Friday, June 10, 2016

Peranan pembesar

oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Golongan pembesar merujuk kepada sekumpulan pentadbir kerajaan. Pembesar mempunyai peranan dan status yang istimewa dalam sistem politik masyarakat Melayu.Jawatan pembesar merupakan jawatan lantikan daripada sultan. Pembesar akan menjadi pentadbir di setiap daerah atau wilayah. Pembesar akan bertindak sebagai tulang belakang yang menggerakkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu. Golongan pembesar bukan terdiri daripada kerabat diraja.Mereka memperoleh hak memerintah di sesebuah daerah melalui tauliah daripada sultan.Mereka juga mendapat cap mohor daripada sultan dan memegang jawatan pembesar seumur hidup. Apabila meninggal dunia, jawatan tersebut akan diambil alih oleh anak lelakinya.

     Dalam aspek politik, golongan pembesar Melayu merupakan orang kanan raja atau sultan bagi setiap negeri Melayu. Sultan akan melantik pembesar untuk menjalankan tugas pentadbiran.
Golongan pembesar menduduki hierarki kedua dalam struktur pentadbiran negeri Melayu. Lazimnya terdapat jawatan pembesar yang dikenali sebagai pembesar empat lipatan.Pembesar akan menjalankan tugasnya sebagai pentadbir kerajaan. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan pembesar akan menjadi penasihat kepada raja dalam hal pemerintahan negeri.

      Tidak dapat dinafikan juga bahawa golongan pembesar memainkan peranan yang sangat penting dalam urusan kehakiman dan undang-undang negeri. Pembesar mempunyai tugas untuk menasihati sultan berkaitan dengan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil. Pada peringkat daerah, pembesar bertanggungjawab menjadi hakim.Malahan golongan pembesar akan terlibat secara langsung dalam penggubalan undang-undang negeri. Golongan pembesar Melayu akan diberikan daerah pentadbiran masing-masing. Tanggungjawab seorang pembesar sangat besar terhadap daerah jajahannya. Mereka bukan sahaja memberikan info kepada sultan tentang daerah masing-masing tetapi juga akan menjaga keamanan,kesejahteraan dan kebajikan semua penduduk dalam daerah jajahannya.

      Pembesar akan melaporkan kepada sultan berkaitan dengan semua perkara yang berlaku di daerah jajahannya. Malahan segala amanat daripada sultan akan disampaikan oleh pembesar kepada anak-anak buahnya dalam daerah jajahannya.Di samping itu, golongan pembesar juga mempunyai peranan penting dalam hal ehwal istana.mereka juga menjalankan tugas  yang berkaitan dengan keagamaan dan adat istiadat diraja.Golongan pembesar biasanya akan mengetuai upacara-upacara adat istiadat istana dan diraja.

      Golongan pembesar mempunyai peranan penting dalam bidang ekonomi sebagai pemungut
cukai bagi pihak sultan. Pembesar daerah akan memastikan bahawa semua rakyat dalam daerah kekuasaannya akan membayar cukai kepada sultan. Pembesar ditugaskan memungut cukai keana sebahagiang daripada pendapatannya  begantung kepada cukai yang dikutip ke atas daerah di bawah jagaannya. Beliau terpaksa berkongsi pendapatan yang diterima dengan para pengikutnya untuk mengekalkan sokongan mereka.[1]

      Sebarang lebihan yang dapat dikumpulkan atau dimiliki oleh pembesar itu akan digunakan sebagai pinjaman untuk mengikat lebih ramai lagi orang supaya berhutang dengannya. Langkah ini boleh menjadikan pengikutnya bertambah ramai. Pembesar biasanya mengutip cukai ke atas penduduk di daerah itu berdasarkan  hasil bulanan atau tahunan.  Sebahagian daripada hasil kutipan cukai diserahkan kepada raja sebagai melambangkan pengakuan taat setia kepada raja yang memerintah.

      Pembesar juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan perniagaan. Ini menyebabkan tedapat dalam kalangan pembesar yang lebih kaya daripada raja. Contohnya Ngah Ibrahim. Dalam kegiatan perdagangan luar, pembesar berperanan sebagai perantaraan dengan pedagang yang datang dari luar. Beliau biasanya  menerima ganjaran daripada pedagang yang datang berniaga kerana sudah menjadi amalan tradisi para pedagang untuk menghadiahkan sebahagian daripada nilai kargo sebuah kapal sebagai persembahan kepada raja.[2]




[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000 ),10.
[2] Ibid,10.

Thursday, June 9, 2016

Hierarki pembesar di Tanah Melayu pada ke-19.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Pada umumnya, negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem pembesar yang berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Pembesar Empat dibantu oleh Pembesar Lapan . Manakala Pembesar lapan dibantu oleh Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.[1]Sistem ini diwarisi daripada  pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, bukan sahaja mempunyai persamaan dari segi struktur politiknya, tetapi juga termasuk gelaran jawatan pembesar. Negeri-negeri seperti Johor, Perak, Pahang dan Kedah derigan jelas mengikut Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan di Melaka.

