Undang-Undang
99 Perak berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke 19 oleh Syed
Hassan al-Farodz dari Hadramaut.Undang-undang ini menetapkan kesalahan dan
hukuman bagi 99 kelakuan.Disasarkan dalam bentuk dialog.Pengalaman
undang-undang 99 Perak adalah lebih dipengaruhi oleh adat tempatan berbanding
dengan unsur islam.
Antara Tugas dan Tanggungjawab
Pemerintah. Undang-undang 99 Perak memperlihatkan pengaruh adat berbanding
unsur islam.Fasal 77 dalam undang-undang ini memperuntukkan takhta pemerintahan
akan diwarisi oleh anak gahara yang paling tua dan jika tiada, yang kecil akan
mewarisi.Undang-Undang 99 Perak menunjukkan lebih kepada pengaruh adat kerana
mengikut Islam dalam soal pemilihan pemimpin ditentukan melalui konsep
musyawarah.Contoh sistem pemerintahan yang lebih kepada mengamalkan adat lebih
daripada islam .Hal ini dapat mewujudkan suasana yang harmoni pada zaman itu.
Selain itu, Bidang Jenayah, Undang-undang
99 Perak lebih memperlihatkan kepada adat tempatan daripada unsur islam.Situasi
ini boleh dilihat dalam soal pembunuhan sesama orang islam mengikut Fasal 23,
orang islam yang membunuh orang islam lain tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh
sebaliknya dia dikatakan menjadi kafir.
Hukuman ini tidak selaras dengan pengaruh
hukum islam yang mengatakan seseorang yang membunuh akan dihukum bunuh
juga.Contohnya,pembunuh akan dikenakan denda empat tahil ,dua paha emas,atau
dua dirham dan disedekahkan setahil sepaha emas.Hukuman ini dapat mengurangkan
kes pembunuhan dalam kalangan masyarakat islam dengan adanya denda yang
dikenakan.
Seterusnya, Urusan kekeluargaan seperti
perkahwinan,pembahagian harta, dan penzinaan. Soal Penzinaan ,Fasal 50 yang
menyentuh tentang hal penzinaanMengikut undang-undang ini, jika kedua-kedua penzina
mengakuinya,mereka hanya diperintah bernikah dan membayar denda sepaha
emas.Pernyataan sebegini jelas memperlihatkan hukuman dalam undang-undang ini
lebih kepada adat tempatan daripada unsur islam.
Jika Penghulu mendapati tiada kesalahan
yang dilakukan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan. Mengikut
hukum islam bagi kesalahan zina seseorang yang tidak berkahwin dikenakan sebat
100 kali rotan. Melalui hukuman ini kegiatan maksiat dan penzinaan dapat
dibendung pada masa itu.
Dalam Soal Perkahwinan pula,menurut Fasal
65 –Pasangan yang baru dinikahkan tidak dibenarkan bersama selama lebih kurang
40hari di atas alas an untuk menjaga keimanan masing-masing. Tetapi mengikut
islam ,selepas akad nikah dilangsungkan atau disahkan ,jadi suami isteri
tinggal bersama.Contoh melalui perkahwinan ,perbuatan khalwat dapat dibendung
maka suasana kehidupan yang harmoni dalam masyarakat melayu abad ke 19 dapat
diwujudkan .
Akhir sekali, Peraturan dan Adat
Istiadat. Adat semasa menghadap ,memilih dan melantik raja. Contoh protokol
semasa berada di dalam istana.
Kesimpulannya,hukuman
yang terdapat dalam undang-undang 99 Perak didapati eberapa aspek
seperti
pembunuhan,penzinaan,pewarisan harta tidak selaras dengan pengaruh hukum islam.
Tegasnya ,undang-undang ini Berjaya menjamin keselamatan dan keamanan dalam
Masyarakat Melayu.
RUJUKAN/SUMBER-Modul
Puncak Sejarah Penggal 3 STPM Negeri Melaka 2015
No comments:
Post a Comment