Tuesday, July 17, 2018

Faktor-faktor peluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu.

Oleh-Ahmad bin Yaakob
Membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
1.Konsep perluasan kuasa.
Dasar meluaskan empayar atau tanah jajahan atau dasar imperialisme kuasa asing. Ringkasnya peluasan kuasa asing ialah penglibatan kuasa asing dalam hal ehwal politik sesebuah kawasan, wilayah atau negeri.[1]
a)Faktor-faktor peluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu.
1.Sebab-sebab ekonomi.
Pada peringkat awal, kuasa Barat hanya memerlukan pasaran dan pusat perniagaan sahaja. Selepas berlaku Revolusi Perindustrian, keperluan Britain berubah kepada kepentingan mendapatkan bahan mentah.Tanah Melayu mempunyai banyak bahan mentah seperti bijih timah, kelapa, emas dan lain-lain.[2] Selepas Revolusi Perindustrian, Amerika Syarikat dan Britain menjadi pemeli bijih timah yang terbesar. Ini kerana perusahaan mengetin makanan menghidupkan kembali permintaan terhadap bijih timah.[3]

Kuasa Barat juga mempunyai keinginan untuk melabur di Tanah Melayu.Sebelum tahun 1874,saudagar-saudagar British dan pegawai British mempunyai kepentingan ekonomi yang besar di Negeri-Negeri Melayu seperti Pahang, Sungai Ujong, Selangor dan Perak secara persendirian atau berkongsi dengan pedagang China dan ada kalanya dengan pembesar-pembesar Melayu. Sebagai contoh Paterson, Simons dan rakan-rakannya telah membayar $330 500 untuk mendapatkan konsesi di Kuantan pada tahun 1868. Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar $30 000 pada tahun 1872kepada Dato’ Kelana bagi     mendapatkan konsesi perlombongan. Tanah jajahan juga turut memainkan peranan penting untu memasarkan barangan kilang.[4]
.
2.Bimbang campur tangan kuasa-kuasa Barat lain.
Berlaku persaingan untuk menambahkan tanah jajahan di Barat. Ini menyebabkan British bimbang akan pertapakan kuasa Barat lain. Tahun 1870-1914 merupakan satu jangka masa yang aman di Eropah. Menjelang tahun 1870-an, semangat imperialisme dan perlumbaan mencari tanah jajahan telah meningkat di kalangan negara-negara Eropah. Kuasa Barat seperti Belanda, Itali, Perancis, Rusia berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan. Antara kuasa-kuasa besar itu, Jerman paling dicurigai oleh British kerana selepas Penyatuan Jerman 1871, negara tersebut telah melancarkan satu dasar agresif yang menancam kedudukan British. Jerman telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Pulau Langkawi. Rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang, manakalaPerancis bercadang membuka terusan di Segenting Kra. Amerika Syarikat pula menunjukkan minat untuk meluaskan pengaruhnya di Terengganu.