       Sementara itu di negeri-negeri lain, sistem pembesarnya tidak banyak berbeza dengan sistem yang diamalkan di Melaka, kecuali dari segi gelaran pembesar-pembesarnya sahaja. Sebelum wujudnya sistem beraja dan institusi kesultanan, di negeri Kedah, misalnya terdapat dua orang pembesar yang bergelar Tun Dermadewa dan Tun Perkasa. Berdasarkan sistem beraja, gelaran pembesar yang biasanya digunakan ialah Bendahara, Laksamana, Temenggung,Maharaja Lela, Menteri, Seri Raja dan Seri Dewa. Bendahara merupakan pegawai yang utama dalam struktur politik negeri Kedah. Walaupun begitu, tidak semua negeri-negeri di Tanah Melayu mempunyai sistem pembesar yang sama.[2]

SISTEM PEMBESAR DI PERAK
Negeri Perak adalah antara negeri Melayu yang mempunyai bilangan pembesar yang ramai. Pada umumnya corak politik di negeri Perak hampir sama dengannegeri Melaka. Namun, perbezaan yang ketara ialah dari segi kedudukan pembesar yang dibahagikan kepada Sistem Pembesar Empat Lipatan. Gelaran pembesarnegeri terbahagi kepada empat peringkat, iaitu Orang Besar Empat,Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua.Antara para pembesar ini, Orang Besar Empat adalah pembesar yang paling berkuasa. Mereka terdiri daripada Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja,Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Jawatan Bendahara suatu ketika pernah dijadikan satu jawatan diraja, iaitu dalam tingkat ketiga selepas Raja Muda dengan gelaran Tuanku Raja Bendahara Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir. Nama jawatan tersebut telah dimansuhkan dan kini tarafnya diletakkan dalam susunan Orang Besar Berempat dan dikenali dengan gelaran Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja orang Besar Berempat merupakan pemimpin kanan dalam pentadbiran negeri. Mereka berkuasa di daerah masing-masing dan juga dalam pentadbiran kerajaan. Bendahara pernah menjadi pemangku Sultan dan bertanggungjawab
dallm menentukan perlantikan sultan yang baru. Temenggung berkuasa sebagai Ketua Mukim Kota Lama dan orang Kaya Besar bertanggungiawab dalam menyelenggarakan istana. sementara Menteri pula berkuasa penuh di Larut.

ORANG BESAR BERLAPAN
Orang Kaya Balai Maharaja Lela (pembesar daerah Pasir Salak)
Laksamana Orang Kaya (pembesar daerah Durian Sebatang)
Orang Kaya Syahbandar (pembesar daerah di muara Sungai perak)
Panglima Kinta Seri Amarbangsa (pembesar daerah Kinta)
Seri Akar Di Raja (Dato'Sagor) -(pembesar daerah Kampung Gajah)
Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja -(Jawatan ini kosong semenjak tahun 1871)
Seri Adika Raja- (biasanya dipegang oleh seorang zuriat yang utama dalam daerah paling hulu Sungai perak)
Imam Paduka Tuan -(jawatan agama)

Selepas susunan orang Besar Berempat ialah orang Besar Berlapan. Mereka terdiri daripada orang Kaya Balai Maharaja Lela, Laksamana orang Kaya, orang Kaya syahbandar, Panglima Kinta seri Amarbangsa, seri Akar di Raja (Dato'sagor), Panglima Bukit Gantang seri Amar Diraja, seriAdika Raja dan Imam Paduka Tuan. Semua pembesar berkuasa di daerah masing-masing, kecuali Imam paduka Tuan yang merupakan jawatan satu agama.

Di bawah lapisan Orang Besar Berlapan ialah Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua. Walaupun tiada senarai tertentu tentang Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua, tetapi jawatan ini dikatakan muncul menjelang awal abad ke-20. Pembesar daripada kedua-dua lapisan ini mendapat gelaran daripada pihakyangberkaitan dengan kerabat Orang Besar Berempat dan Orang Besar Berlapan. Mereka turut memainkan perana penting dalam pentadbiran negeri.

      Tradisi negeri Perak menggambarkan kecenderungan teori politik orang Melayu dengan menggunakan gandaan angka empat. Teori ini memerlukan penggandaan angka empat serta sesuatu jawatan yang telah ada sentiasa dikekalkan untuk mencukupkan bilangan yang dikehendaki. Walaupun terdapat banyak jawatan yang diwujudkan mengikut sistem Empat Lipatan ini, iaitu secara keseluruhannya berjumlah 60 jawatan, tetapi pada amalannya hanya terdapat lebih kurang dua belas jawatan pembesar kesemuanya.[3]

      Kesemua pembesar dilantik oleh sultan melalui surat kuasa atau surat tauliah serta pemberian sebilah pedang sebagai lambang jawatan. Ini bermakna, wujud hubungan dua hala antara sultan dengan para pembesar.Sultan melantik para pembesar negeri, manakala para pembesar negeri pula berkuasa untuk melantik sultan. Selain itu, para pembesar di Perak mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan perlantikan seseorang bakal sultan. Mereka boleh mengenepikan mana-mana bakal sultan yang tidak disukai. Misalnya pada tahun 1871, RajaYusuf gagal menjadi sultan kerana baginda telah gagal mendapat sokongan dan diketepikan oleh para pembesar.

