1.MELALUI PERJANJIAN
PERJANJIAN YANDABO
British telah meluaskan
kekuasaannya ke Myanmar melalui perjanjian.Pada tahun 1824 Perang
Inggeris-Burma I tercetus selama hampir dua tahun. Peperangan ini dimenangi
oleh pihak British. Sebagai pihak yang kalah, Myanmar terpaksa menandatangani
satu perjanjian yang berat sebelah. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian
Yandabo. Perjanjian ini ditandatangani pada 24 Februari 1826.[1]
KESAN PERJANJIAN YANDABO 1824.
Kekalahan Myanmar dalam
peperangan ini menyebabkan maruah negara tersebur tercalar.Myanmar tidak lagi
digeruni oleh jirannya selepas terbunuhnya
panglima tentera Maha Bandula.
Perjanjian Yandabo juga menyebabkan
Myanmar tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terhadap hal ehwal di Assam
dan Manipur. British juga berjaya memperolehi wilayah yang subur dan strategik
di Hilir Myanmar seperti Arakan, Tenasserim,Manipur dan Assam.
Perjanjian ini dianggap berat sebelah
oleh pihak Myanmar namun negara tersebut terpaksa akur pada penjajah British.
Ini menyebabkan perasaan anti-British semakin meningkat dalam kalangan
pemerintah dan rakyat Myanmar.[2]
2.MELALUI PEPERANGAN.
Cara Peluasan Kuasa British di
Myanmar (1552 -1553)
Perang Inggeris-Myanmar II
(1852 -1853)
(a) Hubungan antara British
dengan Myanmar semakin tegang apabila Raja Pagan Min enggan membayar ganti
rugi.
(b) Komander Lambert bertindak
menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan Myanmar.
(c) Lord Dalhousie menghantar
pasukan tentera ke Rangoon dan menuntut pembayaran ganti rugi sebanyak seratus
juta paun dalam tempoh sehingga 1 April 1852 tetapi Myanmar enggan membayarnya.
(d) British mengisytiharkan
perang ke atas Myanmar pada Mei 1852 dan bermulanya Perang Inggeris-Myanmar II
apabila angkatan British yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Godwin melancarkan
serangan terhadap Myanmar.
(e) Wilayah demi wilayah jatuh
ke tangan British. British berjaya menawan Martaban, Rangoon, Prome, dan Pegu.
(f) Mejar Arthur Purves Phayre dilantik sebagai Pesuruhjaya Pegu pada 20
Disember 1852. British berjaya
mengalahkan Myanmar dalam tempoh Iapan bulan sahaja. Kesan Perang
Inggeris-Myanmar II (1S52 - 1853)
(a) Penaklukan Pegu penting
bagi British kerana kawasan ini merupakan jalan darat ke China. Pegu juga
merupakan kawasan pertanian dan membekalkan kayu jati untukkegunaan angkatan
laut seperti membina kapal.
(b) British memperoleh
pelabuhan seperti Rangoon, Martaban, dan Bassein. Ini bermakna Myanmar Hulu
terputus dari laut dan tidak mempunyai sebarang pelabuhan. Keadaan ini pasti
akan menjejaskan pembangunan ekonomi Myanmar kerana Myanmar menjadi negara
daratan terpencil dari dunia
luar.
(c) Arakan, Tennaserim, dan
Pegu disatukan di bawah pentadbiran seorang Ketua Pesuruhjaya Tinggi British.
(d) Raja Myanmar hanya berkuasa
di Myanmar Hulu.
(e) Myanmar terpaksa
menjalankan perdagangan dengan kawasan taklukan British.
Peluasan Kuasa British di
Myanmar (1885)
Seperti peluasan kuasa British di Myanmar pada
tahun 1852, peluasan kuasa British pada tahun 1885 juga melibatkan perang,
iaitu Perang Inggeris-Myanmar III.
British berazam menguasai seluruh Myanmar
disebabkan kekayaan hasil kayu jati Myanmar manakala istana Myanmar berusaha
untuk menebus maruah negara.
faktor Peluasan Kuasa British
di Myanmar (1885)
Ketidakstabilan politik Myanmar
(a) Raja Mindon Min meninggal
dunia tanpa mewasiatkan penggantinya. Berlaku rampasan kuasa dalam kalangan
putera-putera. Pada tahun 1878, Raja Thibaw dilantik sebagai raja Myanmar.
(b) Raja Thibaw seorang raja
yang lemah dan kejam serta di bawah pengaruh isterinya, Ratu Supayalat.
Pemerintahan Raja Thibaw penuh dengan kekacauan politik dan keadaan kacau-bilau
kerana kerajaannya penuh dengan saudara-mara dan orang kesayangannya yang tidak
berkaliber. Pegawai-pegawai yang berwibawa dan berkaliber disingkirkan.
(c) Raja Thibaw menjatuhkan
hukuman bunuh ke atas 80 ahli keluarganya yang cuba merampas takhta kerajaan.
Peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini menjejaskan perdagangan di Myanmar Hulu.
(d) Pemerintahan yang penuh
dengan kekejaman dan huru-hara membimbangkan Residen Inggeris di Myanmar Hulu.
pada bulan September 1879, seorang Residen British di Kabul, Sir Louis
Cavagnari dibunuh. Pada bulan Oktober, Residensi di Mandalay dengan cepatnya
ditutup.
(e) Hubungan Inggeris-Myanmar
semakin tegang apabila Raja Thibaw mengenakan monopoli diraja dalam bidang
perdagangan.
EKONOMI
1.Desakan saudagar British
2.Masalah Syarikat Perdagangan
Bombay-Burma/Myanmar.
SOSIAL
1.Masalah kasut. Rujukn edaran
yang telah diberikan.
CARA PERLUASAN KUASA BRITISH DI
MYANMAR 1885
1.Perang Inggeris-Myanmar III.
a.Perselisihan tentang Syarikat
Perdagangan Bombay-Myanmar.
b.Perancis sokong Myanmar.
c.Dasar luar-ditentukan British
d.Kata dua British.
Kesan Perang Inggeris-Burma.
1.British menguasai seluruh
Burma dan Burma menjadi jajahan British.
2.Dinasti Konbaung dan
institusi beraja Myanmar berakhir, Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke
India.
3.Penyatuan Burma Hilir dan
Burma Hulu.
4.Hluttaw dikekalkan dalam pentadbiran
British tetapi kuasanya dihadkan.[3]
2.faktor dan cara peluasan
kuasa asing di Myanmar.
No comments:
Post a Comment