      Lord Kemerly, Setiausaha Negara bagi tanah jajahan British menegaskan kemungkinan Jerman akan campur tangan di Selangor. Beliau bimbang dengan keadaan tersebut lalu mengambil pendirian bahawa British tidak akan membenarkan sebarang kuasa asing membentuk tanah jajahan di Tanah Melayu.[5]Beliau telah mengarahkan Sir Andrew Clarke bakal Gabenor Negeri-Negeri Selat supaya membuat laporan tentang memulihkan keamanan di Negeri-Negeri Melayu untuk melindungi kepentingan pelabur dan kerajaan British.[6]
3.Perubahan politik dan dasar di Britain
Perubahan kerajaan daripada kerajaan liberal kepada kerajaan konservatif telah mempengaruhi perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di Tanah Melayu  pada tahun 1874. Kemenangan Parti Konsevatif mengalahkan Parti Liberal di Britain serta membentuk kerajaan baharu di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik England. Kejayaan Parti Konsevatif menguasai kerajaan Britain Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di Tanah Melayu. Perunahan ini elah disokong oleh pegawai-pegawai British  seperti Lord Kimberley dan Andrew Clarke.
4.Pembukaan Terusan Suez.
Terusan Suez telah dibina oleh Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak dari Barat ke India, China dan Asia Tenggara serta dapat menjimatkan kos pengangkutan.Pembukaan nya menggalakkan kedatangankuasa-kuasa Barat ke Timur.[7]
Pembukaannya menyebabkan kuasa Barat memperkukuhkan kedudukan politik mereka di Asia. Terutama apabila British telah membeli saham dari Khedif Gabenor Mesir yang hampir muflis.Dengan  penguasaan British ini maka imperialisme Barat dapat mara dengan cepat ke Asia Tenggara terutama ke Negeri-Negeri Melayu. Pembukaan Terusan Suez juga menyebabkan pelabuhan-pelabuhan baru dibuka seperti Singapura. Kedudukan Singapura telah menjadi tumpuan kepada pedagang dan penjajah Barat terutama British dan Belanda.[8]
5.Keadaan huru-hara di Negeri-Negeri Melayu.
Pada masa itu berlaku keadaan huru-hara di Tamah Melayu contohnya di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.
Berlaku perebutan takhta di Perak antara Raja Abdullah dan Raja Ismail. Manakala di Selangor berlaku Perang Kelang 1867 antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.Perang Saudara di Pahang tercets disebabkan oleh perebutan jawatan Bendahara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad. Pada tahun 1869, Tengku Antah dan Tengku Ahmad bersengketamerebut jawatan Yam Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Berlaku perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu untuk menguasai kawasan perlombongan bijih timah.
Perang Larut 1861-1873 berlaku di Perak.Ia melibatkan perkelahian antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San.[9]Perang ini berpunca dari pertelingkahan untuk mendapatkan kawasan lombong yang lebih luas.

Keadaan huru-hara ini menyebabkan saudagar dan pelabur di Negeri-Negeri Melayu membuat rayuan kepada British di Singapura dan London bagi mendapatkan perlindungan British. Keperluan untuk campur tangan semakin mendesak. Pada tahun 1873 seramai 243 orang pedagang Negeri-Negeri selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Kimberley bagi mendesai British untuk campur tangan.[10]





[1] Ibid,42.
[2] “Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)25.
[3]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43. 
[4]“Perluasan Kuasa Asing”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,25.  
[5] Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43
[6] Ibid.
[7]Ibid.,26.
[8] Siti Aishah Selamat, STPM Penggal 3, Modul Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000),27.
[9]“Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,26.
[10]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,45.

UNIT 2.1 PERLUASAN KUASA ASING

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
1.Konsep perluasan kuasa.
Dasar meluaskan empayar atau tanah jajahan atau dasar imperialisme kuasa asing. Ringkasnya peluasan kuasa asing ialah penglibatan kuasa asing dalam hal ehwal politik sesebuah kawasan, wilayah atau negeri.[1]
a)Faktor-faktor peluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu.
1.Sebab-sebab ekonomi.
Pada peringkat awal, kuasa Barat hanya memerlukan pasaran dan pusat perniagaan sahaja. Selepas berlaku Revolusi Perindustrian, keperluan Britain berubah kepada kepentingan mendapatkan bahan mentah.Tanah Melayu mempunyai banyak bahan mentah seperti bijih timah, kelapa, emas dan lain-lain.[2]Selepas Revolusi Perindustrian, Amerika Syarikat dan Britain menjadi pemeli bijih timah yang terbesar. Ini kerana perusahaan mengetin makanan menghidupkan kembali permintaan terhadap bijih timah.[3]

