Showing posts with label TEMA 2 SEJARAH MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label TEMA 2 SEJARAH MALAYSIA. Show all posts

Monday, August 11, 2014

LATIHAN PENGUKUHAN TEMA 2 SEJARAH MALAYSIA P3. 1.Sejauh manakah masalah kewangan Pahang menjadi faktor pembentukan Persekutuan 1896. Rangka jawapan Pengenalan -1893 Frank Swettenham mencadangkan pembetukan pesekutuan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. -C.P Lucas mengutarakan cadangan rasmi. Perjanjian Pesekutuan ditandatangani 1 Julai 1896. Faktor pembentukan Persekutuan 1896 1.Masalah kewangan Pahang. Pahang menerima sistem Residen 1888. Kesan penentangan Datok Bahaman menyebabkan Pahang menghadapi masalah kewangan yang teruk. Januari 1892 Pahang meminjam $175,000 dari Negeri-Negeri Selat. British terpaksa menarik diri atau menyelesaikan masalah kewangan Pahang. C.P Lucas dan Sir Cecil Clementi Smith yakin Pahang mempunyai kekayaan dan potensi. Pahang tidak dapat dimajukan kerana sistem perhubungan tidak memuaskan. Lucas mencadangkan Pahang miminjam dari Perak atau Selangor untuk memajukan sistem perhubungan untuk menarik masuk pelabur. Penubuhan persekutuan dapat mengatasi masalah kewangan Pahang. 2.Mengurangkan kuasa Residen. -Residen bertindak tanpa panduan -Gabenor NNS perlu mengawal Residen. -Residen berkuasa melebih sultan dan Majlis Negeri. -Sultan hanya berperanan dalam soal hukum syariah dan adat. 3.Keseragaman pentadbiran -Pentadbiran keempat buah negeri tidak seragam. -residen mentadbir negeri mengikut budi bicara sendiri. -Tiada kerjasama banyak sumber tidak dimanafaatkan. -Persekutuan akan menyatukan perkhidmatan kerjaraya, kesihatan dan pendidikan. -Persekutuan menyatukan kekuatan pertahanan. 4.Dasar penjajahan British. -Sejak 1890-an British menggalakkan tanah jajahan menubuh persekutuan. -Persekutuan berjaya di Australia dan Afrika. -Dasar pro persekutuan membantu penubuhan NMB. Kesimpulan -Pembentukan persekutuan membantu mengatasi masalah kewangan Pahang. -Kuasa pembesar dan sultan tidak dipulihkan.

LATIHAN PENGUKUHAN TEMA 2 SEJARAH MALAYSIA P3.

1.Sejauh manakah masalah kewangan Pahang menjadi faktor pembentukan Persekutuan 1896.
Rangka jawapan
Pengenalan
-1893 Frank Swettenham mencadangkan pembetukan pesekutuan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
-C.P Lucas mengutarakan cadangan rasmi. Perjanjian Pesekutuan ditandatangani 1 Julai 1896.
Faktor pembentukan Persekutuan 1896
1.Masalah kewangan Pahang.
Pahang menerima sistem Residen 1888.
Kesan penentangan Datok Bahaman menyebabkan Pahang menghadapi masalah kewangan yang teruk.
Januari 1892 Pahang meminjam $175,000 dari Negeri-Negeri Selat.
British terpaksa menarik diri atau menyelesaikan masalah kewangan Pahang.
C.P Lucas dan Sir Cecil Clementi Smith yakin Pahang mempunyai kekayaan dan potensi.
Pahang tidak dapat dimajukan kerana sistem perhubungan tidak memuaskan.
Lucas mencadangkan Pahang miminjam dari Perak atau Selangor untuk memajukan sistem perhubungan untuk menarik masuk pelabur.
Penubuhan persekutuan dapat mengatasi masalah kewangan Pahang.
2.Mengurangkan kuasa Residen.
-Residen bertindak tanpa panduan
-Gabenor NNS perlu mengawal Residen.
-Residen berkuasa melebih sultan dan Majlis Negeri.
-Sultan hanya berperanan dalam soal hukum syariah dan adat.

