Rangka jawapan
Kemunculan kerajaan Islam
seperti Kesultanan Mataram dan Banten membentuk susun lapis masyarakat di Pulau
Jawa selepas berakhir tamatnya era pemerintahan kerajaan Hindu-Buddha seperti
kerajaan Srivijaya dan Majapahit.Susun lapis masyarakat Jawa kekal sehingga
penjajahan Belanda. Kerajaan Mataram
yang berpusat di Yogjakarta mempunyai susun lapis masyarakat yang teratur.
Susun lapis masyarakat Jawa di
Pulau Jawa.
1.Sultan.
Kedudukan paling tinggi di
Pulau Jawa seperti Sultan Agung.
Berkuasa mutlak dalam
pemerintahan wilayah dan
jajahantaklunya.
Ketua agama Islam, menyebarkan
agama Islam melalui penaklukan dan perluasan kuasa.
Berdaulat tidak boleh didrhaka
dan mempunyai keistimewaan.
Khalifah Allah dimuka bumi.
2.Priyayi
Priyayi merupakan kelas sosial
yang wujud sebelum penjajahan Belanda lagi. Priyayi merupakan perkataan Jawa
yang digunakan khusus untuk keturunan Adipati (gabnor) pertama yang dilantik
oleh Sutan Agung Mataram untuk mentadbir kawasan dalam pentadbiran baginda.
Menjadi penghubung antara
sultan dengan rakyat jelata.
Hubungan golongan bangsawan dan
petani rapat dan bersepadu.
Mereka pemimpin kerohanian dan
agama masyarakat Jawa.
Priyayi mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan sultan atau Kerabat Diraja.
Priyayi dihormati dan
dipercayai rakyat.
Priyayi berkuasa ke atas
masyarakat peribumi dan ketau adat tempatan (Bupati)
3.Rakyat
Golongan rakyat tidak memiliki
tanah tetapi menyewa tanah bangsawan.
Mereka menanam padi
Rakyat memberi khidmat dengan
mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan
menjadi askar apabila tuan tanah terlibat dalam peperangan.
Kesimpulan
Susun lapis masyarakat Jawa
semasa kerajaan Mataram sangat jelas dan tersusun. Setiap anggota masyarakat
memainkan peranan yang penting berdasarkan kedudukan hierarki masyarakatnya.
No comments:
Post a Comment