1.Masyarakat
1.1 Institusi pemerintahan
1.1.1 Raja
a)Menjelaskan konsep dan
peranan raja pada abad ke-19
1.1.2 Pembesar
a)konsep pembesar.
Istilah pembesar merujuk kepada mereka
yang dilantik oleh raja untuk memegang sesuatu jawatan dalam pentadbiran
kerajaan dengan diberi tugas-tugas tertentu untuk dilaksanakan. Perlantikan ini
bertujuan bagi mewujudkan satu sistem pentadbiran yang teratur serta menjamin
keselamatan dan kemakmuran negeri secara berterusan. Sistem pembesar adalah
sebahagian daripada struktur pemerintahan yang terdapat di Negeri-negeri
Melayu. Sistem ini digubal berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan pada zaman
kerajaan Melayu Melaka. Sistem Pembesar Empat Lipatan diikuti oleh hampir semua
negeri di Tanah Melayu, kecuali Negeri Sembilan. Meskipun begitu, gelaran
pembesar yang digunakan berbeza antara negeri dengan negeri yang lain.[1]
Hierarki pembesar di Tanah Melayu pada ke-19.
Pada umumnya, negeri-negeri Melayu
mengamalkan sistem pembesar yang berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan.
Pembesar Empat dibantu oleh Pembesar Lapan . Manakala Pembesar lapan dibantu
oleh Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.[2]Sistem
ini diwarisi daripada pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka, bukan sahaja mempunyai persamaan dari segi struktur
politiknya, tetapi juga termasuk gelaran jawatan pembesar. Negeri-negeri
seperti Johor, Perak, Pahang dan Kedah derigan jelas mengikut Sistem Pembesar
Empat Lipatan seperti yang diamalkan di Melaka.
Sementara itu di negeri-negeri lain,
sistem pembesarnya tidak banyak berbeza dengan sistem yang diamalkan di Melaka,
kecuali dari segi gelaran pembesar-pembesarnya sahaja. Sebelum wujudnya sistem
beraja dan institusi kesultanan, di negeri Kedah, misalnya terdapat dua orang
pembesar yang bergelar Tun Dermadewa dan Tun Perkasa. Berdasarkan sistem
beraja, gelaran pembesar yang biasanya digunakan ialah Bendahara, Laksamana,
Temenggung,Maharaja Lela, Menteri, Seri Raja dan Seri Dewa. Bendahara merupakan
pegawai yang utama dalam struktur politik negeri Kedah. Walaupun begitu, tidak semua
negeri-negeri di Tanah Melayu mempunyai sistem pembesar yang sama.[3]
SISTEM PEMBESAR DI PERAK
Negeri Perak adalah
antara negeri Melayu yang mempunyai bilangan pembesar yang ramai. Pada umumnya
corak politik di negeri Perak hampir sama dengannegeri Melaka. Namun, perbezaan
yang ketara ialah dari segi kedudukan pembesar yang dibahagikan kepada Sistem
Pembesar Empat Lipatan. Gelaran pembesarnegeri terbahagi kepada empat
peringkat, iaitu Orang Besar Empat,Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas
dan Orang Besar Tiga Puluh Dua.Antara para pembesar ini, Orang Besar Empat adalah
pembesar yang paling berkuasa. Mereka terdiri daripada Orang Kaya Bendahara
Seri Maharaja,Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Orang Kaya Temenggung Paduka
Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Jawatan Bendahara suatu ketika pernah
dijadikan satu jawatan diraja, iaitu dalam tingkat ketiga selepas Raja Muda
dengan gelaran Tuanku Raja Bendahara Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir. Nama jawatan
tersebut telah
No comments:
Post a Comment