Pages

Monday, September 11, 2017

Unit 1.4 SISTEM EKONOMI

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menjelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional dan menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial pada abad ke-19
SISTEM EKONOMI TRADISIONAL
Sebelum kedatangan British masyarakat peribumi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti melombong, bercucuk tanam, memungt hasil hutan , menternak binatang dan menagkap ikan secara kecil-kecilan. Kegiatan ini dikenali sebagai ekonomi sara diri. Tiada pengkhususan kerja dalam ekonomi tradisional Mereka melakukan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti bertani nelayan dan sebagainya.
1.a.Ciri-ciri ekonomi tradisional
1.Tiada pengkhususan kerja
Dalam ekonomi tradisional, tidak ada pengkhususan dalam pekerjaan. Mereka melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama seperti menjadi petani, nelayan , penternak dan pembuat sampan. Tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur yang membezakan antara peranan lelaki dengan wanita atau orang tua dengan kanak-kanak. 

      Ini juga bermakna pekerjaan yang dilakukan itu melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orang tua. Kanak-kanak dan orang tua biasanya melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti menjemur ikan, menganyam tikar dan memungut rotan.
  
2.Kegiatan ekonomi berkaitan rapat dengan persekitaran tempat tinggal
Kegiatan ekonomi tradisional juga mempunyai hubungan  rapat  dengan laut. Pinggir sungai atau sekitar kawasan pedalaman. Jadi petempatan didirikan berhampiran dengan laut atau sungai .Kegiatan ekonomi utama ialah perikanan. Pertanian  pula menjadi kegiatan ekonomi kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.
  
3.Menggunakan alatan tradisional
Mereka hanya menggunakan peralatan tradisional dalam mengusakan sesuatu pekerjaan. Misalnya  untuk menangkap ikan mereka menggunakan peralatan seperti bubu, tangguk, lukah dan jala.Manakala tajak, cangkul dan sabit digunakan dalam kegiatan pertanian.

4.Amalan gotong-royong atau berderau
Dalam kegiatan pertanian tradisional amalan gotong-royong seperti berderau menjadi satu daripada ciri asas dalam kehidupan masyarakat tempatan . Berderau merupakan amalan yang dilakukan bersama atau secara berkumpulan bagi memudahkan serta memepercepatkan penyiapan sesuatu pekerjaan yang dilakukan di samping mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat. Amalan seumpama ini biasanya dilakukan untuk kegiatan pertanian seperti menanam dan menuai padi di sawah.

5.Hasil yang terhad.
Dalam ekonomi tradisional  tiada lebihan hasil yang diperolehi melalui pengeluaran kerana mereka tidak berupaya mengeluarkannya. Masyarakat tempatan ketika itu tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan lebihan pengeluaran kerana mempunyai tenaga buruh yang terbatas. Mereka bergantung kepada keluarga sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah atau sawah. Tiada ternakan yang boleh melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Lembu mula digunakan pada suku akhir abad ke-19, iaitu apabila kereta lembu diperkenalkan. Petani juga terpaksa menanggung beban kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah. Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah, kerja mereka sendidri tidak dapat disiapkan.

      Petani di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan satu persepuluh daripada hasil mereka kepada golongan pembesar sebagai tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan itu bertambah, sumbangan kepaga golongan pemerintah terpaksa ditambah.  
1.Penangkapan ikan
Lokasi penangkapan ikan di paya,sungai, laut dan sawah padi.
Nelayan menggunakan alatan tradisional seperti serampang,tombak, tali kail, jala, bubu, pancing,jaring,tangguk,kelong, gawai, jeramai,serkat ikan dan lukah. Jika menangkap ikan di laut, nelayan akan menggunakan pukat,jala, jaring dan rawai. Jika di sungai mereka menggunakan pancing, jala, tangguk, kail, lukah, tombak dan serampang.Tenaga kerja daripada ahli keluarga.
2.Penanaman padi sawah dan padi huma.
Lokasi penanaman padi sawah di kawasan berhampiran dengan sungai kerana tanahnya subur dan mudah mendapatkan bekalan sumber air. Padi sawah ditanam di kawasan delta sungai
3.Perlombongan
4.Pertukangan
5.Pengumpulan hasil hutan

1.a.Ciri-ciri ekonomi tradisional
1.Penangkapan ikan
2.Kegiatan ekonomi berkaitan rapat dengan persekitaran tempat tinggal
   Penanaman padi sawah dan padi huma.
3.Perlombongan
4.Pertukangan
5.Pengumpulan hasil hutan

SISTEM EKONOMI KOMERSIAL
Ekonomi komersial lebih mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta melibatkan pembayaran. Kegiatan perdagangan dalam ekonomi bercorak komersial mencapai zaman kegemilangan  pada abad ke-15 dan ke-16 di  Melaka.Walaupun kegiatan seperti menternak , berburu binatang, mengumpul hasil hutan dan tanaman padi sering dianggap sebagai  kegiatan ekonomi tradisional, namun kegiatan ini juga turut dijalankan secara komersial.   
b) Ciri-Ciri ekonomi komersil.
1.Penggunaan wang
Pada tahun 1800-an Negeri-Negeri Melayu telah mempunyai mata wang sendiri, Baang beharga yang diterima sebagai wang terdiri daripada logam berharga seperti emas,perak atau tembaga. Pada abad ke-19 di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak menggunakan mata wang timah yang dikenali sebagai jongkong tampang yang berbentuk separuh piramid atau pagoda. Contoh wang seperti tampang buaya dan syiling yang mempunyai nama pemerintah. 

2.Tempat jual-beli
      Urusan jual beli dijalankan di tempat yang tertentu  sama ada di pasar atau di tempat-tempat lain seperti kuala sungai yang menjadi tumpuan para pedagang.

3.Melibatkan golongan rakyat dan pemerintah.
      Rakyat jelata juga terlibat dengan ekonomi komersial yang diekanali sebagai berjaja. Ekonomi komersial golongan pembesar agak berbeza. Pembesar biasanya menjadi pemodal. Pembesa dikenali sebagai usahawan dalam kalangan masyarakat. Pembesar menguasai dan mengawasi perdagangan impot dan ekspot . Pembesar melantik wakil tertentu untuk menjalankan perniagaan  yang dikenali sebagai kiwi atau orang yang mahir dalam perniagaan.

4.Wujud perdagangan dengan negara luar.
      Perdagangan dengan dunia luar dijalankan di muara sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan. Perdagangan dengan negara luar dikuasai oleh golongan pemerintah. Pelabuhan ini menjadi persinggahan utama saudagar-saudagar dari Asia Tenggara, India, Arab dan China. Oleh itu lalun Selat Melaka menjadi bertambah penting .

      Pada abad ke-19,Kuala Terengganu dan Kota Bharu juga muncul sebagai pusat perdagangan penting. Nilai debu emas yang didagangkan di Teengganu antara tahun 1835-1836 bernilai 14,840 wang Sepanyol. Kehadiran British ke Tanah Melayu membawa masuk pelaburan asing terutama dalam sektor perladangan dan perlombongan bagi tujuan ekspot. 

No comments:

Post a Comment