oleh -AHMAD BIN YAAKOB
I.Keperluan getah sebagai bahan
mentah.
Keperluan getah sebagai bahan
mentah semakin meningkat setelah tayar angin dicipta oleh J.B Dunlop pada tahun
1988.Kemajuan teknik vulcanization oleh
Charles Goodyear 1893, pertumbuhan industri elektrik dan pengunaan tayar
pneumatik untuk basikal dan motokar telah meningkatkan pengguaan getah asli.[1]
ii.Permintaan bertambah
Pada peringkat awal, penanaman
getah tidak mendapat sambutan. Atas galakan H.N Ridley terdapat sebilangan
kecil peladang yang cuba menanam getah
di ladang ubi kayu atau kopi mereka. Permintaan yang bertambah menyebabkan
harga getah melambung naik dengan cepat.[2] Setelah
harga kopi merosot dan penanaman kopi beralih kepada tanaman getah.
iii.Tanaman getah telah beralih
daripada kebun kecil kepada tanaman komersial apabila ladang-ladang getah
dibuka.Ladang-ladang getah dibuka, terutama olehpdagang bangsa Eropah.
Kebanyakan ladang getah ini tertumpu di Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Johor kerana terdapat sistem perhubungan
yang lebih baik.[3]
4.Penanaman Getah di Sabah dan
Sarawak.
Getah diperkenalkan di Sabah pada tahun
1882 hasil galakkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU). Syarikat Berpiagam
Borneo Utara memberi jaminan 4% dividen kepada syarikat yang mengusahakan getah
dan pengecualian eksport untuk selama 50 tahun.[4]
Di Sarawak, Charles Brooke membuka ladang
percubaan di Natang Estate, Satap dan Sigu. Penduduk tempatan digalakkan untuk
mengusakan tanaman getah secara kecil-kecilan. Getah menjadi bahan ekspot Sarawak
yang penting pada tahun 1905.[5]
5.Zaman Kemelesetan Dalam Perusahaan Getah 1921-1929.
Pada tahun 1922, satu skim sekatan
pengeluaran getah dikenali Skim Sekatan
Getah Stevenson telah diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran
dan menstabilkan harga getah.Pengeluaran getah dihadkan kepada 60% sahaja
daripada jumlah pengeluaran tahun 1920.[6]
Skim ini hanya dilaksanakan di Tanah
Melayu dan Ceylon yang mengeluarkan 25% bekalan dunia.Melalui Skim ini, setiap
pengeluar di Tanah Melayu diberi satu kuota tertentu berdasarkan keluarannya.Jumlah
melebihi kuota itu dikenakan cukai ekspot barangan.
Skim ini menyebabkan harga getah
meningkat semula 35 hingga 40 sen pada tahun 1928. Tanah Melayu menanggung
kerugian kerana mengurangkan pengeluaran. Indonesia yang tidak menyertai skim
ini mendapat keuntungan apabila harga
getah meningkat sedikit. Pada tahun 1928 skim sekatan ini dihentikan, keika itu
jumlah pengeluaran di Tanah Melayu melambung naik walau pun harga getah masih
diparas yang rendah.[7]
Kemelesetan Ekonomi Dunia
1929-1932.
Akibat kemerosotan perusahaan membuat
kereta di Amerika Syarikat, permintaan terhadap getah turut terjejas. Pada tahun
1932 harga getah terus jatuh sehingga mencecah 7.07 sen sepaun.Beberapa langkah
diambil untuk memulihkan perusahaan getah di Tanah Melayu seperti mengurangkan
jumlah pekerja dan upah pekerja di ladang getah. Jumlah pekerja dikurangkan
daripada 258 000 orang pada tahun 1929 kepada 145 000 orang pada tahun 1932.
Perjanjian Peraturan Getah
Antarabangsa Mei 1934.
Kejatuhan harga getah telah memaksa
negara-negara pengeluar berunding bagi
memulihkan harga getah. Pada bulan Mei 1934 Perjanjian Getah Antarabangsa
ditandatangani antar Britain, Belanda, India, Perancis dan Siam untuk mengurangkan
pengeluaran dan mengawal harga getah. Perjanjian ini berakhir pada tahun 1938
telah dilanjutkan sehingga tahun 1943.
Semasa Perang Dunia Kedua dan pendudukan
Jepun di Tanah Melayu , harapan untuk memulihkan harga getah musnah apabila
getah tiruan diperkenalkan oleh Amerika Syarikat untuk menggantikan getah asli
yang terputus bekalannyadi pasaran antarabangsa. Gerah tiruan menjadi saingan
utama kepada pengeluaran getah asli dan memberi kesan kepada pengeluar termasuk
Tanah Melayu.[8]
[2] “Pengubahsuaian
Dalam Pentadbiran, Ekonomi dan
Pendidikan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3, 43 .
[3]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini,118.
[6]Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),110.
[7]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini,120.
No comments:
Post a Comment