Wednesday, August 26, 2020

TEMA 1-MASYARAKAT

 oleh-AHMAD BIN YAAKOB

1.1.1        Raja
Menjelaskan konsep dan peranan raja pada abad ke-19.
1.Konsep Raja.
      Merupakan satu sistem pemerintahan yang meletakkan raja sebagai ketua pemerintah di sesebuah negeri, berkuasa mutlak. Konsep raja diperkuatkan dengan konsep “Daulat dan Derhaka.” Raja mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat kebesaran dan lambang kebesaran.[1]

Peranan Raja.
1.Politik
Ketua pemerintah tertinggi negeri
Raja hanya berkuasa di kawasan Dirajanya. Selain itu, baginda juga merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak.[2]
Ketua undang-undang dan kehakiman
Ketua tentera
Berkuasa melantik bakal pengganti raja berdasarkan sistem warisan.
2.Ekonomi
Menguasai semua sumber ekonomi negeri termasuk pertanian dan perlombongan. Menentukan sistem pungutan cukai dan melantik wakil kerajaan untuk mengutip cukai.
Terlibat dalam perdagangan luar negeri.
Memperkenalkan sistem mata wang.
3.Sosial
Menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat.
Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Khalifah Allah di muka bumi.
Menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat.[3]



[1]“Insitusi Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal [3,] (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)2.  .  
[2] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah STPM Pra U, Sejarah (Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,
[3]“Insitusi Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,3.

Sunday, June 21, 2020

KONSEP DAN PERANAN RAJA

OLEOLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1.Konsep Raja.
Perkataan raja merupakan istilah yang berasal daripada bahasa sanskrit. Institusi beraja bermula seiring dengan kemasukan pengaruh Hindu-Buddha ke alam Melayu.Konsep raja dalam masyarakat Melayu tradisional digubal berasaskan sistem feudal, iaitu raja menjadi ketua negara yang menduduki peringkat tertinggi dalam hierarki sosial sesebuah kerajaan atau negara.[1]
      Sistem pemerintahan beraja,merupakan satu sistem pemerintahan yang meletakkan raja sebagai ketua pemerintah di sesebuah negeri, berkuasa mutlak. Konsep raja diperkuatkan dengan konsep “Daulat dan Derhaka.” Selepas kedatangan Islam gelaran raja diganti dengan gelaran sultan, Baginda mula dianggap sebagai pemimpin dan ketua agama Islam melalui konsep Amirul Mukminin.[2]

      Bagi mengukuhkan kedudukan raja ang luhur dan suci ini, beberapa aspek khas diamalkan bagi membezakan raja dengan golongan pemerintah yang lain.Raja mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat kebesaran dan lambang kebesaran.[3]Antara pemilikan peralatan khas ialah seperti cop mohor, keris, lembing, kendi, ketur dan sebagainya. Alat muzik Diraja seperti nobat, warna istimewa seperti payung kuning untuk raja dan payung putih untuk anak raja dan keluarga Diraja. Rakyat dikehndaki mencurahkan taat setia  terhadap aja mereka yang dianggap sebagai Khalifah Allah dimuka bumi. Sesiapa yang melangar perintah raja diangap mengingkari perintah Allah SWT.[4]

Peranan Raja.
Dalam masyarakat Melayu tradisional  hubungan antara raja dan rakyat terjalin berpandukan konsep  penaung dan dinaungi. Dalam hubungan ini raja menjadi penaung kepada rakyat jelata. Rakyat bergantung kepada kepada raja bukan sahaja untuk memperolehi perlindungan dari musuh malah memenuhi keperluan dari segi ekonomi.
1.Politik
Ketua pemerintah tertinggi negeri
Raja bereperanan sebagai pemerintah teringgi sesebuah negara atau kerajaan. Baginda bertanggungjawab  dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbian negara.
Raja hanya berkuasa di kawasan Dirajanya. Selain itu, baginda juga merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak.[5]
Ketua undang-undang dan kehakiman
Raja berperanan sebagai penggubal undang-undang untuk memelihara dan mengekalkan keamanan dalam negeri serta menjamin ksejahteraan hidup rakyat jelata. Semua rakyat wajib mematuhi  mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan tanpa sebarang persoalan. Raja bertanggungjawab memastikan segala undang-undang yang digubal ini dikuatkuasakan. Baginda menjadi Ketua Hakim dalam membicarakan pesalah dan menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh. Baginda juga berhak untuk memberi pengampunan kepada sesiapa sahaja yang diiginkan.

