Unit 1.4 SISTEM EKONOMI
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menjelaskan ciri-ciri ekonomi
tradisional dan menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial pada abad ke-19
Sebelum kedatangan British
masyarakat peribumi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti melombong,
bercucuk tanam, memungt hasil hutan , menternak binatang dan menagkap ikan
secara kecil-kecilan. Kegiatan ini dikenali sebagai ekonomi sara diri.[1]
Tiada pengkhususan kerja dalam ekonomi tradisional Mereka melakukan pelbagai
jenis kegiatan ekonomi seperti bertani nelayan dan sebagainya.[2]
1.a.Ciri-ciri ekonomi
tradisional
1.Tiada pengkhususan kerja
Dalam ekonomi tradisional,
tidak ada pengkhususan dalam pekerjaan. Mereka melakukan pelbagai jenis
pekerjaan pada masa yang sama seperti menjadi petani, nelayan , penternak dan
pembuat sampan. Tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur
yang membezakan antara peranan lelaki dengan wanita atau orang tua dengan
kanak-kanak.[3]
Ini juga bermakna pekerjaan yang dilakukan
itu melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orang tua.
Kanak-kanak dan orang tua biasanya melakukan kerja-kerja yang lebih ringan
seperti menjemur ikan, menganyam tikar dan memungut rotan.
2.Kegiatan ekonomi berkaitan
rapat dengan persekitaran tempat tinggal
Kegiatan ekonomi tradisional juga
mempunyai hubungan rapat dengan laut. Pinggir sungai atau sekitar
kawasan pedalaman. Jadi petempatan didirikan berhampiran dengan laut atau
sungai .Kegiatan ekonomi utama ialah perikanan. Pertanian pula menjadi kegiatan ekonomi kepada penduduk
yang tinggal di kawasan pedalaman.
3.Menggunakan alatan
tradisional
Mereka hanya menggunakan
peralatan tradisional dalam mengusakan sesuatu pekerjaan. Misalnya untuk menangkap ikan mereka menggunakan
peralatan seperti bubu, tangguk, lukah dan jala.Manakala tajak, cangkul dan
sabit digunakan dalam kegiatan pertanian.
4.Amalan gotong-royong atau
berderau
Dalam kegiatan pertanian
tradisional amalan gotong-royong seperti berderau menjadi satu daripada ciri
asas dalam kehidupan masyarakat tempatan . Berderau merupakan amalan yang
dilakukan bersama atau secara berkumpulan bagi memudahkan serta memepercepatkan
penyiapan sesuatu pekerjaan yang dilakukan di samping mengeratkan hubungan
antara anggota masyarakat. Amalan seumpama ini biasanya dilakukan untuk
kegiatan pertanian seperti menanam dan menuai padi di sawah.
5.Hasil yang terhad.
Dalam ekonomi tradisional tiada lebihan hasil yang diperolehi melalui
pengeluaran kerana mereka tidak berupaya mengeluarkannya. Masyarakat tempatan
ketika itu tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan lebihan pengeluaran
kerana mempunyai tenaga buruh yang terbatas. Mereka bergantung kepada keluarga
sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah atau sawah. Tiada ternakan
yang boleh melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Lembu mula digunakan
pada suku akhir abad ke-19, iaitu apabila kereta lembu diperkenalkan. Petani
juga terpaksa menanggung beban kerja kerah yang dituntut oleh golongan
pemerintah. Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah, kerja mereka
sendidri tidak dapat disiapkan.
Petani di sesetengah negeri dikehendaki
menyerahkan satu persepuluh daripada hasil mereka kepada golongan pembesar
sebagai tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan itu bertambah,
sumbangan kepaga golongan pemerintah terpaksa ditambah.[4]
1.Penangkapan ikan
Lokasi penangkapan ikan di
paya,sungai, laut dan sawah padi.
Nelayan menggunakan alatan
tradisional seperti serampang,tombak, tali kail, jala, bubu,
pancing,jaring,tangguk,kelong, gawai, jeramai,serkat ikan dan lukah. Jika
menangkap ikan di laut, nelayan akan menggunakan pukat,jala, jaring dan rawai.
Jika di sungai mereka menggunakan pancing, jala, tangguk, kail, lukah, tombak
dan serampang.Tenaga kerja daripada ahli keluarga.[5]
[1]Ong
Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal
3,(Bandar BaruBangi:PenerbitanPelangi Sdn.Bhd,2014),32.
[2]“Sistem
Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)20.
[3] Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia
Tenggara (1800-2000 ),10.
[4] Ibd,35.
[5]Ong
Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,33.
No comments:
Post a Comment