Kuasa Barat juga mempunyai keinginan untuk melabur di Tanah Melayu.[4]
Memasarkan barangan kilang.
2.Bimbang campur tangan kuasa-kuasa Barat lain.
Berlaku persaingan untuk menambahkan tanah jajahan di Barat.
Kemunculan dua kuasabaru iaitu Itali dan Jerman.
3.Perubahan politik dan dasar di Britain
Perubahan kerajaan daripada kerajaan liberal kepada kerajaan konservatif.
Disraeli membenarkan dasar campur tangan.
Sikap Lord Kimberley memberi arahan kepada Andrew Clarke.
4.Pembukaan Terusan Suez.
Terusan Suez telah dibina oleh Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak dari Barat ke India, China dan Asia Tenggara serta dapat menjimatkan kos pengangkutan.Pembukaannya menyebabkan kuasa Barat memperkukuhkan kedudukan politik mereka di Asia. Terutama apabila British telah membeli saham dari Khedif Gabenor Mesir yang hampir muflis.Dengan 
Memendekkan perjalanan dan kos pengangkutan. Ini menggalakkan kedatangankuasa-kuasa Barat ke Timur.[5]
5.Keadaan huru-hara di Negeri-Negeri Melayu.
Negeri-negeri Melayu iaitu di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang berada dalam keadaan huru-hara. Raja tidak lagi berkuasa penuh ke atas pembesar dan ini menyebabkan golongan pembesar lebih berkuasa dan berpengaruh dari raja. Pembesar mengambil kesempatan dengan menggunakan cukai yang tinggi. Keadaan huru-hara di Negeri-negeri Melayu berlaku akibat perebutan kuasa antara   para pembesar Melayu seperti perebutan takhta  di Perak antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusuf. Berlaku perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu untuk menguasai kawasan perlombongan bijih timah.
Perkelahian antara kongsi gelap Cina Ghee Hindan Hai San.[6]

      Huru-hara juga berlaku disebabkan Perang Saudara yang tercetus  di Perak Pahang dan Selangor.Perkembangan ini mendorong para pemodal British yang banyak melabur modan di Negeri-Negeri Melayu mendesak agar kerajaan British campur tangan bagi memulihkan keamanan supaya kegiatan perniagaan mereka tidak terganggu. Sebenarnya langkah British untuk campurtangan tidak bertujuan memulhkan keamanan, tetapi memastikan kepentingan ekonomi mereka tidak terancam akibat keadaan huu-hara yang belaku itu.[7]




[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)  Edisi Kemaskini,42.
[2]“Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)25.
[3]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43. 
[4]“Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,25.
[6]“Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,26.
[7]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)  Edisi Kemaskini,46.

SISTEM EKONOMI KOMERSIAL

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Ekonomi komersial lebih mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta melibatkan pembayaran. Kegiatan perdagangan dalam ekonomi bercorak komersial mencapai zaman kegemilangan  pada abad ke-15 dan ke-16 di  Melaka.Walaupun kegiatan seperti menternak , berburu binatang, mengumpul hasil hutan dan tanaman padi sering dianggap sebagai  kegiatan ekonomi tradisional, namun kegiatan ini juga turut dijalankan secara komersial.[1]   
b) Ciri-Ciri ekonomi komersil.
1.Penggunaan wang
Pada tahun 1800-an Negeri-Negeri Melayu telah mempunyai mata wang sendiri, Baang beharga yang diterima sebagai wang terdiri daripada logam berharga seperti emas,perak atau tembaga. Pada abad ke-19 di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak menggunakan mata wang timah yang dikenali  sebagai jongkong tampang yang berbentuk separuh piramid atau pagoda. Contoh wang seperti tampang buaya dan syiling yang mempunyai nama pemerintah.[2]

2.Tempat jual-beli
      Urusan jual beli dijalankan di tempat yang tertentu  sama ada di pasar atau di tempat-tempat lain seperti kuala sungai yang menjadi tumpuan para pedagang.