3.Keseragaman pentadbiran
-Pentadbiran keempat buah negeri tidak seragam.
-residen mentadbir negeri mengikut budi bicara sendiri.
-Tiada kerjasama banyak sumber tidak dimanafaatkan.
-Persekutuan akan menyatukan perkhidmatan kerjaraya, kesihatan dan pendidikan.
-Persekutuan menyatukan kekuatan pertahanan.

4.Dasar penjajahan British.
-Sejak 1890-an British menggalakkan tanah jajahan menubuh persekutuan.
-Persekutuan berjaya di Australia dan Afrika.
-Dasar pro persekutuan membantu penubuhan NMB.
Kesimpulan
-Pembentukan persekutuan membantu mengatasi masalah kewangan Pahang.
-Kuasa pembesar dan sultan tidak dipulihkan.

Saturday, July 19, 2014

Penentangan di Naning terhadap British (1831 - 1832)

2.2 Penentangan terhadap kuasa asing
Hasil pembelajaran
Menilai sebab-sebab penentangan nasyarakat tempatan terhadap kuasa asing di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.
Penentangan di Naning terhadap British (1531 - 1532)
Naning ialah sebuah kawasan penempatan Minangkabau yang terletak antara Melaka dengan Rembau.[1] Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said berasal daripada keturunan suku Seri Melenggang. Beliau telah dilantik menjadi penghulu yang baru selepas Dato Anjak, Penghulu Naning meninggal dunia. Pada tahun 1831, penduduk Naning di bawah pimpinan Dol Said telah bangun menentang British.

      Penentangan mereka ini adalah untuk mengekalkan adat dan cara hidup tempatan. Mereka juga menentang peraturan dan undang-undang British yang cuba dipaksa ke atas mereka. Perjuangan Dol Said selama dua tahun ini lebih berbentuk perang gerila. Namun, penentangan orang Naning gagal. Dol Said terpaksa berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada pihak British. Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka.[2]

Sebab-sebab Penentangan di Naning terhadap British
British mencabar kedaulatan Naning

Makam Dol Said
1.Selepas perjanjian Surat-Surat Kew, British menduduki Melaka antara tahun 1795 - 1818. Kolonel Thylor yang menjadi pemerintah British di Melaka telah melawat Naning pada tahun 1801.
2.Dalam lawatan tersebut, Taylor telah menandatangani perjanjian dengan Naning. Naning bersetuju taat kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Naning juga bersetuju membayar hasil padi empat ratus gantang setahun. Kolonel Thylor melantik Dol Said sebagai Penghulu Naning menggantikan bapa saudaratrya, Dato Anjak.
3.Semasa Robert Farquhar menjadi Residen Melaka, beliau berusaha memperkukuhkan pengaruh British di Naning. Beliau telah menamatkan kutipan cukai 45 1/2 sen ke atas setiap perahu Naning yang datang ke Melaka. Selain itu, beliau juga menghapuskan ufti tahunan beberapa ekor kerbau yang dihantar ke Melaka.

4.Robert Farquhar ingin pihak berkuasa Naning menyerahkan hak membicara dan menjauhi hukuman terhadap kes-kes berat diserahkan kepada pihak berkuasa Melaka. Secara implisit, Farquhar cuba mengukuhkan kuasa British ke atas Naning. Perkara ini ditentang oleh Penghulu Dol Said kerana hak mengadili kes jenayah merupakan hak tradisi tempatan.

5.Namun, SHTI juga tidak memaksa Penghulu Dol Said kerana menganggap pendudukan mereka di Melaka adalah sementara sahaja sehingga tamatnya Perang Napoleon. Pada tahun 1818, SHTI menyerahkan semula Melaka kepada Belanda.

6.Pada tahun t824, British berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian Inggeris-Belanda. Robert Fullerton, Gabenor Negeri-Negeri Selat menganggap Naning sebahagian daripada wilayah Melaka.