      Apabila seseorang pembesar diberi surat tauliah bermakna mereka berkuasa untuk mentadbirkan daerah masing-masing, menjalankan kuasa perundangan, pertahanan dan memungUt cukai. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab terhadap adat istiadat dan dibantu oleh beberapa orang timbalan dalam menjalankan tugas harian masing-masing.

SISTEM PEMBESAR DI NEGERI SELANGOR
      Jawatan pembesar di Selangor sebelum Raja Lumu dilantik menjadi rajanya yang pertama ialah Penggawa Permatang, Penggawa Tua, Penghulu Aru, Tok Kelang, Dato'Naga, Dato',Menteri dan orang Kaya Kecil. Asalnya mereka ialah pembesar daerah. Walaupun begitu, jawatan ini belum diputuskan secara rasmi semasa British campur tangan di Selangor pada tahun 1874. Malah, tidak ada seorang pun pemegang jawatan ini menguasai sesuatu daerah. Ini disebabkan bilangan penduduk Selangor ketika itu sangat kecil sehinggakan mereka tidak dapat menyokong satu kelas pemerintah yang lebih daripada beberapa cabang dinasti raja (Bugis-Riau).Anggota dinasti ini mengambil alihjawatan pembesar daerah. Tidak ada gelaran diraja bagijawatan ini, bahkan anak raja terpaksa menggunakan gelaran pembesar. Kedudukan kelima-lima daerah di selangor yang ditadbirkan oleh para pembesar tertentu pada tahun 1870-an adalah seperti berikut:

Bernam
      Dikuasai oleh satu cabang zuriat diraja sekurang-kurangnya selama dua atau tiga generasi. Pembesarnya pada tahun 1870 ialah anak saudara Sultan Abdul Samad (1857-98), iaitu bapanya berkahwin dengan saudara perempuan sultan.
Selangor
Sebuah daerah diraja negeri selangor yang asal dan surtan tidak lagi bersemayam di situ menjelang pertengahan abad ke 19. Sehingga tahun 1820, daerah ini ditadbirkan oleh anak sulung dan waris takhta kerajaan, Raja MudaMusa. Semasa berlaku perang saudara, pemerintahan daerah ini telah bertukar tangan.
Kelang
Ibu negeri diraja bagi negeri serangor. Semasa pemerintahan sultan Muhammad (1826-1857), daerah Kelang ditadbir oleh putera baginda,Raja Sulaiman. setelah Raja Sulaiman meninggal dunia, puteranya Raja Mahadi terah diketepikan oleh SultanAbdul Samad yang menggantikan sultan Muhammad. Daerah ini telah diberi kepada menantu baginda, Raja Abdullah sehingga membawa kepada  perang saudara  di Selangor. Daerah ini juga pernah diberi kepada seorang lagi menantu sultan, Tunku Kudin yang kemudiannya dilantik oleh baginda menjadi ,Wakil Yamtuan,bagi seturuh Selangor.
Langat
Sebuah daerah yang kurang penting berbanding dengan daerah-daerah lain di selangor. Daerah ini ditadbirkan oleh sultan sendiri. Dalam tahun 1862, SultanAbdul samad memberi daerah Langat kepada Tunku Kudin. Tidak rama kemudian, sultan mengambil semula daerah Langat sebagai pertukaran dengan daerah Kelang yang diberikan kepada Tunku Kudin.
Lukut
Sebuah daerah yang kaya dengan bijih timah di Selangor. Pada tahun 1846, daerah ini diberi oleh sultan Muhammad kepada Raja Jumaat kerana perkhidmatan beliau. Apabila Raja Jumaat meninggal dunia, daerah Lukut diserahkan kepada puteranya, Raja Bot. Daerah Lukut kemudiannya diserahkan kepada Negeri Sembilan selepas satu penyusunan sempadan dibuat pada tahun 1880.[4]

SISTEM PEMBESAR DINEGERI SEMBILAN
Sistem pemerintahan di Negeri sembilan dibentuk mengikut Adat perpatih.Pada abad ke-18, orang Minangkabau berhijrah dari Sumatera ke Negeri sembilan bersama dengan saudara-mara masing-masing. Mereka hidup secara berkumpulan mengikut hubungan kekeluargaan. Perkataan,Negeri sembilan, bermaksud 'sembilan buah negeri', tetapi telah dipersetujui bahawa gelaran nama ini tidak pernah mengandungi sembilan buah daerah yang khas.