3.Melibatkan golongan rakyat dan pemerintah.
      Rakyat jelata juga terlibat dengan ekonomi komersial yang diekanali sebagai berjaja. Ekonomi komersial golongan pembesar agak berbeza. Pembesar biasanya menjadi pemodal. Pembesa dikenali sebagai usahawan dalam kalangan masyarakat. Pembesar menguasai dan mengawasi perdagangan impot dan ekspot . Pembesar melantik wakil tertentu untuk menjalankan perniagaan  yang dikenali sebagai kiwi atau orang yang mahir dalam perniagaan.

4.Wujud perdagangan dengan negara luar.
      Perdagangan dengan dunia luar dijalankan di muara sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan. Perdagangan dengan negara luar dikuasai oleh golongan pemerintah. Pelabuhan ini menjadi persinggahan utama saudagar-saudagar dari Asia Tenggara, India, Arab dan China. Oleh itu lalun Selat Melaka menjadi bertambah penting .

      Pada abad ke-19,Kuala Terengganu dan Kota Bharu juga muncul sebagai pusat perdagangan penting. Nilai debu emas yang didagangkan di Teengganu antara tahun 1835-1836 bernilai 14,840 wang Sepanyol. Kehadiran British ke Tanah Melayu membawa masuk pelaburan asing terutama dalam sektor perladangan dan perlombongan bagi tujuan ekspot.[3]



[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)  Edisi Kemaskini, (Shah Alam:Oxford Fajar,2014),396.
[2] “Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,21.
[3] Ibid,22.

SISTEM EKONOMI TRADISIONAL

Unit 1.4 SISTEM EKONOMI
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menjelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional dan menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial pada abad ke-19
SISTEM EKONOMI TRADISIONAL
Sebelum kedatangan British masyarakat peribumi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti melombong, bercucuk tanam, memungt hasil hutan , menternak binatang dan menagkap ikan secara kecil-kecilan. Kegiatan ini dikenali sebagai ekonomi sara diri.[1] Tiada pengkhususan kerja dalam ekonomi tradisional Mereka melakukan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti bertani nelayan dan sebagainya.[2]
1.a.Ciri-ciri ekonomi tradisional
1.Tiada pengkhususan kerja
Dalam ekonomi tradisional, tidak ada pengkhususan dalam pekerjaan. Mereka melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama seperti menjadi petani, nelayan , penternak dan pembuat sampan. Tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur yang membezakan antara peranan lelaki dengan wanita atau orang tua dengan kanak-kanak.[3]

      Ini juga bermakna pekerjaan yang dilakukan itu melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orang tua. Kanak-kanak dan orang tua biasanya melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti menjemur ikan, menganyam tikar dan memungut rotan.
2.Kegiatan ekonomi berkaitan rapat dengan persekitaran tempat tinggal
Kegiatan ekonomi tradisional juga mempunyai hubungan  rapat  dengan laut. Pinggir sungai atau sekitar kawasan pedalaman. Jadi petempatan didirikan berhampiran dengan laut atau sungai .Kegiatan ekonomi utama ialah perikanan. Pertanian  pula menjadi kegiatan ekonomi kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.
3.Menggunakan alatan tradisional
Mereka hanya menggunakan peralatan tradisional dalam mengusakan sesuatu pekerjaan. Misalnya  untuk menangkap ikan mereka menggunakan peralatan seperti bubu, tangguk, lukah dan jala.Manakala tajak, cangkul dan sabit digunakan dalam kegiatan pertanian.

4.Amalan gotong-royong atau berderau
Dalam kegiatan pertanian tradisional amalan gotong-royong seperti berderau menjadi satu daripada ciri asas dalam kehidupan masyarakat tempatan . Berderau merupakan amalan yang dilakukan bersama atau secara berkumpulan bagi memudahkan serta memepercepatkan penyiapan sesuatu pekerjaan yang dilakukan di samping mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat. Amalan seumpama ini biasanya dilakukan untuk kegiatan pertanian seperti menanam dan menuai padi di sawah.

