Sebelum merdeka terdapat lima jenis sistem pendidikan iaiatu Sekolah Melayu, Cina, Tamil, Inggeris dan Sekolah Agama.
Sistem pendidikan vernakular pula terdiri dari Sekolah Melayu, Cina , Tamil dan Inggeris.
Kesemua
sekolah ini mempunyai sukatan pelajaran dan bahasa pengantar yang
berbeza kerana penjajah tidak berminat untuk membangun dan
menyatupadukan rakyat melalui pendidikan.
Sistem pendidikan di Tanah Melayu
1.Sekolah Melayu
Pendidikan agama
Sebelum
pendidikan Melayu sekula diperkenalkan oleh Inggeris pendidikan orang
Melayu berbentuk agama dan penggunaan Bahasa Arab diutamakan.
Pelajar diajar membaca kitab, al-Quran, Fardu Ain dan selok belok agama.
Tempat belajar di surau, madrasah dan masjid.
Tenaga pengajar imam atau guru-guru agama bergelar haji, berketurunan Sayid atau Syeikh.
Terdapat sekolah pondok di Kedah, Kelantan, Terengganu. Melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.
Awal 1800 Abdulah Munsyi memperkayakan bahasa Melayu dengan menterjemah buku-buku Arab ke Bahasa Melayu.
Sekolah Melayu
1821 Sekolah Melayu Gelogur, cawangan Penang Free School yang diasaskan oleh R.S Hutching
1885 Sekolah Melayu Bayan , Pulau Pinang.
1856 dua buah sekolah vernakular Melayu dibuka di Singapura di Teluk Belanga dan Kampung Gelam.
Peringkat
awal sambutan terhadap sekolah sekular Melayu tidak memuaskan kerana
menganggap sekolah sekular bertentangan dengan agama Islam.
A.M Skinner mencantum sistem pendidikan Melayu dengan dengan Sistem Pendidikan
Ciri-ciri sekolah Melayu
Hanya peringkat sekolah rendah sahaja iaitu Darjah 1 hingga Darjah 4.
Menurut
Awang Had Salleh tujuan penubuhan sekolah Melayu ialah untuk
mengekalkan kestabilan politik, mengekalkan orang Melayu sebagai petani
dan nelayan dan tinggal di kampung, menghasilkan budak pejabat dan
kerani rendah, menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu
dalam masyarakat berbilang kaum.
2.Sekolah Vernakular Cina
Ciri-ciri sekolah Vernakular Cina.
Peringkat awal dikelola mubaligh Kristian dan kaum Cina sendiri.
1815 Sekolah Cina pertama dibuka di Melaka oleh Persatuan Mubaligh London Melaka.
Orang Cina sifat Yap Ah Loy, Cheng Soo Leong dan Phua Choon Hiong mendirikan sekolah Cina di NNS dan NNM yang lain.
Peringkat awal sekolah Cina dikelola orang persendirian atau badan sukarela dan bersifat bebas.
3.Sekolah Vernakular Tamil
British
tidak mengambil berat tentang pendidikan orang India. Pendidikan Tamil
secara formal di Tanah Melayu dimulakan oleh orang perseorangandan
pertubuhan masyarakat India.
Perkembangan
sekolah vernakular Tamil dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi di Tanah
Melayu. Orang India berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di
ladang kopi, tebu, kelapa, dan getah. Sekolah-sekolah Tamil didirikan di
kawasan ladang di Seberang Perai, Pulau Pinang, dan Johor.
Sekolah-sekolah
di ladang bermutu rendah dan menghadapi masalah kekurangan kemudahan
dan guru yang berkelayakan. Lazimnya, guru-guru di sekolah ladang
terdiri daripada kangani, penyelia ladang, atau buruh yang secara
kebetulan tahu membaca.
Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Tamil dan kadangkala bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi, atau Hindi.
Buku teks sekolah India dibawa dari India. Ianya mencerminkan sukatan pelajaran yang berunsur keindiaan.
Pada
tahun 1912, British memperkenalkan Undang-undang Buruh yang mewajibkan
pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untukanak-anak pekerjanya.
Keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah.
Terdapat juga sekolah Tamil yang didirikan di bandar seperti Sekolah Thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur.
Golongan
India yang kaya mampu menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris. Hal
ini membawa kepada jurang perbezaan antara orang India berpendidikan
Inggeris dan berjaya dalam kerjaya dengan orang India yang miskin dan
terpaksa kekal sebagai buruh di ladang atau di pelabuhan.
Sekolah Aliran Inggeris
Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu.
Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam.
Tujuan
kerajaan mengadakan sekolah Inggeris adalah supaya penduduk tahu
membaca, menulis, dan mengira. Walau bagaimanapun, pentadbiran British
memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah tempatan yang mempunyai
kemahiran berbahasa Inggeris.