      Berdasarkan Adat Perpatih, Negeri sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah atau jajahan yang disebut luhak atau luak. Mengikut tradisinya memang sudah lama wujud empat buah daerah besar dengan setiap satu ditadbir oleh seorang pembesar yang bergelar undang Berempat. Empat buah daerah yang asal ialah Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol. Terdapat beberapa orang pembesar rendah daerah separuh bebas yang berkaitan dengan salah satu daripada empat daerah besar ini. Undang Berempat menjadi ketua bagi setiap luak dan ketua bagi luak-luak yang lain dikenali sebagai Penghulu. Walau bagaimanapun, pihak yang sebenarnya berkuasa di Negeri Sembilan bukanlah Yang Dipertuan Besar, tetapi empat orang Undang tersebut. Undang berhak untuk memilih dan melantik sesiapa sahaja daripada kerabat diraja menjadi Yang Dipertuan Besar. Para pembesar lain di bawah undang dan Penghulu dikenali sebagai Lembaga, Buapak dan Perut. Lembaga merupakan ketua kepada suku-suku anggota masyarakat. Terdapat lebih kurang 12 suku dengan setiap luak biasanya mempunyai empat suku. Lembaga bertanggungiawab ke atas suku-sukunya dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan dan keamanan, menyelesaikan perbalahan sesama suku, mengawal dan mengadili pembahagian harta pusaka serta menjadi orang perantaraan antara anggota sukunya dengan Undang.[5]

      Suku masyarakat Buapak terdiri daripada kumpulan keluarga yang disebut Perut. Ahli-ahli dalam sesuatu Perut akan memilih seorang ketua yang digelar Buapak. Bilangan Buapak agak ramai dan tugasnya sama dengan Lembaga, tetapi terbatas kepada keluarga yang menjadi anggota sesuatu Perut.Buapak hanya berkuasa dalam kalangan ahli perutnya sahaja. Tugas Buapak ialah menjalankan adat istiadat berkaitan dengan perkahwinan, upacara bercukur rambut, berkhatan dan penceraian.[6] Negeri sembilan terdiri daripada sembilan buah negeri, iaitu sungai Ujong,Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.Berikut adalah senarai kawasan atau daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai pembesar:
1. SungaiUjong
Dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kawasan pedalaman yang dikuasai oleh Datuk Kelana dan rantau tengah sungai Linggi yang dikuasai oleh Dato' Syahbandar.
2. SungaiLinggi
Daerah kecil yang diambil dari sungai ujong, dikuasai oleh Datuk Muda Linggi.
3. SungaiRayaLukut
Kedua-dua daerah ini dibuka oleh orang Bugis.
4. Rembau
Mempunyai seorang sahaja pembesar daerah, iaitu Undang.
5. Tampin
Sebuah daerah yang diambil dari Rembau dan pembesarnya bergelar Tuanku Besar Tampin'.
6. Inas dan Gemenceh
Dua buah daerah kecil yang diambil dari Johol. Datuk Inas dan Datuk Gemencheh mengakui Undang Johol sebagai ketua besar mereka.
7. Jelebu
Mempunyai seorang pembesar daerah yang bergelar Undang.

Sistem Pembesar di Johor
Pembesar di Johor memainkan Peranan penting dalam sistem pemerintahan pada abad ke-19. Pada tahun 1860 dan 1870-an, pembesar Johor dipilih berdasarkan tahap pendidikan, kebolehan, keupayaan, pengalaman, kelayakan, kecekapan, dan keakraban dengan pemerintah.Pembesar Johor dilantik oleh sultan. Baginda akan mempertimbangkan faktor keturunan dalam pelantikan tersebut. Pembesar bertindak sebagai pegawai kerajaan yang diberi gaji, mempunyai tugas khas, dan menjalankan tugas berdasarkan peraturan yang ditetapkan dalam sistem pemerintahan negeri.[7]

      Pada abad ke-19, pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas dalam sistem birokrasi baharu yang mempunyai sedikit perbezaan dengan sistem pemerintahan Melayu tradisional. Namun, dalam sistem birokrasi ini,pembesar masih di bawah kawalan sultan dan berkhidmat untuk sultan.Sultan yang melantik pembesar negeri. Ini bermakna peranan, kedudukan dan kewibawaan yang ada pada pembesar datang daripada sultan.Ini menyebabkan pembesar sedia berkhidmat untuk sultan.