5.Hasil yang terhad.
Dalam ekonomi tradisional  tiada lebihan hasil yang diperolehi melalui pengeluaran kerana mereka tidak berupaya mengeluarkannya. Masyarakat tempatan ketika itu tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan lebihan pengeluaran kerana mempunyai tenaga buruh yang terbatas. Mereka bergantung kepada keluarga sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah atau sawah. Tiada ternakan yang boleh melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Lembu mula digunakan pada suku akhir abad ke-19, iaitu apabila kereta lembu diperkenalkan. Petani juga terpaksa menanggung beban kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah. Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah, kerja mereka sendidri tidak dapat disiapkan.

      Petani di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan satu persepuluh daripada hasil mereka kepada golongan pembesar sebagai tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan itu bertambah, sumbangan kepaga golongan pemerintah terpaksa ditambah.[4]  
1.Penangkapan ikan
Lokasi penangkapan ikan di paya,sungai, laut dan sawah padi.
Nelayan menggunakan alatan tradisional seperti serampang,tombak, tali kail, jala, bubu, pancing,jaring,tangguk,kelong, gawai, jeramai,serkat ikan dan lukah. Jika menangkap ikan di laut, nelayan akan menggunakan pukat,jala, jaring dan rawai. Jika di sungai mereka menggunakan pancing, jala, tangguk, kail, lukah, tombak dan serampang.Tenaga kerja daripada ahli keluarga.[5]
2.Penanaman padi sawah dan padi huma.
Lokasi penanaman padi sawah di kawasan berhampiran dengan sungai kerana tanahnya subur dan mudah mendapatkan bekalan sumber air. Padi sawah ditanam di kawasan delta sungai
3.Perlombongan
4.Pertukangan
5.Pengumpulan hasil hutan

1.a.Ciri-ciri ekonomi tradisional
1.Penangkapan ikan
2.Kegiatan ekonomi berkaitan rapat dengan persekitaran tempat tinggal
   Penanaman padi sawah dan padi huma.
3.Perlombongan
4.Pertukangan
5.Pengumpulan hasil hutan




[1]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,(Bandar BaruBangi:PenerbitanPelangi Sdn.Bhd,2014),32.
[2]“Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)20.
[3] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000 ),10.
[4] Ibd,35.
[5]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,33. 

Prinsip Umum Undang-Undang 99 Perak

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Undang-undang 99 Perak ialah undang-undang tertua sekali di Perak berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat Melayu tradisional.Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun 1900 apabila digantikan dengan undang-undang lain, iaitu bab Federated Malay States (FMS) 197.

Para pengkaji sejarah bersetuju bahawa Undang-undang 99 Perak bukanlah undang-undang yang digubal dan berasal dari Perak tetapi dibawa dari luar. Dipercayai bahawa undang-undang tersebut dibawa oleh Syed Hassan dari Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin marhumTiurah Abang (1577 - 1584) dan Tuan Syed Abdul Majid sebagai menterinya. Teks Undang-undang 99 Perak disalin semula oleh Syed Jaafar  bin Syed Unus dengan membuat perubahan bersesuaian dengan masyarakat Perak.

Undang-undang 99 Perak memperlihatkan format undang-undang yang tersusun dalam bentuk soalan dan jawapan antara Raja Nasruan Adil dengan menterinya, Khoja Berza Amir Makim. Terdapat ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa, dan kompromi dalam Undang-undang 99 Perak.

