FOKUS STPM P3 2016 3.Huraikan perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku
di Negeri-Negeri Melayu pada tahun 1874 hingga 1896. [20]
Campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu telah
mengubah sistem pentadbiran tempatan kepada sistem pentadbiran Barat. Antara
perubahan pentadbiran yang berlaku ialah Sistem Residen yang diperkenalkan di Negeri-Negeri
Melayu bertitik tolak dari Perjanjian Pangkor di Perak pada tahun 1874, diikuti
Selangor 1875, Negeri Sembilan 1895 dan Pahang 1888. Selepas itu diperkenalkan
pula Persekutuan 1896 yang mengabungkan Neger-Negeri Melayu seperti Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah satu gabungan yang dikenali
sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Pembaharuan terhadap
pentadbiran tempatan telah dilakukan oleh Residen yang menyebabkan raja dan
pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa. Pentadbiran negeri diketuai oleh
sultan yang dibantu oleh Residen.Residen menasihati sultan dalam segala hal
pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam Melayu.
Majlis Mesyuarat Negeri
(MMN) ditubuhkan untuk membolehkan pegawai-pegawai British berunding
dengan sultan dan pembesar-pembesar tempatan.tentang pentadbiran negeri,
penggubalan undang-undang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan
orang Melayu.
Ahli-ahli Mesyuarat
seramai 10 orang iaitu Residen yang berkuasa menamakan ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Negeri yang diluluskan oleh gabenor dan dilantik secara rasmi oleh
sultan seumur hidup. Majlis Mesyuarat Mesyuarat Negeri akan bersidang sebanyak
7 kali setahun.
Kuasa Majlis Mesyuarat
Negeri pada peringkat awala ialah menasihati sultan. Tetapi kemudiannya
bertambah seperti menggubal dan menyusun undang-undang, menjadi Mahkamah Rayuan
Tertinggi terutama berkait dengan hukuman mati yang hanya akan mendapat
kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri, mengurus pencen orang Melayu, perlantikan
ketua tempatan dan pegawai-pegawai kerajaan serta menguruskan perubahan cukai.
Residen paling berkuasa
dalam MMN. Residen akan menyiapkan agenda dan setelah berbincang
dengan gabenor. Mereka akan mengusulkan sesuatu undang-undang yang dibincangan
dan MMN. Setelah perbahasan dibuat rang undang-undang mesti ditandatangani oleh
sultan setelah dipersetujui Gabenor.
Penubuhan MMN telah
menyebabkan sultan hilang kuasa. Walaupun menjadi pengerusi MMN, tetapi sultan
tidak mempunyai kuasa penuh dan terpaksa mengikut nasihat Residen. Pentadbiran
negeri pula telah dibahagikan kepada beberapa buah daerah yang diketuai oleh
Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertugas sebagai pemungut cukai, menjaga
perbendaharaan daerah, menjaga dan mengekalkan keamanan, melaksanakan keadilan
dan mengawal kesihatan awam.
Bagi melicinkan
pentadbiran daerah beberapa jabatan yang diketuai oleh Pegawai British
ditubuhkan. Contohnya Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan.
Pegawai daerah bertanggungjawab mengawal jabatan tersebut. Setiap daerah
dibahagi kepada mukim yang diketuai oleh penghulu. Penghulu dilantik dari
alangan pembesar-pembesar dan anak-anak raja tempatan. Penghulu menerima gaji
dari hasil tambahan tempatan. Tugas Penghulu ialah mengutip hasil tanah,
menyelesaikan masalah dan keselamatan Mukim. Masalah dalam Mukim diselesaikan
oleh Mahkamah Penghulu. Penghulu juga menyimpan kira-kira serta laporan
bertulis.
Tujuan British melantik
penghulu daripada kalangan orang Melayu ialah untuk memudahkan mereka
menyampaikan dasar kerajaan dan mendapat maklum balas daripada rakyat tempatan.
Pentadbiran mukim pula
telah dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung yang diketuai oleh
Ketua Kampung. Ketua Kampung dilantik dari kalangan orang yang berpengaruh dan
dihormati oleh masyarakat. Kapitan Cina juga dilantik untuk melindungi dan
menjaga orang Cina. Pentadbiran di peringkat bandar juga dibentuk untuk untuk
memastikan pembangunan dan kebersihan bandar-bandar di NMB.