      Golongan pembesar di Johor terdiri daripada kerabat diraja, iaitu Tengku,Ungku, Raja dan Wan serta golongan Tuan/Dato  yang bukan berdarah raja. Mereka dilantik menjadi ahli Lembaga Penasihat atau Majlis Negeri.Pembesar kanan seperti kerabat diraja, Menteri Besar, dan Setiausaha Negeri sering bermesyuarat dengan sultan, menasihati dan membantu baginda dalam melaksanakan tugas pentadbiran negeri.[8]

Pembesar yang terkemuka di Johor ialah:
1.Dato'Jaafar bin Muhammad merupakan Menteri Besar Johor yang pertama dan bertanggungjawab menjalankan pentadbiran negeri Johor.
2.Dato’ Muhammad Salleh bin Perang dikenali sebagai Dato Bentara Luar. Beliau merancang dan mengawal pembangunan negeri serta merancang Pengurusan kewangan negeri Johor.
3.Dato' Abdul Rahman bin Andak digelar Dato' Seri Amar Diraja menjadi pembantu kepada Menteri Besar. Tugas utama beliau ialah mengawal hubungan Johor dengan British, mengeratkan hubungan Johor dengan pegawai British dan pedagang asing, serta memastikan British tidak menguasai fohor.
4.Dato' Muhammad Ibrahim Munshi digelar Dato' Bentara Dalam dan Bapa Pendidikan Melayu Johor. Beliau merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama pada tahun 1883. Beliau mendirikan banyak sekolah dan mendesak supaya pendidikan diwajibkan kepada semua rakyat  Johor. Beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri yang pertama pada tahun 1893.[9]

Sistem Pembesar di Pahang
      Sistem pembesar di Pahang hampi sama dengan Melaka. Pahang mempunyai seorang Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung. Pada abad ke-17 para pembesar Pahang dilantik oleh Sultan Johor seperti Orang Besar Indera Mahajara Perba Jelai atau Tok Raja, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Orang Kaya  Pahlawan Chenor dan Orang Kaya Indera Syahbandar.[10]

      Pada abad ke-19 di Pahang, Bendahara memainkan peranan penting dalam pemerintahan. Beliau bertanggungjawab mengendalikan urusan perhubungan luar, mengetuai peperangan, mengadili kes-kes perbicaraan serta menjadi lambang perpaduan rakyat. Bendahara sangat bergantung kepada peranan Orang Besar Berempat seperti Orang Kaya Indera Syahbandar, Orang Kaya Indera Maharaja Perba, Orang Kaya Indera Segara Temerloh dan Orang Kaya Indera Pahlawan, Chenor. Orang Besar Berempat akan mengenakan cukai atau kutipan lain apabila keadaan memerlukan. Contohnya, pembesar boleh memungut cukai daripada setiap penduduk di daerah mereka untuk membiayai perbelanjaan ke Pekan bagi tujuan mengadap sultan.[11]

      Pembesar boleh mengenakan cukai terhadap barang yang diimpot dan diekspot di daerah masing-masing. Kadangkala, mereka memegang hak monopoli terhadap barang tertentu yang kemudian dijual kepada rakyat dengan harga yang lebih tinggi.  Orang Besar Berempat juga mengendalikan kes jenayah dan awam.Pada teorinya, hukuman mati hanya boleh dijatuhkan oleh sultan, tetapi secara praktiknya, pembesar berkuasa penuh di daerah mereka. Biasanya semakin jauh daerah itu dari Pekan, semakin kuat kuasa dan kebebasan Orang Besar Berempat. Mereka juga menjadi ahli dalam Majlis Penasihat Istana. Sultan memerlukan mereka dalam perundingan tentang hal-hal negeri yang penting.[12]  

      Orang Besar Berlapan dan Orang Besar Enam Belas mempunyai bidang kuasa yang sama seperti Orang Besar  Berempat; cuma kuasa mereka terhad dalam kutipan cukai, pengadilan dan pentadbiran sahaja. Mereka juga diberi daerah kecil untuk ditadbir.[13]  Terdapat dua orang Pembesar Berlapan yang mempunyai hak kuasa yang sama dengan Orang Besar Berempat. Mereka ialah Orang Kaya Lipis dan Orang Kaya Semantan.[14]

      Satu lagi kumpulan pembesar yang memegang kuasa yang luasdi Pahnag ialah Orang Besa Raja. Mereka biasanya adalah orang kesayangan di istana yang menjadi terkenal semasa peperangan. Contohnya Imam Perang Rasul. Beliau berjuang di pihak sultan semasa Perang Saudara di Pahang dan telah meningkatkan imej pasukan tentera Pahang dalam peperangan tersebut. Oleh sebab jasa tersebut, maka beliau telah dianugerahkan gelaran Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah Pahang atau Tok gajah. Tok Gajah juga dikurniakan kawasan Pulau Tawar dan Budu.