      Raja juga berkuasa melantik para pembesar negeri untuk membantu baginda dalam menjalankan pemerintahan dan melicinkan semua urusan pentadbiran negara.[6]
Ketua tentera
     Raja bertindak sebagai ketua angkatan tentera dan mengetuai tentera dalam peperangan dengan negara luar. Raja tidak mempunyai pasukan tentera kebangsaan tetapi boleh memanggil rakyatnya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera.
Berkuasa melantik bakal pengganti raja berdasarkan sistem warisan.
Oleh sebab sistem penggantian takhta bercorak warisan , baginda berkuasa melantik bakal pengganti raja dari kalangan putera-putera banginda.[7]
2.Ekonomi
Raja mempunyai kuasa penuh dalam bidang ekonomi dengan menguasai semua sumber ekonomi negeri termasuk pertanian dan perlombongan. Raja bertanggungjawab menentukan sistem pungutan cukai. Baginda juga bertanggungjawab  melantik wakil kerajaan untuk mengurus khazanah negar dan hasil mahsul kerajaan serta mengendalikan urusan perdagangan di pelabuhan.

      Raja tidak mempunyai tenaga buruhnya sendiri, tetapi di bawah sistem kerah, baginda boleh mengerah tenaga rakyat untuk bekerja secara percuma di bawah pengawasan pembesar masing-masing untuk membuat kerja-kerja seperti membina istana, parit dan tali air.[8]   

3.Sosial
Menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat.
Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Selepas kemasukan pengaruh Islam di alam Melayu, raja beperanan sebagai Ketua Agama Islam. Seiring dengan ked
[4]S,B.Teoh, Norizan Yusuff, Nurul Huda Md.Yusop, Sejarah STPM Penggal 3,5.
[5]Ong Loo Chen, “Teks Sejarah STPM Pra U, Sejarah (Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,
[6] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 3,Edisi Kemaskini (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2014),4.
[7] Ibid,5.
[8] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 3,5.
[9]“Insitusi Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,3.udukan ini baginda sentiasa dihormati dan disanjung oleh rakyat. Titah perintah raja tidak boleh dibantah oleh rakyat kerana raja dianggap sebagai  Khalifah Allah di dunia.

Wednesday, June 17, 2020

TEMA 1-MASYARAKAT

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.1.1        Raja
Menjelaskan konsep dan peranan raja pada abad ke-19.
1.Konsep Raja.
      Merupakan satu sistem pemerintahan yang meletakkan raja sebagai ketua pemerintah di sesebuah negeri, berkuasa mutlak. Konsep raja diperkuatkan dengan konsep “Daulat dan Derhaka.” Raja mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat kebesaran dan lambang kebesaran.[1]

Peranan Raja.
1.Politik
Ketua pemerintah tertinggi negeri
Raja hanya berkuasa di kawasan Dirajanya. Selain itu, baginda juga merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak.[2]
Ketua undang-undang dan kehakiman
Ketua tentera
Berkuasa melantik bakal pengganti raja berdasarkan sistem warisan.
2.Ekonomi
Menguasai semua sumber ekonomi negeri termasuk pertanian dan perlombongan. Menentukan sistem pungutan cukai dan melantik wakil kerajaan untuk mengutip cukai.
Terlibat dalam perdagangan luar negeri.
Memperkenalkan sistem mata wang.
3.Sosial
Menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat.
Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Khalifah Allah di muka bumi.
Menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat.[3]



[1]“Insitusi Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal [3,] (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)2.  .  
[2] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah STPM Pra U, Sejarah (Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,
[3]“Insitusi Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,3. 