7.Bagi Penghulu Dol Said dan pembesar Naning yang lain, tanggapan British ini tidak berasas. Bagi mereka, Melaka tetap merdeka. Sejak zaman Belanda lagi, Naning bebas melaksanakan undang-undang adat dan agama mereka sendiri.[3]

Pelaksanaan undang-undang British
1.British cuba menyekat pengaruh dan kuasa Penghulu Dol Saird dengan memperkenalkan Peraturan Penghulu.
1.Peraturan Penghulu menetapkan bahawa Penghulu Naning tidak boleh membicarakan kes-kes jenayah atau awam yang berat. Tindakan British ini jelas bercanggah dengan adat tradisi tempatan.
2.Pada tahun 1828, Dol Said telah membicarakan satu kes pembunuhan di Naning. Pihak British berasa marah kerana mengikut Peraturan Penghulu, kes tersebut sepatutunya dibawa ke Mahkamah Melaka Penghulu Dol Said didahua telah melanggar undang-undang British.
3.Pada tahun 1829, seorang hamba berhutang Naning yang bernama Rabeah telah melarikan diri ke Melaka. Anak Rabeah masih berada ditangan Penghulu Dol Said sebagai jaminan sehingga hutang sebanyak empat puluh ringgit dilangsaikan.
4.Perselisihan berlaku kerana British menganggap amalan hamba berhutang ini sebagai satu bentuk penindasan.
5.SHTI juga tidak puas hati kerana Dol Said tidak menyelesaikan aduan kes kecurian seorang saudagar Cina bernama Kwi Chang Ho. Penghulu Dol Said mendakwa bahawa saudagar Kwi Chang Ho tidak memenuhi syarat, iaitu mengemukakan saksi atau mengenal pasti siapakah pencuri atau memberi keterangan bersumpah. Tarnpa memenuhi syarat tersebut, agak sukar bagi Penghulu Dol Said mengambil tindakan selanjutnya.
6.Penghulu Dol Said dianggap sebagai ancaman besar kepada kewibawaan British. Beliau diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya beliau tidak mematuhi undang-undang British.[4]

Ekonomi
1.Pelaksanaan cukai
Gerakan anti-cukai merupakan salah satu isu penting dalam Perang Naning. British memaksa Naning membayar hasil satu persepuluh kepada Melaka. Pada tahun 1828, Pemungut Hasil Tanah Melaka, W.T Lewis telah mencadangkan kepada Fullerton supaya mengutip hasil padi satu persepuluh daripada Naning setelah beliau membuat bancian dan mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4 500 dolar setahun.Penghulu Dol Said hanya sanggup membayar seribu enam ratus gantang padi sebagai balasan SHTI tidak campur tangan dalam hal ehwal Naning.
2 Sistem pemilikan tanah
British ingin melaksanakan sistem pemilikan tanah bagi memudahkan kutipan cukai. Undang-undang tanah British berbe za dengan amalan tempatan. Terdapat tanah adat dan tanah pusaka yang ditadbir secara Adat Perpatih di Naning. Tanah yang tidak diterokai masih luas di Naning.Peraturan 19 Tahun 1830 diluluskan berkaitan dengan soal tanah.Undang-undang ini memperuntukkan kuasa kepada British untuk mengutip cukai sepersepuluh daripada hasil pertanian.

 Di samping itu, SHTI juga berhak terhadap semua tanah kosong, tanah-tanah yang tidak diusahakan, dan tidak ditanam selama lima tahun akan menjadi milik kerajaan. Peraturan 19 tahun 1830 ditentang hebat oleh penduduk Naning sehingga mencetus Perang Naning.[5]

Kesimpulan
Kegagalan Dol Said di dalam penentangan telah menyebabkan Naning kekal di bawah pemerintahan British. Kemenangan pahlawan-pahlawan Melayu menentang British dalam Perang Naning I disebabkan wujudnya perpaduan di kalangan orang Melayu. Naning tidak bersendirian kerana disokong oleh daerah-daerah yang berjiran dengannya. Tetapi kekalahan dalam Perang Naning kedua tidak wujud lagi perpaduan di kalangan orang Melayu malah mereka sanggup membantu British menyerang Naning.




[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, “Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,” (Oxford Fajar Sdn. Bhd.,Shah Alam, 2014),49.
[2] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2014),70.
[3] Ibid.
[4] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2014),71.
[5] Ibid.

