Pages

Sunday, October 2, 2016

5. Nilaikan peranan Diponegoro dalam penentangan terhadap penjajahan Belanda di Pulau Jawa pada abad ke 19.



A. PENGENALAN
1.         Diponegoro merupakan putera sulung Hamengkubuwono III, raja Mataram di Jogjakarta. Beliau lahir pada 11 November 1785 di Jogjakarta. Nama sebenarnya ialah Bendoro Raden Mas Ontowiryo diketepikan daripada takhta kerajaan Jogjakarta apabila Hamengkubuwono III mangkat pada tahun 1814. Raffles melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan gelaran Hemengkubuwono IV.
2.         Raffles berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas kemangkatan Djarot. Raffles tidak berada di Jogjakarta apabila Djarot mangkat pada tahun 1822. Belanda melantik putera Djarot yang baru berumur dua tahun sebagai pengganti dengan gelaran Hamengkubuwono V. Diponegoro hanya dilantik sebagai penasihat. Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang Jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa.
B. ISI
a)         Pembela nasib penduduk tempatan.
           Diponegoro berjuang untuk membebaskan penduduk tempatan daripada penindasan Belanda. Masyarakat peribumi Jawa tidak berpuas hati dengan tindakan Van der Capellan yang membatalkan kontrak penyewaan tanah pada tahun 1823. Pembesar tempatan dan golongan bangsawan berasa tertekan kerana terpaksa memulangkan balik wang sewaan dan wang pendahuluan kepada pengusaha asing yang terlibat dalam kontrak tersebut.
           Demi menyelesaikan wang pendahuluan tersebut, pembesar tempatan dan tuan tanah memaksa petani bekerja lebih kuat. Semasa kontrak penyewaan tanah masih berlansung, petani telah ditindas oleh golongan pengusaha dan penyewa tanah. Penduduk tempatan hidup sengsara apabila pemungut cukai mengenakan kadar tol sesuka hati. Orang cina memberi pinjaman wang kepada orang jawa dengan kadar faedah yang tinggi. Mereka menjadi orang tengah dalam perdagangan garam. Mereka memaksa penduduk tempatan menjual garam dengan harga murah dan selepas itu mereka akan menjualnya dengan harga yang tinggi di kawasan Bandar.
b)         Mempertahankan kesucian agama islam
           Tindakan Belanda membina jalan raya melalui tanah perkuburan nenek moyang Diponegoro dianggap melanggar nilai masyarakat tempatan. Diponegoro mengisytiharkan perang jihad untuk memulihkan pemerintahan islam di Jawa.
           Penduduk tempatan mempercayai bahawa Diponegoro ialah Ratu Adil atau Wali Allah yang dapat membebaskan mereka daripada cengkapan orang kafir. Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai ketua islam. Tindakan ini menunjukkan Belanda tidak menghormati agama islam.
           Diponegoro dan masyarakat jawa menganggap usaha Belanda ini mencabuli adat resam tempatan serta tatasusila dan nilai-nilai islam.
c)         Pembela maruah negara dan bangsa
           Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang Jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa. Diponegoro berjuang menegakkan maruah negara dan bangsa. Beliau dan pengikutnya menentang Belanda yang meluaskan kuasanya ke Pulau Jawa.
           Antara pengikut Diponegro ialah Kyai Mojo,Kyai Hasan Besar,Sentot dan Mangka Bumi. Mereka telah mengambil tindakan melancarkan perang gerila terhadap orang Belanda.
d)         Pemimpin Perang Jawa
           Mendapat sokongan kaum tani, para ulama, golongan bangsawan dan para bupati. Pengikut beliau ialah Kyai Mojo, Kyai Hasan Besari, Sentot dan Mangka Bumi. Mereka melancarkan perang gerila terhadap orang Belanda. Pada mulanya, Diponrgoro berjaya dalam pertumpuran berhampiran Lengkong dan Delanggu. Beliau diangkat menjadi sultan dengan gelaran “Sultan Abdulhamid Cokro Amirulmukminin Sayidin Panotogomo Khalifatullah Tanah Jowo”.
           Tentera Diponegoro mengalami kemerosotan apabila ramai mati kebuluran dan diserang penyakit. Sentot dan Mangka Bumi berpaling tadah memihak kepada Belanda. Keadaan tersebut melemahkan perjuangan Diponegoro dan akhirnya beliau bersetuju berdamai dengan Belanda. Namun, Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai Sultan Surakarta dan Ratu adil.
e)         Pembatalan Kontrak Sewa Tanah
           Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada tahun 1811 – 1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa.
           Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi buruh paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu penindasan terhadap golongan petani lalu membatalkannya atas arahan Van der Capellan. Pembatalan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka kehilangan punca pendapatan. Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang pendahuluan mereka dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan tersebut kerana telah habis dibelanjakan.
           Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.
C. KESIMPULAN
           Peranan penting Diponegoro dalam perang Jawa tidak boleh dinafikan. Beliau Berjaya memimpin satu penentangan yang agak berkesan bertujuan untuk memulihkan pemerintahan Islam di Jawa dan membebaskan penduduk tempatan daripada penindasan orang kafir. Perjuangan Diponegoro menyedarkan pentadbiran Belanda bahawa penduduk tempatan tidak boleh dipermainkan.
           Perjuangan Diponegoro dalam perang Jawa memberi inspirasi kepada para nasionalis kemudiannya untuk menggerakkan satu perjuangan yang lebih berorganisasi menentang Belanda.


SUMBER- SKEMA PERCUBAAN SEJARAH STPM P3 NEGERI PAHANG 2016

No comments:

Post a Comment