Wednesday, April 8, 2020

SUKATAN PELAJARAN SEJARAH STPM PENGGAL 3

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000)
BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA

TEMA 1

1.1 Institusi pemerintahan

1.1.1 Raja –konsep dan peranan raja  

1.1.2 Konsep, hierarki dan peranan pembesar.

1.2 Hukum adat dan undang-undang.

  1.2.1 Hukum adat

Bentuk dan pelaksanaan

i.Adat Perpatih.

ii.Adat Temenggung.

   1.2.2 Undang-Undang pada abad ke-19

Prinsip-prinsip umum

i.Undang-Undang 99 Perak.

ii.Undang-Undang Tubuh Johor.

1.3 Sistem Sosial abad ke-19

Konsep dan susun lapis masyarakat.

Peranan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.

1.4 Sistem ekonomi sara diri dan Komersial.

Menjelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional  STPM P32013

Ciri-ciri  ekonomi komersial.                                   


TEMA 2

2.Transfomasi masyarakat

2.1 Perluasan kuasa asing abad ke-19 hingga 20

      Faktor-faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu Sabah dan

      Sarawak pada abad ke-19-20.     

     Campur tangan di Perak dan Selangor

     Sistem Residen di Pahang dan Negeri Sembilan.

     Perluasan kuasa British di Negeri Melayu Utara.

     Iperialisme Barat di Sabah dan Sarawak

     Faktor-faktor kemerdekaan Johor sehingga 1914.

2.2 Penentangan terhadap kuasa asing.

1.Dol Said di Naning.

2.Penentangan Pembesar Perak

3.Penentangan Datok Bahaman di Pahang.

4.Penentangan terhadap pentadbiran Brooke di Sarawak

5.Penentangan di Kompeni Berpiagam di Sabah.

6.Penentangan di Terengganu.

7.Penentangan Tok Janggut di Kelantan.


2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran , ekonomi dan pendidikan

Perubahan dalam pentadbiran di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.

; Sistem Residen 1870an-1895.

Perubahan dan perkembangan ekonomi di Negeri-negeri Melayu, sabah dan Sarawak.

Perubahan sistem pendidikan di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.


2.4 Masyarakat pelbagai kaum pada abad ke-19-20

Perkembangan masyarakat pelbagai kaum di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.


3. Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa


3.1 Gerakan nasionlisme
3.1.1 Faktor kemunculan
Faktor-faktor  kemunculan nasionalisme abad ke-20
i.Pengaruh agama Islam.
ii.Peranan bahasa dan kesusasteraan
iii.Pengaruh kewartawanan
iv.Peranan pendidikan
v.Peranan golongan intelektual.
vi.Pengaruh luar.

3.1.2 Gerakan persatuan, kelab dan kesatuan yang berkaitan dengan agama, ekonomi, sosial dan politik.
Sebab penubuhan dan matlamat gerakan persatuan, kelab dan kesatuan yang mendukung gerakan nasionalisme
i.Gerakan Islah/ Islamiah
ii.Persatuan dan kelab Negeri-negeri Melayu.
iii.Kesatuan Melayu Muda.

3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan pada abad ke 20
3.2.1 Pendudukan Jepun 1941-1945
a.Dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan.
3.2.2 Perjuangan secara berperlembagaan 1946-1960.
b.Menilai penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
c.Menjelaskan Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak.
d.Membincangkan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
e.Menggalurkan perkembangan perlembagaan di Sabah dan Sarawak.
f.menghuraikan langkah-langkah mengatasi ancaman Parti Komunis Malaya.

