Friday, June 20, 2014

SOALAN STPM P1 2014.


SEJARAH DUNIA 1500-1955
1.Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi. [20m]
2.Galurkan proses penyatuan negara bangsa Itali pada abad ke-19 Masihi. [20m]
3.Bincangkan pelaksanaan Merkantilisme di England pada abad ke-19 Masihi. [20m]
4.Bincangkan perkembangan pemikiran dan pendidikan humanisme di Eropah pada abad ke-16 dan abad abad ke-17 Masihi . [20]
5.Bincangkan faktor penglibatan Jepun dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua. [20]

6.Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap politik antarabangsa. [20]

Thursday, June 12, 2014

SISTEM PEMBESAR DI SABAH DAN SARAWAK

OLEH -AHMAD BIN YAAKOB
Pada abad ke-18 dan ke-l9,negeri Sarawak dan bahagian barat Sabah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei. Dalam mentadbir kawasan ini, sultan Brunei telah melantik para pembesar tempatan untuk membantu baginda dalam urusan pentadbiran. Di negeri sarawak, tiga orang pembesar tempatan dilantik, iaitu Datu Patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar dengan setiap seorang diberi tugas-tugas tertentu yang khusus.Datu  Patinggi bertanggungjawab mengutip dan menyerahkan  hasil  kepada kerajaan Brunei sebagai ufti. Datu Temenggung pula diberi tanggunglawab berkaitan.dengan soal keselamatan,manakala Datu Bandar  ditugaskan untuk menyelenggarakan hal ehwal perdagangan di seluruh kawasan.

      Setelah keluarga Brooke (1841-1941) menguasai Sarawak, para pembesar tempatan turut diberi peluang untuk membantu pentadbiran negeri. Di bawah pentadbiran Brooke, Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian dengan setiap bahagian diketuai oleh seorang Residen berbangsa Inggeris. Para pembesar tempatan yang dikenali sebagai Pegawai Anak Negeri kemudiannya dilantik untuk membantu Residen di setiap bahagian. Mereka ditugaskan untuk membantu Residen dalam pelbagai urusan pentadbiran, seperti mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi ketenteraan.[18]

      Sementara itu di sabah, Bahagian Utara dan Timur Sabah yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu. Sehingga tahun l88l, bahagian ini ditadbirkan oleh Para pembesar Sulu dengan gelaran “Datu'. Setelah kedatangan British, jawutun pegawai daerah yang dipegang oleh pegawai berbangsa Eropah diwujudkan untuk mentadbir  di peiringkat daerah'.Seiring dengan itu jawatanKetua Anak Negeri diperkenalkan di peringkat daerah untuk membantu tugas-tugas Pegawai Daerah. Ketua Anak Negeri berbanggungiawab untuk menjaga keamanan,mengutip cukai mengendalikan keadilan, membahagikan tanah dan memastikan semua kegiatan pertanian berjalan lancar.

      Di peringkat kampung, ketua kampung yang dikenali sebagai “Orang Tua” dilantik untuk mengendalikan pentadbiran kampung masing-masing. Dalam pentadbiran keadilan, Mahkamah Anak Negeri yang wujud secara tradisional di kalangan masyarakat peribumi terus dikekalkan. Mahkamah ini diketuai oleh seorang Ketua Anak Negeri, beliau berfungsi sebagai hakim di peringkat tempatan. Menjelang tahun 1915, peranan para pembesar ini semakin diperluaskan berikutan dengan penubuhan sebuah Majlis Penasihat Ketua-Ketua Anak Negeri.[19]   




[18] Ibid.,29
[19] Ibid., 30.