Sekolah
Inggeris yang pertama didirikan di Negeri-negeri Selat digelar Sekolah
Free. Sekolah ini digelar sedemikian kerana terbuka kepada semua kaum.
Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free School
yang ditubuhkan pada tahun 1816. Tujuan penubuhan sekolah tersebut
adalah untuk melahirkan satu golongan pegawai yang cerdik, tekun, dan
jujur.
Sekolah
Inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas
yang lebih tinggi akan mengajar kemahiran pertukangan seperti
pertukangan kayu, membuat kasut, dan pakaian.
Sekolah
Inggeris yang lain ialah Malacca Free School (1826) dan Singapore Free
School (1834). Sekolah Inggeris yang pertama didirikan akibat desakan
orang ramai ialah Victoria Institution, Kuala Lumpur. Sekolah tersebut
ditubuhkan pada tahun 1893 bersempena perayaan Jubli Intan pemerintahan
Ratu Victoria. Jumlah murid pada peringkat awal ialah 150 orang
kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1925, sekolah ini dijadikan sekolah
kerajaan dan kemudian dipindahkan ke Bukit Petaling pada tahun 1929.
Terdapat
sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh badan mubaligh Kristian seperti
Pertubuhan Mubaligh London, Mubaligh Methodist Amerika, Gereja Anglican
dan Gereja Roman Katolik Sekolah-sekolah ini berkembang apabila mendapat
bantuan dari kerajaan British.
Sumbangan
penting sekolah mubaligh ialah kejayaan memberikan pelajaran kepada
kanak-kanak perempuan. Mereka berjaya menyakinkan ibu bapa untuk
menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Pada akhir tahun1947,
terdapat kira-kira 33 buah sekolah mubaligh untuk kanak-kanak perempuan.
Antara
sekolah mubaligh bagi kanak-kanak perempuan ialah Sekolah Perempuan
Methodist Senior, Kuala Lumprzr. Sekolah ini diserahkan kepada pihak
mubaligh Methodist Amerika kerana masalah kewangan dan kesukaran untuk
mendapatkan tenaga pengajar. Terdapat juga sekolah-sekolah mubaligh
untuk kanak-kanak lelaki seperti, Sekolah Lelaki Katolik di Pulau Pinang
dan St. John Institution di Kuala Lumpur.
Mata pelajaran seperti nahu Inggeris, Sejarah, dan Geografi diajar di
sekolah Inggeris dalam tahun ketiga. Mata pelajaran Sejarah yang diajar
berdasarkan Sejarah Rom atau Britain. Sekolah perempuan Inggeris memberi
penekanan kepada kelas jahitan, memasak, dan muzik Setelah
Biasiswa-Biasiswa Negeri (1863), Biasiswa Queen (1885), dan Sijil
Cambridge (1891) diperkenalkan, barulah sekolah Inggeris mempunyai
sukatan pelajaran yang seragam.
Sekolah Inggeris kemudiannya dimajukan menjadi sekolah rendah dan
menengah. Sekolah rendah menyediakan pelajaran selama tujuh tahun
bermula dengan Darjah Rendah Satu dan Dua, dan diikuti oleh Darjah Satu
hingga Lima. Sekolah Menengah pula menyediakan pelajaran selama empat
tahun, iaitu Darjah Enam hingga Kelas Sijil Persekolahan. Murid-murid
dalam Darjah Lima boleh mengambil peperiksaan khas, iaitu Sijil lunior
Cambridge.
Mata pelajaran utama yang diajar ialah bahasa Inggeris,
Sejarah,Kesusasteraan Inggeris, Matematik Permulaan, Ilmu Kesihatan, dan
Ilmu Alam. Mata pelajaran lain turut ditawarkan tetapi bergantung
kepada kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Misalnya, Raffles
Institution telah memulakan kelas Sains mulai tahun tgzg. Kelas Sains
diadakan pada hari Sabtu dan waktu petang untuk murid dari sekolah lain.
Contohnya, murid dari Sekolah Tinggi Bukit Mertajam akan pergi ke
Penang Free School pada setiap hari Sabtu untuk menghadiri kelas
sains.Sukatan pelajaran di sekolah Inggeris berdasarkan sukatan
pelajaran sekolah
menengah
di England. Murid dari sekolah Inggeris mempelajari Sejarah dan
Geografi British serta Kesusasteraan Inggeris yang tidak berkaitan
dengan orang Asia.
Secara
keseluruhan terdapat lima jenis pendidikan sebelum merdeka. Sistem
pendidikan verkular pula terdiri dari sekolah Melayu, Cina, Tamil dan
Inggeris yang mempunyai sukatan pelajaran yang berbeza dan bahasa
pengantar berbeza.Tetapi kerajaan British mempunyai dasar berbeza terhadap setiap jenis sekolah.
No comments:
Post a Comment