3.2.3 Kemerdekaan pada abad ke-20
g.menganalisis langkah-langkah mencapai kemerdekaan 
h.membincangkan faktor-faktor pembentukan Malaysia
i.membincangkan reaksi dalam dan luar negara terhadap pembentukan Malaysia.
j.membincangkan isi-isi Perjanjian Malaysia 1963.

4 Pengisian Kemerdekaan abad ke-20
4.1 Sistem pemerintahan
a.menghuraikan bentuk pemerintahan
i.Persekutuan
ii.Raja Berperlembagaan
iii.Demokrasi Berparlimen

4.2 Pembinaan negara bangsa
4.2.1 Pembangunan sosial pada abad ke-20
a)menjelaskan usaha-usaha ke arah pembangunan sosial
i.Bahasa Kebangsaan
ii.Dasar Pendidikan Kebangsaan
iii.Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
iv. Rukun Negara.

4.2.2 Pembangunan ekonomi
b.menganalisis usaha-usaha ke arah pembangunan ekonomi
i.Dasar Pembangunan Luar Bandar
ii.Dasar Ekonomi Baru (DEB)
iii.Dasar Pembangunan Nasional  DPN
Dasar Perindustrian Negara
Dasar Pertanian Negara
c) Menilai sumbangan tokoh
i.Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
ii.Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein
iii.Tun Hussein bin Onn
iv.Tun Dr Mahathir bin Mohamad

4.3  Wawasan 2020
a.menerangkan cabaran dan hala tuju negara.
4.4  Perhubungan luar  pada abad ke-20
a.mengenal pasti asas-asas Dasar Luar Negara
b.membincangkan penglibatan Malaysia dalam organisasi antarabangsa.
i.Komanwel
ii.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
iii.ASEAN
iv.Pergerakan Negara Berkecuali
v.Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) 

Friday, November 1, 2019

CAMPUR TANGAN DI SABAH DAN SARAWAK

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
2.1.3 Cara Peluasan Kuasa Asing di Sabah
Peluasan Kuasa Asing British dan Amerika Syarikat di Sabah.
Sabah dahulu dikuasai oleh dua buah kesultanan yang berasingan iaitu:
1.Bahagian barat Sabah terletak di bawah Kesultanan Brunei.
2.Bahagian timur Sabah dikuasai oleh Kesultanan Sulu.

FAKTOR CAMPUR TANGAN DI SABAH
1.Pada abad ke-19, banyak kuasa asing tertarik dengan Borneo Utara kerana kedudukannya yang strategik, iaitu di tengah jalan perdagangan ke China.
2 Pada tahun 1762, seorang pegawai British, Alexander Dalrymple berjaya mempengaruhi Sultan Sulu, iaitu Sultan Muizuddin menandatangani satu perjanjian perdagangan. Pihak British diberi kebenaran mendirikan sebuah loji perdagangan dan berdagang dalam kawasan taklukan Sultan Sulu. Sebagai balasan, pihak British hendaklah membantu Sulu sekiranya diserang dan Sultan Sulu pula hendaklah melindungi pihak British daripada semua musuhnya.
3 Pada tahun 1846, SHTI berjaya mendapatkan Labuan daripada Sultan Brunei, iaitu Sultan Abdul Mu'mein dan telah menjadikannya sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Pada tahun 1865, seorang wakil Amerika Syarikat, Charles Lee Mosestiba di Brunei dan telah memujuk Sultan Abdul Mu'meinmemajakkan sebahagian daripada jajahan baginda seperti Borneo Utara dan pulau-pulau Banggi, Balabac, Palawan kepadanya selama 10 tahun. Sebagai balasan, Moses akan membayar 9 500 pound setahun kepada baginda.
4.Moses kemudiannya pergi ke Hong Kong dan menjual hak konsesinya kepada seorang pedagang Amerika bernama William Torrey. Dengan bantuan saudagar Cina di Labuan, Torrey menubuhkan The American Trading Company.
5.The American Trading Company menggunakan buruh Cina untuk menanam kopi dan tebu di kawasan Kimanis. Malangnya, syarikat ini terpaksa menghentikan usaha yang merugikan itu. Setelah gagal, William Torrey telah menjual konsesi itu kepada Baron Von Overbeck, iaitu Konsul Austria di Hong Kong
6.Overbeck tidak mempunyai modal untuk memajukan konsesi itu. Oleh itu, beliau berkongsi dengan seorang saudagar British yang kaya bernama Alfred Dent.
7. Mereka membuat rancangan untuk memajukan kawasan yang diperoleh tetapi tempoh konsesi, iaitu selama 10 tahun telah tamat. Kemudiannya, Overbeck dan Dent memperbaharui konsesi ini dengan Sultan Brunei.[1]

