SET 2 KELANTAN
SOALAN 1
A) PENGENALAN
1. Sebelum campur tangan British, sistem ekonomi Tanah Melayu bersifat ekonomi tradisional. Tiada penggunaan teknologi moden. Tenaga utama dalam kalangan ahli-ahli keluarga. Rakyat jelata memainkan peranan mengusahakan ekonomi tradisional dari peringkat awal hingga ke peringkat pengeluarannya. Tidak ada dorongan untuk mengeluarkan lebihan tanaman kerana cukai yang selalunya dikenakan adalah tinggi. Tanah-tanah boleh diusahakan sesuka hati atau hanya perlu meminta kebenaran pembesar kerana tanah dianggap milik raja.
2. Manakala ekonomi komersil pula merujuk kepada aktiviti ekonomi menjuruskan kepada lebihan pengeluaran. Kegiatannya berlandaskan perdagangan, perlombongan dan pertanian dagangan secara eksport. Pemodalnya terdiri daripada raja dan pembesar dan mereka memonopoli kegiatan ekonomi yang dijalankan secara komersil ini.
B. ISI
a. Ciri-Ciri Ekonomi Tradisional
1. Ekonomi tradisional tiada pengkhususan kerja. Dijalankan oleh rakyat biasa. Mereka melakukan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti bertani, nelayan, mencari hasil hutan dan sebagainya. Tidak ada pembahagian tugas kecuali antara lelaki dengan wanita atau orang tua dan kanak-kanak. Orang tua dan kanak-kanak biasanya diberi kerja yang ringan dan setiap pekerjaan melibatkan semua anggota.
2. Kegiatan ekonomi pula berkait rapat dengan persekitaran tempat tinggal dan keluasan kawasan ekonomi yang terhad. Ia bergantung kepada tempat tinggal sama ada berhampiran dengan laut, sungai kawasan sawah ataupun kawasan pendalaman.
3. Ekonomi tradisional juga menggunakan alatan tradisional. Contohnya alat menangkap ikan mereka gunakan jala, bubu, kail dan dalam bidang pertanian pula mereka menggunakan binatang, cangkul, sabit, parang dan sebagainya. Tenaga ahli-ahli keluarga digunakan dari peringkat awal hingga ke peringkat pengeluaran
4. Ciri-ciri ekonomi tradisional juga dijalankan amalan bergotong royong dan berderau. Ia dilakukan bersama atau secara berkumpulan untuk mempercepatkan sesuatu pekerjaan.
5. Hasil yang dikeluarkan terhad dan tiada lebihan hasil. Ekonomi yang dilaksanakan adalah untuk keperluan keluarga sahaja dan modal yang dikeluarkan sangat terhad.
6. Jenis ekonomi tradisional seperti pertanian padi huma, menangkap ikan, mencari hasil hutan, memburu binatang, pertukangan dan perlombongan secara kecil-kecilan.
b. Ekonomi Komersil
1. Manakala ekonomi komersil pula dilaksanakan oleh golongan pemerintah. Raja dan pembesar biasanya menjadi pemodal dan ekonomi diusahakan oleh meraka yang berpengalaman dan ada kepakaran melaksanakannya. Pembesar juga akan jadi usahawan, menguasai dan mengawasi perdagangan import dan eksport. Mereka juga melantik wakil tertentu untuk menjalankan perniagaan yang dikenali sebagai kiwi.
2. Ekonomi komersil juga melibatkan penggunaan mata wang. Pada tahun 1800-an negeri Melayu mempunyai mata wang sendiri. Barang berharga seperti emas, perak atau tembaga dijadikan sebagai mata wang. Pada abad ke-19 urus niaga di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak menggunakan mata wang timah yang dikenali sebagai jongkong tampang yang berbentuk separuh piramid atau pagoda.
3. Tempat berlakunya jual beli biasanya di pelabuhan, kuala sungai, kawasan pasar yang strategik seperti di bandar dan pusat-pusat pentadbiran.
4. Wujudnya perdagangan dengan luar negara dan pelabur daripada luar negara. Perniagaan dijalankan di muara sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan, pelabuhan yang mejadi tempat persingahan saudagardari Asia Tenggara, Cina, Arab, India dan sebagainya. Contohnya di Selat Melaka, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuantan, Pahang, Pulau Pinang dan sebagainya. Ia juga melibatkan pelaburan asing yang datang melabur.
5. Manakala jenis-jenis ekonomi komersil seperti pertanian padi sawah secara komersil seperti di Kedah dan Kelantan. Lada hitam, gambir, nenas, tebu,dan ubi kayu ditanam secara ladang. Aktiviti perlombongan dijalankan secara besar-besaran. Ekonomi komersil juga melibatkan perdagangan dan pelaburan.
C) KESIMPULAN
1. Kesimpulannya, sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan Barat merupakan sistem ekonomi tradisional dengan tumpuannya ke atas pertanian dan sistem ekonomi secara kecil-kecilan.
2. Tanah Melayu begitu kaya dengan hasil alam sehingga perdagangan dapat dijalankan dengan negara-negara Eropah dan negeri-negeri Selat sejak awal abad ke- 19 lagi.
3. Kekayaan hasil bumi ini juga menarik ramai saudagar Cina dan Eropah menanam modal dalam perusahaan pertanian dagangan dan perlombongan
sumberr-JPN KELANTAN
apa contoh ciri ciri ekonomi moden
ReplyDelete1.tanah
Delete2.modal yg besar
3.penggunaam teknologi moden
Apa persamaan ekonomi moden dan ekonomi tradisional
ReplyDelete