A. Pengenalan
-
Presiden Diosdado Macapagal Pangan
merupakan Presiden Filipina yang ke-9 (1961-1965). Beliau dilahirkan pada 28
September 1910 di Lubao, Pampanga dan meninggal dunia pada 21 April 1997 akibat
kegagalan jantung, paru-paru, dan komplikasi buah pinggang di Makati Medical
Center. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Bapa
beliau bernama Urbano Macapagal dan ibunya Romana Pangan. Beliau dikenali
sebagai ‘budak miskin’ dari Lubao, Pampanga dan menggunakan nama samaran ‘Tidak
Rasuah’.
-
Macapagal mendapat pendidikan awal
di Elementary School Lubao dan memperoleh kelulusan valedictorian pada tahun
1925 serta lulus dengan kelas kedua tinggi di Sekolah Tinggi Pampanga pada
tahun 1929. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke University of Santo Tohias
dalam jurusan undang-undang dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1936.
Setelah itu, beliau mengajar dan memperoleh Ijazah Sarjana Doktor Undang-undang
Sivil dan Ph.D. Ekonomi di universiti yang sama. Setelah tamat pengajian,
Macapagal menjadi peguam, menjadi ahli Kongres, menjadi ahli Dewan Rakyat pada
tahun 1948, beliau berkhidmat sebagai setiausaha kedua di Kedutaan Filipina di
Washington, D.C. Beliau juga merupakan wakil Filipina ke Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebanyak tiga kali.
B. Isi-isi.
Sumbangan Macapagal.
1. Aspek Politik
-
Presiden Macapagal telah memainkan
peranannya dalam pembentukan MAPHILINDO. Melalui MAPHILINDO, Filipina telah
menjalin hubungan yang lebih rapat dengan negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia.
MAPH1LINDO ialah pergabungan bukan politik yang dicadangkan dan ia merupakan
pencapaian yang penting sebagai pembuka jalan untuk mewujudkan Persatuàn
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). MAPHILINDO telah digambarkan sebagai
persatuan serantau yang akan mendekati isu-isu kepentingan bersama dalam
semangat persaudaraan.
-
Presiden Macapagal telah memfailkan
tuntutan Filipina ke atas Sabah (Borneo Utara) sebagai sebahagian dari wilayah
Filipina kerana ia telah diberikan sebagai hadiah kepada Sultan Sulu oleh
Sultan Brunei. Tuntutan ini telah dikemukakan oleh Macapagal pada 22 Jun 1962.
Presiden Macapagal juga telah memujuk Kongres agar rnenghantar tentera ke
Vietnam Selatan pada akhir tahun 1965. Walau bagaimanapun, cadangan ini telah
disekat oleh pembangkang yang dipimpin oleh Presiden Senat, iaitu Ferdinand
Marcos.
2. Aspek Ekonomi
-
Macapagal telah memperkenalkan
pembaharuan dalam undang-undang tanah negara, menghapuskan kawalan pertukaran
mata wang asing, mengawal keuntungan yang keluar, dan memperkenalkan kawalan
harga serta mengurangkan pengangguran. Tujuannya ialah untuk menyekat rasuah,
meningkatkan pengeluaran makanan, dan melaksanakan sosioekonomi yang berani.
Namun, tujuan beliau banyak dihalang oleh Kongras Filipina yang dikuasai oleh
parti saingan beliau, iaitu Parti Nasional.
-
Beliau juga telah memperkenalkan
Kanun Tanah Pertanian Pembaharuan 1963. Melalui kanun ini, beliau telah
melakukan pemansuhan penyewaan dan program reformasi tanah sebagai usaha untuk
memerangi kemiskinan secara besar-besaran. Beliau menandatangani pemansuhan
tersebut pada 8 Ogos 1963, bertujuan untuk menghapuskan perhambaan terhadap
penyewa tanah kepada kebebasan dan keselamatan petani di tanah milik mereka.
Walau bagaimanapun, beliau gagal dalam melaksanakan reformasi tanah.
-
Beliau juga telah menghapuskan
kawalan pertukaran mata wang dan membenarkan peso Filipina diapungkan di
pasaran pertukaran mata wang percuma. Pada 21 Januari 1962, selepas bekerja
selama 20 jam berturut-turut akhirnya Presiden Macapagal berjaya menandatangani
dekri Bank Negara yang memansuhkan kawalan pertukaran dan mengembalikan negara
kepada perusahaan bebas.
-
Presiden Macapagal juga mewujudkan
Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA) sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah
pengangguran yang juga merupakan salah satu masalah utama semasa
pentadbirannya. Kerajaan telah memberi bantuan dengan menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan untuk penduduk Filipina bagi membolehkan mereka mengatasi
masalah kemiskinan dan meningkatkan ekonomi negara.
-
Presiden Macapagal juga
memperkenalkan program sosioekonomi yang berlandaskan ‘kembali kepada
perusahaan bebas dan swasta’ akan meletakkan pembangunan ekonomi Filipina di
tangan usahawan swasta dengan campur tangan kerajaan yang minimum. Oleh itu,
Undang-undang Perdagangan Runcit Kebangsaan telah diwujudkan untuk memecahkan
monopoli oleh perniagaan asing yang menguasai perdagangan runcit Filipina.
-
Presiden Macapagal turut
memperkenalkan program Pembangunan Bersepadu Lima Tahun yang bertujuan untuk
pemulihan segera kestabilan ekonomi; membela nasib golongan rakyat biasa; dan
mewujudkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan. Dengan itu, beliau
telah berjaya mencatat kemajuan ekonomi yang stabil dan pertumbuhan KDNK
tahunan purata pada 5.15% bagi tahun 1962-1965.
3. Aspek Sosial
-
Presiden Macapagal juga telah
menukar tarikh kemerdekaan Filipina dari 4 Julai kepada 12 Jun. Ini kerana 4
Julai ialah tarikh Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan kepada rakyat
Filipina sedangkan 12 Jun ialah tarikh Filipina mengisytiharkan kemerdekaan mereka
sendiri daripada penjajah Sepanyol pada tahun 1898. Pada 12 Mei 1962, Presiden
Macapagal telah menandatangani proklamasi yang mengisytiharkan 12 Jun setiap
tahun sebagai cuti umum khas untuk memperingati pengisytiharan kemerdekaan
daripada Sepanyol, iaitu pada 12 Jun 1898. Walaupun pada 12 Jun 1898, Filipina
belum lagi bebas sepenuhnya kerana kemudian dijajah pula oleh Amerika Syarikat
yang ketika itu berjaya mengalahkan Sepanyol, tetapi bagi rakyat Filipina
mereka sudah mendapat kemerdekaan.
-
Presiden Macapagal juga telah
memulakan penggunaan bahasa Filipina dalam semua urusan rasmi kerajaan,
kelayakan diplomatik, diploma, sijil dan dokumen lain yang masih diteruskan
sehingga kini. Beliau juga menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan mereka
sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam semua acara cara komunikasi dan untuk
semua dokumen.
C. Kesimpulan.
Kesimpulannya, Presiden
Macapagal telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membentuk Negara bangsa
Filipina sepanjang pemerintahannya menerusi dasar pembangunan ekonomi, sosial
dan politik. Sumbangannya yang besar telah berjaya membentuk jati diri rakyat
Filipina melalui penggunaan bahasa Filipina sebagai bahasa rasmi dan menukar
tarikh tarikh kemerdekaan Filipina.
SUMBER-
JPN
PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3
No comments:
Post a Comment