OLEH- AHMAD BIN
YAAKOB.
Latar Belakang
Diponegoro
merupakan putera sulung Hamengkubuwono III, seorang raja Mataram di Jogjakarta.
Beliau lahir pada 11 November 1785 di Jogjakarta. Nama sebenarnya ialah Bendoro
Raden Mas Ontowiryo.Apabila Hamengkubuwono III mangkat pada tahun 1814, Raffles
telah melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan gelaran
Hamengkubuwono IV. Raffles berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah
Jogjakarta selepas kemangkatan Djarot.
Apabila
Djarot mangkat pada 1822, Raffles tidak berada di Pulau Jawa lagi kerana
Belanda telah kembali semula selepas tamatnya Perang Napoleon. Belanda melantik
putera Djarot yang baru berumur dua tahun sebagai pengganti dengan gelaran
Hamengkubuwono V.
Diponegoro dilantik sebagai penasihat sahaja. Diponegoro
banyak menghabiskan masa beribadat di Tegalraja. Beliau mendapat ilham untuk
menyelamatkan tanah Jawa serta masyarakatnya. Pada tahun 1825, beliau memimpin
Perang Jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa.
Peranan Diponegoro
Membela nasib
masyarakat peribumi
(a) Pembatalan kontrak penyewaan tanah oleh Van der
Capellan
(i) Masyarakat peribumi Jawa tidak puas hati dengan
tindakan Van der Capellan membatalkan kontrak penyewaan tanah yang
diperkenalkan oleh Raffles.
(ii) Peraturan pembatalan diluluskan pada tahun 1823 yang
menyebabkan semua penyewaan tanah yang melibatkan orang Eropah dengan pemimpin
tempatan di Jogjakarta dan Surakarta dibatalkan. Malah ditetapkan wang sewaan
dan wang pendahuluan mesti dipulangkan.
(iii) Apabila kontrak penyewaan tanah diperkenalkan oleh
Raffles, kaum tani yang paling ditindas. Ini disebabkan tuan tanah telah
mendapat wang pendahuluan daripada penyewa bangsa Eropah. Melalui bayaran wang
pendahuluan, pengusaha berkuasa ke atas
tanah dan petani. Seringkali, petani ditindas oleh
penyewa yang berusaha memaksimumkan keuntungan.
(iv) Dengan pembatalan kontrak penyewaan tanah, kaum tani
sekali lagi tertindas. Tuan tanah dikehendaki membayar balik wang pendahuluan
kepada pengusaha. Tuan tanah memaksa petani bekerja lebih keras untuk
mendapatkan hasil yang lebih agar mereka dapat membayar balik wang pendahuluan
kepada pengusaha.
(v) Golongan bangsawan juga berasa tidak puas hati dengan
pembatalan kontrak sewa tanah.
(b) Pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas masyarakat
Jawa
(i) Selain membatalkan kontrak sewa tanah, Belanda juga
mengenakan cukai ke atas tanah orang Jawa. Pemungut cukai kebanyakannya terdiri
daripada orang Cina yang mengenakan cukai yang lebih tinggi daripada kadar yang
ditetapkan oleh kerajaan. Sekali lagi, masyarakat Jawa tertindas.
(ii) Kerajaan Belanda juga mengenakan tol ke atas orang
tempatan yang melalui tanah kerajaan untuk pergi ke ladang mereka di kawasan
pedalaman dan balik dari ladang ke tanah kerajaan.
(iii) Tindakan pemungut cukai yang mengenakan kadar tol
sesuka hati telah menambahkan kesengsaraan dan kesulitan mereka.
(iv) Pelbagai jenis cukai yang membebankan rakyat,
misalnya cukai tanah, cukai rumah, dan cukai binatang ternakan.
(c) Penindasan orang Cina
(i) Orang Cina memberi pinjaman wang kepada orang Jawa
dengan kadar faedah yang tinggi.
(ii) Orang Cina menjadi orang tengah dalam perdagangan
garam. Mereka membelinya dengan harga yang murah dan menjualnya dengan harga
yang tinggi.
Mempertahankan
kesucian agama Islam
(a) Pembinaan jalan raya
(i) Keputusan Belanda untuk membina jalan raya melalui
tanah perkuburan nenek moyang Diponegoro menyebabkan beliau mengisytiharkan
perang jihad terhadap Belanda.
(ii) Belanda enggan mengiktiraf beliau sebagai ketua
agama di Jawa. Sebagai wali Allah, Diponegoro bertindak menghalau orang kafir
dari tanah Jawa.
(iii) Diponegoro dan masyarakat Jawa menganggap usaha
Belanda ini mencabuli adat resam tempatan, tatasusila, nilai-nilai sosial, dan
agama Islam.
(b) Peranan Diponegoro sebagai Ratu Adil
(i) Diponegoro ialah seorang yang kuat agama dan berusaha
mempertahankan kesucian agama Islam.
(ii) Diponegoro melancarkan Perang jihad untuk memulihkan
pemerintahan Islam di Jawa.
(iii) Masyarakat Jawa menyokong Diponegoro kerana
mempercayai beliau ialah seorang Ratu Adil yang akan membela nasib dan
membebaskan mereka daripada segala penindasan.
(iv) Belanda tidak mengakui Diponegoro sebagai pemimpin
Islam di Jawa. Bagi masyarakat Jawa, tindakan ini menunjukkan Belanda tidak
menghormati kepercayaan agama Islam.
Perjuangan
Diponegoro dalam Perang Jawa (1825 - 1830)
(a) Diponegoro berjaya mendapat sokongan kaum tani, para
ulama,golongan bangsawan, dan para bupati. Pengikut Diponegoro ialah Kyai Mojo,
Kyai Hasan Besari, Sentot, dan Mangku Bumi. Mereka melancarkan Perang gerila
terhadap orang Belanda.
(b) Pada mulanya, Diponegoro berjaya dalam pertempuran
berhampiran Lengkong dan Delanggu. Diponegoro dilantik menjadi Sultan dengan gelaran
"sultan Abdulhamid Cokro Amirulmukminin Sayidin Panotogomo Khalifatullah
Tanah Jowo'. Gelaran tersebut jelas menunjukkan pengaruh agama Islam dalam
Perang Jawa.
(c) Perang Jawa berlarutan selama lima tahun. Tentera
Diponegoro mengalami kemerosotan apabila ramai daripada mereka mati kebuluran
dan diserang penyakit.
(d) Orang kanan Diponegoro iaitu Sentot dan Mangku Bumi
berpaling tadahmemihak kepada Belanda. Ini melemahkan perjuangan Diponegoro.
Akhirnya, beliau bersetuju berdamai dengan Belanda. Belanda enggan mengiktiraf
Diponegoro sebagai Sultan Surakarta dan Ratu Adil.
Kesimpulan
Pada 3 Mei 1830, Diponegoro dan rombongannya
diberangkatkan dengan kapal Pollux ke Manado dan ditawan di benteng Amsterdam.
Kemudian, mereka dipindahkan ke benteng Rotterdam di Makassar, Sulawesi
Selatan.Pada 8 Januari 1855, Diponegoro meninggal dunia dan dimakamkan di
kampung Jawa Makassar.
Diponegoro berjuang untuk agama dan bangsa, membela nasib
kaum tani dan bangsawan, serta mempertahankan agama Islam.Beliau seorang tokoh
nasionalis yang memimpin orang Jawa ke arah satu perjuangan menyelamatkan tanah
air (tanah Jawa) daripada penjajahan orang kafir.
No comments:
Post a Comment