oleh- AHMAD BIN YAAKOB
HPMemerihalkan konsep, hierarki dan peranan pembesar di
Vietnam
Pembesar
Sistem
pembesar di vietnam diwujudkan untuk
membantu maharaja dalam meraksanakan
tugas dan melicinkan pentadbiran. Pembesar memainkan peranan penting daram
sistem politik Vietnam. Mereka menduduki
lapisan kedua dalam struktur sosial masyarakat iaitu selepas maharaja
sebagai golongan pemerintah.
maharaja
mengagihkan tugasnya kepada golongan pembesar di peringkat pusat, daerah, dan
kampung.Ini tidak bermakna bahawa kuasa mutlak maharaja terjejas. Maharaja masih memegang kuasa mutlak dan segala keputusan dari aspek
pentadbiran, sosial, dan ekonomi dalam tangan maharaja.
Pembesar di pelbagai peringkaf mempunyai
tanggungjawab tertentu dari segi politik, ekonomi, dan sosial.
Vietnam
pada abad ke-19 di bawah Maharaja Gia Long merupakan sebuah kerajaan pusat.
Segala urusan pentadbiran kerajaan berpusat di Hue. Vietnam tidak mempunyai pembesar yang terdiri daripada golongan bangsawan.
Kedudukan dan kuasa golongan bangsawan
sebagai pembesar di peringkat pusat, daerah, mahupun di kampung telah dihapuskan
oleh Maharaja Gia Long.
Kedudukan dan kuasa pembesar vietnam terletak
pada golongan Mandarin (Quan) yang merupakan golongan sarjana yarg berpendidik
Confucius. Golongan ini mempunyai kedudukan istimewa dalam pentadbiran
kerajaan. Golongan Mandarin mengetuai setiap birokrasi dalam kerajaan vietnam.
Golongan Mandarin ini dipengaruhi oreh sistem pentadbiran Tanah Besar China.
Di vietnam, setiap lapisan masyarakat
berpeluang menjadi Mandarin (Quan)dengan syarat mereka mendapat pendidiian
tinggi berasaskan pendidikan confucius.
Mereka akan dipilih meralui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan
china. Mereka jua perlu Mendapat sokongan daripada seorang Mandarin.Quan
dibahagikan berdasarkan peringkat atau greduan yang mempunyai taraf yang paling
tinggi ialah Quan Awam. Taraf Quan Awam lebih tinggi daripada taraf Quan
Tentera. Quan Awam perlu mengetuai tentera atau membuat keputusan yang
berkaitan dengan ketenteraan di peringkat daerah walaupun mereka tidak pernah
mendapat apa-apa latihan ketenteraan.
Pentadbiran pusat yang terletak di Hue
bertanggungiawab kepada pentadbiran negara, pelaksanaan undang-undang, dan
sistem pendidikan. Dalam hal ini, pentadbiran pusat dibantu oleh enam
Kementerian (Quan), iaitu:
(a)
Kewangan.
(b)
Peperangan.
(c)
Kehakiman.
(d)
Istiadat (Upacara) yang bertanggungjawab terhadap pendidikan dan perhubungan
luar serta takurim bulan.
(e)
Perkhidmatan awam yang bertanggungjawab menentukan pelantikan, tugas, kenaikan,
dan penurunan pangkat.
(f)
Kerja raya yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tali air seperti di
Lembah Sungai Merah di Tongking.
Dasar kerajaan ditetapkan oleh Majlis
Sulit (co-mat-vien) yarrg dipengerusikan oleh Maharaja. Majlis Sulit ini
dianggotai oleh empat orang Menteri Kanan yang bertindak sebagai Ketua Jabatan
dan beberapa orang pegawai istana. Majlis bertanggungjawab meluluskan atau
memberikan pandangan kepada Maharaja dalam hal ehwal pentadbiran negara dan
membantu menyelesaikan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat
Kementerian (Quan).
Pembesar di peringkat daerah menjalankan
tugas seperti mengutip cukai,menguruskan hal kehakiman, merekrut dan melatih
anggota tentera, serta menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat.Dalam
sistem pemerintahan Vietnam, desa atau raan merupakan unit pentadbiran yang
paling bawah. Masyarakat desa merupakan suku-suku keluarga dan ketua desa (Iy
xuan).Iy xuan mempunyai tanggungjawab moral terhadap ahli masyarakat.
Pembesar desa menjalankan tugas seperti:
(a)
Menyelia projek awam untuk memperbaiki keadaan desa.
(b)
Membahagikan tanah dan air untuk pertanian. (c) Membahagikan tanah desa kepada
petani.
(d)
Menentukan individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan.
No comments:
Post a Comment