OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Satu perjanjian telah
ditandatangani antara James Brooke dengan Pangeran Raja Muda Hashim pada tahun
1841.
Syarat-syarat Perjanjian 1841
1.James Brooke diberi kuasa
memerintah Sarawak serta iajahannya.
2.James Brooke diberi hak
memungut cukai di Sarawak.
3.James Brooke bertanggungjawab
dalam hal kewangan Sarawak.
4.James Brooke dikehendaki
menghormati dan memelihara undangundang serta adat-istiadat orang Melayu di
Sarawak.[1]
Kesan Perjanjian 1841
James Brooke dilantik sebagai
Gabenor dan Raja Sarawak pada 24 November 1841.
Faktor peluasan kuasa Brooke di
Sarawak 1842
Sebab-sebab Perjanjian 1842
(James Brooke dengan Sultan Brunei)
1.Demi memperkukuhkan
kedudukannya, James Brooke telah belayar ke Brunei untuk menghadap Sultan
Brunei.
2.Sultan Brunei berasa takut
apabila melihat kapal James Brooke yang diiringi oleh kapal-kapal tentera laut
dari Singapura. Baginda bimbang keselamatan Brunei terancam. Oleh itu, baginda
bersetuju menandatangai Perjanjian 1842.
Syarat-syarat Perjanjian 1842
1.Sultan Brunei mengesahkan
pelantikan James Gabenor Sarawak.
2.James Brooke berjanji
membayar ufti tahunan kepada Sultan Brunei.
Kesan-kesan Perjanjitn 1842
1.James Brooke meluaskan
kuasanya di Sarawak dengan melancarkan serangan ke atas petempatan peribumi.
2.James Brooke dalam usaha
meluaskan kuasanya telah campur tangan dalam hal-ehwal tempatan. Satu demi satu
kawasan Sarawak jatuh ke dalam kuasa James Brooke.
3.Pemerintahan keluarga Brooke
menimbulkan ketidakpuasan hati pembesar Melayu dan masyarakat Sarawak sehingga
terdapat beberapa penentangan terhadapnya.[2]
[1] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia
Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, 2014),66.
No comments:
Post a Comment