Undang-undang Perak dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara berkaitan undang-undang dalam pelbagai aspek.Undang-undang ini membuktikan masyarakat Melayu telah mempunyai sistem kehakiman berkaitan dengan kes-kes yang biasa berlaku dalam masyarakat pada zaman tradisional. Oleh demikian, Undang-undang 99 Perak dapat dijadikan bukti gambaran masyarakat Melayu tradisional dan tamadun Melayu di Perak.[1]

Prinsip-prinsip umum
(a) Penzinaan
(i) Fasal 6
Hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang.
Fasal 6 memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri orang lain akan dibuang daripada mukimnya. Sekiranya tidak dibuang, dia hanya dikehendaki membayar denda (emas)' Bagi perempuan pula, hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi dia akan dilepaskan sekiranya membayar denda.
(ii) Fasal 50
Hukuman bagi pesalah yang melakukan zina.
Fasal 50 adalah tentang penzinaan jika kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar, denda sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan.
(b) Perkahwinan
(i) Fasal 65
Undang-undang 99 Perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baharu bernikah. Pasangan suami isteri tidak dibenarkanbersama  selama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan masing-masing.
(c) Pembunuhan
(i) Fasal 23
Hukum membunuh - pembunuhan sesama orang Islam.
Fasal 23 memperuntukkan hukuman terhadap orang Islam Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang
membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.
(ii) Fasal 4
Hukum membunuh - orang kafir membunuh orang Islam.
Fasal 4 memperuntukkan seorang kafir membunuh seorang Islam. Orang kafir yang membunuh itu tidak boleh dibunuh balas kerana jika kafir ini dibunuh balas, tiada peluang bagi kafir tersebut memeluk Islam. Sebaliknya, pewaris si pembunuh hanya dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas) kepada keluarga simati.[2]
(d) Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar
(i) Fasal 24
Protokol istana
Di bawah Fasal 24, seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balai balairung seri, menumpukan perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh memandang muka raja atau Pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau Pembesar.
(ii) Fasal 77
Peraturan raja
Fasal 77 menetapkan jika seseorang raja atau pemerintah di negeri tersebut mangkat,maka takhta pemerintahantersebut akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua umurnya' Jika tiada'
maka anak raja yang umurnya paling kecil akan mewarisi takhta.
raja tersebut. Berdasarkan undang-undang tersebut, syarat utama bagi anak raja untuk mewarisi takhta pemerintahan ialah anak raja tersebut mesti anak gahara, iaitu anak yang dilahirkan oleh
raja dan permaisurinya daripada golongan diraja.
Peperangan
(i) Fasal 74
Fasal 74 menyatakan sekiranya sesebuah negeri ingin berperang dengan negeri lain, strategi untuk menang ialah meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata, menggunakan akal fikiran,
mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan daripada negeri yang berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan muslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan seorang
pemimpin yang mendapat sokongan ramai, dan tidak mengikut kata-kata orang.
Pembahagian harta
(i) Fasal 33
Fasal 33 memperuntukkan bahawa dalam pembahagian harta simati, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pingganmangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah
padi, atau lombong diberikan kepada anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut: anak lelaki mendapat bahagian dua kali lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan
dibahagikan sama rata kepada semua anak secara adil. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain.
Hal ehwal di kampung
(i) Fasal 2l
Fasal 21 mengatakan jika penduduk kampung mendakwa penduduk kampung yang lain melakukan kesalahan, iaitu kesalahan dari segi perlakuan atau pertuturan, maka dia tidak
boleh dijatuhkan hukuman dari segi denda. jika orang itu melakukan kesalahan buat kali kedua, baharulah pesalah itu boleh diambil tindakan yang sesuai.
Orang dagang
(i) Fasal 51
Fasal 51 menyatakan sekiranya orang dagang masuk ke dalam kampung dan meminta kebenaran untuk bermalam tetapi tidak dibenarkan atau dibenarkan bermalam tetapi hanya diberi makanan cukup hingga satu kali pada satu malam, mereka dianggap bersalah.
Hal ehwal agarma
(i) Fasal 58
Di bawah Fasal 58 syarat menjadi imam atau khatib ialah
mempunyai sifat mulia, pertuturan yang baik, menguasai maklumat tentang hari bulan dan tahun, sanggup bersusah-payah demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang awal masuk ke masjid pada hari ]umaat, dan sanggup membaiki masjid yang rosak.
Hakim/ Kadi
(i) Fasal 79
Fasal 79 manyatakan syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah perlu menguasai segala hukum Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w, mengetahui adat dan hukum negeri, mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat, dan memiliki sifat yang mulia.
(k) Perlembagaan
(i) Fasal 99
Fasal 99 memperuntukkan hubungan antara raja dengan pembesar serta rakyat dan hubungan antara rakyat dengan pembesar.Raja mesti memberitahu semua perkara sama ada baik atau
buruk kepada pembesar-pembesar baginda. Begitu juga dengan pembesar negeri yang mesti memaklumkan segala perkara baik dan buruk kepada raja.
(l) Ternakan / tanaman
(i) Fasal 14
Ternakan Fasal 14 mengatakan jika binatang itu dicederakan oleh orang lain  hukumannya ialah orang yang mencederakan binatang itu perlu membayar separuh harga binatang tersebut kepada tuan punya binatang tersebut. Jika seseorang itu memelihara binatang yang haram dan binatang itu mencederakan orang lain, hukumannya ialah binatang itu akan dibuang dan tuan binatang tersebut perlu membayar sepaha emas kepada orang yang dicederakan oleh binatangnya. Jika orang yang dicederakan oleh binatang tersebut mati, maka binatang tersebut perlu dipulangkan kepada waris simati dan tuan punya binatang tersebut perlu membayar denda sebanyak setahil sepaha emas. |ika binatang yang haram mencederakan orang lain dan orang tersebut meninggal dunia, maka tuan punya binatang tersebut hanya perlu membayar denda sebanyak sepaha emas sahaja.
(ii) Fasal 15
Fasal 15 mengatakan jika sesuatu tanaman dimusnahkan oleh seseorang dan tanaman yang tinggal itu tidak berguna lagi, walaupun tuan punya tanaman itu tidak meminta sebarang pampasan, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar separuh harga tanaman itu dan denda sebanyak sepaha emas. Tetapi, jika tanaman yang dimusnahkan oleh orang tersebut masih berguna, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar harga tanaman tersebut dan denda sebanyak sepaha emas.[3]