Pada tahun 1890, Lembaga
Kesihatan telah ditubuhkan untuk menyelia dan mentadbir bandar Kuala Lumpur.
Ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai British seperti Jurutera Jabatan
Kerja Raya, Ketua Polis daerah dan individu yang dilantik oleh Residen. Tugas
Lembaga Kesihatan ialah mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, menjaga
kebersihan bandar dan meluluskan pelan pembangunan.
Menurut Perjanjian
Persekutuan 1896, empat buah Negeri-Negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri Melayu Bersekutu (NMB) dengan
pusat pentadbiran di Kuala Lumpur.Persekutuan telah mengukuhkan lagi
pentadbiran British di Negeri-Negeri Melayu apabla kuasa raja masih tidak dapat
dikukuhkan.
NMB ditadbir oleh Residen
Jeneralyang bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi atau Gabenor Negeri-Negeri
Selat. Sulta dikehendaki mengikut nasihat dalam semua hal kecuali yang
berkaitan dengan agama Islam. Residen Jeneral beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Jawatan Residen masih
dikekalkan tetapi mereka tidak boleh bertindak sesuka hatidan mesti
melaksanakan arahan Residen Jeneral.
Sultan masih berkuasa di
negeri masing-masing dan bersetuju memberi bantuan kepada negeri-negeri yang
memerlukan bantuan mengikut nasihat Residen Jeneral. Sultan akan menggangotai
Majlis Persidangan Raja-Raja atau DURBAR yang berperanan membincangkan
perkara-perkara untuk kepentingan bersama. DURBAR dianggotai oleh empat orang
Raja-Raja Melayu, Empat Orang Residen British, Pesuruhjaya Tinggi dan Ketua
Setiausaha.
Melalui DURBR Sultan Idris
telah membuat teguran dan mencadangkan supaya dentralisasi dilaksanakan kerana
pemusatan kuasa yang berlebihan oleh Persekutuan.
MMN akan menjalankan tugas
seperti biasa tetapiperkara yang berkaitan anggaran belanjawan tahunan dan draf
undang-undang diserahkan kepada Gabenor melalui Residen Jeneral untuk disahkan.
Jabatan Persekutuan telah
ditubuhkan di Kuala Lumpur dan ketua-ketuanya berperanan untuk memberi arahan
dan menyelaraskan tugas-tugas di keempat-empat buah negeri. Ketua Persekutuan
bertanggungjawab kepada Residen Jeneral.
Jabatan-jabatan yang
ditubuhkan seperti Jabatan Kehakiman, Polis, Suruhanjaya Tanah dan Galian,
Nazir-Nazir Sekolah, Ketua Akauntan dan Ketua Juru ukur .
Majlis Mesyuarat
Persekutuan (MMP) 1909 ditubuhkan untuk menggantikan DURBAR akibat bantahan
Raja-Raja Melayu. MMP sepatutnya berfungsi sebagai badan penasihat kepada
sultan. Tetapi sultan hanya menjadi ahli biasa dan tidak mempunyai kuasa
mempengerusikan mesyuarat MMP ataupun membatalkan usul-usul yang dibentangkan.
MMP mempunyai kuasa
melebihi had dan MMN hanya berfungsi dalam perkara yang berhubung dengan
adat-istiadat dan agama Islam sahaja.MMP gagal mengembalikan kuasa sebenar
kepada sultan dan kuasa dipusatkan kepada Pesuruhjaya Tinggi. Oleh itu desakan semakin
kuat agar dasar desentralisasi atau pengagihan kuasa dilaksanakan secepat
mungkin.
Kesimpulannya,perubahan-perubahan
pentadbiran yang berlaku telah mengukuhkan lagi kedudukan British di
Negeri-Negeri Melayu. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri semakin diketepikan
terutama dengan pengenalan Negeri Melayu Bersekutu yang akhirnya membawa
desakan sultan agar kuasa mereka dikembalikan melalui dasar pengagihan kuasa
No comments:
Post a Comment