SISTEM PEMBESAR DI KELANTAN

Negeri Kelantan mengamalkan sistem pembesar yangberbeza dengan negeri-negeri yang lain. Para pembesar di Kelantan menggunakan gelaran seperti Tuan dan Wan.Perdana Menteri merupakan pembesar yang utama dalam sistem politik di Kelantan. Pada tahun l80l semasa pemerintahan Sultan Muhammad I (1800-35),baginda menubuhkan sebuah Badan Jemaah Menteri untuk memudahkan dan melicinkan lagi jentera pentadbiran. Tujuh orang pembesar dilantik untuk membantu baginda mentadbir negeri-.Antara pembesar tersebut ialah Long Jenal (Raia Bendahara Banggol), Long Ismail (Raja Kampung Laut), Long Yusuf (Raja Bukit Panor) Long Tan (Tengku Aria Pahlawan), Tengku Long Muda (Tengku Kota), Anak Penghulu Adas (Dato' Kaya Hulubalang Kaduk)  dan Anak Mandor Mes (Dato'Panglima Perang Londang).
Semasa pemerintahan SultanMuhammad II (1837-89) pula,Badan Jemaah Menteri telah diperkenalkan  untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Badan Jemaah Menteri yang setiap satu dianggotai oleh empat orang pembesar ialah:

1.Menteri Pentadbiran dan Mengimarahkan Negeri (kemajuan dan pembangunan negeri)
2.Menteri Perbendaharaan (harta benda dan hasil mahsul kerajaan)
3.Menteri Luar-hal-hal  berkaitan dasar dan urusan luar negeri)
4.Menteri Dalam Negeri (menjaga keamanan negeri)
5.Menteri Peperangan- hal berkaitan berkaitan ketenteraan, peperangan, pertahanan
dan keamanan negeri)
6.Menteri Istana-(istiadat kebesaran diraja dan adat istiadat.rasmi)
7.Penasihat  Raja (urusan hal-hal besar yang bukan rahsia)
8.Menteri Keadilan dan Kehakiman (urusan keadilan dan kehakiman). Ini menunjukkan pada abad ke 19, negeri Kelantan  sudah mempunyai sebuah sistem pentadbiran yang lengkap.[i]




[i] Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia, (Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2003),27.

Sistem Pembesar di Pahang

      Sistem pembesar di Pahang hampir sama dengan Melaka. Pahang mempunyai seorang Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung. Pada abad ke-17 para pembesar Pahang dilantik oleh Sultan Johor seperti Orang Besar Indera Mahajara Perba Jelai atau Tok Raja, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Orang Kaya  Pahlawan Chenor dan Orang Kaya Indera Syahbandar.[11]

      Pada abad ke-19 di pahang, Bendahara memainkan peranan penting dalam pemerintahan. Beliau bertanggungjawab mengendalikan urusan perhubungan luar, mengetuai peperangan, mengadili kes-kes perbicaraan serta menjadi lambang perpaduan rakyat. Bendahara sangat bergantung kepada peranan Orang Besar Berempat seperti Orang Kaya Indera Syahbandar, Orang Kaya Indera Maharaja Perba, Orang Kaya Indera Segara Temerloh dan Orang Kaya Indera Pahlawan, Chenor. Orang Besar Berempat akan mengenakan cukai atau kutipan lain apabila keadaan memerlukan. Contohnya, pembesar boleh memungut cukai daripada setiap penduduk di daerah mereka untuk membiayai perbelanjaan ke Pekan bagi tujuan mengadap sultan.[12]

      Pembesar boleh mengenakan cukai terhadap barang yang diimpot dan diekspot di daerah masing-masing. Kadangkala, mereka memegang hak monopoli terhadap barang tertentu yang kemudian dijual kepada rakyat dengan harga yang lebih tinggi.  Orang Besar Berempat juga mengendalikan kes jenayah dan awam.Pada teorinya, hukuman mati hanya boleh dijatuhkan oleh sultan, tetapi secara praktiknya, pembesar berkuasa penuh di daerah mereka. Biasanya semakin jauh daerah itu dari Pekan, semakin kuat kuasa dan kebebasan Orang Besar Berempat. Mereka juga menjadi ahli dalam Majlis Penasihat Istana. Sultan memerlukan mereka dalam perundingan tentang hal-hal negeri yang penting.[13]  

