Pages

Tuesday, June 20, 2017

SISTEM EKONOMI TRADISIONAL

Unit 1.4 SISTEM EKONOMI
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menjelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional dan menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial pada abad ke-19
SISTEM EKONOMI TRADISIONAL
Sebelum kedatangan British masyarakat peribumi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti melombong, bercucuk tanam, memungt hasil hutan , menternak binatang dan menagkap ikan secara kecil-kecilan. Kegiatan ini dikenali sebagai ekonomi sara diri.[1] Tiada pengkhususan kerja dalam ekonomi tradisional Mereka melakukan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti bertani nelayan dan sebagainya.[2]
1.a.Ciri-ciri ekonomi tradisional
1.Tiada pengkhususan kerja
Dalam ekonomi tradisional, tidak ada pengkhususan dalam pekerjaan. Mereka melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama seperti menjadi petani, nelayan , penternak dan pembuat sampan. Tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur yang membezakan antara peranan lelaki dengan wanita atau orang tua dengan kanak-kanak.[3]

      Ini juga bermakna pekerjaan yang dilakukan itu melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orang tua. Kanak-kanak dan orang tua biasanya melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti menjemur ikan, menganyam tikar dan memungut rotan.
 
2.Kegiatan ekonomi berkaitan rapat dengan persekitaran tempat tinggal
Kegiatan ekonomi tradisional juga mempunyai hubungan  rapat  dengan laut. Pinggir sungai atau sekitar kawasan pedalaman. Jadi petempatan didirikan berhampiran dengan laut atau sungai .Kegiatan ekonomi utama ialah perikanan. Pertanian  pula menjadi kegiatan ekonomi kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.
 
3.Menggunakan alatan tradisional
Mereka hanya menggunakan peralatan tradisional dalam mengusakan sesuatu pekerjaan. Misalnya  untuk menangkap ikan mereka menggunakan peralatan seperti bubu, tangguk, lukah dan jala.Manakala tajak, cangkul dan sabit digunakan dalam kegiatan pertanian.

4.Amalan gotong-royong atau berderau
Dalam kegiatan pertanian tradisional amalan gotong-royong seperti berderau menjadi satu daripada ciri asas dalam kehidupan masyarakat tempatan . Berderau merupakan amalan yang dilakukan bersama atau secara berkumpulan bagi memudahkan serta memepercepatkan penyiapan sesuatu pekerjaan yang dilakukan di samping mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat. Amalan seumpama ini biasanya dilakukan untuk kegiatan pertanian seperti menanam dan menuai padi di sawah.

5.Hasil yang terhad.
Dalam ekonomi tradisional  tiada lebihan hasil yang diperolehi melalui pengeluaran kerana mereka tidak berupaya mengeluarkannya. Masyarakat tempatan ketika itu tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan lebihan pengeluaran kerana mempunyai tenaga buruh yang terbatas. Mereka bergantung kepada keluarga sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah atau sawah. Tiada ternakan yang boleh melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Lembu mula digunakan pada suku akhir abad ke-19, iaitu apabila kereta lembu diperkenalkan. Petani juga terpaksa menanggung beban kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah. Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah, kerja mereka sendidri tidak dapat disiapkan.

      Petani di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan satu persepuluh daripada hasil mereka kepada golongan pembesar sebagai tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan itu bertambah, sumbangan kepaga golongan pemerintah terpaksa ditambah.[4]  
1.Penangkapan ikan
Lokasi penangkapan ikan di paya,sungai, laut dan sawah padi.
Nelayan menggunakan alatan tradisional seperti serampang,tombak, tali kail, jala, bubu, pancing,jaring,tangguk,kelong, gawai, jeramai,serkat ikan dan lukah. Jika menangkap ikan di laut, nelayan akan menggunakan pukat,jala, jaring dan rawai. Jika di sungai mereka menggunakan pancing, jala, tangguk, kail, lukah, tombak dan serampang.Tenaga kerja daripada ahli keluarga.[5]
2.Penanaman padi sawah dan padi huma.
Lokasi penanaman padi sawah di kawasan berhampiran dengan sungai kerana tanahnya subur dan mudah mendapatkan bekalan sumber air. Padi sawah ditanam di kawasan delta sungai
3.Perlombongan
4.Pertukangan
5.Pengumpulan hasil hutan

1.a.Ciri-ciri ekonomi tradisional
1.Penangkapan ikan
2.Kegiatan ekonomi berkaitan rapat dengan persekitaran tempat tinggal
   Penanaman padi sawah dan padi huma.
3.Perlombongan
4.Pertukangan
5.Pengumpulan hasil hutan




[1]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,(Bandar BaruBangi:PenerbitanPelangi Sdn.Bhd,2014),32.
[2]“Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)20.
[3] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000 ),10.
[4] Ibd,35.
[5]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,33. 

No comments:

Post a Comment