dimansuhkan dan kini tarafnya
diletakkan dalam susunan Orang Besar Berempat dan dikenali dengan gelaran Orang
Kaya Bendahara Seri Maharaja orang Besar Berempat merupakan pemimpin kanan
dalam pentadbiran negeri. Mereka berkuasa di daerah masing-masing dan juga
dalam pentadbiran kerajaan. Bendahara pernah menjadi pemangku Sultan dan
bertanggungjawab
dalam menentukan perlantikan
sultan yang baru. Temenggung berkuasa sebagai Ketua Mukim Kota Lama dan orang
Kaya Besar bertanggungiawab dalam menyelenggarakan istana. sementara Menteri
pula berkuasa penuh di Larut.
ORANG BESAR BERLAPAN
Orang Kaya Balai Maharaja Lela
(pembesar daerah Pasir Salak)
Laksamana Orang Kaya (pembesar
daerah Durian Sebatang)
Orang Kaya Syahbandar (pembesar
daerah di muara Sungai perak)
Panglima Kinta Seri Amarbangsa
(pembesar daerah Kinta)
Seri Akar Di Raja (Dato'Sagor)
-(pembesar daerah Kampung Gajah)
Panglima Bukit Gantang Seri
Amar Diraja -(Jawatan ini kosong semenjak tahun 1871)
Seri Adika Raja- (biasanya
dipegang oleh seorang zuriat yang utama dalam daerah paling hulu Sungai perak)
Imam Paduka Tuan -(jawatan
agama)
Selepas susunan orang Besar
Berempat ialah orang Besar Berlapan. Mereka terdiri daripada orang Kaya Balai
Maharaja Lela, Laksamana orang Kaya, orang Kaya syahbandar, Panglima Kinta seri
Amarbangsa, seri Akar di Raja (Dato'sagor), Panglima Bukit Gantang seri Amar
Diraja, seriAdika Raja dan Imam Paduka Tuan. Semua pembesar berkuasa di daerah
masing-masing, kecuali Imam paduka Tuan yang merupakan jawatan satu agama.
Di bawah lapisan Orang Besar
Berlapan ialah Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua. Walaupun tiada
senarai tertentu tentang Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua,
tetapi jawatan ini dikatakan muncul menjelang awal abad ke-20. Pembesar
daripada kedua-dua lapisan ini mendapat gelaran daripada pihakyangberkaitan
dengan kerabat Orang Besar Berempat dan Orang Besar Berlapan. Mereka turut
memainkan perana penting dalam pentadbiran negeri.
Tradisi negeri Perak menggambarkan
kecenderungan teori politik orang Melayu dengan menggunakan gandaan angka
empat. Teori ini memerlukan penggandaan angka empat serta sesuatu jawatan yang
telah ada sentiasa dikekalkan untuk mencukupkan bilangan yang dikehendaki.
Walaupun terdapat banyak jawatan yang diwujudkan mengikut sistem Empat Lipatan
ini, iaitu secara keseluruhannya berjumlah 60 jawatan, tetapi pada amalannya hanya
terdapat lebih kurang dua belas jawatan pembesar kesemuanya.[4]
Kesemua pembesar dilantik oleh sultan
melalui surat kuasa atau surat tauliah serta pemberian sebilah pedang sebagai
lambang jawatan. Ini bermakna, wujud hubungan dua hala antara sultan dengan
para pembesar.Sultan melantik para pembesar negeri, manakala para pembesar
negeri pula berkuasa untuk melantik sultan. Selain itu, para pembesar di Perak
mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan perlantikan seseorang bakal sultan.
Mereka boleh mengenepikan mana-mana bakal sultan yang tidak disukai. Misalnya
pada tahun 1871, RajaYusuf gagal menjadi sultan kerana baginda telah gagal
mendapat sokongan dan diketepikan oleh para pembesar.
Apabila seseorang pembesar diberi surat
tauliah bermakna mereka berkuasa untuk mentadbirkan daerah masing-masing,
menjalankan kuasa perundangan, pertahanan dan memungUt cukai. Selain itu,
mereka juga bertanggungjawab terhadap adat istiadat dan dibantu oleh beberapa orang
timbalan dalam menjalankan tugas harian masing-masing.
No comments:
Post a Comment