      Orang Besar Berlapan dan Orang Besar Enam Belas mempunyai bidang kuasa yang sama seperti Orang Besar  Berempat; cuma kuasa mereka terhad dalam kutipan cukai, pengadilan dan pentadbiran sahaja. Mereka juga diberi daerah kecil untuk ditadbir.[14]  Terdapat dua orang Pembesar Berlapan yang mempunyai hak kuasa yang sama dengan Orang Besar Berempat. Mereka ialah Orang Kaya Lipis dan Orang Kaya Semantan.[15]

      Satu lagi kumpulan pembesar yang memegang kuasa yang luasdi Pahnag ialah Orang Besa Raja. Mereka biasanya adalah orang kesayangan di istana yang menjadi terkenal semasa peperangan. Contohnya Imam Perang Rasul. Beliau berjuang di pihak sultan semasa Perang Saudara di Pahang dan telah meningkatkan imej pasukan tentera Pahang dalam peperangan tersebut. Oleh sebab jasa tersebut, maka beliau telah dianugerahkan gelaran Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah Pahang atau Tok gajah. Tok Gajah juga dikurniakan kawasan Pulau Tawar dan Budu.


    Datuk Bahaman juga merupakan pembesar Pahang yang penting. Beliau merupakan panglima perang yang banyak berjasa kepada sultan Pahang. Beliau telah membantu Bendahara Wan Ahmad dalam tiga siri peperangan iaitu pada tahun 1858, 1860, 1862 serta Perang Kelang di Selangor.Disebabkan kegagahan tersebut, beliau dianugerahkan gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Beliau juga dilantik  sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara.[16]




[11]Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia, (Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2003),27.
[12] Ong Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2013),10.
[13] Ong  Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2014),10.
[14] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000,8.
[15] Ong  Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2014),10.
[16] Ibid,11.

Wednesday, June 11, 2014

Sistem Pembesar di Johor

Pembesar di Johor memainkan Peranan penting dalam sistem pemerintahan pada abad ke-19. Pada tahun 1860 dan 1870-an, pembesar Johor dipilih berdasarkan tahap pendidikan, kebolehan, keupayaan, pengalaman, kelayakan, kecekapan, dan keakraban dengan pemerintah.Pembesar Johor dilantik oleh sultan. Baginda akan mempertimbangkan faktor keturunan dalam pelantikan tersebut. Pembesar bertindak sebagai pegawai kerajaan yang diberi gaji, mempunyai tugas khas, dan menjalankan tugas berdasarkan peraturan yang ditetapkan dalam sistem pemerintahan negeri.[8]

      Pada abad ke-19, pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas dalam sistem birokrasi baharu yang mempunyai sedikit perbezaan dengan sistem pemerintahan Melayu tradisional. Namun, dalam sistem birokrasi ini,pembesar masih di bawah kawalan sultan dan berkhidmat untuk sultan.Sultan yang melantik pembesar negeri. Ini bermakna peranan, kedudukan dan kewibawaan yang ada pada pembesar datang daripada sultan.Ini menyebabkan pembesar sedia berkhidmat untuk sultan.

      Golongan pembesar di Johor terdiri daripada kerabat diraja, iaitu Tengku,Ungku, Raja dan Wan serta golongan Tuan/Dato  yang bukan berdarah raja. Mereka dilantik menjadi ahli Lembaga Penasihat atau Majlis Negeri.Pembesar kanan seperti kerabat diraja, Menteri Besar, dan Setiausaha Negeri sering bermesyuarat dengan sultan, menasihati dan membantu baginda dalam melaksanakan tugas pentadbiran negeri.[9]

Pembesar yang terkemuka di Johor ialah:
1.Dato'Jaafar bin Muhammad merupakan Menteri Besar Johor yang pertama dan bertanggungjawab menjalankan pentadbiran negeri Johor.
Pembesar yang terkemuka di Johor ialah:
1.Dato'Jaafar bin Muhammad merupakan Menteri Besar Johor yang pertama dan bertanggungjawab menjalankan pentadbiran negeri Johor.