CAMPUR TANGAN DI SABAH DAN SARAWAK

2.1.3 Cara Peluasan Kuasa Asing di Sabah
Peluasan Kuasa Asing British dan Amerika Syarikat di Sabah.
Sabah dahulu dikuasai oleh dua buah kesultanan yang berasingan iaitu:
1.Bahagian barat Sabah terletak di bawah Kesultanan Brunei.
2.Bahagian timur Sabah dikuasai oleh Kesultanan Sulu.


FAKTOR CAMPUR TANGAN
1.Pada abad ke-19, banyak kuasa asing tertarik dengan Borneo Utara kerana kedudukannya yang strategik, iaitu di tengah jalan perdagangan ke China.
2 Pada tahun 1762, seorang pegawai British, Alexander Dalrymple berjaya mempengaruhi Sultan Sulu, iaitu Sultan Muizuddin menandatangani satu perjanjian perdagangan. Pihak British diberi kebenaran mendirikan sebuah loji perdagangan dan berdagang dalam kawasan taklukan Sultan Sulu. Sebagai balasan, pihak British hendaklah membantu Sulu sekiranya diserang dan Sultan Sulu pula hendaklah melindungi pihak British daripada semua musuhnya.
3 Pada tahun 1846, SHTI berjaya mendapatkan Labuan daripada Sultan Brunei, iaitu Sultan Abdul Mu'mein dan telah menjadikannya sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Pada tahun 1865, seorang wakil Amerika Syarikat, Charles Lee Moses tiba di Brunei dan telah memujuk Sultan Abdul Mu'mein memajakkan sebahagian daripada jajahan baginda seperti Borneo Utara dan pulau-pulau Banggi, Balabac, Palawan kepadanya selama 10 tahun. Sebagai balasan, Moses akan membayar 9 500 pound setahun kepada baginda.
4.Moses kemudiannya pergi ke Hong Kong dan menjual hak konsesinya kepada seorang pedagang Amerika bernama William Torrey. Dengan bantuan saudagar Cina di Labuan, Torrey menubuhkan The American Trading Company.
5.The American Trading Company menggunakan buruh Cina untuk menanam kopi dan tebu di kawasan Kimanis. Malangnya, syarikat ini terpaksa menghentikan usaha yang merugikan itu. Setelah gagal, William Torrey telah menjual konsesi itu kepada Baron Von Overbeck, iaitu Konsul Austria di Hong Kong
6.Overbeck tidak mempunyai modal untuk memajukan konsesi itu. Oleh itu, beliau berkongsi dengan seorang saudagar British yang kaya bernama Alfred Dent.
7. Mereka membuat rancangan untuk memajukan kawasan yang diperoleh tetapi tempoh konsesi, iaitu selama 10 tahun telah tamat. Kemudiannya, Overbeck dan Dent memperbaharui konsesi ini dengan Sultan Brunei.[1]

 Cara peluasan kuasa British di Sabah
(a) Pada tahun 1877, Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Abdul Mu'mein dan Pangeran Temenggong.
(b) Oleh sebab sebahagian daripada wilayah Sabah di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu, Overbeck dan Dent telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam.
Overbeck dan Dent telah pergi ke Jolo, ibu kota Sulu untuk membuat perjanjian dengan Sultan Sulu dan menandatangani perjanjian pada 1878 dengan sultan Sulu.[2]

Kesan-kesan Perjanjian 1877 dan  1878
Melalui perjanjian dengan Sultan Brunei pada tahun 1877 dan perjanjian dengan Sultan Sulu pada tahun 1878, Syarikat Overbeck dan Dent memperolehi Borneo Utara seluas 28 000 batu persegi yang meliputi kawasan di antara Teluk Gaya di pantai barat hingga ke Sungai Sibuku di timur wilayah Kimanis.

      Syarikat Overbeck dan Dent membuat keputusan untuk membentuk sebuah syarikat British yang membolehkan rakyat British melabur melalui pembelian saham. Oleh sebab syarikat yang akan dibentuk itu ialah syarikat British, maka Overbeck yang bukan rakyat British menarik diri.Alfred Dent membeli semua hak Overbeck dan menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Selepas itu, beliau memohon piagam daripada kerajaan British untuk mengukuhkan kedudukan syarikat tersebut.

