Penentangan di Sarawak 1836 - l84l
Sebelum
tahun 1836, Sarawak merupakan sebahagian daripada Kesultanan Brunei di
bawah Sultan Omar Ali Saifuddin. Pada mulanya kerajaan Brunei tidak
campur tangan langsung dalam pentadbiran Sarawak. Sarawak ditadbir oleh
pembesar-pembesar tempatan sahaja.Bagi memudahkan kerajaan Brunei
menguasai ekonomi Sarawah khasnya pengeluaran antimoni dan emas, Sultan
Omar Ali Saifuddin telah menghantar Pangeran Indera Mahkota (seorang
bangsawan Brunei sebagai wakil baginda untuk memerintah Sarawak.[1]
Pangeran Indera Mahkota mentadbir Sarawak.
Perlantikan
Pangeran Indera Mahkota tidak digemari oleh pembesar Melayu tempatan.
Perlantikan ini akan menjejaskan kedudukan ekonomi mereka. Dengan
membina pusat pentadbiran di Kuching Pangeran Indera Mahkotamengambil
alih semua tugas dan tanggungjawab pentadbiran dan punca kekuasaan
daripada pembesar Melayu tempatan.[2]Mereka kehilangan monopoli
perdagangan dan penguasaan ke atas lombong emas dan antimoni yang
merupakan eksport utama Sarawak ketika itu.
Beliau
juga mengenakan cukai yang tinggi ke atas orang Melayu. Membeli hasil
orang Melayu dengan harga yang rendah.Menindas orang Bidayuh sebagai
buruh paksa di lombonglombong antimoni miliknya.Sekiranya orang Bidayuh
gagal menjelaskan hutang, anak isteri mereka akan dijadikan hamba abdi.
Penduduk Sarawak dipaksa membeli barang daripada Pangeran Indera Mahkota
dengan harga yang tinggi.
Akibat
penindasan ini, orang Biilayuh. memulakan penentangan pada tahun 1836.
Penentangan ini disertai oleh orang Melayu yang dipimpin oleh Datu
Patinggi Ali dan orang Dayak. Memandangkan kelemahan Pangeran Indera
Mahkota untuk mematahkan penentangan, Sultan Brunei telah menghantar
Pangeran Muda Hashim ke Sarawak.
Pakatan Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke
Pangeran
Raja Muda Hashim mengambil keputusan meminta bantuan orang
luar.Kebetulan ketika itu James Brooke seorang bekas tentera SHTI dan
pengembara telah tiba di Sarawak pada tahun 1839. Beliau dihantar oleh
Gabenor Singapura untuk memberi sepucuk surat kepada Pangeran Raja Muda
Hashim. Pangeran Raja Muda Hashim dengan segera meminta bantuan Brooke
untuk mematahkan penentangan di Kuching.Sebagai balasan, James Brooke
akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak dan berkuasa mentadbir Sarawak sebdgai wakil Sultan Brunei. James Brooke bersetuju dengan tawaran tersebut.[1]
[1]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, “Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara
Penggal 3,” (Oxford Fajar Sdn. Bhd.,Shah Alam, 2013),58.
No comments:
Post a Comment