      Datuk Bahaman juga merupakan pembesar Pahang yang penting. Beliau merupakan panglima perang yang banyak berjasa kepada sultan Pahang. Beliau telah membantu Bendahara Wan Ahmad dalam tiga siri peperangan iaitu pada tahun 1858, 1860, 1862 serta Perang Kelang di Selangor.Disebabkan kegagahan tersebut, beliau dianugerahkan gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Beliau juga dilantik  sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara.[15]

SISTEM PEMBESAR DI KELANTAN
Negeri Kelantan mengamalkan sistem pembesar yangberbeza dengan negeri-negeri yang lain. Para pembesar di Kelantan menggunakan gelaran seperti Tuan dan Wan.Perdana Menteri merupakan pembesar yang utama dalam sistem politik di Kelantan. Pada tahun l80l semasa pemerintahan Sultan Muhammad I (1800-35),baginda menubuhkan sebuah Badan Jemaah Menteri untuk memudahkan dan melicinkan lagi jentera pentadbiran. Tujuh orang pembesar dilantik untuk membantu baginda mentadbir negeri-.Antara pembesar tersebut ialah Long Jenal (Raia Bendahara Banggol), Long Ismail (Raja Kampung Laut), Long Yusuf (Raja Bukit Panor) Long Tan (Tengku Aria Pahlawan), Tengku Long Muda (Tengku Kota), Anak Penghulu Adas (Dato' Kaya Hulubalang Kaduk)  dan Anak Mandor Mes (Dato'Panglima Perang Londang).
Semasa pemerintahan SultanMuhammad II (1837-89) pula,Badan Jemaah Menteri telah diperkenalkan  untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Badan Jemaah Menteri yang setiap satu dianggotai oleh empat orang pembesar ialah:

1.Menteri Pentadbiran dan Mengimarahkan Negeri (kemajuan dan pembangunan negeri)
2.Menteri Perbendaharaan (harta benda dan hasil mahsul kerajaan)
3.Menteri Luar-hal-hal  berkaitan dasar dan urusan luar negeri)
4.Menteri Dalam Negeri (menjaga keamanan negeri)
5.Menteri Peperangan- hal berkaitan berkaitan ketenteraan, peperangan, pertahanan
dan keamanan negeri)
6.Menteri Istana-(istiadat kebesaran diraja dan adat istiadat.rasmi)
7.Penasihat  Raja (urusan hal-hal besar yang bukan rahsia)
8.Menteri Keadilan dan Kehakiman (urusan keadilan dan kehakiman). Ini menunjukkan pada abad ke 19, negeri Kelantan  sudah mempunyai sebuah sistem pentadbiran yang lengkap.[16]




[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000), (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.,2014),5.
[2] Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia, (Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2003),21.
[3] Ibid,22.
[4] Ibid,24.
[5] Ibid,25
[6] Ong Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2013,12.
[7] Ong  Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2014,9.
[8] Ibid,10.
[9] Ong Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2013,10.
[10] Zainuddin , Sejarah Malaysia, (Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2003),27.
[11] Ong Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2013),10.
[12] Ong  Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2014),10.
[13] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000,8.
[14] Ong  Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2014),10.
[15] Ibid,11.
[16] Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia, (Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2003),27.

Konsep pembesar

1.1.2Pembesar
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menghuraikan konsep, hierarki dan peranan pembesar pada abad ke-19.
1.a.Konsep pembesar
Istilah pembesar merujuk kepada mereka yang dilantik oleh raja untuk memegang sesuatu jawatan dalam pentadbiran kerajaan dengan diberi tugas-tugas tertentu untuk dilaksanakan. Perlantikan ini bertujuan bagi mewujudkan satu sistem pentadbian yang teratu serta menjamin keselamatan dan kemakmuran negeri secara berterusan.

      Sistem pembesar adalah sebahagian daipada struktur pemeintahan yang terdapat di negeri-negeri Melayu. Sistem ini digubal beasaskan sistem  Pembesar Empat Lipatan pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Sistem Pembesar Empat Lipatan diikuti oleh hampir semua negeri di Tanah Melayu, kecuali Negeri Sembilan. Meskipun begitu, gelaran pembesar yang digunakan berbeza antara negeri dengan negeri yang lain.[1]    

      
       Pembesar merupakan golongan yang membantu raja dalam pentadbiran. Mereka terdiri daripada golonga bangsawan dan golongan yang dilantik oleh raja. Umumnya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pembesar berperanan di istana dan di luar istana. Pembesar yang berperanan di luar istana seperti ketua-ketua masyarakat yang diberi tauliah untuk mentadbir sesebuah kawasan tertentu.

      Walaupun pembesar yang bertugas di luar istana biasanya mempunyai hubungan rapat dengan raja, tetapi kadangkala peranan pembesar di luar istana dilihatlebih menonjol. Misalnya Dato’ Maharaja Lela, pembesar daerah Pasir Salak, Perak dilihat lebih menonjol dalam menentang penjajah dan terlibat dalam pakatan membunuh J.W.W Bich. Terdapat pembesar yang mempunyai hubungan rapat dengan istana tetapi bukan daripada kalangan keabat Diraja. Namun tedapat juga pembesar yang mempunyai hubungan keluarga dengan raja kerana mereka dilantik daripada zuriat Diraja, anak lelaki saudara yang lebih muda dan tidak berpeluang menaiki takhta.[2]

      Seseorang pembesar biasanya menyandang jawatan itu secara keturunan.Apabila dia meninggal dunia, anak lelakinya yang sulung secara automatik dilantik untuk mengisi jawatan tersebut.  Perlantikan pembesar di sesetengah negeri dilakukan berdasarkan hubungan yang telah lama wujud antara sesuatu keturunan dengan daerah itu. Jika kedudukan sultan kuat atau zuriat pembesar itu lemah, sultan berhak untuk memilih pembesar lain mengisi tempat yang dikosongkan oleh pembesar sbelumnya.