     Pada tahun 1881, kerajaan British meluluskan permohonan Alfred Dent kerana mempunyai kepentingan di Sabah. Pada tahun 1882, syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan mengendalikan pentadbiran Sabah.Melalui pemberian Piagam Diraja, British memperluaskan kuasanya di Sabah di samping menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah.

     Pada 1 November 1888, British bersetuju memberi Piagam Diraja kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Nama syarikat ini telah ditukar kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara atau ringkasnya SBBU.[3]



[1]Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2014),64.
[2] Ibid.
[3] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, “Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,” (Oxford Fajar Sdn. Bhd.,Shah Alam, 2013),58.

Saturday, July 12, 2014

Peluasan Kuasa British di Negeri-negeri Melayu Utara (1897 -1909)

2. Transfomasi Masyarakat
2.1 Perluasan kuasa asing
PENGENALAN
      Siam telah lama ingin meluaskan pengaruh ke atas negeri-negeri Melayu, tetapi pada abad ke-18 negara tersebut terlibat dalam peperangan dengan Burma. Pada abad ke-19, Siam berjaya mengalahkan Burma Siam meneruskan penguasaannya ke atas neger-negeri Melayu. Siam menganggap Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor sebagai negeri di bawah kekuasaannya.Hubungan Siam dengan negeri-negeri Melayu telah lama terjalin melalui penghantaran bunga emas. Siam menganggap tindakan negeri-negeri Melayu menghantar bunga emas sebagai pengakuan terhadap kekuasaan Siam dan menjadikan negeri-negeri itu di bawah kekuasaan Siam. Sebaliknya negeri-negeri Melayu menghantar bunga emas sebagai tanda persahabatan dengan kerajaan Siam dan pada masa yang sama mengekalkan kemerdekaan negeri masing-masing.[1]

Peluasan Kuasa British di Negeri-negeri Melayu Utara (1897 -1909)
Menjelang akhir abad ke-19, Negeri-negeri Melayu Utara berada di bawah pengaruh kuasa asing, iaitu British dan Siam. Kuasa Barat ketika itu bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dan mencari tanah jajahan.
Britain menjalinkan hubungan persahabatan dengan Siam atas sebab berikut:
(a) British ingin melindungi kepentingan perdagangan di Siam yang semakin bertambah hasil daripada Perjanjian Bowring 1855.Kepentingan ekonomi British akan terjejas sekiranya Siam jatuh ke tangan kuasa lain.
(b) British ingin melindungi jalan perdagangan melalui Selat Melaka dan perairan Singapura.
(c) British ingin mengelak daripada mempunyai satu sempadan yang sama dengan Perancis di negeri Siam.

Menjelang akhir abad ke-19, hubungan antara British dengan Perancis bertambah baik. British mengambil langkah mengawal kemungkinan Perancis mencerobohi Lembah Menam Chao Phraya di mana terdapatnya kepentingan British. Oleh itu, pada tahun 1896, Perjanjian Inggeris-Perancis ditandatangani. Menurut perjanjian ini, Perancis bersetuju tidak akan campur tangan di Lembah Menam Chao Phraya.[2]
Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897
      Perancis merancang hendak membina sebuah terusan melintasi Segenting Kra untuk memudahkan perjalanan di antara Indo-China dengan Eropah. Ini bermakna kapal-kapal dagang akan menggunakan terusan ini dan mengenepikan Selat Melaka. Terusan ini akan mengancam perdagangan dan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa.

