Pada abad ke 19 hingga abad ke
20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa asing di Sabah dan
Sarawak.Di Sabah, gerakan menentang Syarikat Borneo Utara British bermula pada tahun
1880 hingga tahun 1917 manakala penentangan terhadap Sarawak berlangsung dari tahun
1841 hingga tahun 1930-an.Penentangan terhadap kuasa asing ini adalah
disebabkan pelbagai perubahan dan peraturan baru yang dilaksanakan dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial.
Antaranya ialah, Penentangan
Mat Salleh (1894-1900), Mat Salleh dilahirkan di Inanam dan merupakan pemerintah Sungai Sugut.Penentangan
Mat Salleh dikaitkan dengan perubahan politik, ekonomi dan sosial yang dibawa
oleh SBUB dalam memerintah Sabah.
Penentangan beliau disebabkan oleh
pengenalan cukai yang membebankan dan dipengaruhi oleh semangat perjuangan
jihad orang Sulu.Pada tahun 1895, Mat Salleh dan beberapa pembesar tempatan
pergi ke Sandakan untuk berunding dengan SBUB tentang pengenalan cukai, lesen
dan tindakan terhadap penduduk tetapi tidak dilayan walau sudah menunggu selama
10 hari. Pada 1897, Mat
Salleh memimpin orang Bajau di Sungai Inanam dan Mengkabang menyerang pelabuhan
SBUB di Pulau Gaya. Mat Salleh menubuhkan kubu pertahanan di Ranau.
SBUB menawarkan pelan damai
untuk menghalang kemaraan Mat Salleh tetapi SBUB mungkir janji.Mat Salleh
terbunuh dan Tambunan diambil alih oleh SBUB.
Selain itu, Penentangan Antanom di Rundum
(1910-1915) Kaum Murut tidak puashati dengan pengenalan peraturan baharu oleh
SBUB dan berlaku penentangan yang diketuai oleh Antanom di Rundum.Penentangan
berlaku akibat pengenalan cukai ke atas minuman tuak, cukai ladang dan
cukai-cukai lain.
Penentangan juga disebabkan keluarga kaum
Murut dizalimi, pengenalan buruh paksa dan pembinaan jalan yang akan menganggu
roh nenek moyang mereka. Pada tahun 1915, Antanom dan pengikutnya telah membakar bangunan kerajaan
di Pensiangan. SBUB menghantar 400 tentera menyerang Antanom di Sungai Selangit.
Antanom dan kaum Murut menentang kerana mempertahankan
hak mereka namun SBUB tetap dapat meluaskan kuasa mereka di Sabah.
Seterusnya, Penentangan Syarif Masahor di
Sungai Rajang (1853). Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai gabenor Sarikei di Sungai
Rajang.Penentangan Syarif Masahor terhadap James Brooke kerana kedudukannya terancam.
Beliau membuat pakatan dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur untuk menentang Brooke.Angkatan
tentera Brooke mengalahkan pakatan tersebut.
Syarif Masahor menyerang kubu James
Brooke di Kanowit, dua pegawai British terbunuh dan ramai orang Melayu dan Iban
terbunuh.Serangan di Kuching Syarif Masahor kalah dan melarikan diri ke Brunei. Penentangan ini dapat dipatahkan dan kedudukan James Brooke
bertambah kukuh di Sarawak. Syarif Masahor dibuang ke Singapura dan datu
Patinggi Abdul Ghafur ditangkap oleh Belanda dan dibuang ke Betawi.
Akhir Sekali, Penentangan Rentap (1853). Rentap ialah pemimpin Iban yang menentang PentadbiranJames
Brooke sebab menganggap orang Iban sebagai lanun.Penentangan juga disebabkan
James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang.
Rentap berjaya menawan kubu Brooke di Sungaig
Skrang pada 1853. Charles Brooke mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang
melayu menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok pada 1857.Pada 1861 James Brooke
menyerang kubu Bukit Sadok menggunakan meriam Bujang Sadok dan kubu Rentap musnah. Rentap Berjaya ditewaskan dan pengaruh Brooke lebih kukuh
di Sarawak.
Kesimpulannya, penentangan masyarakat
tempatan di Sabah dan Sarawak terhadap kuasa asing kerana tidak puashati dengan
perubahan dalam pentadbiran mereka kedudukan pemimpin tempatan yang terancam.Namun
kebangkitan ini dapat dipatahkan oleh SBUB di Sabah dan Keluarga Brooke di
Sarawak. Selain dapat mengukuhkan lagi kedudukan mereka di sana.
SUMBER-Modul Puncak Sejarah
Penggal 3 STPM Negeri Melaka 2015
No comments:
Post a Comment