A.
Pengenalan.
Sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur
tangan British bersifat berbagai dengan sara diri di hampir semua negeri
Melayu, separa sara diri di Kedah, pertanian komersil di Negeri-Negeri Selat
dan Johor di samping perdagangan. Sistem ekonomi komersil merujuk kepada
pertanian, perlombongan dan perdagangan. Ekonomi komersil berkembang pesat
selepas campur tangan British.
B.
Isi-isi.
1.
Pertanian komersil
1.1
Padi
- Penanaman padi
dijalankan secara sara diri di hampir semua negeri. Hanya terdapat beberapa
buah negeri menghasilkan lebihan. Contohnya di Kedah dengan pembukaaan Terusan
Wan Ahmad Saman pada tahun 1895. Kedah telah menjadi pengeluar padi sawah yang
utama di Tanah Melayu.
- Kedah menghasil
lebihan padi dan dieksport ke Pulau Pinang. Di Kedah dan Perlis pula terdapat pengeluaran padi yang bukan sahaja bersifat
separa- sara diri sebelum tahun 1909, malah lebih kepada bersifat
komersial. Padi dari negeri utara ini mendapat pasaran baik di Pulau Pinang. Di
Kedah, semua tanah pada teorinya dipunyai oleh raja dengan rakyat boleh
mengerjakan tanah ini. Namun, petani tidak terikat dengan tanah dan boleh pula
bergerak mencari pelindung/pembesar yang kurang menindas. Tanah juga boleh
dijual beli, sementara petani Melayu pula memasuki jaringan pemegang pajak atas
berbagai sebab termasuk kewangan.
- Kelantan 1837 mengeksport
padi ke Singapura, Pattani, dan Selangor sehingga pertengahan abad ke 19
mempunyai bekalan yang banyak, contohnya di Selangor semasa pemerintahan Sultan
Muhammad.
2.Tanaman
lain
2.1
Tebu
– penanaman komersil
bermula di Seberang Prai dengan pembabitan modal orang Eropah dan orang Cina.
Tebu memjadi tanaman utama yang memberi sumbangan penting kepada ekonomi Pulau
Pinang yang merosot selepas pembukaan Singapura.
- sektor tebu
berkembang sehingga abad ke 19 dari Seberang Prai diluaskan ke Krian di Perak.
2.2
Lada hitam dan gambir
- Di Johor pula terdapat Sistem Kangcu atau Surat Sungai dengan Temenggong memberikan hak
bertani kepada taukeh-taukeh Singapura dan ketua kongsi gelap Cina sejak tahun
1840an bagi menggalakkan perladangan gambir di selatan dan barat Johor.
Temenggong pula mengenakan berbagai cukai ke atas orang-orang Cina ini seperti
cukai candu, arak dan judi sama seperti yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn
di Siam. Ringkasnya, pertumbuhan pesat ekonomi Johor dibantu oleh eksploitasi buruh dan peranan
besar kongsi gelap.
2.3
Ubi kayu, Pinang, Kelapa, dan Buah-buahan
-
dimonopoli
oleh orang-orang Cina di pendalaman
Sungai Muar. Melaka yang mula merosot sebagai sebuah pelabuhan menjadi pusat
pertanian yang penting pada tahun 1860an apabila orang Cina mula menanam ubi
kayu. Dan seterusnya meluaskan kawasan penanaman berhampiran dengan Negeri
Sembilan.
- Pinang, kelapa dan
buah-buahan diusahakan oleh pendatang Indonesia dan hasil keluaran ke
Singapura.
2.4
Kopi
- Perkembangan
pertanian mulai pesat 1880an, apabial semakin banyak modal orang eropah
dilaburkan di semenanjung untuk memajukan pertanian perladangan. Ramai peladang
dari Ceylon datang kerana mempunyai pengalaman luas dengan tanaman kopi.
Sebahagian estet dibuka seperti di Krian, Perak dan Klang Selangor. Sehingga
penghujung abad ke 19, harga kopi dipasaran dunia dapat memberikan keuntungan
yang memuaskan kepada peladang dan semakin ramai peladang membuka kebun kecil
untuk mengusahakan kopi.
3. Hasil hutan seperti damar, rotan, getah perca dan buluh untuk
dijual bagi mendapatkan wang bagi membeli garam, kain dan juga beras. Bagi
Johor, hasil getah perca ini amat menguntungkan Temenggung Johor.
4. Di Kedah juga terdapat Sistem Pajak (ampun kurnia) yang diberikan oleh sultan kepada
taukeh-taukeh dari Pulau Pinang yang merangkumi beras, arak, candu, judi dan
padi. Ampun Kurnia juga diberikan
kepada para pembesar negeri dan juga kerabat diraja seperti hak mengutip cukai
pasar di sesebuah pekan kecil.
5. Terdapat perlombongan bijih di negeri-negeri
Melayu yang diusahakan oleh pembesar Melayu dengan menggunakan buruh Cina
sehingga kawasan-kawasan yang kaya dengan bijih timah menjadi rebutan para
pembesar Melayu seperti yang berlaku di Selangor. Terdapat juga perkongsian
pembesar Melayu dengan taukeh Cina untuk memajukan sektor perlombongan seperti Raja Jumaat – Chee Yam Chuan di Lukut
ataupun Ngah Ibrahim di Larut dengan kongsi gelap Cina. Namun lombong-lombong
ini kemudiannya menjadi rebutan kongsi gelap Cina seperti yang berlaku di Perak
(Larut) dan Selangor.
6.
Perdagangan
6.1
Perdagangan antara bangsa
-dikendalikan
oleh golongan pemerintah dan saudagar-saudagar. Berpusat di Melaka, Pulau
Pinang sebelum diambil alih oleh Singapura selepas awal 1820an. Di sini juga
orang-orang Melayu terdedah dengan lebih besar kepada rentak pasaran kapitalis
termasuk barangan pengguna dari Eropah.
Barangan dari Eropah dan India ialah kapas, lilin dan lain-lain.
6.2
Perdangangan dalaman
- wujud di antara
kawasan pantai dan pedalaman, tanah pamah dengan tanah tinggi, dan barat dengan
timur. Sungai menjadi jalan perhubungan utama, contonya perdangangan antara
Pahang dan Melaka melalui Sungai Bera, Sungai Serting, Sungai Jempol dan Sungai
Muar.
- Import utama pantai
barat ialah bijih timah dari Sungai Linggi dan Sungai Ujong. Selain itu, negeri
pedalaman Melaka mengeluarkan madu lebah, gading gajah, kulit haiwan dan rotan.
Eksport utama pantai timur ialah debu emas, bijih timah, lada hitam, sutera dan
kain kapas.
C.
Kesimpulan.
- Bagi Negeri-Negeri Melayu,
sistem ekonominya mirip kepada sara diri atau dalam kes Perlis dan Kedah,
separa sara diri. Namun begitu kegiatan perdagangan dan perlombongan berjalan
dengan rancaknya yang melibatkan juga pembesar-pembesar Melayu yang berkongsi
dengan peniaga-peniaga Cina.
- Ekonomi komersil
berkembang dengan pesat setelah campur tangan British pada suku akhir abad ke
19 setelah pemodal Eropah menguasai ekonomi Tanah Melayu. Orang-orang Melayu
mewarisi ekonomi sara diri dan penguasaan golongan bangsawan seperti raja dan
pembesar dalam ekonomi turut diketepikan.
SUMBER-
JPN PAHANG
SKEMA PERCUBAAN STPM P3
940/3
No comments:
Post a Comment