      Walaupun rancangan Perancis itu gagal, British bimbang akan minat Perancis di Siam dan Negeri-negeri Melayu Utara. British mengadakan perundingan sulit dengan Siam dan hasil daripada perundingan ini ialah Perjanjian Sulit Inggeqis-Siam pada tahun 1897. British mahu memastikan tidak ada kuasa Barat lain yang meluaskan pengaruh di Negeri-negeri Melayu Utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan  dan Terengganu.[3]

Syarat-syarat Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897
1.British mengiktiraf kedaulatan Siam terhadap Negeri-negeri Melayu Utara.
2. Siam bersetuju tidak akan menyerahkan mana-mana wilayahnya di selatan garisan lintang 11 darjah  Utara kepada kuasa lain.
3.Siam berjanji tidak akan memberi sebarang konsesi perdagangan atau tanah kepada mana-mana kuasa asing tanpa persetujuan kerajaan British.
4.British berjanji akan membantu Siam sekiranya Siam diserang oleh musuh

Perjanjian Pengisytiharan Inggeris-Siam l902
(a) Kebimbangan campur tangan kuasa asing yang lain
Pada akhir tahun 1890-an, persaingan kuasa-kuasa asing untuk mendapatkan tanah jajahan adalah kuat. Britain bimbang kemaraan 'kuasa-kuasa asing di Asia akan membawa kepada campur tangan mereka di Siam dan seterusnya di Negeri-negeri Melayu Utara.

      Antara tahun 1899 dan 1990, Jerman telah membuat percubaan untuk mendapatkan Pulau Langkawi dan Menteri Rusia yang berada di Bangkok pula berunding untuk mendapatkan konsesi pangkalan arang batu di Teluk Siam.

Amerika cuba memperoleh, konsesi bagi semua tanah perlombongan di Terengganu.
      Walaupun Siam dan Britain telah menandatangani Perjanjian Sulit 1897, Britain masih bimbang Siam tidak berupaya mempertahankan negerinya daripada diceroboh oleh kuasa-kuasa asing itu. Tambahan pula, walaupun Negeri-negeri Melayu Utara diakui sebagai di bawah kawalan Siam, tetapi Sultan-sultan negeri-negeri tersebut tidak suka akan penguasaan Siam. Baginda-baginda Sultan juga tidak mengetahui tentang Perjanjian Sulit 1897.

      Perasaan benci terhadap Siam amat dirasai di Kelantan dan Pattani apabila Gabenor wilayah Songkla, iaitu Phya Sukhom mengukuhkan kuasa Siam ke atas negeri Pattani dan Kelantan.Phya Sukhom telah menempatkan seorang Pesuruhjaya Residen di Kelantan.[4]

Peranan Frank Swettenham
Frank Swettenham merupakan orang yangsentiasa menegaskan bahawa Tanah Melayu adalah satu lingkungan pengaruh British dan perlindungan British haruslah diperluaskan ke Kelantan dan Terenggan. Beliau sedar tentang keadaan yang berlaku di Kelantan dan Pattani. Frank Swettenham menegaskan bahawa sekiranya British tidak membantu, mereka pasti akan meminta bantuan dari Amerika Syarikat, Jerman, atau Rusia.

Sultan Muhammad IV dari Kelantan berasa bimbang apabila Raja Abdul Kadir dari Pattani dipenjarakan oleh Siam. Sultan Muhammad IV pergi ke Singapura dan merayu supaya Frank Swettenham melindunginya daripada ancaman Siam itu.[5]

Tuntutan Duff
Walaupun Siam mempunyai kuasa terhadap Negeri-negeri Melayu Utara, Sultan negeri-negeri ini terus memerintah secara bebas. Pada tahun 1900, Sultan Kelantan menyerahkan tanah seluas 776 996 hektar kepada Duff Development Company. Sebagai balasan, Sultan Kelantan akan menerima $2 000 dan 2 000 saham dalam Duff Development Company.

Duff tidak mengendahkan tuntutan pertuanan Siam ke atas Kelantan kerana sedar Siam tidak akan mengesahkan hak miliknya itu. Beliau pergi ke England untuk meminta sokongan
politik bagi menentang bantahan Siam dalam perkara ini. Duff pula mengugut akan mempelawa Jerman atau kuasa Eropah yang lain untuk menyokong tuntutan beliau ke atas kawasan Kelantan sekiranya kerajaan British enggan membantunya.