 Cara peluasan kuasa British di Sabah
(a) Pada tahun 1877, Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Abdul Mu'mein dan Pangeran Temenggong.
(b) Oleh sebab sebahagian daripada wilayah Sabah di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu, Overbeck dan Dent telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam.
Overbeck dan Dent telah pergi ke Jolo, ibu kota Sulu untuk membuat perjanjian dengan Sultan Sulu dan menandatangani perjanjian pada 1878 dengan sultan Sulu.[2]

Kesan-kesan Perjanjian 1877 dan  1878
Melalui perjanjian dengan Sultan Brunei pada tahun 1877 dan perjanjian dengan Sultan Sulu pada tahun 1878, Syarikat Overbeck dan Dent memperolehi Borneo Utara seluas 28 000 batu persegi yang meliputi kawasan di antara Teluk Gaya di pantai barat hingga ke Sungai Sibuku di timur wilayah Kimanis.

      Syarikat Overbeck dan Dent membuat keputusan untuk membentuk sebuah syarikat British yang membolehkan rakyat British melabur melalui pembelian saham. Oleh sebab syarikat yang akan dibentuk itu ialah syarikat British, maka Overbeck yang bukan rakyat British menarik diri.Alfred Dent membeli semua hak Overbeck dan menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Selepas itu, beliau memohon piagam daripada kerajaan British untuk mengukuhkan kedudukan syarikat tersebut.

     Pada tahun 1881, kerajaan British meluluskan permohonan Alfred Dent kerana mempunyai kepentingan di Sabah. Pada tahun 1882, syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan mengendalikan pentadbiran Sabah.Melalui pemberian Piagam Diraja, British memperluaskan kuasanya di Sabah di samping menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah.

     Pada 1 November 1888, British bersetuju memberi Piagam Diraja kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Nama syarikat ini telah ditukar kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara atau ringkasnya SBBU.[3]




[1]Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2014),65.
[2]Zainal Abidin Abdul Wahid, “ Malaysia Warisan dan Perkembangan”, (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1996), 207. 
[3]Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2013),6.

Huraikan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.[20]