2.Dato’ Muhammad Salleh bin Perang dikenali sebagai Dato Bentara Luar. Beliau merancang dan mengawal pembangunan negeri serta merancang Pengurusan kewangan negeri Johor.
3.Dato' Abdul Rahman bin Andak digelar Dato' Seri Amar Diraja menjadi pembantu kepada Menteri Besar. Tugas utama beliau ialah mengawal hubungan Johor dengan British, mengeratkan hubungan Johor dengan pegawai British dan pedagang asing, serta memastikan British tidak menguasai fohor.

4.Dato' Muhammad Ibrahim Munshi digelar Dato' Bentara Dalam dan Bapa Pendidikan Melayu Johor. Beliau merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama pada tahun 1883. Beliau mendirikan banyak sekolah dan mendesak supaya pendidikan diwajibkan kepada semua rakyat  Johor. Beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri yang pertama pada tahun 1893.[10]




[8] Ong  Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2014,9.
[9] Ibid,10.
[10] Ong Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2013,10.

Tuesday, June 10, 2014

SISTEM PEMBESAR DINEGERI SEMBILAN

Sistem pemerintahan di Negeri sembilan dibentuk mengikut Adat perpatih.Pada abad ke-18, orang Minangkabau berhijrah dari Sumatera ke Negeri sembilan bersama dengan saudara-mara masing-masing. Mereka hidup secara berkumpulan mengikut hubungan kekeluargaan. Perkataan,Negeri sembilan, bermaksud 'sembilan buah negeri', tetapi telah dipersetujui bahawa gelaran nama ini tidak pernah mengandungi sembilan buah daerah yang khas.

      Berdasarkan Adat Perpatih, Negeri sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah atau jajahan yang disebut luhak atau luak. Mengikut tradisinya memang sudah lama wujud empat buah daerah besar dengan setiap satu ditadbir oleh seorang pembesar yang bergelar undang Berempat. Empat buah daerah yang asal ialah Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol. Terdapat beberapa orang pembesar rendah daerah separuh bebas yang berkaitan dengan salah satu daripada empat daerah besar ini. Undang Berempat menjadi ketua bagi setiap luak dan ketua bagi luak-luak yang lain dikenali sebagai Penghulu. Walau bagaimanapun, pihak yang sebenarnya berkuasa di Negeri Sembilan bukanlah Yang Dipertuan Besar, tetapi empat orang Undang tersebut. Undang berhak untuk memilih dan melantik sesiapa sahaja daripada kerabat diraja menjadi Yang Dipertuan Besar. Para pembesar lain di bawah undang dan Penghulu dikenali sebagai Lembaga, Buapak dan Perut. Lembaga merupakan ketua kepada suku-suku anggota masyarakat. Terdapat lebih kurang 12 suku dengan setiap luak biasanya mempunyai empat suku. Lembaga bertanggungiawab ke atas suku-sukunya dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan dan keamanan, menyelesaikan perbalahan sesama suku, mengawal dan mengadili pembahagian harta pusaka serta menjadi orang perantaraan antara anggota sukunya dengan Undang.[6]

      Suku masyarakat Buapak terdiri daripada kumpulan keluarga yang disebut Perut. Ahli-ahli dalam sesuatu Perut akan memilih seorang ketua yang digelar Buapak. Bilangan Buapak agak ramai dan tugasnya sama dengan Lembaga, tetapi terbatas kepada keluarga yang menjadi anggota sesuatu Perut.Buapak hanya berkuasa dalam kalangan ahli perutnya sahaja. Tugas Buapak ialah menjalankan adat istiadat berkaitan dengan perkahwinan, upacara bercukur rambut, berkhatan dan penceraian.[7] Negeri sembilan terdiri daripada sembilan buah negeri, iaitu sungai Ujong,Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.Berikut adalah senarai kawasan atau daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai pembesar:
1. SungaiUjong
Dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kawasan pedalaman yang dikuasai oleh Datuk Kelana dan rantau tengah sungai Linggi yang dikuasai oleh Dato' Syahbandar.