      Perlantikan pembesar dilakukan oleh sultan melalui anugerah sepucuk surat tauliah dan sebilah pedang sebagai lambang kuasa. Jika pembesar dikurniakan sesebuah daerah bermakna dia diberi kuasa untuk memerintah dan memungut cukai di daerah tersebut yang dikenali sebagai kawasan pegangan.

      Pembesar menguasai kawasan yang luas yang terdiri daripada beberapa buah kampung. Setiap kampung pula terdapat penghulu atau ketua kampung yang bertanggungjawab kepada pembesar berkenaan. Kekuatan seseorang pembesar itu bergantung kepada ramainya pengikut, harta kekayaan dan kedudukan sosial. Semakin ramai pengikutnya, maka semakin tinggi kuasa politik  pembesar itu kerana ramai yang menyokong tindakannya.[3]   




[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 3,Edisi Kemaskini,,5.
[2] Ibid,6.
[3] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 7,

Wednesday, June 8, 2016

Pembesar

1.1.1     Menghuraikan konsep, hierarki dan peranan pembesar pada abad ke-19.
1.a.Konsep pembesar
Merupakan golongan yang membantu raja dalam pentadbiran. Mereka terdiri daripada golonga bangsawan dan golongan yang dilantik oleh raja. Umumnya dibaagikan kepada dua kumpulan iaitu pembesar berperanan di istana dan di luar istana

Terdiri dari tiga golongan iaitu pembesar peringkat negeri, daerah dan kampung.
Mengunakan gelaran tertentu mengikut negeri.
Menyandang gelaran secara keturunan.
Mempunyai beberapa keistimewaan dan mempunyai cop mohor masing-masing.

b.Hierarki dan peranan.
1.Peringkat negeri
Merupakan pembesar tertinggi dan berpengaruh.
Terdiri daripada Pembesar Berempat.
2.Peringkat daerah
Menjaga dan mengekalkan keamanan di kawasan pentadbiran.
Mempunyai capmohor sendiri
Membekalkan tenaga tentera dan buruh jika dikehendaki oleh raja.
Mengutip cukai.
Mengadap sultan dan istiadat menjunjung duli pada hari raya puasa yang pertama.
3.Peringkat kampung.
Memastikan rakyat taat setia kepada sultan/raja.
Menjadi perantara antara pembesar daerah dengan rakyat di kampung.
Mengutip cukai dan menyerahkan sebahagian cukai kepada pembesar daerah.
Mereka tidak dibayar gaji dan pendapatannya daripada pungutan cukai.[i]




[i]“Pembesar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,6. 

KONSEP DAN PERANAN RAJA

1.1                                  OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1.Konsep Raja.
Perkataan raja merupakan istilah yang berasal daripada bahasa sanskrit. Institusi beraja bermula seiring dengan kemasukan pengaruh Hindu-Buddha ke alam Melayu.Konsep raja dalam masyarakat Melayu tradisional digubal berasaskan sistem feudal, iaitu raja menjadi ketua negara yang menduduki peringkat tertinggi dalam hierarki sosial sesebuah kerajaan atau negara.[1]
      Sistem pemerintahan beraja,merupakan satu sistem pemerintahan yang meletakkan raja sebagai ketua pemerintah di sesebuah negeri, berkuasa mutlak. Konsep raja diperkuatkan dengan konsep “Daulat dan Derhaka.” Selepas kedatangan Islam gelaran raja diganti dengan gelaran sultan, Baginda mula dianggap sebagai pemimpin dan ketua agama Islam melalui konsep Amirul Mukminin.[2]

      Bagi mengukuhkan kedudukan raja ang luhur dan suci ini, beberapa aspek khas diamalkan bagi membezakan raja dengan golongan pemerintah yang lain.Raja mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat kebesaran dan lambang kebesaran.[3]Antara pemilikan peralatan khas ialah seperti cop mohor, keris, lembing, kendi, ketur dan sebagainya. Alat muzik Diraja seperti nobat, warna istimewa seperti payung kuning untuk raja dan payung putih untuk anak raja dan keluarga Diraja. Rakyat dikehndaki mencurahkan taat setia  terhadap aja mereka yang dianggap sebagai Khalifah Allah dimuka bumi. Sesiapa yang melangar perintah raja diangap mengingkari perintah Allah SWT.[4]