Pengenalan :
-Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Mealayu adalah bercorak feudal.Secara umumnya,
masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
-Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai pengaruh dan kuasa
dalam masyarakat Melayu tradisional.Golongan pemerintah terdiri daripada sultan atau raja,kerabat diraja, pembesar dan ulama.
-Manakala, golongan yang diperintah mempunyai jumlah yang sangat ramai dalam kalangan masyarakat Melayu.Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka dan golongan hamba.
-Setiap golongan dalam masyarakat Melayu mempunyai peranan masing-masing.
Isi:
1. Sultan atau raja.
-Sultan merupakan pemerintah tertinggi di setiap negeri.Sultan akan menjadi ketua kerajaan dan
ketua pemerintah serta mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat .
-Sultan turut mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan sistem kehakiman negeri.
-Seorang sultan turut mempunyai banyak keistimewaan berbanding dengan rakyat biasa.
-Misalnya,penggunaan bahasa dalam atau istana, penggunaan warna kuning dan alat- alat kebesaran diraja.Sultan juga juga dikaitkan dengan kuasa daulat.Rakyat yang menderhaka terhadap sultan akan terkena tulah.
-Upacara pertabalan sultan akan dilaksanakan untuk mengesahkan kekuasaan seorang sultan tersebut.Sultan yang mangkat akan digantikan oleh putera sulung atau adik lelaki sulung.
-Sultan juga menjadi lambang perpaduan dan keamanan negeri Melayu.
2.Pembesar
Kerabat diraja.
-Golongan ini mempunyai pertalian darah dengan sultan dan lazimnya menggunakan gelaran raja
atau tengku.
-Golongan tersebut mempunyai kedudukan dan pengaruh yang besar dalam masyarakat Melayu.Mereka turut memiliki keistimewaan seperti mana Sultan tetapi tidak boleh mengatasi keistimewaan Sultan. Mereka sangat dihormati oleh rakyat jelata.
-Anak-anak raja akan diberikan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan, misalnya akan memerintah daerah atau mukim tertentu.
-Bilangan kerabat diraja sangat ramai kerana amalan berpoligami oleh sultan.
-Walau bagaimanapun, anak daripada permaisuri pertama akan mendapat tempat yang istimewa, terutama dalam pelantikan sebagai putera mahkota atau raja muda.
-Golongan pembesar mempunyai kedudukan yang ketiga dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 di Tanah Melayu.Golongan ini dikenali sebagai keturunan baik-baik atau anak baik-baik.
-Golongan pembesar terdiri daripada dua kumpulan iaitu kerabat diraja dan kerabat bukan diraja
. Golongan bukan kerabat diraja mendapat jawatan pembesar kerana mempunyai kebolehan mentadbir dan mempunyai jasa terhadap kerajaan.
-Golongan pembesar mempunyai tugas menjaga keamanan dan memungut cukai di kwasan atau
daerah masing-masing.
-Pembesar juga mempunyai kuasa dalam bidang kehakiman seperti menjatuhkan hukuman terhadap pesalah jenayah dan sivil.
-Pembesar juga bertanggung jawab untuk mengekalkan taat setia rakyat terhadap Sultan dengan cara melaksanakan sistem serah dan kerah.
-Selain itu,terdapat juga golongan pembesar yang bertugas di luar istana,iaitu penghulu dan ulama.
-Penghulu mempunyai tugas menjaga keamanan ,membekalkan tenaga buruh,mengutip cukai
dan memastikan rakyat taat setia terhadap Sultan.
-Ulama merupakan golongan cerdik ;pandai dalam bidang agama Islam .
-Golongan ini akan memegang jawatan seperti kadi,mufti ,imam, khatib mahupun guru agama
-Golongan ini akan bertindak sebagai penasihat kepada Sultan berkaitan dengan hukum-hakam agama Islam.
-Para ulama biasanya berketurunan Arab berasal dari Asia Barat ,India dan Pulau Jawa.
-Mereka menggunakan gelaran seperti maulana
3. Golongan merdeheka.
-Golongan ini terdiri daripda rakyat biasa dan orang asing.
-Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri tertentu .
-Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti berniaga,menangkap ikan ,melombong ,tukang mahir dan sebagainya.
-Rakyat biasa merupakan pengikut taat setia terhadap pembesar yang mentadbir daerah.
-Mereka akan sentiasa mengikut arahan golongan pembesar.
-Mereka akan menjalankan semua suruhan pembesar,misalnya dalam sistem kerah dan serah.
-Rakyat Asing.Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembali ke negeri asal mereka.
-Golongan ini terdiri daripada pedagang,perantau,mubaligh dan senteri serta orang asing yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan.
-Orang asing yang berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap di Tanah Melayu.
-Masyarakat Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di Tanah Melayu.Golongan orang asing tidak wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan tempatan Melayu tetapi mereka mestilah mematuhi undang-undang masyarakat Melayu.
4. Hamba
-Golongan yang menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 ialah hamba.
-Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahgaikan kepada tiga kumpulan ,iaitu hamba biasa,hamba berhutang dan hamba raja.
-Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunan hamba.Golongan ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup.Seluruh keluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya.
-Manakala hamba berhutang merupakan orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang.-amba berhutang akan bebas setelah nilai hutang tersebut habis setelah bekerja dengan tuannya.Antara kerja yang biasa dilakukan ialah bertani dan melombong.
-Selain itu ,hamba raja merupakan golongan merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah dan diampunkan oleh sultan.Hamba raja juga terdiri daripada tawanan perang .
-Hamba raja mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan semua hamba.
Kesimpulan:
-Struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 sememangnya sistematik;daripada golongan memerintah sehinggalah kepada golongan yang diperintah.
-Setiap golongan dalam struktur masyarakat Melayu mempunyai tugas dan peranan masingmasing.
-Namun,setelah campur tangan British dalm sistem politik negeri-negeri Melayu,struktur masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara.
-Hal ini kerana peranan golongan pembesar dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.

