Pages

Monday, July 30, 2018

faktor-faktor perkembangan getah di Tanah Melayu pada abad ke 20

Pada peringkat awal, penanaman getah tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di Tanah Melayu.Penanaman kopi dan tebu yang berharga tinggi pada ketika itu lebih menguntungkan. Mulai 1839permintaan, permintaan terhadap getah telah meningkat berikutan penciptaan tayar motokar oleh Goodyear. Penanaman getah juga bertambah akibat daripada kemerosotan harga kopi dunia. Terdapatbeberapa faktor yang mendorong peladang-peladang menanam getah secara besar-besaran di TanahMelayu.

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah
1. Sumbangan H.N.Ridley
Perlantikan H.N.Ridley sebagai Pengarah Botonical Garden di Singapura pada tahun 1888 melahirkan erabaru bagi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau merupakan orang yangbertanggungjawab dalam perkembangan penanaman getah di Tanah Melayu.H.N.Ridley telah berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan getah kepada penduduk tempatandengan memberi biji-biji benih getah. Beliau juga memujuk peladang-peladang kopi dan tebu supayamenanam getah. Tindakan Ridley berjaya memujuk seorang Cina bernama Tan Choy Yan menanam 16hektar getah pada tahun 1896. adik-beradik Kinderley juga dipengaruhi oleh Ridley dan menanam 5 ekargetah di Kajang.Pada tahun 1897 Ridley berjaya memperkenalkan satu cara penorehan saintifik iaitu sistem ‘tulang ikan herring atau ibedem’. Cara ini dapat mengeluarkan susu getah yang banyak dan berterusan tanpamerosakkan pokok getah. Ridley juga memperkenalkan satu cara yang selamat untuk mengangkut anakbenih getah iaitu dengan membungkusnya dalam arang batu yang lembap. Cara pengangkutan inimembolehkan anak benih getah dihantar ke kawasan yang lebih jauh. Ia dapat membantu pembukaanladang-ladang getah yang baru.
2. Dasar Kerajaan
Pada tahun 1897, cukai tanah yang rendah iaitu sebanyak 10 sen dikenakan ke atas tanah yangberukuran seekar untuk 10 tahu pertama ditanam dengan getah. Selepas 10 tahun , cukai cukai inidinaikkan menjadi 50 sen seekar. Duti sebanyak 2.5% dikenakan ke atas getah bagi 15 tahun yangpertama. Selepas 15 tahun duti ini dinaikkan kepada 5%. Sesiapa yang membuka tanah untukpenanaman getah akan diberikan hak milik yang kekal. Akibatnya ramai pelabur melibatkan diri dalamkegiatan penanaman getah di Tanah Melayu.Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah membaiki sistem perhubungan iaitu jalan rayadan landasan keretapi untuk menghubungkan kawasan ladang dengan bandar dan pelabuhan. Padatahun 1899 kerajaan telah menguntukkan wang berjumlah RM4000 bagi menjalankan eksperimen-eksperimen getah dan lain-lain tanaman.

3. Kemerosotan harga kopi
Kemerosotan harga kopi turut membantu memperkembangkan perusahaan getah di Tanah Melayu.Di antara tahun 1896-1900 harga kopi di pasaran telah mengalami kemerosotan. Kejatuhan harga kopiadalah disebabkan penawaran kopi adalah lebih daripada permintaan di pasaran dunia, kopi di TanahMelayu menghadapi persaingan hebat daripada kopi Brazil. Pokok kopi juga diserang oleh penyakit yangdibawa oleh kupu-kupu Beehawk.
4. Tambahan permintaan getah dunia akibat perkembangan perusahaan yang menggunakan getah
Perkembangan perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke-20 mengakibatkanpenggunaan getah dunia meningkat. Penciptaan tayar angin oleh J.B.Dunlop pada tahun 1888 danperkembangan perusahaan motokar membantu menaikkan permintaan getah. Pada masa yang samaharga getah turut melambung tinggi. Malahan penggunaan terhadap getah juga meningkat akibatperkembangan dalam industri kasut, pakaian, perubatan, perabot, tayar dan peralatan elektrik.
5. Bekalan buruh yang murah untuk bekerja di estet-estet.
Orang India selatan yang berhijrah secara beramai-ramai ke Sem.Tanah Melayu telahmembekalkan tenaga buruh yang murah bagi perusahaan getah. Malahan, buruh-buruh India adalahyang mudah dikawal dan rajin bekerja. Kewujudan mereka telah membolehkan pembukaan banyak estetgetah yang besar oleh orang Eropah.
6. Pelaburan Orang Eropah dan penyelidikan saintifik membolehkan pengeluaran getah secarabesar-besaran
Syarikat Eropah seperti Harrisons and Crosfield, Guthries, Sime Darby  dan lain-lain telah melabur secara besar-besaran dalam perusahaan getah. Dengan pengelibatan orang Eropah penyelidikan getahtelah bertambah. Pada tahun 1926, Institut Penyelidikan Getah telah ditubuhkan oleh kerajaan bagimemajukan perusahaan getah. Penyelidikan telah dibuat untuk menaikkan mutu getah serta mencarikegunaan-kegunaannya yang baru.

Kesimpulan
Walaupun berlaku zaman kemelesetan, perusahaan getah masih kekal sebagai perusahaanterpenting di Tanah Melayu. Perusahaan getah semakin berkembang sehingga pada tahun 1914.semenanjung Tanah Melayu telah membekalkan lebih setengah daripada bekalan getah dunia

1 comment:

  1. thank you for this note...it's literally helps me a lot..short but dense.

    ReplyDelete