Peranan Raja.
Dalam masyarakat Melayu tradisional  hubungan antara raja dan rakyat terjalin berpandukan konsep  penaung dan dinaungi. Dalam hubungan ini raja menjadi penaung kepada rakyat jelata. Rakyat bergantung kepada kepada raja bukan sahaja untuk memperolehi perlindungan dari musuh malah memenuhi keperluan dari segi ekonomi.
1.Politik
Ketua pemerintah tertinggi negeri
Raja bereperanan sebagai pemerintah teringgi sesebuah negara atau kerajaan. Baginda bertanggungjawab  dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbian negara.
Raja hanya berkuasa di kawasan Dirajanya. Selain itu, baginda juga merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak.[5]
Ketua undang-undang dan kehakiman
Raja berperanan sebagai penggubal undang-undang untuk memelihara dan mengekalkan keamanan dalam negeri serta menjamin ksejahteraan hidup rakyat jelata. Semua rakyat wajib mematuhi  mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan tanpa sebarang persoalan. Raja bertanggungjawab memastikan segala undang-undang yang digubal ini dikuatkuasakan. Baginda menjadi Ketua Hakim dalam membicarakan pesalah dan menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh. Baginda juga berhak untuk memberi pengampunan kepada sesiapa sahaja yang diiginkan.

      Raja juga berkuasa melantik para pembesar negeri untuk membantu baginda dalam menjalankan pemerintahan dan melicinkan semua urusan pentadbiran negara.[6]
Ketua tentera
     Raja bertindak sebagai ketua angkatan tentera dan mengetuai tentera dalam peperangan dengan negara luar. Raja tidak mempunyai pasukan tentera kebangsaan tetapi boleh memanggil rakyatnya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera.
Berkuasa melantik bakal pengganti raja berdasarkan sistem warisan.
Oleh sebab sistem penggantian takhta bercorak warisan , baginda berkuasa melantik bakal pengganti raja dari kalangan putera-putera banginda.[7]
2.Ekonomi
Raja mempunyai kuasa penuh dalam bidang ekonomi dengan menguasai semua sumber ekonomi negeri termasuk pertanian dan perlombongan. Raja bertanggungjawab menentukan sistem pungutan cukai. Baginda juga bertanggungjawab  melantik wakil kerajaan untuk mengurus khazanah negar dan hasil mahsul kerajaan serta mengendalikan urusan perdagangan di pelabuhan.

      Raja tidak mempunyai tenaga buruhnya sendiri, tetapi di bawah sistem kerah, baginda boleh mengerah tenaga rakyat untuk bekerja secara percuma di bawah pengawasan pembesar masing-masing untuk membuat kerja-kerja seperti membina istana, parit dan tali air.[8]   

3.Sosial
Menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat.
Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Selepas kemasukan pengaruh Islam di alam Melayu, raja beperanan sebagai Ketua Agama Islam. Seiring dengan ked
[4]S,B.Teoh, Norizan Yusuff, Nurul Huda Md.Yusop, Sejarah STPM Penggal 3,5.
[5]Ong Loo Chen, “Teks Sejarah STPM Pra U, Sejarah (Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,
[6] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 3,Edisi Kemaskini (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2014),4.
[7] Ibid,5.
[8] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 3,5.
[9]“Insitusi Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,3.udukan ini baginda sentiasa dihormati dan disanjung oleh rakyat. Titah perintah raja tidak boleh dibantah oleh rakyat kerana raja dianggap sebagai  Khalifah Allah di dunia.

       Baginda juga melantik para pemimpin agama untuk membimbing akyat dalam urusan keagamaan  serta memastikan rakyat taat setia kepada raja yang memerintah.     
Khalifah Allah di muka bumi. Baginga juga menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat.[9]




[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 3, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2013),3.
[2] S,B.Teoh, Norizan Yusuff, Nurul Huda Md.Yusop, Sejarah STPM Penggal 3, (SAP Publication (M) SDN. BHD,2014),5.
[3]“Insitusi Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)2.  .

Tuesday, June 7, 2016

TEMA 1-MASYARAKAT

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.1.1        Raja
Menjelaskan konsep dan peranan raja pada abad ke-19.
1.Konsep Raja.
      Merupakan satu sistem pemerintahan yang meletakkan raja sebagai ketua pemerintah di sesebuah negeri, berkuasa mutlak. Konsep raja diperkuatkan dengan konsep “Daulat dan Derhaka.” Raja mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat kebesaran dan lambang kebesaran.[1]

Peranan Raja.
1.Politik
Ketua pemerintah tertinggi negeri
Raja hanya berkuasa di kawasan Dirajanya. Selain itu, baginda juga merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak.[2]
Ketua undang-undang dan kehakiman
Ketua tentera
Berkuasa melantik bakal pengganti raja berdasarkan sistem warisan.
2.Ekonomi
Menguasai semua sumber ekonomi negeri termasuk pertanian dan perlombongan. Menentukan sistem pungutan cukai dan melantik wakil kerajaan untuk mengutip cukai.
Terlibat dalam perdagangan luar negeri.
Memperkenalkan sistem mata wang.
3.Sosial
Menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat.
Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Khalifah Allah di muka bumi.
Menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat.[3]




[1]“Insitusi Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)2.  .  
[2] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah STPM Pra U, Sejarah (Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,
[3]“Insitusi Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,3.