Faktor perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu


Oleh-Ahmad bin Yaakob
Membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
1.Konsep perluasan kuasa.
Dasar meluaskan empayar atau tanah jajahan atau dasar imperialisme kuasa asing. Ringkasnya peluasan kuasa asing ialah penglibatan kuasa asing dalam hal ehwal politik sesebuah kawasan, wilayah atau negeri.[1]
a)Faktor-faktor peluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu.
1.Sebab-sebab ekonomi.
Pada peringkat awal, kuasa Barat hanya memerlukan pasaran dan pusat perniagaan sahaja. Selepas berlaku Revolusi Perindustrian, keperluan Britain berubah kepada kepentingan mendapatkan bahan mentah.Tanah Melayu mempunyai banyak bahan mentah seperti bijih timah, kelapa, emas dan lain-lain.[2] Selepas Revolusi Perindustrian, Amerika Syarikat dan Britain menjadi pemeli bijih timah yang terbesar. Ini kerana perusahaan mengetin makanan menghidupkan kembali permintaan terhadap bijih timah.[3]

Kuasa Barat juga mempunyai keinginan untuk melabur di Tanah Melayu.Sebelum tahun 1874,saudagar-saudagar British dan pegawai British mempunyai kepentingan ekonomi yang besar di Negeri-Negeri Melayu seperti Pahang, Sungai Ujong, Selangor dan Perak secara persendirian atau berkongsi dengan pedagang China dan ada kalanya dengan pembesar-pembesar Melayu. Sebagai contoh Paterson, Simons dan rakan-rakannya telah membayar $330 500 untuk mendapatkan konsesi di Kuantan pada tahun 1868. Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar $30 000 pada tahun 1872kepada Dato’ Kelana bagi     mendapatkan konsesi perlombongan. Tanah jajahan juga turut memainkan peranan penting untu memasarkan barangan kilang.[4]
.
2.Bimbang campur tangan kuasa-kuasa Barat lain.
Berlaku persaingan untuk menambahkan tanah jajahan di Barat. Ini menyebabkan British bimbang akan pertapakan kuasa Barat lain. Tahun 1870-1914 merupakan satu jangka masa yang aman di Eropah. Menjelang tahun 1870-an, semangat imperialisme dan perlumbaan mencari tanah jajahan telah meningkat di kalangan negara-negara Eropah. Kuasa Barat seperti Belanda, Itali, Perancis, Rusia berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan. Antara kuasa-kuasa besar itu, Jerman paling dicurigai oleh British kerana selepas Penyatuan Jerman 1871, negara tersebut telah melancarkan satu dasar agresif yang menancam kedudukan British. Jerman telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Pulau Langkawi. Rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang, manakalaPerancis bercadang membuka terusan di Segenting Kra. Amerika Syarikat pula menunjukkan minat untuk meluaskan pengaruhnya di Terengganu.