Frank Swettenham mendesak supaya Siam mengesahkan konsesi Duff dan mencadangkan Penasihat British ditempatkan di Kelantan dan Terengganu. Apabila cadangan Frank Swettenham dikemukakan kepada Siam, mereka tidak bersetuju.British kemudian memaklumkan kepada Siam dan memberi amaran kepada Siam bahawa Siam mempunyai masa hingga akhir bulan September untuk memberi jawapan. Jika Siam tidak memberi keputusan pada masa itu, British akan menyokong Kelantan dan Terengganu dalam tuntutan mereka mendapatkan kemerdekaan.

      Ugutan British itu menyebabkan Siam terpaksa menerima cadangan Frank Swettenham. Pada bulan September 1902, Pengisytiharan Inggeris-Siam ditandatangani.
(d) Syarat-syarat Perjanjian Pengisytiharan Inggeris-Siam 1902
1.Siam diberi kuasa melantik Penasihat dan Penolong British di Kelantan dan Terengganu.
2.Penasihat British akan memberi nasihat dalam semua perkara kecuali yang berkenaan dengan agama dan adat istiadat Melayu.
3.Sekiranya pendapatan kedua-dua negeri tersebut melebihi $100 000, Siam akan diberi 10% daripada pendapatan lebihan itu. Siam tidak akan menerima apa -apa sekiranya pendapatan itu kurang daripada $100 000.
4.Siam akan menguasai hubungan luar Kelantan dan Terengganu.[6]

Perjanjian Bangkok 1909
      Pada awal tahun 1900-an, keadaan politik di Eropah menjadi huru-hara. Jerman telah menjadi negara yang kuat dan membentuk Perikatan Bertiga bersama Austria dan Itali. Memandangkan perkembangan sedemikian, Perancis menamatkan perselisihannya dengan British dan bergabung dengan Britain untuk membentuk Pakatan British-Perancis.

      Mengikut Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897, British bersetuju membantu Siam sekiranyasiam diserang. Apabila Perancis mengambil alih jajahan Siam di sempadan Siam-Kemboja, British tidak memberikan bantuan kepada Siam kerana wujudnya pakatan British-Perancis. Siam tidak bersetuju dengan tindakan British itu.

      Pada tahun 1874 dan 1883, British telah menyerahkan hak wilayah asingan di Siam. Kerajaan Siam dinasihatkan supaya melepaskan Negeri-negeri Melayu Utara yang dianggap mendatangkan kerugian. Negeri-negeri Melayu Utara membawa masalah kerana bergerak bebas dan menaruh dendam terhadap Siam.

      Selepas tahun 1904, keadaan kewangan Siam dan Negeri-negeri Melayu Utara semakin buruk. Kedah terlibat dalam masalah kewangan yang teruk akibat pembaziran beberapa istiadat perkahwinan diraja yang diadakan. Siam terpaksa membdrikan pinjaman berjumlah $2 juta.Siam ingin mengadakan rundingan dengan British bagi menyelesaikan masalah Negeri-negeri Melayu Utara. Siam sedar British berminat ke atas negeri-negeri tersebut. Perjanjian Bangkok ditandatangani pada 9 Julai 1909.[7]

Syarat-syarat Perjanjian Bangkok 1909
1.Siam bersetuju menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu kepada British.
2.Semua hutang Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu akan ditanggung keseluruhannya oleh kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
3.Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu bersetuju memberikan pinjaman wang sebanyak $4 juta dengan faedah 4% kepada kerajaan Siam untuk membina jalan kereta api dari sempadan Tanah Melayu ke Bangkok.
4.British berjanji tidak akan campur tangan dalam urusan wilayah lain di bawah kuasa Siam.
5.Perjanjian Sulit, Inggeris-Siam 1897 ditarik balik.
6.British menyerahkan kembali hak wilayah asingan yang diperolehinya pada tahun 1855 kepada Siam.
7.Siam bersetuju tidak akan menyerahkan atau memajakkan sebarang wilayahnya kepada mana-mana kerajaan asing tanpa persetujuan kerajaan British.[8]




[1]Ruslan Zainuddin, “Sejarah Malaysia” ,(Penerbitan Fajar Bakti, Shah Alam, 2003), 159.
[2] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2014),61.
[3] Ibid.
[4] Ibid.,62
[5] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2014),62.
[6] Ibid,
[7] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2013),63.
[8]Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2014),63.