman
luar.[4]
Di Malaysia Perlembagaan Persekutuan
merupakan undang-undang tertinggi negara yang berfungsi memberi hak dan
keistimewaan kepada setiap warganegara. Oleh itu setia rakyat telah digariskan
tanggungjawab mereka terhadap negara dan perlu menghormati latar belakang serta
sejarah perlembagaan tersebut.
Setiap rakyat hendaklah menerima,
mematuhi dan mempertahankan kemuliaan Perlembagaan berdasarkan beberapa perkara
asas tersebut iaitu;
a)konsep raja berperlembagaan
b)kedudukan istimewa orang
Melayu dan kaum Bumiputera yang lain.
c)Islam sebagai agama bagi
Persekutuan dan mengamalkan kebebasan beragama
d)bahasa Melayu adalah bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi kebangsaan dan bahasa rasmi serta kebebasan
menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
e)jaminan tentang hak dan
kebebasan asasi rakyat.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Kedaulatan undang-undang merupakan asas
kepada prinsip keadilan di Malaysia untuk memberi kebebasan asasi kepada
rakyatnya. Ini menjamin kebebasan rakyat untuk bersuara, beragama, perlindungan
di sisi undang-undang, kebebasan memiliki harta dan lain-lain lagi.
Kebebasan rakyat tersebut masih dikawal
dengan peraturan dan batasan tertentu supaya tidak disalahguna bagi pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab. Undang-Undang negara perlu dipatuhi supaya
kehidupan rakyat aman dan damai serta menjamin kemajuan negara tanpa sebarang
halangan.[5]
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Mengikut prinsip ini, setiap individu dan
kumpulan dalam masyarakat dikehendaki bertindak dan berkelakuan secarasopan dan
bertatasusila. Mereka juga harus mempunyai moral yang tinggi, menghormati orang
lain dan tidak membangkitkan perkara-perkara yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana kaum., terutamanya
berkaitan asal-usul keturunan, bahasa, agama, kebudayaan dan kepercayaan.
Jika amalan ini dapat dipatuhi oleh
setiap warganegara, hubungan baik yang sedia terjalin antara kaum akan terus
berkekalan dan rakyat hidup dalam suasana muhibah tanpa sebarang perasaan
prasangka antara satu sama lain.[6]
[1]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Ace Ahead Teks
STPM Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara (1800-2000) Penggal 3 Edisi Kedua.(Shah
Alam: Oxford Fajar, 2017),212.
2i]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Ace Ahead Teks
STPM Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara (1800-2000) Penggal 3 Edisi Kemaskini.(Shah
Alam: Oxford Fajar, 2014), 229.
[3]
S.B.Teoh,Norizan Yusoff dan Nurul Huda Md Yusop, Sejarah STPM Penggal 3, (Shah Alam: SAP PUBLICATIONS (M) SDN.
BHD,2014), 179.
[4]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Ace Ahead Teks
STPM Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara (1800-2000) Penggal 3 Edisi Kemaskini.230
berkaitan dgn Rukun Negara,biasanya soalan akan minta prinsip-prinsip saja?
ReplyDelete