      Lord Kemerly, Setiausaha Negara bagi tanah jajahan British menegaskan kemungkinan Jerman akan campur tangan di Selangor. Beliau bimbang dengan keadaan tersebut lalu mengambil pendirian bahawa British tidak akan membenarkan sebarang kuasa asing membentuk tanah jajahan di Tanah Melayu.[5]Beliau telah mengarahkan Sir Andrew Clarke bakal Gabenor Negeri-Negeri Selat supaya membuat laporan tentang memulihkan keamanan di Negeri-Negeri Melayu untuk melindungi kepentingan pelabur dan kerajaan British.[6]
3.Perubahan politik dan dasar di Britain
Perubahan kerajaan daripada kerajaan liberal kepada kerajaan konservatif telah mempengaruhi perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di Tanah Melayu  pada tahun 1874. Kemenangan Parti Konsevatif mengalahkan Parti Liberal di Britain serta membentuk kerajaan baharu di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik England. Kejayaan Parti Konsevatif menguasai kerajaan Britain Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di Tanah Melayu. Perunahan ini elah disokong oleh pegawai-pegawai British  seperti Lord Kimberley dan Andrew Clarke.
4.Pembukaan Terusan Suez.
Terusan Suez telah dibina oleh Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak dari Barat ke India, China dan Asia Tenggara serta dapat menjimatkan kos pengangkutan.Pembukaan nya menggalakkan kedatangankuasa-kuasa Barat ke Timur.[7]
Pembukaannya menyebabkan kuasa Barat memperkukuhkan kedudukan politik mereka di Asia. Terutama apabila British telah membeli saham dari Khedif Gabenor Mesir yang hampir muflis.Dengan  penguasaan British ini maka imperialisme Barat dapat mara dengan cepat ke Asia Tenggara terutama ke Negeri-Negeri Melayu. Pembukaan Terusan Suez juga menyebabkan pelabuhan-pelabuhan baru dibuka seperti Singapura. Kedudukan Singapura telah menjadi tumpuan kepada pedagang dan penjajah Barat terutama British dan Belanda.[8]
5.Keadaan huru-hara di Negeri-Negeri Melayu.
Pada masa itu berlaku keadaan huru-hara di Tamah Melayu contohnya di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.
Berlaku perebutan takhta di Perak antara Raja Abdullah dan Raja Ismail. Manakala di Selangor berlaku Perang Kelang 1867 antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.Perang Saudara di Pahang tercets disebabkan oleh perebutan jawatan Bendahara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad. Pada tahun 1869, Tengku Antah dan Tengku Ahmad bersengketamerebut jawatan Yam Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Berlaku perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu untuk menguasai kawasan perlombongan bijih timah.
Perang Larut 1861-1873 berlaku di Perak.Ia melibatkan perkelahian antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San.[9]Perang ini berpunca dari pertelingkahan untuk mendapatkan kawasan lombong yang lebih luas.

Keadaan huru-hara ini menyebabkan saudagar dan pelabur di Negeri-Negeri Melayu membuat rayuan kepada British di Singapura dan London bagi mendapatkan perlindungan British. Keperluan untuk campur tangan semakin mendesak. Pada tahun 1873 seramai 243 orang pedagang Negeri-Negeri selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Kimberley bagi mendesai British untuk campur tangan.[10]





[1] Ibid,42.
[2] “Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)25.
[3]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43. 
[4]“Perluasan Kuasa Asing”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,25.  
[5] Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43
[6] Ibid.
[7]Ibid.,26.
[8] Siti Aishah Selamat, STPM Penggal 3, Modul Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000),27.
[9]“Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,26.
[10]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,45.