2. SungaiLinggi
Daerah kecil yang diambil dari sungai ujong, dikuasai oleh Datuk Muda Linggi.
3. SungaiRayaLukut
Kedua-dua daerah ini dibuka oleh orang Bugis.
4. Rembau
Mempunyai seorang sahaja pembesar daerah, iaitu Undang.
5. Tampin
Sebuah daerah yang diambil dari Rembau dan pembesarnya bergelar Tuanku Besar Tampin'.
6. Inas dan Gemenceh
Dua buah daerah kecil yang diambil dari Johol. Datuk Inas dan Datuk Gemencheh mengakui Undang Johol sebagai ketua besar mereka.
7. Jelebu
Mempunyai seorang pembesar daerah yang bergelar Undang.




[6] Ibid,25
[7] Ong Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2013,12.

SISTEM PEMBESAR DI NEGERI SELANGOR

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
      Jawatan pembesar di Selangor sebelum Raja Lumu dilantik menjadi rajanya yang pertama ialah Penggawa Permatang, Penggawa Tua, Penghulu Aru, Tok Kelang, Dato'Naga, Dato',Menteri dan orang Kaya Kecil. Asalnya mereka ialah pembesar daerah. Walaupun begitu, jawatan ini belum diputuskan secara rasmi semasa British campur tangan di Selangor pada tahun 1874. Malah, tidak ada seorang pun pemegang jawatan ini menguasai sesuatu daerah. Ini disebabkan bilangan penduduk Selangor ketika itu sangat kecil sehinggakan mereka tidak dapat menyokong satu kelas pemerintah yang lebih daripada beberapa cabang dinasti raja (Bugis-Riau).Anggota dinasti ini mengambil alih jawatan pembesar daerah. Tidak ada gelaran diraja bagi jawatan ini, bahkan anak raja terpaksa menggunakan gelaran pembesar. Kedudukan kelima-lima daerah di selangor yang ditadbirkan oleh para pembesar tertentu pada tahun 1870-an adalah seperti berikut:

Bernam
      Dikuasai oleh satu cabang zuriat diraja sekurang-kurangnya selama dua atau tiga generasi. Pembesarnya pada tahun 1870 ialah anak saudara Sultan Abdul Samad (1857-98), iaitu bapanya berkahwin dengan saudara perempuan sultan.
Selangor
Sebuah daerah diraja negeri selangor yang asal dan surtan tidak lagi bersemayam di situ menjelang pertengahan abad ke 19. Sehingga tahun 1820, daerah ini ditadbirkan oleh anak sulung dan waris takhta kerajaan, Raja Muda Musa. Semasa berlaku perang saudara, pemerintahan daerah ini telah bertukar tangan.
Kelang

Ibu negeri diraja bagi negeri serangor. Semasa pemerintahan sultan Muhammad (1826-1857), daerah Kelang ditadbir oleh putera baginda,Raja Sulaiman. setelah Raja Sulaiman meninggal dunia, puteranya Raja Mahadi terah diketepikan oleh SultanAbdul Samad yang menggantikan sultan Muhammad. Daerah ini telah diberi kepada menantu baginda, Raja Abdullah sehingga membawa kepada  perang saudara  di Selangor. Daerah ini juga pernah diberi kepada seorang lagi menantu sultan, Tunku Kudin yang kemudiannya dilantik oleh baginda menjadi ,Wakil Yamtuan,bagi seturuh Selangor.
Langat
Sebuah daerah yang kurang penting berbanding dengan daerah-daerah lain di selangor. Daerah ini ditadbirkan oleh sultan sendiri. Dalam tahun 1862, SultanAbdul samad memberi daerah Langat kepada Tunku Kudin. Tidak rama kemudian, sultan mengambil semula daerah Langat sebagai pertukaran dengan daerah Kelang yang diberikan kepada Tunku Kudin.
Lukut
Sebuah daerah yang kaya dengan bijih timah di Selangor. Pada tahun 1846, daerah ini diberi oleh sultan Muhammad kepada Raja Jumaat kerana perkhidmatan beliau. Apabila Raja Jumaat meninggal dunia, daerah Lukut diserahkan kepada puteranya, Raja Bot. Daerah Lukut kemudiannya diserahkan kepada Negeri Sembilan selepas satu penyusunan sempadan dibuat pada tahun 1880.[5]





[5] Ibid,24.