Oleh-Ahmad bin Yaakob
Membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
1.Konsep perluasan kuasa.
Dasar
meluaskan empayar atau tanah jajahan atau dasar imperialisme kuasa
asing. Ringkasnya peluasan kuasa asing ialah penglibatan kuasa asing
dalam hal ehwal politik sesebuah kawasan, wilayah atau negeri.[1]
a)Faktor-faktor peluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu.
1.Sebab-sebab ekonomi.
Pada
peringkat awal, kuasa Barat hanya memerlukan pasaran dan pusat
perniagaan sahaja. Selepas berlaku Revolusi Perindustrian, keperluan
Britain berubah kepada kepentingan mendapatkan bahan mentah.Tanah Melayu
mempunyai banyak bahan mentah seperti bijih timah, kelapa, emas dan
lain-lain.[2] Selepas
Revolusi Perindustrian, Amerika Syarikat dan Britain menjadi pemeli
bijih timah yang terbesar. Ini kerana perusahaan mengetin makanan
menghidupkan kembali permintaan terhadap bijih timah.[3]
Kuasa
Barat juga mempunyai keinginan untuk melabur di Tanah Melayu.Sebelum
tahun 1874,saudagar-saudagar British dan pegawai British mempunyai
kepentingan ekonomi yang besar di Negeri-Negeri Melayu seperti Pahang,
Sungai Ujong, Selangor dan Perak secara persendirian atau berkongsi
dengan pedagang China dan ada kalanya dengan pembesar-pembesar Melayu.
Sebagai contoh Paterson, Simons dan rakan-rakannya telah membayar $330
500 untuk mendapatkan konsesi di Kuantan pada tahun 1868. Syarikat Bijih
Timah Sungai Ujong telah membayar $30 000 pada tahun 1872kepada Dato’
Kelana bagi mendapatkan konsesi perlombongan. Tanah jajahan juga
turut memainkan peranan penting untu memasarkan barangan kilang.[4]
.
2.Bimbang campur tangan kuasa-kuasa Barat lain.
Berlaku
persaingan untuk menambahkan tanah jajahan di Barat. Ini menyebabkan
British bimbang akan pertapakan kuasa Barat lain. Tahun 1870-1914
merupakan satu jangka masa yang aman di Eropah. Menjelang tahun 1870-an,
semangat imperialisme dan perlumbaan mencari tanah jajahan telah
meningkat di kalangan negara-negara Eropah. Kuasa Barat seperti Belanda,
Itali, Perancis, Rusia berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan. Antara
kuasa-kuasa besar itu, Jerman paling dicurigai oleh British kerana
selepas Penyatuan Jerman 1871, negara tersebut telah melancarkan satu
dasar agresif yang menancam kedudukan British. Jerman telah menunjukkan
minat untuk mendapatkan Pulau Langkawi. Rusia ingin membuka petempatan
di Ujung Salang, manakalaPerancis bercadang membuka terusan di Segenting
Kra. Amerika Syarikat pula menunjukkan minat untuk meluaskan
pengaruhnya di Terengganu.
Lord Kemerly, Setiausaha Negara bagi tanah jajahan British menegaskan
kemungkinan Jerman akan campur tangan di Selangor. Beliau bimbang dengan
keadaan tersebut lalu mengambil pendirian bahawa British tidak akan
membenarkan sebarang kuasa asing membentuk tanah jajahan di Tanah
Melayu.[5]Beliau
telah mengarahkan Sir Andrew Clarke bakal Gabenor Negeri-Negeri Selat
supaya membuat laporan tentang memulihkan keamanan di Negeri-Negeri
Melayu untuk melindungi kepentingan pelabur dan kerajaan British.[6]
3.Perubahan politik dan dasar di Britain
Perubahan
kerajaan daripada kerajaan liberal kepada kerajaan konservatif telah
mempengaruhi perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar
campur tangan British di Tanah Melayu pada tahun 1874. Kemenangan Parti
Konsevatif mengalahkan Parti Liberal di Britain serta membentuk
kerajaan baharu di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme
telah mempengaruhi politik England. Kejayaan Parti Konsevatif menguasai
kerajaan Britain Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British
di Tanah Melayu. Perunahan ini elah disokong oleh pegawai-pegawai
British seperti Lord Kimberley dan Andrew Clarke.
4.Pembukaan Terusan Suez.
Terusan
Suez telah dibina oleh Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang
bernama Ferdinand de Lesseps. Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan
jarak dari Barat ke India, China dan Asia Tenggara serta dapat
menjimatkan kos pengangkutan.Pembukaan nya menggalakkan
kedatangankuasa-kuasa Barat ke Timur.[7]
Pembukaannya
menyebabkan kuasa Barat memperkukuhkan kedudukan politik mereka di
Asia. Terutama apabila British telah membeli saham dari Khedif Gabenor
Mesir yang hampir muflis.Dengan penguasaan British ini maka
imperialisme Barat dapat mara dengan cepat ke Asia Tenggara terutama ke
Negeri-Negeri Melayu. Pembukaan Terusan Suez juga menyebabkan
pelabuhan-pelabuhan baru dibuka seperti Singapura. Kedudukan Singapura
telah menjadi tumpuan kepada pedagang dan penjajah Barat terutama
British dan Belanda.[8]
5.Keadaan huru-hara di Negeri-Negeri Melayu.
Pada masa itu berlaku keadaan huru-hara di Tamah Melayu contohnya di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.
Berlaku
perebutan takhta di Perak antara Raja Abdullah dan Raja Ismail.
Manakala di Selangor berlaku Perang Kelang 1867 antara Raja Mahadi
dengan Raja Abdullah.Perang Saudara di Pahang tercets disebabkan oleh
perebutan jawatan Bendahara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad. Pada
tahun 1869, Tengku Antah dan Tengku Ahmad bersengketamerebut jawatan Yam
Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Berlaku perebutan kuasa di kalangan
pembesar-pembesar Melayu untuk menguasai kawasan perlombongan bijih
timah.
Perang Larut 1861-1873 berlaku di Perak.Ia melibatkan perkelahian antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San.[9]Perang ini berpunca dari pertelingkahan untuk mendapatkan kawasan lombong yang lebih luas.
Keadaan
huru-hara ini menyebabkan saudagar dan pelabur di Negeri-Negeri Melayu
membuat rayuan kepada British di Singapura dan London bagi mendapatkan
perlindungan British. Keperluan untuk campur tangan semakin mendesak.
Pada tahun 1873 seramai 243 orang pedagang Negeri-Negeri selat menulis
surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Kimberley bagi
mendesai British untuk campur tangan.[10]
[1] Ibid,42.
[2] “Sistem Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)25.
[3]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43.
[4]“Perluasan Kuasa Asing”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,25.
[5] Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43
[6] Ibid.
[7]Ibid.,26.
[8] Siti Aishah Selamat, STPM Penggal 3, Modul Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000),27.
[9]“Sistem Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,26.
[10]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,45.
No comments:
Post a Comment