[1] Ong Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2013),20.
[2]Ibid,21.
[3]Ibid,23.

I.UNDANG-UNDANG 99 PERAK.

1.2.2 Undang-Undang pada abad ke-19
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
I.UNDANG-UNDANG 99 PERAK.
Undang-Undang 99 Perak dipercayai berasal dari Parsi. Ia dibawa masuk ke Perak oleh Syed Hussain al-Faradz dari Hadamaut. Undang-undang ini disusun dalam bentuk dialog iaitu tidak berasaskan fakta dan fasal. Ia mempunyai pengaruh Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Mengandungi hampir semua perkara dan terdiri daripada 99 buah undang-undang yang meneetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan.[1]

PINSIP-PRINSIP UMUM  UNDANG-UNDANG 99 PERAK.
Menjelaskan  tentang ;
Tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintah.
Kriteria serta cara pemilihan dan perlantikan pegawai kerajaan.
Peraturan adat istiadat seperti adat mengadap, memilih dan melantik raja.
Hukuman jenayah seperti mencedera, membunh serta mencuri.
Undang-Undang berkaitan pertanian dan penternakan.
Urusan kekeluargaan seperti perkahwinan , perceraian dan pembahagian harta.[2]





[1] “Undang-Undang”, dalam dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),11.
[2] Ibid,12.

Peranan pembesar

oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Golongan pembesar merujuk kepada sekumpulan pentadbir kerajaan. Pembesar mempunyai peranan dan status yang istimewa dalam sistem politik masyarakat Melayu.Jawatan pembesar merupakan jawatan lantikan daripada sultan. Pembesar akan menjadi pentadbir di setiap daerah atau wilayah. Pembesar akan bertindak sebagai tulang belakang yang menggerakkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu. Golongan pembesar bukan terdiri daripada kerabat diraja.Mereka memperoleh hak memerintah di sesebuah daerah melalui tauliah daripada sultan.Mereka juga mendapat cap mohor daripada sultan dan memegang jawatan pembesar seumur hidup. Apabila meninggal dunia, jawatan tersebut akan diambil alih oleh anak lelakinya.

     Dalam aspek politik, golongan pembesar Melayu merupakan orang kanan raja atau sultan bagi setiap negeri Melayu. Sultan akan melantik pembesar untuk menjalankan tugas pentadbiran.
Golongan pembesar menduduki hierarki kedua dalam struktur pentadbiran negeri Melayu. Lazimnya terdapat jawatan pembesar yang dikenali sebagai pembesar empat lipatan.Pembesar akan menjalankan tugasnya sebagai pentadbir kerajaan. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan pembesar akan menjadi penasihat kepada raja dalam hal pemerintahan negeri.

      Tidak dapat dinafikan juga bahawa golongan pembesar memainkan peranan yang sangat penting dalam urusan kehakiman dan undang-undang negeri. Pembesar mempunyai tugas untuk menasihati sultan berkaitan dengan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil. Pada peringkat daerah, pembesar bertanggungjawab menjadi hakim.Malahan golongan pembesar akan terlibat secara langsung dalam penggubalan undang-undang negeri. Golongan pembesar Melayu akan diberikan daerah pentadbiran masing-masing. Tanggungjawab seorang pembesar sangat besar terhadap daerah jajahannya. Mereka bukan sahaja memberikan info kepada sultan tentang daerah masing-masing tetapi juga akan menjaga keamanan,kesejahteraan dan kebajikan semua penduduk dalam daerah jajahannya.

      Pembesar akan melaporkan kepada sultan berkaitan dengan semua perkara yang berlaku di daerah jajahannya. Malahan segala amanat daripada sultan akan disampaikan oleh pembesar kepada anak-anak buahnya dalam daerah jajahannya.Di samping itu, golongan pembesar juga mempunyai peranan penting dalam hal ehwal istana.mereka juga menjalankan tugas  yang berkaitan dengan keagamaan dan adat istiadat diraja.Golongan pembesar biasanya akan mengetuai upacara-upacara adat istiadat istana dan diraja.

      Golongan pembesar mempunyai peranan penting dalam bidang ekonomi sebagai pemungut
cukai bagi pihak sultan. Pembesar daerah akan memastikan bahawa semua rakyat dalam daerah kekuasaannya akan membayar cukai kepada sultan. Pembesar ditugaskan memungut cukai keana sebahagiang daripada pendapatannya  begantung kepada cukai yang dikutip ke atas daerah di bawah jagaannya. Beliau terpaksa berkongsi pendapatan yang diterima dengan para pengikutnya untuk mengekalkan sokongan mereka.[1]

      Sebarang lebihan yang dapat dikumpulkan atau dimiliki oleh pembesar itu akan digunakan sebagai pinjaman untuk mengikat lebih ramai lagi orang supaya berhutang dengannya. Langkah ini boleh menjadikan pengikutnya bertambah ramai. Pembesar biasanya mengutip cukai ke atas penduduk di daerah itu berdasarkan  hasil bulanan atau tahunan.  Sebahagian daripada hasil kutipan cukai diserahkan kepada raja sebagai melambangkan pengakuan taat setia kepada raja yang memerintah.

      Pembesar juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan perniagaan. Ini menyebabkan tedapat dalam kalangan pembesar yang lebih kaya daripada raja. Contohnya Ngah Ibrahim. Dalam kegiatan perdagangan luar, pembesar berperanan sebagai perantaraan dengan pedagang yang datang dari luar. Beliau biasanya  menerima ganjaran daripada pedagang yang datang berniaga kerana sudah menjadi amalan tradisi para pedagang untuk menghadiahkan sebahagian daripada nilai kargo sebuah kapal sebagai persembahan kepada raja.[2]




[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000 ),10.
[2] Ibid,10.